CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, October 19, 2009

episode 23


Haikal Iskandar terjaga. Silau sekali pancaran cahaya matahari. Dia kini berada di katilnya. Lanats, dia bangun. Membuka tv. Tertera berita perkahwinan Farhan dan Faraeza. Lantas, televisyen segera ditutup. Dia keluar ke ruang tamu. Kelihatan Adam dan Crystal yang sedang rancak berbual. Dia berdehem sedikit. Adam dan Crystal lantas berpaling.

“Eh, kau dah bangun”

“Ya..”

“It’s good, Carl. Adam dah berhari-hari resah sebab kau. Bagus akhirnya kau bangun. So, how do you feel??”

“I feel..urgh..I feel sucks..” balas Haikal Iskandar jujur. Lantas, dia terduduk di lantai. Meraup wajahnya berkali-kali.

“Bila Puteri kahwin” soalnya

“Esok...”

Haikal Iskandar mengangguk. Lantas, dia bangun. Suis kereta dicapai dan dia berlari meninggalkan Adam dan Crystal yang kebingungan.

“Carl!!” jerit Adam berulang kali. Crystal memegang bahu Adam.

“Let him..he needs some space from us..”

“Tapi...”

“Let him be. Trust me..”

................................................................................................................................................

Haikal Iskandar mencapai seketul batu lalu dilemparnya ke dalam laut. Dia menjerit. Sebal dengan apa yang sedang berlaku. Dia duduk mencangkung di hadapan kereta. Rambutnya diraup kasar dengan tangan. Air matanya sudah kering. Hanya hatinya yang menangis pilu.

“Ya Allah, kenapa begitu rumit percaturan hidup ini. Mengapa temukan aku dengan Puteri kalau sudah tercatat bahawa dia bukan milikku”

Farhan membuka pintu kereta untuk Faraeza. Satu senyuman dihadiahkan. Faraeza keluar dari kereta sambil tersenyum lemah. Esok hari pernikahan mereka. Farhan memandang banglo tiga tingkat milik keluarga Faraeza. Masih terang benderang. Dari balkoni, Megat Hafiz menggelengkan kepala melihat perlakuan Farhan yang disifatkannya sebagai melebih-lebih. Sejuta kutukan dihadiahkan untuk lelaki itu. Dia turun ke bawah apabila menyedari yang Faraeza sudah masuk ke rumah.

“Kau dah balik?” soal Megat Hafiz.

“Tolonglah aku letih. Aku malas nak bergaduh lagi. Semuanya dah jelas. Aku akan kahwin dengan Farhan, and i’ll make sure that it will happen..”

“Char-latta Puteri (Bagusnya Puteri)!” balas Megat Hafiza mengejek.

Faraeza menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kemudian dia jatu pengsan tidak sedarkan diri. Megat Hafiz terpana.

Dahi saudara kembarnya dituamkan dengan kain basah. Panas sekali dahi Faraeza. Tiba-tiba mata Faraeza terbuka luas.

“Baguslah kau dah sedar. Maafkan aku Faez” ujar Megat Hafiz. Puteri Faraeza menunduk. Setitis air mata jatuh. Megat Hafiz lantas merangkul tubuh adik kembarnya. Faraeza menangis semahu-mahunya di bahu Megat Hafiz.

“Aku cintakan dia, Hafiz. Terlalu cintakan dia” raung Faraeza semahu-mahunya. Megat Hafiz mengelus perlahan belakang Faraeza. Megat Hafiz meleraikan pelukan. Lantas, wajah Faraeza dielusnya lembut. Menghapus air mata yang turun dari mata bening itu. Lantas, dia memeluk lagi adik kembarnya.

‘Aku tahu, Faez. Dan aku akan pastikan kau bahagia..’ desisi hati kecilnya.

................................................................................................................................................

Farhan Adrian melemparkan handphonenya ke dinding. Dia terduduk di lantai. Kata-kata Megat Hafiz masih berdesing di kupingnya.

“Kalau kau benar-benar cintakan dia, lepaskan dia. Kau tahu siapa yang dia cinta. Kau tahu Farhan..”

“Nangde(Kenapa)?? Kenapa aku kena lepaskan dia? Supaya dia boleh bersama dengan Iman Reyhan? Ahn-dwe, Hafiz..Ahndwe...”

“Kau pentingkan diri sendiri. Kau cakap kau cintakan dia. Aku rasa aku tak perlu jelaskan lagi. Tapi, kita berdua tahu hati dia. Kau juga jelas tentang hatinya. Farhan, please stop being absurd. Stop the wedding..”

“Iii-eeee(tidak)!!”

“Farhan!!! Hal ni melibatkan tiga hati. Tiga hati akan hancur dalam permainan cinta ni. Tolonglah Farhan. Aku harap kau faham. Aku tak sanggup lihat kembar aku terseksa. Aku tak larat menyapu air matanya lagi..”

Farhan menumbuk-numbuk dadanya. Air mata turun membasahi pipi.

“Kenapa??”

................................................................................................................................................


Haikal Iskandar melihat Adam yang tampan berbaju melayu. Crystal pula sudah menunggu di luar. Cantik berkebaya. Dia senyum. Senyum paksa. Hati terseksa. Jiwanya luka.

“Kau betul tak nak pergi?”

“Kau ajelah pergi. Kirimkan salam aku pada Puteri dan Farhan. Cakap kat diorang aku minta maaf”

“Kau pasti? Kau pasti tak nak pergi?”

“Hmmmm.......”

“Oklah..aku pergi dulu. Kau jangan ke mana-mana.”

“Ok. Adam...”. Haikal Iskandar bangun tiba-tiba dari sofa itu. Lantas, tubuh Adam dirangkul kemas.

“Terima kasih untuk apa yang kau pernah buat untuk aku. Maafkan aku sebab banyak susahkan kau.”

“Ca..Carl...”

“Aku sayangkan kau. Aku doakan kebahagiaan kau. Kaulah sahabat aku. Dunia dan akhirat.”

Adam dan Crystal kaget. Lantas, Haikal Iskandar mencapai tangan Crystal dan Adam lalu ditautkan bersama. Dia senyum. Setitis air mata yang turun segera disapunya.

“Aku doakan korang bahagia. Jangan jadi macam aku...” ujarnya lemah. Tersenyum lemah. Dan duduk kembali di sofa sambil memandang permandangan kota Metrocity.

“Pergilah..nanti kau terlambat. Korang pengampitkan? Pergilah cepat.”

Sebaik sahaja Adam dan Crystal berlalu, Haikal Iskandar turut bangun. Mencapai suis Alfa Romeo. Mencapai sehelai jaket labuh berwarna putih. Topi dan kaca mata hitam turut diambil.

................................................................................................................................................

Farhan segak berbaju melayu. Faraeza ayu berkebaya cream. Suasana masjid tiba-tiba senyap sunyi apabila tok kadi memasuki ruangan akad nikah. Farhan mengenyitkan matanya ke arah Faraeza. Dia menyebut sesuatu.

“I love you” sebut Farhan. Faraeza senyum dan tunduk. Air matanya mengalir. Wajah ceria Farhan segera berubah. Dia mengeluh perlahan. Tangan kanannya menyambut tangan milik tok kadi.

“Aku nikahkan dikau, Farhan Darwish Bin Adrian Anderson dengan Puteri Faraeza Binti Megat Nordin dengan mas kahwinnya Rm 100 dibayar tunai”

Farhan mengambil nafas dalam-dalam. Wajah daddynya yang tersenyum itu dipandang..

“Aku terima nikahnya.......”

Haikal Iskandar tersenyum dari jauh. Nampaknya seperti sudah bermula. Haikal Iskandar masuk kedalam kereta. Bersedia untuk meninggalkan masjid An-Nur. Alfa Romeo dipandu laju. Menuju ke satu destinasi. Tiket penerbangan ditenung dalam.

“Ann-yeong..”

I left all our memories here..

The memories of our hearts..

May your good time multiply...

Till the’re flying off the chart..

-END OF SEASON 2. PATIENTLY WAIT FOR THE THIRD SEASON-