CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, February 9, 2009

episod 8


-suratan atau kebetulan-

Zaman Dahulukala

Ratna berlari keluar dari perkampungan itu. Anaknya sudah ditinggalkan diluar rumah Dafa beserta sekeping surat. Anak yang belum dikasi nama. Anak yang berusia seminggu itu memang comel tapi sayangnya buta. Oleh sebab tidak boleh menerima kanyataan, Ratna nekad membuang anaknya. Sebuah kehidupan lain menunggunya. Lamaran dari kerabat Rama-rama diterima sebelum hamil diterimanya semula. Kini, dia bakal bergelar permaisuri dan ibu tiri kepada Putera Rerama. Menyangangi anak sendiri juga tidak bisa, inikan pula bukan darah dagingnya sendiri. Ratna nekad, harta dan kekayaan harus dikejarnya. Kecantikannya akan digunakan demi memuaskan nafsu harta dan kuasanya. Raja Rerama yang menodainya dahulu, kini Raja binatang itu harus membayar semua perbuatannya kepadaku. Akan kuhancurkan kehidupan anakmu, Raja. Ini kerana menodai dan memisahkan aku dengan Dafa! Bentak hati kecil Ratna. Setitik air mata keluar membasahi pipi.

Perkawinannya baru masuk 5 purnama. Segala kekayaan dan kekuasaan milik Raja sudah ada ditangannya kecuali kekayaan putera Rerama. Anak kecil seusia anaknya yang ditinggalkan itu memang punya pelindung yang kuat. Setiap kali dia ingin membunuh bayi itu, pasti ada sahaja halangan. Kulit bayi itu juga tidak boleh disentuhnya. Ratna juga telah menyumpah Putera malang itu. Selepas itu, dia diusir istana. Kekayaan yang dikuasai dahulu tinggal sifar. Semuanya kerana bayi itu.

Pergunungan Tibet

Ratna terbaring lemah. Salji yang menghujani bumi dari tadi sungguh menyejukkan. Terasa sehingga ke tulang hitam. Ratna memandang langit lemah. Tiba-tiba…

“Bangunlah Ratna!! Bangun!! Aku akan membantumu!!” pekik suara dari langit itu. Ratna menutup telinganya. Suara itu bagai kilat dan guruh dilangit

“Kamu siapa”soal Ratna kembali. Perasaan takut menguasai jiwa. Terketar-ketar Ratna bangun. Bajunya yang compang-camping dan rambutnya yang panjang dan kotor seperti berus penyapu itu menyedihkan mata yang memandang. Ratna seperti orang singting lagaknya.

“Aku?? kau bertanya siapa aku?? akulah Taghut..manusia yang dilaknat Tuhan” pekik suara itu lagi

“Ta..Taghut..apa maumu. Aku tidak punya apa-apa untuk diberikan.”

“Aku meminta darimu. Bodoh!! Akulah yang akan memberimu harta dan kekayaan . kuasa dan sihir yang membunuh.”

“Kenapa aku??”

“Kerana kau istimewa, Ratna. Kau bijak dan cantik. Itulah gaya seorang Ratu. Ratu kegelapan.. sekarang pakai topeng yang ada disisimu itu!!”

Terkocoh-kocoh Ratna memakai topeng itu. Sejurus topeng itu terlekap dimukanya, satu kuasa seolah merubah segala pemikiran Ratna. Sebuah istana yang dipenuhi api tiba-tiba muncul. Gagak gergasi dan haiwan buas lain turut berkhidmat untuknya.

Ratna pula menjerit kesakitan….

Hutan Interphoenix, Metrophoenix timur

Jeritan Ratu menggegarkan pelusuk istana. Gagak terbang ke arah ratu.

“Kenapa Ratu??”

“Tak ada apa-apa. Cuma mimpi kenangan silam”

“Owh..anak muda yang buta itu, telah aku arahkan tentera kita membunuhnya”

“Bagus, gak. Bagus” disebalik senyuman ratu, hatinya terasa pedih apabila mengingatkan bahawa pemuda bernama Fajar itu bakal mati hari ini..

Banjaran gwanghallu, Pedalaman Hutan InterPhoenix, Metrophoenix Barat.

Selesai berwirid, Dafa berniat hendak tidur sebentar. Manakala Fajar pula meneruskan bacaan al-quran.seharian berjalan menuruni bukit-bukit disini, Fajar tidak letihkah?? Persoalan itu Dafa simpan didalam hati. Baru sahaja hendak tidur, satu bunyi bising kedengaran. Apabila Dafa bangkit, perut Fajar sudah ditikam pedang. Manakala, tiada seekor makhluk pun disitu. Siapa yang menusuk Fajar??

Darah merah membuak keluar dari perut Fajar. Dafa mencabut keluar pedang itu. Pedang beracun!! Sekepal salji diambil dan dibacanya ayatul kursi lalu ditekapkan pada perut Fajar. Nyaring Fajar menjerit lalu pengsan tidak sedarkan diri. Lantas Dafa berdoa kepada ya Rabb. Dengan izin Allah, Dafa memangku Fajar dan bisa berlari pantas. Sekejap sahaja, dan mereka sudah tiba di sebuah istana yang bersinar seperti berlian. Kelihatan seorang lelaki bertopeng mendekati mereka. Topeng dan sayap lelaki itu bersinar dengan galaknya.

“Tolong, anak saya ditusuk” jerit Dafa. Fajar terbangun. Dafa bapaku?? Ya Allah!! Jerit Fajar didalam hati lantas pengsan tidak sedarkan diri. Hatinya memuji tuhan. Jantungnya semakin perlahan.

Zaman sekarang

Metrocity, Metrophoenix

Perkelahan kelas 4 nexus ke pantai sri Damai berjalan dengan lancarnya. Perkhemahan 2 hari 1 malam itu akhirnya berjaya dilaksanakan sebelum musim panas berakhir. Seawal jam 8 pagi, warga 4 nexus sudah berkumpul di Nexus square untuk menaiki bas ke pantai. Peralatan khemah semuanya sudah ada dipantai. Aku pula?? Dua buah bagasi aku bawa. Satu bagasi untuk handphone, laptop, camera, pelampung dan mini dvd. Satu beg lagi untuk pakaian. Satu beg kecil, untuk sunblok aku sandang. Bagasiku pula diheret dengan susahnya oleh Iman. Huh, bahagianya hati.

Sesampainya kami disana selepas mengharungi 3 jam perjalan. Kami dibahagikan kepada kumpulan. Aku dan Crystal sekhemah.

Hari pertama perkhemahan, semuanya lancar kecuali khemah aku dan crystal yang akhirnya harus diberi khemah lain kerana yang sebelumnya lunyai kami kerjakan. Besi pencacak semuanya belok dan patah. Mujur ada Farhan membantuku. Aku sedar jelingan manja yang dilemparkan Iman sewaktu Farhan leka membantuku. Aku buat bodoh dan bergurau dengan Farhan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Crystal pula?? Sudah tentulah mengingatkan aku tentang Iman yang menjeling semacam ke arah khemah kami. Kerana malas masuk campur, Crystal lekas beredar dan meninggalkan aku dan Farhan berdua. Selesai khemah dipasang, aku diajak Farhan ke gigi air. Sebenarnya, aku sengaja ingin menyakitkan hati Iman. Peristiwa Iman memakiku tempoh hari sebenarnya sulit untuk dilupakan. Wlaaupun aku sudah memaafkannya, tapi hati ini masih sakit dan tidak mampu bermesra dengan Iman lagi. Biarlah..biarlah. sememangnya bersama Farhan yang full sense of humor lebih seronok berbanding Iman yang kuat merajuk dan panas baran.

Sewaktu aku dan Farhan leka mengutip kulit kerang untuk menghiasi istana pasir kami, Iman pula mengutip kulit kerang untuk melempar Farhan dan aku. Namun, niat jahat sering sahaja terhalang. Allah marah kita buat jahat.

Malamnya pula, barbeque diadakan. Kumpulanku digabungkan dengan kumpulan Iman yang kebetulan Farhan salah seorang ahlinya. Kami ditugaskan untuk membakar seafood. Aku dan Farhan mengibas-ngibas sambil galak berbicara. Iman melemparkan arang kedalam api. Sedikit bara api terpercik ke tanganku. Farhan segera mengusap-ngusap tanganku. Iman pula merebut tanganku dari Farhan. Aku dengan sengajanya melepaskan tanganku dan kembali berbual bersama Farhan.

Ada orang sakit hati….huu…..” sound Crystal. Minah ni pon satu hal. Dahlah minyak tengah panas, dicuahnya air panas dalam minyak tu. Tak meletup ke??

Iman mengibas kasar ke arah makanan. Asap keluar berkepul-kepul. Tiba-tiba Iman batuk tidak berhenti. Hatiku dipagut rasa cemas. Sampai terduduk Iman kerana batuk. Aku berlari mendapatkan Iman. Dadanya aku usap-usap.

“Man tak apa-apakan. Jom balik khemah ambil ubat” ujarku seraya memapah Iman. Tanpa aku sedari, Iman tersenyum sinis sambil membuat isyarat bye-bye kepada Iman.

Kedengaran bunyi orang jatuh. Farhan jatuh rupa-rupanya. Tatkala Farhan mengerang kesakitan, Iman pula batuk tidak berhenti. Aku ketawa kecil. Permainan mereka sudah aku fahami. Aku melepaskan Iman dan berlalu meninggalkan Farhan dan Iman. Haha….padan muka!!

Aku masih lagi melancarkan perang dengan Iman. Ingat senang ke nak pujuk orang hati batu macam aku nih. Pelbagai jenis bunga, coklat, kad yang aku terima dari Iman. Bunga taik ayam pon dikasinya ke aku. sorry, tapi akukan tomboy, mane ade pakai semua tu. Sewaktu rehat, aku dan Farhan keluar beriringan dari kelas. Iman sudah menunggu dengan jelingan tajam. Kolar baju Farhan dirembat kasar. Aku tersenyum..akhirnya!! akhirnya!! Ada jugak lelaki yang bergaduh demi aku…impian dari dulu kini dan selamanya.

Lama Iman dan Farhan saling tenung menenung.

- Kalau aku bergaduh silap haribulan ado lobam kat biji mato eden ni. Title mat romeo pon bley terjejas ni. fikir Farhan panjang

-Kalau aku belasah budak ni, habislah reputasi aku sebagai headprefct sekolah ni. silap haribulan kene pecat. Rosaklah reputasi aku sebagai penaung nerd club kat sekolah ni. Desis hati Iman.

Aku memerhatikan Iman yang masih lagi memegang kolar baju Farhan. Renungan mata mereka memang tajam. Tak sakit mata ke?? Tak terkeluar ke mata tu?? Last-last…

“Iman…”

“Farhan…”panggil Iman pula. Mereka berpelukan sesame sendiri. Aku dan penonton-penonton tambah bingung

“Dah lama kita tak jumpa. Kat café ada nasik ayam best tau. Hari ni aku belanjalah” kata Iman. Lama tak jumpa??? Selama ni Farhan tu tak wujud ke??

“Owh ye..jomlah makan. Tak baik bergaduh ni. Allah marah. Selagi boleh bincang, kita bincang. Jomlah Man, kita makan. oh ye, ade budak form 2 baru masuk. Cun habis!! Kita pergi adjust nanti”

“Cantik..jom” sambut Iman pula. Apa yang berlaku ni. mereka berpelukan ke Café

“Tunggu dulu….” Jeritku. mereka berpaling.

“Ye kenapa..”balas mereka serentak

“Korang tak nak gaduh demi aku ke?? Man tak nak belasah Farhan ke??”

“Ha, kenapa pulak. Saya kenal awak ke?? Farhan ni macam kembar saya tau. Oklah kitorang pergi dulu. Bye” kata Iman selamba. Mulutku ternganga memerhatikan mereka berpelukan ke café. Dunia dah terbalik ke!!!!!

Aku mencebik. Iman masih lagi ketawa riang. Buah mangga aku petik lalu aku lemparkan ke dalam kolam love itu. Akhirnya aku terjun dari pokok itu.

“Eh, Faez nak pergi mana ni”

“Mati. Kenapa nak ikut. Sampai hati Man malukan Faez macam tu. Habis Faez diketawakan tau tak”

Ala..sorry la. Tengok air kolam ni penuh lagi walaupun musim panas. So, Faez kenalah maafkan Iman”

“Ok…keliling tasik ni dalam masa 1 minit. Then, I forgive you” kataku.

“OK bos”

Aku memerhatikan Iman yang berlari laju mengelilingi tasik ini. Dan dia tiba dihadapanku pada saat ke 50. wah, hebatnye.

“Ok, I absolve you. Jom balik” ajakku mesra. Aku mendahului Iman. Menyedari Iman yang tiada disisiku, aku berpaling. Iman dah tiada. Mana Iman pergi?? Aku memandang sekeliling dan ternampak beg Iman didalam tasik. Takkanlah. Ya Allah!! Macam mana aku lupa, Iman sakit. Nape aku suruh dia lari tadi. Tanpa berlengah, aku terjun ke dalam kolam. Tubuh Iman aku tarik dan baringkan ditebing. Wajahnya pucat dan bibirnya biru. Aku tekan dada Iman. Sejumlah air keluar. Nadinya..aku cari nadinya..Tiada!!!

“Ya Allah, denyutan jantung Iman tak ada!!!!” jeritku….

0 comments: