CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, January 24, 2009

episod 5







-I fell in love wif the nerd-

Zaman sekarang

Metrocity, Negara Metrophoenix Timur

Ternyata, pembohongan Crystal tentang penyakit leukemiaku ada hasilnya juga. Iman jadi lebih ceria dan optimis. Dan aku dengan Iman pula, kami sering bersama-sama. Aku dan Crystal serta Iman menjadi satu geng kamceng terhebat didunia. Iman mula bercakap dan lebih positif. Dan sekarang aku di Metro High School untuk menyaksikan perlawanan debat antara sekolah yang diwakili Iman. Hari ni Iman sangat hensem.

“Wah Faez, hensem gile mr perfect kau. Cair aku dibuatnya. Faez, kita bersaing nak??” soal Crystal. Aku tersenyum..satu penumbuk aku tayangkan ke muka Crystal. Owh, ada hati nak kongsi ngan aku eh. Tak boleh

“Tak..aku tipu jelah. Mana ada orang boleh ambik mr perfect kau. Tapikan, kita share la. Sharing is caring” ujar Crystal sambil matanya dikelipkan beberapa kali. Macam gedix je

“Sharing is caring ye. Pernah dengar tak yang sharing is killing”

“eh..takpelah. Ambiklah Iman tu. Huh, tak hingin aku ngan budak nerd. Cube dengar ek..cinta si tomboy gile dan budak nerd. Macam pelikkan.”

“Nape pulak. Ok je. Tapikan kenapa tomboy gile bukan tomboy je”

“Sebab kau gile. Kuakua”

Kurang asam. Aku mengejar Crystal yang sudah melarikan dirinya. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang.

“Opps, sorry.’ Kataku. Aku lihat pemuda ini hanya memandangku tanpa berkelip. Dia juga ternganga. Aku berdehem. “Ehem..sorry” kataku. Kali ini lebih kuat

“Er…it’s ok. Bertuah saya dilanggar awak.”

“hah” gile apa dia ni. Ade ke patut dia cakap bertuah aku langgar dia. Menyesal tak langgar dengan lori tadi. “takpelah. Saya pergi dulu”.Baru sahaja ingin melangkah, tanganku ditarik. Umpama iklan shampoo di tv, aku berpaling. Pegangannya aku lepaskan

“Apa nih!!” kataku keras

“Sorry..sorry. ermm, I’m Justine. Kalau tak keberatan boleh tak beritahu nama you apa, si Cantik”

“Kenapa saya kena beritahu nama saya kat awak pulak. Apa kes”

“Awak kena beritahu jugak, sebab saya dan beritahu nama saya tadi”

“Lah..awak yang sukarela bagitau. Saya tak tanya pon.”

“Tolonglah bagitau. Ke awak nak saya panggil awak si Cantik”

“Hey, awak ni apa kes. Hak saya nak bagitau nama saya kat sesiapapon”

“Tapi….”. belum sempat mamat Justine sembelit ni habis cakap, Iman muncul dan menyampuk

“Apa kecoh ni?? Baby, apa nih?? Beritahu kat Iman. Dia kacau baby ke???”. Aku terlopong. Baby??? Arghhhh, adakah ini mimpi?? Aku tampar pipi aku. sakit!!

“Kau kacau girlfren aku ke?? Kau ape kes, ha”

“Girl..girlfren..sorry bro. aku tak tau. Cantik..maksud saya, cik, saya minta maaf.” Kata Justine. Selepas itu Justine blah. Aku senyum. Memandang Iman tanpa berkelip pon

“kau ok kan. Mamat tu tak buat bukan-bukan kan??”. Aku menggeleng. Arghhh, memang gila. Gila betul. Iman cakap aku makwe dia. Dia panggil aku baby walaupun umur aku ni dah lebih untuk dipanggil baby. Jadi mak baby bolehle. “Nasib baik aku cakap kau makwe aku. kalau tak…pandai jugak aku kelentongkan. Dahlah, debat dah nak start. Wish me luck ok”

Sebaik sahaja Iman pergi, aku terjatuh. Kelentong??? Jadi Iman hanya…arghhh sedihnya

Aku dan Iman bersiar-siar di wet garden. Taman bunga-bunga air yang terletak di tengah-tengah Bandar Metrocity. Aku masih berdiam diri. Entah apa motif dia mengajakku keluar. Mungkin nak celebrate kemenagannya tadi. Arggh, pedulikan.

“Faez, thanks…”

“Hah…nape”

“Coz kau sudi beri nasihat kat aku yang kepala batu ni. Thanks jugak sebab kau sudi jadi inspirasi aku. sudi support aku. mana aku nak cari kawan sebaik kau”

“Sedar pon yang kau ni kepala batu. Nasib baik batu, kalau kepala konkrit lagi susah tau”. Iman ketawa. Kepalaku diusapnya. Aku terdiam. Dup..dap..dup..dap…

“Kau tau tak Faez, aku sayang sangat kat kau” kata Iman. Aku mendongak. Seperti berada di kayangan. Aku tersenyum panjang. “Aku sayang kau lebih dari aku sayang Crystal.”. Ya Allah, betul tak telinga aku ni…Iman sayang kat aku lagi..lebih dari Crystal. “Kaulah kawan terbaik dan mungkin kakak atau adik terbaik yang aku pernah ada. Kaulah kawan yang paling best sekali. Bertuah siapa yang dapat kau Faez. Aku akan doakan kau dapat lelaki yang sihat dan tak sakit macam aku. kau akan dapat suami yang baik dan bertanggungjawab. Aku akan selalu doakan kebahagiaan kau sebab aku sayang kau macam aku sayang mak aku.”

Aku terduduk. Kawan terbaik??? Hanya kawan??? Sampai hati Iman buat aku macam ni. Kau tahu tak aku suka kat kau, ha?? Kau tak tahu ke!

“kenapa Faez, kau letih ke???”

“Tak..aku ok. Cuma aku..”

“Kau sakit ke?? Kau dah buat check-up ke” soal Iman. Aku mendengus. Iman, aku tak sakit tau tak!! Maybe kau sudi kawan dengan aku sebab aku ‘sakit’ dan bukannya kau ikhlas nak kawan ngan aku. mungkin kau kesiankan aku sebab tu kau cakap kau sayangkan aku. arggh, sudahlah

“Tak, aku ok. Cuma, hati aku terluka.” kataku. selepas itu aku lari. Meninggalkan Iman. Salji turun lagi selebat airmata yang turun di pipiku

“Faez!!!!!Faez!!!!!” jerit Iman

Iman bingung. Sakit hati?? Memang Faez ni berpenyakit hati ke dia sakit hati kat aku?? konpius betullah aku si Faez ni. Iman pergi ke dapur rumahnya.

“Iman ada problem ke?? Mama tengok Iman sedih je. Are you ok, sayang”

“I’m ok, mama.”

“Jangan bohong mama. Mama kenal Iman lebih dari Iman kenal diri Iman sendiri”. Tanpa buang masa, Iman menceritakan segala-galanya kepada Syarifah Salwani

“Nape mama senyum. Lucu ke??”

“Anak mama ni memang tak faham ke buat-buat tak faham. Takkanlah Iman lambat pick-up mende-mende gini.”

“Apa mama cakap. Iman betul-betul tak faham. Cakaplah kenapa Faez macam tu”

“Faez tu, suka kat Iman, tau. Iman cakap Iman sayangkan dia macam kawanlah, kakaklah, adiklah, sayang dia macam sayang kat mamalah. Of course dia merajuk. Marah. Sakit hati. Hisy, lembab betul anak mama ni. Dia syok kat Imanlah tu. Anak mama ada peminat..kena beritahu papa nih”

Iman mencongak sesuatu di benaknya. Patutlah dia suka sangat masa aku cakap aku sayang kat dia. Faez..Faez..kukira tomboy tak feeling..rupa-rupanya, ada perasaan jugak. Hah, Faez suka kat aku

“Tak mungkin!!” jerit Iman sebelum rebah ke lantai

0 comments: