CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, January 18, 2009

episod 3


-hate that I luv you-

Zaman dahulukala..

Diamond Castle, Metrophoenix timur

Jantungku berdebar-debar. Tuhan, adakah darahku bakal menjadi santapan sang Ratu yang kejam. Ayahanda memandangku. Bahuku dipegangnya..

“Mengapa Cahaya. Ada yang tidak beres”

“Tidak. Cuma tidak enak badan saja. Cahaya pamit dulu, ya”

Baru sahaja ingin menuruni anak tangga ini, ada sesuatu yang melayang-layang dan jatuh ke halaman istana…

Ayahanda mengajakku turun dengan cepat. Sebaik sahaja tiba di dasar bumi, aku terlihat cahaya yang berwarna-warni datang dari sayap objek yang jatuh dari langit tadi. Aku mendekatinya. Ha, Putera Rama-rama. Air mataku merembes. Siapa yang memperlakukanmu sebegini rupa, Puteraku. Wajahnya pucat dan badannya cedera parah. Putera tidak sedarkan diri. Ayahanda memerintahkan pengawal membawa Putera Rama-rama yang tidak sedarkan diri.

Putera, dah 3 hari Putera tidur. Aku mengelap badan Putera. Pembalut lukanya telahku ganti. Ada luka selebar tapak tangan di perutnya. Warnanya hitam seolah-olah kesan terbakar. Wajah Putera aku renung. Wajahmu memang tulus. Sesiapapun bakal mencintai Putera yang berwajah tampan dan tulus sepertimu, Putera. Kepada ayahanda dan bonda telah kuceritakan segala-galanya. Aku akan bersamamu walaupun diburu Ratu kegelapan. Aku rela asalkan kau bersamaku, Putera. Tiada kuasa yang mampu menghalang cinta kita kecuali kematian.

Tiba-tiba tangan Putera bergerak-gerak. Matanya juga menunjukkan tanda bahawa Putera sedang cuba bangun. Putera terjaga dan melemparkan segaris senyuman. Dia bangun dan bersandar pada katil. Wajahnya, walaupun pucat masih berseri.

“puterikah yang menjumpai kita. Terima kasih tapi kita harus pergi” katanya. Seusai itu, dia cuba bangun kemudian terjerit kecil. Aku menahan badannya.

“Putera masih sakit. Biar kita merawat luka itu sampai sembuh”kataku. Putera tidur semula.

Di pedalaman hutan InterPhoenix, Metrophoenix timur..

Ratu kegelapan ketawa berdekah-dekah. Kelawar dan gagak turut ketawa. Bola kristalnya menunjukkan keberadaan sang Putera dan Puteri. Ternyata kuasa panahannya berjaya mencederakan putera. Hatinya puas.

“Gagak dan seluruh hambaku yang buas dan perkasa. Siapkan bala tentera kita. sepurnama lagi, Istana Raja Indera Alam akan kita hancurkan” jerit Ratu. Haiwan-haiwan buas peliharaannya turut ketawa. Secangkir darah ular yang menjadi santapan sang Ratu diminum rakus.

Zaman sekarang

MetroCity, Metrophoenix Timur

Musim sejuk di Metrocity bermula. Suhu sekeliling menjadi 10 darjah. Aku yang memakai muffler dan sweater biru laut sibuk membina mr snowman bersama crystal. Crystal yang serba pink melemparku dengan satu bola salji. Kurang asam betul. Aku juga melemparnya. Musim sejuk di sini jauh lebih meriah berbanding Us. Mungkin kerana suhunya yang agak tinggi berbanding suhu di US. Satu kelebihan musim sejuk ialah, kita tak payah kerap mandi sebab kita tak sempat berpeluh pun. Wah, tak payah mandi dahlah dapat makan soup hari-hari.

Satu snowman berjaya dibina. Aku dan Crystal berbaring di atas permukaan salji itu. Aku terlihat Iman. Ya, itu Iman. Aku lihat Iman berjalan dengan perlahan dan terbongkok-bongkok. Pelik, nape Iman jalan macam tu.

“babe, cuba tengok si Iman tuh”

“Ok je aku tengok, Faez. Cuma kenapa Iman jalan macam tu. Eh, dia duduklah”

“ada yang tak kenalah. Let’s check it out”

Iman terduduk. Rasa ngilu yang dirasakan pada jantungnya semakin kuat. Jantungnya bagai dicucuk jarum yang tajam berulang kali. Aduh, sakitnya. Dadanya sesak dan berat. Ingin menarik nafaspun dia tidak mampu. Ya Allah, adakah kau akan menarik nyawaku sekarang. Ya Allah, izinkan aku menemui ibuka dahulu. Iman bangun. Sweater dan muffler yang membaluti tubuhnya ditanggalkan. Dia merasakan pandangannya kabur. Kepalanya berat dan akhirnya dia jatuh menyembah bumi yang bersalji. Salji yang lebat menyebabkan badannya ditutupi sedikit salji.

Aku tiba saat Iman jatuh. Aku dan Crystal terpaku sebentar sebelum menjerit meminta tolong. Mujurlah handphoneku kubawa. Kami menelifon hospital. Ambulance tiba dan Iman diusung masuk ke dalam van itu. Aku dan Crystal diarahkan masuk dan mengikut Iman.

Aku dan Crystal terduduk mendengar cerita yang terbit dari mulut Pn Syarifah Salwani. Semua persoalanku yang menjadi tanda tanya kini terjawab. Iman menjadi begitu kerana masalah jantung berlubang yang menimpanya sejak dua tahun kebelakangan ini. Patutlah dia mengasingkan diri dan kelihatan pucat sepanjang waktu. Bibirnya biru dan dia sering menghilang sebaik sahaja kelas sukan dimulakan. Aku mengerti sekarang.

3 jam berlalu begitu pantas. Sebaik sahaja pintu kecemasan dibuka, kami mengerumuni doctor yang merawat Iman.

“No need to worry, Pn. May I know, bulan ni dah berapa kali dia pitam macam tu”

“4 kali setakat ini”

Aku mencongak. Bulan ini baru masuk 2 minggu. Maknanya dalam masa 2 minggu sudah 4 kali dia pitam.

“Ermmm, kerap juga. Iman memang kuat. Dia kuat semangat. Dia hanya menyebut Allah dan nama Puan sepanjang saya merawatnya tadi. Dia memang tabah. Iman terlalu letih mungkin kerana pertukaran musim yang berlaku sekarang ni. Puan jangan bimbang sangat. Kita bincang di bilik saya. kalau adik nak tengok Iman boleh.” Kata doctor Armani.

Aku dan Crystal membuka pintu ini perlahan-lahan. Iman sedang tidur. Wajahnya pucat sekali. Aku dan Crystal duduk di kerusi yang tersedia di sisi katil. Iman terjaga 15 minit kemudian. Dia seperti ingin bangun.

“kau nak bangun. Biar kitorang tolong” kata Crystal. Kami membantu Iman bersandar pada birai katil. Dia mencuba mencapai gelas yang berisi air. Aku lantas mencapai dan menghulurnya. Iman mengetap bibir.

“Kau nak pasang heater tak. Kau nak blanket lebih. Nak sweater??” soalku. Wajah Iman memerah.

“Dah cukup!! Jangan layan aku macam orang yang dah nak mati boleh tak. Aku benci tahu tak. Baliklah, aku serabut tahu tak! Balik, balik!” kata Iman keras. Selepas itu, dadanya dipegang. Aku dan Crystal cemas. Kami mencuba membantu tetapi ditepis Iman.

“Balik!! Jangan malukan aku lagi” jerit Iman. Aku dan Crystal terkejut. Kami keluar. Jangan malukan aku lagi?? Apa maksud Iman tadi. Bila masa aku ngan Crystal malukan dia. Tak kenang budi langsung. Bukan nak ucap thanks ke terima kasih ke..ni siap kena marah lagi.

Aku terlihat mama Iman yang menangis di kerusi. Ayah Iman turut resah. Apa sebenarnya yang berlaku. Ada apa dengan Iman??


0 comments: