CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, August 20, 2009

Season 2..(episode 19)


Malam itu, Iman Reyhan dan Faraeza menghabiskan masa di ladang anggur milik keluarga Faraeza. Iman Reyhan yang berjeans hitam dan berkemeja warna merah darah tampak santai. Ditambah lagi dengan rambut merah yang disikat rapi. Dan perama kali, disapu gel. Kebiasaannya, rambut merahnya itu dibiarkan bebas tanpa gel atau sebarang minyak rambut. Katanya serabut. Entahlah..

Iman Reyhan berbaring di atas riba Faraeza. Faraeza mengusap lembut rambut merah milik Iman Reyhan. Iman Reyhan pula seronok menyuapkan buah anggur hijau ke dalam mulut Faraeza. Wajah tunangnya berubah kelat. Iman Reyhan galak mentertawakan. Iman Reyhan bangun. Gitar dicapai. Lantas dia berbaring semula. Jarinya mula memetik tali gitar.

Mungkin ini memang jalan takdirku,

Mengagumi tanpa dicintai,

Tak mengapa bagiku,

Saat kaupun bahagia dalam hidupmu,

Dalam hidupmu,

Telah lama kupendam perasaan itu,

Menunggu hatimu menyambut diriku,

Tak mengapa bagiku,

Cintaimu pun adalah bahagia untukku,

Bahagia untukku,

Kuingin kau tahu,

Diriku disini menanti dirimu,

Meski kutunggu hingga hujung waktuku,

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk salamanya,

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja,

Kuucapkan selamat tinggal untuk selamanya,

Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja.

Air mata Faraeza menitis. Lagu ‘Cinta dalam hati’. Lagu mereka berdua. Iman Reyhan bangun. Wajah Faraeza dipegangnya. Air mata Faraeza diseka lembut. Lalu, dia berdiri dan menarik lembut tangan Faraeza ke suatu tempat. Keluar dari ladang anggur ini. Menuju ke kolam berbentuk hati di belakang rimbunan pokok sakura. Air tasik yang jernih sehingga menampakkan hidupan didalamnya berkocak sedikit apabila sekuntum sakura merah jambu jatuh ke dalam air. Iman Reyhan menutup mata Faraeza dengan sehelai kain baldu merah jambu dan menarik tangan Faraeza. Kedua-duanya masuk ke dalam bot putih. Mendayung sehingga ke tengah tasik. Lilitan kain baldu dimata Faraeza dibuka lembut. Dia berbisik sesuatu di telinga tunangnya yang diam tidak terkata.

“Now, open your eyes, princess..” bisiknya penuh syahdu. Perlahan-lahan mata bulat milik Faraeza terangkat perlahan-lahan. Terkebil-kebil memandang pokok sakura dihadapannya.

‘Three, two, one..” bilang Iman Reyhan. Serentak itu, pokok sakura yang tiada apa tadi, kini meriah dengan cahaya pelbagai warna dari lampu yang dililitkan di pokok. Iman Reyhan melepaskan mercun. Berdentam-dentum bunyinya. Lampu yang berwarna-warnui itu disusun menjadi perkataan..

“Happy birthday, princess. I love you” jerit Iman Reyhan mengikut perkataan yang terdapat di pokok sakura tadi. Dentuman mercun masih kedengaran. Sejambak mawar merah yang dikeluarkan dari beg yang sedari tadi disandang Iman Reyhan. Agak lunyai, namun wangiannya tetap kekal. Faraeza tersenyum. Namun, senyumannya hambar. Perkara yang paling penting perlu diberitahu sekarang.

“Man, jom ke tebing”

Iman Reyhan tanpa banyak soal, mendayung ke tebing. Faraeza naik ke tebing lantas mencapai Iman Reyhan. Iman Reyhan tersengih sahaja. Faraeza semakin gelisah. Tiada masa lain, kecuali sekarang.

“I have something to tell you” ujar kedua-duanya serentak. Iman Reyhan ketawa.

“Lady’s first” katanya.

“Kita putus.”

Iman Reyhan berhenti ketawa. Jantungnya seolah berhenti berdegup. Wajah merah Faraeza direnung dalam. Lantas, pipinya ditampar. Sakit! Ini bukan mimpi.

“Iman, please be serious. Kita putuskan pertunangan kita”

“Are you joking. I can’t take this type of joke”

“Ini bukan mimpi. Ini bukan gurauan. Puteri serius. Kita putuskan pertunangan kita.”

“Tapi, kenapa? Kan, Puteri sayangkan Man”

“Dulu, sekarang Puteri dah ada orang lain” balas Puteri. Suaranya bergetar. Betapa dia rasa seperti ingin mati pada waktu itu. Mata Iman Reyhan direnungnya.

“Sebab lelaki tu kan?” soal Iman Reyhan keras. Wajah dan matanya memerah. Semerah rambut miliknya.

“Ya..” hanya itu yang mampu keluar dari bibir Faraeza. Dia terus memandang ke bawah. Cuba mengalihkan pandangannya dari mengenai mata Iman Reyhan. Kalau tidak, pasti dia sudah tersungkur. Lemah, tidak berdaya. Pandangan mata yang mampu memukaunya. Seolah-olah ada jampi pengasih setiap kali dia merenung mata hazel milik Iman Reyhan.

“Tapi, kenapa?”

“Puteri baru sedar siapa yang Puteri cintai. Semakin lama, semakin Puteri rasa bosan. Semakin lama Puteri menyelami perasaan sendiri, barulah Puteri perasan wajah Farhan yang hadir setiap kali Puteri pejamkan mata.”

“Bohong”

“Puteri cintakan Farhan bukannya Iman”

“Bohong!” bentak Iman Reyhan keras. Air matanya menitis. Hanya setitis kemudian kering.

“Bohong!” jeritnya lagi. Faraeza gementar. Dia rela mati dari membohongi Iman Reyhan. Kata-kata yang dikeluarkannya tadi seolah-olah merobek hatinya. Pedihnya sakit sekali. Parutnya dalam.

“Katakan semuanya satu pembohongan. Puteri main-mainkan?”

“Tak. I am damn serius, Iman. Please don’t be like this. Just leave me!”

“Tak! Look at my eyes and tell me you do not love me even once!” bentaknya keras. Faraeza mengangkat muka. Dia merenung mata hazel Iman Reyhan. Sungguh, dia tidak mampu. Seperti ada sesuatu setiap kali dia menatap mata bening almond-shape milik Iman Reyhan.

“I swear, I don’t love you!” balas Faraeza. Nadanya tinggi namun tenang. Selepas itu, dia pergi. Meninggalkan Iman Reyhan yang kelihatan tergamam. Air mata turun mencurah.

Bayangan Faraeza semakin lama semakin hilang dalam kegelapan malam. Iman Reyhan jatuh terduduk. Tangannya seolah-olah ingin memanggil Faraeza yang sudahpun hilang.

“Kachima (Jangan tinggalkan saya)” bisiknya perlahan. Air matanya menitis lagi. Hatinya sakit. Bagaikan disiat-siat. Koyak rabak. Rumput digenggam erat.

“Kachima!!!!” jeritnya. Selepas itu, perlahan-lahan terbaring diatas rumput yang menghijau. Suhu semakin lama semakin dingin.

Faraeza memandang dari jauh.

‘Adam’ hanya nama itu yang terlintas di hatinya.

..............................................................................................................................................

Adam meletakkan Iman Reyhan diatas sofa. Baru duduk, dia kini rebah. Terbaring dia atas sofa. Lemah. Seolah-olah tiada semangat lagi untuk hidup. Seolah-olah hanya jasad yang ada namun roh sudah terbang ke lain. Air mata yang turun dibiarkan tanpa disapu.

“Apa masalah kau? Kenapa kau pergi landing tepi tasik tu. Aku tahulah gaduh. Sampai nangis-nangis ni, apa hal?”

Adam Soo menggeleng. Iman Reyhan seolah-olah tidak wujud. Soalan yang diajukan dibiarkan sepi tanpa jawapan. Iman Reyhan memeluk anak patung harimaunya. Berdengket-dengket menuju ke bilik tidur.

“Cinta, kenapa kau banyak menyusahkan hidup manusia?” soal Adam kepada dirinya sendiri. Telefon bimbit dicapai. Nombor Crystal didailnya.

“Hello sayang” sapanya.

................................................................................................................................................

Faraeza memasuki wad 118 dengan hati yang berat. Matanya bengkak kerana semalaman menangis. Namun, dihadapan Farhan dia harus gembira. Ceria seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Dah buat kemo”

“Belum”

“Han..jomlah kita buat kemoterapi. Nanti bolehlah aku kahwin dengan kau”

“Faez, stop it please. Janganlah nak jaga perasaan aku. Aku dah tak ada apa-apa perasaan sekarang ni.”

“Aku bukannya nak jaga perasaan kau. Aku cuma suruh kau buat kemoterapi. Kau sihat, aku boleh kahwin dengan kau”

“Faez, aku tak suka gurauan macam ni!”

“Aku tak main-main. Aku tak bergurau. Semunya kenyataan. Kalau kau buat kemoterapi, aku akan kahwin dengan kau.”

Farhan terdiam. Kehilangan kata-kata. Wajah serius Faraeza ditenungnya.

“Betul kau nak kahwin dengan aku?”

“Kalau kau buat kemoterapi, aku akan kahwin dengan kau”

“Betul? Kau rela kahwin dengan aku?”

“Asalkan kau buat apa yang aku nak. Makan ubat, jalani kemoterapi. Pergi sesi kaunseling, tak ada sebab kenapa aku tak mau kahwin dengan kau”

0 comments: