CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, August 28, 2009

season 2 (episode 21)


Iman Reyhan memandang kosong ke arah taman bunga yang terdapat di hospital ini. Wajahnya pucat tidak bermaya. Adam pula sibuk menguruskan urusan keluar hospital. Dua hari dia ditahan di wad. Namun, tiada satu haripun Faraeza datang melawatnya. Wajahnya diraup. Tersenyum sinis. Adam asyik menyuruhnya menjauhkan diri dari Faraeza. Entah apa alasannya, dia juga tidak tahu. Dia berasa ada sesuatu sedang berlaku dalam diri Faraeza. Namun, dia tidak tahu apa. Alangkah bagus kalau dia ahli nujum, pasti dia tahu kenapa Faraeza nekad untuk memutuskan pertunangan.

“Sudahlah, Man. Lupakan dia. Dia bahagia dengan Farhan sekarang. Kau ni melukut di tepi gantang, tahu!” bentaknya, tetapi perlahan. Dia mengangkat muka. Terasa lemah urat sendinya melihat Faraeza dan Farhan.

Farhan terkejut melihat Iman Reyhan yang sedang berdiri setentang dengannya kini. Dia menatap mata Faraeza yang kini berhadapan dengannya. Sekaligus membelakangi Iman Reyhan.

“Faez, tolong Han boleh?”

“Tolong apa?”

“Tolong papah Han ke kereta. Perut Han sakit sangat” rayu Farhan. Perutnya yang tidak sakit itu dipegang. Mengkesiankan wajah sekesian mungkin. Berkerut-kerut seolah-olah menahan sakit.

Faraeza pelik namun, dia menurut sahaja. Baru beberapa langkah memapah Farhan, dia berhenti. Terkejut. Terpana dengan susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri dihadapannya kini. Berwajah pucat dengan tubuh yang tidak bermaya.

“Assalamualaikum, Puteri.”

“Waalaikummussalam. Apa khabar, Man?”

“Khabar baik. Sampai hati tak jenguk Man di wad.”

“Please Man. We have nothing to talk about”

“Yes we do”

“Don’t start it, Man. Tolonglah. Puteri nak balik. Tolong ke tepi”

Farhan yang sedari tadi menjadi penerhati kepada sandiwara ini tersenyum sinis. Umpannya mengena. Kini, tiba masanya untuk melaksanakan langkah seterusnya.

“Sayang boraklah dulu dengan dia. Han pergi duduk kejap” ujarnya. Perkataan ‘sayang’ sengaja ditekannya. Dia dapat melihat wajah Iman Reyhan yang canggung tadi. Dia tersenyum sinis. Kemenangan kini dipihaknya.

“Tak apa. Lagipun Faez tak ada apa-apa nak cakap”

“Jangan jadi macam ni. Pergilah cakap dengan Iman dulu.”

“Baiklah” balas Faraeza lemah. Selepas itu, Faraeza menarik Iman Reyhan sedikit jauh dari Farhan. Perasaan Farhan harus dijaga.

“Apa lagi ni?” soal Faraeza.

“Puteri tolonglah. Farhan sakit. Kenapa nak korbankan hidup demi dia. Puteri cintakan Man. Hanya Man. Bukannya Farhan. Berhentilah seksa diri Puteri sendiri.”

“Puteri tak kisah walaupun Farhan tu sakit sebab Puteri cintakan dia. Man..tolonglah jangan kacau kami lagi”

“Cinta? Please stop the crap, Puteri. Puteri sedang bagi harapn palsu pada dia. Walaupun dia sakit dan walaupun Man tak tahu apa penyakit dia, puteri sepatutnya berterus-terang. Bukannya berpura-pura mencintai dia. Please, Puteri. Be rational”

“Man!” jerit Faraeza.

Farhan tersenyum. Bergaduh juga akhirnya. Rancangannya berjaya. Kini, tinggal satu langkah lagi. Farhan mencangkung. Memegang perut. Berpura-pura sakit. Nama Faraeza diseru.

“Ya Allah” bisik Faraeza. Cemas. Melihatkan Farhan yang mengerang kesakitan pertengkarannya dengan Iman Reyhan dibiarkan terhenti. Lantas, meluru ke arah Farhan. Lelaki itu dipapahnya.

“Faez, pergilah bincang dulu dengan Iman”

“No. Han lebih penting dari dia sekarang” ujar Faraeza. Suaranya meninggi. Entah kenapa.

Farhan tersenyum. Dia bersyukur. Mungkin inilah hikmah disebalik penderitaan yang dialaminya. Dia mula bersyukut dengan penyakitnya kini. Ternyata banyak juga manfaatnya.

Iman Reyhan yang melihat Faraeza memapah Farhan tersenyum sinis. Lantas, dinding hospital ditumbuk kuat.

“Jangan ingat kau dah menang, Farhan!”

................................................................................................................................................

Faraeza memandang sahaja ke arah Farhan yang sedang menikmati bubur ayam itu. Sekali-sekala dia melihat lelaki itu menjeling ke arah kimchi enak di atas meja.

“Sabarlah Han. Untuk kali ni aje. Nanti Han sembuh, Han makanlah seberapa banyak yang Han nak”

“Ala, kali ni aje”

“No, ianya pedas dan masam. Bahaya untuk perut tu” tegas Faraeza. Farhan kini umpama anak kecil yang merengek-rengek meminta gula-gula. Tiba-tiba, cerek air di dapur menjerit. Faraeza lantas berlari ke dapur.

“Sorry, Faez. Hanya satu aje” bisik Farhan.

Lantas, sedikit kimchi diambil dan dimasukkan ke dalam mulut. Enaknya tidak terkata. Faraeza muncul dengan sedulang air. Dia tersenyum. Gerenti Faraeza tidak tahu.

“Makanlah lagi. Bubur ni bagus tau. Senang untuk dihadam”

“Ittada-kimasu (Jom makan)!”

Farhan meneruskan suapan bubur ayam itu ke dalam mulutnya. Dia rasa tidak sedap perut. Terasa pedih. Mencucuk-cucuk. Dia terbatuk kecil. Banyak kali.

“Han..” panggil Faraeza cemas. Farhan batuk tidak berhenti. Tidak lama kemudian, Farhan berlari ke tandas. Pintu tandas dikuncinya.

“Farhan” panggil Faraeza lagi. Pintu tandas diketuk bertalu-talu. Bunyi Farhan yang sedang muntah kedengaran. Lantas pintu tanda itu ditendangnya. Terbuka juga. Farhan berpaling. Ada warna merah pada kemeja putih yang dipakainya.

‘Darah’ hati kecil Faraeza mendesis.

Farhan bangun menghadapnya. Mendakap Faraeza. Bajunya merah dipenuhi darah. Teresak-esak di bahu Faraeza. Faraeza kaget. Belakang Farhan diusapnya. Banyak kali.

“Sabar, Han. Ingatkan Allah.”

“Kenapa mesti Han?”

................................................................................................................................................

“Apa ni, Puteri? Hal nikah jangan main-main. Sekejap Iman. Sekarang ni Farhan pulak. Mana satu yang kamu mau ni?” soal Megat Nordin keras. Khaleeda menggeleng kepala. Perkahwinan bulan depan. Bakal suami yang bernama Iman Reyhan kini bertukar. Farhan Darwish Bin Andrian Anderson. Entah bagaimana orangnya? Dia juga tidak tahu.

“Tolonglah ayah. Kali ni Puteri tak main-main. Puteri serius dengan dia”

“Puteri, tolonglah. Mama letih tau tak? Barang hantaran daripada kamu dah siap. Dari pihak Farhan macam mana? Perkahwinan bulan depan. Sempat ke?”

“Sempat mama. Semuanya dah selesai. Kad kahwin pun puteri dah pergi ubah. Mama dan ayah jangan risau”

“Terserah kamulah. Ayah tak boleh nak halang. Ni soal hidup kamu. Kamu yang akan hidup dengan dia.”

“Terima kasih, mama dan ayah” ujarnya lembut.

0 comments: