CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, April 30, 2009

Season 2..(episode 5)


“Tidak!” jerit Faraeza lantang.

Dia jatuh terduduk. Adam yang baru pulang kehairanan. Lantas, dia masuk ke bilik Haikal Iskandar. Kelihatan Haikal Iskandar yang sudah terjelepok pengsan dilantai. Adam masuk dan segera mengangkatnya ke sofa Itali bewarna merah-hitam.

Adam terus berlari ke meja Haikal Iskandar. Empat bungkus nasi lemak dilihatnya. Wajahnya memerah marah.

“Siapa bagi dia makan nasi lemak sampai empat bungkus” tempik Adam Soo. Claudine turut masuk ke bilik. Faraeza bangun dan mendekati Adam yang sudah memerah wajahnya.

“Sa..saya”kata Farazea terketar-ketar.

Adam menjerit marah dan tubuh Faraeza ditolak kebawah. Faraeza terjelepok jatuh. Claudine menghampiri Faraeza

“Adam, Eza tak salah. Dia tak tahu menahu! We can’t blame her. For god sake, it’s not her fault at all” kata Claudine tegas. Cuba mempertahankan Faraeza yang tidak bersalah.

“No, it’s all hers. Sekarang kita tak tahu berapa lama Carl akan jadi macam ni. arghhh” jerit Adam lagi

Faraeza bangun semula.

“Adam, Eza tak salah. Dia tak tahu menahu! We can’t blame her. For god sake, it’s not her fault at all”

“No, it’s all hers. Sekarang kita tak tahu berapa lama Carl akan jadi macam ni. arghhh”

Kata-kata Adam Soo dan Claudine bergema semula.

‘Apa makna semua ini.’ Soal hati Fareza ingin tahu.

“Apa makna semua ni? Apa salah saya? kenapa dengan En Haikal?” soal Faaeza lantang.

Adam dan Claudine terdiam. Faraeza kebingungan. Claudine menghampiri Faraeza. Tubuh Faraeza dipeluknya. Belakangnya diusap Claudine lembut.

“Sorry, tak kasi tahu you awal-awal. Tapi, Carl dah lama tak jadi macam ni. Ni semua gara-gara..” belum sempat percakapan Claudine menemui penghujung, Adam Soo cepat memotong.

“Don’t you dare tell her even a word” jerkah Adam Soo. Faraeza terkejut.

Besar sangatkah kesalahannya ini sehingga Adam begitu marah. Perawakan Adam yang ‘cool’ dan tenang sebelum ini hilang begitu sahaja. Dia kelihatan seperti Haikal Iskandar sekarang ini. Dingin dan tak berhati perut. Wajah Haikal Iskandar ditenungnya lagi. Pucat dan tenang. Haikal Iskandar tesenyum dalam pengsannya.

“Tapi Adam, Eza kena tahu. Dia dah kerja dengan kita. kalau kita tak bagitau, kesilapan ini akan berulang-ulang. And we can’t blame her for all this. She doesn’t know anything. Adam, fikirkan. Kita harus beritahu Eza”

“Ta..tapi, Carl akan marah. I tak tahu for how long Carl will be like this. I tak nak khianati kepercayaan Carl pada I. You know it, Claudine” kata Adam Soo lagi.

Intonasi suaranya lemah. Dia terduduk disisi sofa yang menempatkan Haikal Iskandar. Tangan sahabatnya dielus lembut. Faraeza jadi geli semula.

‘Janganlah tunjuk yang kau ni sayang sangat dekat kekasih kau ni’ hatinya membentak kasar! Marah! Geli! Semuanya bercampur-gaul.

“Apa sebenarnya yang berlaku? Saya perlu tahu. Saya juga pekerja dan saya yang menjaga makan-minum En. Haikal. Semuanya tanggungjawab saya. kalau saya tak diberitahu, tak mustahil, kesilapan ni akan berulang lagi. Tolonglah jelaskan apa yang sedang berlaku. Jangan buat seperti saya ni tak wujud” jerit Faraeza tegas.

Adam Soo dan Claudine yang sedang bertengkar tadi diam kini. Faraeza termengah-mengah. Kemarahannya dilepaskan. Adam Soo meraup wajahnya berkali-kali. Wajahnya yang seperti orang korea itu merah membahang. Panas dan geram. Bercampur-aduk. Jiwanya kacau.

“Carl tak boleh makan nasi lemak”. Akhirnya kebenaran terluah jua. Faraezea bingung.

“Eiyh..”

“Ya, sounds weird but that’s the truth behind this.” Kata Adam lemah.

‘Carl memang akan pecat minah ni. Minah ni mesti berlakon tak tahu apa-apa’. Itu yang terlintas di hati Adam.

“He can’t take too much fat, you know. Tak tahan sangat. Satu bungkus nasi lemak akan buat dia tidur seharian. Empat bungkus nasi lemak akan buat dia tidur empat hari atau lebih. Tapi, he’s crazy over nasi lemak. Carl is weird, right.” Kata Claudine

“So, En Haikal hanya tidur!” Faraeza separa menjerit.

Hatinya riang. Ini bermakna Haikal Iskandar bukanlah sedang nazak seperti yang difikirkannya.

“Tapi, pastikan awak pura-pura tak tahu semua ni. kalau tak, awak akan dipecat” kata Adam tegas. Faraeza angguk.

’Susah betul kerja dengan orang aneh’. Desis hati kecilnya.

Wajah Haikal Iskandar direnungnya. Ada sesuatu yang mengingatkannya tentang seseorang. Seseorang dari masa silam. Seseorang yang terlalu baik dan lurus orangnya. Seseorang yang mengisi hidupnya dengan senyuman dan ketawa. Seseorang yang begitu fanatik dengan nasi lemak. Seseorang yang pernah….dia cintai.

Faraeza tersenyum. matanya dipejamkan. Bayangan orang itu muncul sekejap. Sekejap Cuma namun sudah cukup untuk membuat hatinya pedih bagai disiat-siat. Mulutnya menyeru nama seseorang.

“Iman” seru Faraeza perlahan.

Air matanya menitis keluar. Claudine dan Adam Soo kehairanan.

“Are you alright’ tanya Claudine resah. Air mata Faraeza disekanya lembut.

“Kencha-naeyo (Ya, saya ok)” balas Faraeza dalam bahasa Korea. Serentak itu, air matanya menitis lagi.

Faraeza berjalan lambat-lambat. Suhu sekeliling sudah 5*C namun, air mata yang membasahi pipinya masih hangat. Peristiwa tengahhari tadi benar-benar mengingatkannnya pada Iman.

Sudah 10 tahun Iman pergi namun, dia masih mencintai Iman. Kalaulah Iman ada…Itu yang selalu bermain difikirannya. 10 tahun dia memendam rindu. Mencintai orang yang sudah tidak ada di muka bumi ini. 10 tahun juga dia hidup bersandarkan kenangan masa silam. 10 tahun juga dia menangis. Peristiwa 10 tahun lalu bermain dimindanya.

“Hey.. thanks untuk nasi lemak tu”

“Rasalah..Puteri buat sendiri tu”

“Helo, Man..helo”

“Er..buat sendiri. Tak sabar nak makan. Tapikan, ada satu rahsia Man nak kongsi pasal nasi lemak ni.”

“Apa??”

“Kalau Man makan nasi lemak satu bungkus, Man akan tidur satu hari suntuk tanpa terjaga. Percaya tak. Man alah dengan nasi lemak. Tapi, nasi lemak kegemaran Man”

Faraeza memeluk tubuh. Itu persamaan Haikal Iskandar dan Iman. Cuma itu! Yang lain semuanya berbeza. Bagi Faraeza, Iman lebih baik dan mesra berbanding jejaka berambut merah yang dingin dan tak berperikemanusiaan itu. Suasana yang sejuk ini membuatkan Faraeza lemah. Ditambah lagi dengan emosinya yang kacau. Kepalanya pening.

Adam Soo yang memandu Alfa Romeo menyanyi-nyanyi kecil. Haikal Iskandar sudah selamat diletak dirumah. Adam keluar mencari sedikit makanan untuk dimakan malam ini. Sewaktu keretanya diberhentikan kerana lampu sedang merah, dia berpaling kekiri. Susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya.

“Eza..apa yang dia buat kat highway malam-malam macam ni” fikir Adam Soo. Lantas Alfa Romeonya diberhentikan dipinggir jalan.

“You buat apa kat sini malam-malam. Mana CRV you, Eza”

“Rosak, I hantar bengkel. I nak balik ni. “

“Mari I hantarkan you balik”

“Tak payahlah” kata Faraeza.

Dia berjalan meninggalkan Adam yang serba-salah. Baru beberapa langkah, dia berhenti. Kepalanya pening. Pandangannya berbalam-balam. Faraeza akhirnya jatuh tetapi sempat disambut Adam. Tubuh wanita itu didorongkan kedalam Alfa Romeo dan dia memecut laju ke rumah Faraeza di Taman Cendana Impian yang terletak 10 km dari kondominiumnya dan Haikal Iskandar.

Adam Soo menilik bilik Faraeza yang dipenuhi gambar seseorang. Kacak. Bercermin mata dengan mata almond shape bewarna hazel. Rambutnya coklat gelap. Adakah lelaki ini pelakon. Tapi, wajahnya terlalu muda untuk menjadi pelakon. Seperti wajah anak-anak yang masih sekolah. Gambar jejaka itu sungguh banyak sehingga menjadi wallpaper. Crystal masuk dan menuam dahi Faraeza.

“Thanks En Adam sebab sudi hantar Fa..I mean Eza balik” kata Crystal tergagap-gagap.

“No, it’s ok. Lagipun rumah kami sehaluan” kata Adam ramah. Bilik Faraeza ditilik lagi.

“Kalau boleh saya tahu, siapa lelaki ni. Pelakon atau modelkah” soal Adam.

Kalau betul pelakon, tidak pernah dia melihat wajah lelaki ini. Kalau model pula, wajahnya terlalu keanak-anakan untuk menjadi model.

“Saya rasa En Adam kena tanya Eza sendiri. Saya tak ada hak nak bercerita”

“Just call me Adam. Miss…”

“Crystal Hasanah. Just call me Crys”

“Wow, nama yang unik. Saya betul-betul nak tahu siapa lelaki ni. Modelkah?”

“Dia bukan pelakon, model atau penyanyi. Arwah bukan siapa-siapa”

“Saya minta maaf, saya tak tahu yang dia dah..”

“Cukuplah..”kata Crystal.

Air matanya diseka. Wajah Iman dipandangnya. Surah Al-Fatihah dibaca untuk Iman.

‘Man, aku harap kau tenang kat sana’ bisik hati Crystal sayu.

“Man…Iman jangan tinggalkan Faez. Please jangan tinggalkan Faez. Man” ujar Faraeza tiba-tiba.

Matanya yang terpejam rapat akhirnya terbuka. Dia terjaga. Dia bangun dan bersandar pada palang katil. Air matanya diseka kasar.

“Awak ok?”

“Ya, Adam. Saya tak apa-apa. Thanks for saving me. I owe you something”

“Nothinglah. Pada saya, kesudiaan awak jaga Carl saya pun dah tak terbalas”

“Hmmmm. Saya faham. Carl segala-galanya pada awakkan. Bertuah Carl.”

“Entahlah, saya akan mati kalau Carl ditimpa sesuatu. Saya sanggup gantikan segala kesakitan yang pernah Carl alami. But, may I know, who is that” soal Adam sambil jari telunjuknya menghala kepada gambar-gambar yang melekat pada dinding bilik Faraeza.

“Arwah Iman. Kekasih saya”

“Berapa usia dia sewaktu meninggal. Sebab apa.”

“Dia meninggal sewaktu berumur 16 tahun. Tapi, mukanya yang baby face tu tak menunjukkan dia berusia 16 tahunkan? Dia kemalangan gara-gara nak bertemu dengan saya”

“Jadi, dia memang dah meninggal”

“Tak, dia tak pernah meninggal sebab dia sentiasa hidup kat sini” kata Faraeza sambil memegang dada. Air mata yang turun tidak diseka. Dibiarkan sahaja.

Faraeza dan Crystal melambai-lambai kearah Adam yang memecut laju bersama Alfa Romeo hitam miliknya.

“Faez, apa maksud ‘Carl saya’ yang disebutkan Adam tadi”

“Carl tu Haikal Iskandar. Bestfriend merangkap kekasih dia”

“Eiyh…”.

Ingin bertanya lagi, namun Faraeza sudah tiada disisinya. Faraeza duduk dikatil sambil mencium gambar Iman yang melambai. Gambar yang diambil sewaktu perkhemahan di pantai Sri Damai.

“Kimi wo aishi tsuzukeru (saya terus mencintai awak)” Ucap Faraeza untuk kesekalian kalinya.

Sydney, Australia

Dia merenung gambar jejaka yang tersimpan rapi di dalam frame berbentuk hati. Dipeluk dan dikucupnya gambar itu berkali-kali. Hatinya pedih. Sudah lima tahun semuanya berlaku. Kini, masanya dia harus pulang dan menebus segala-galanya.

“Sayang, bersabarlah. Kita akan bertemu lagi nanti. Sabarlah, Cuma sekejap sahaja lagi”

Salji yang turun seolah mengerti gelojak yang bermain dihati. Frame gambar itu dipeluk erat. Rindunya tidak dapat dibendung lagi. Lima tahun yang menguji. Lima tahun yang mendera perasaan. Lima tahun yang menyakitkan.

‘Aku akan kembali sayang. Aku akan kembali untuk segala-galanya’

Kota Metrocity,

Metrophoenix.

Adam Soo mengusap-usap dahi Haikal Iskandar. Kain yang digunakan untuk menuam dahi Haikal Iskandar ditukar lagi. Apa yang akan terjadi kalau Haikal Iskandar diapa-apakan. Dia bisa gila. Wajah sahabatnya ditenung dalam. Wajah itu cukup tenang dan mendamaikan.

“Dah banyak kau menderita. Bilalah bahagia akan hadir untuk kau. Oh Tuhan, berapa banyak lagikah ujian yang akan kau berikan padanya. Carl, aku harap kau tabah dan kuat. Kau jangan risau sebab aku takkan tinggalkan kau. Aku sentiasa disisi kau. Aku sokong kau, Carl. No matter what happens. Aku sentiasa ada untuk kau” bisik Adam perlahan. Selepas itu, tanpa sedar, dia tertidur sambil tangannya menggenggam erat tangan Haikal Iskandar.

0 comments: