CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, July 12, 2009

Season 2..(episode 14)



Kota Metrocity, Metrophoenix Timur.

Iman Reyhan memandang Faraeza yang lena disisinya. Terlalu banyak kejutan yang berlaku sepanjang keberadaan mereka di Korea. 10 tahun dia disangka mati. 10 tahun terpisah dari dunianya yang sebetulnya. Meninggalkan keluarga dan kekasih hati. 10 tahun hidup sebagai orang lain.

”Kalaulah aku tak hilang ingatan” bisiknya.

”Semuanya ketentuan, Man” balas seseorang. Faraeza yang tersedar dari lenanya tersenyum memandang Iman Reyhan. Wajah jejaka itu disentuhnya.

”Faez sayangkan Man. Dulu, kini dan selamanya. Forever in my heart”

”Dengarkan pada denyutan jantung sendiri, dengarkan pada bisikan hati. Siapa aku dihatimu?”

”Only you. The one and only. Faez tak perlukan apa-apa lagi. Allah memang berkuasa”

“Kalau Man tak jatuh tangga di Villa Sakura, sampai sekarang Iman kekal sebagai Haikal Iskandar.

“Habis tu, macam mana dengan ibu dan daddy”

“Diorang dah lepaskan Man. Cuma, Eternity masih dibawah pengurusan Man. Man akan mewarisi semua perniagaan daddy”

Faraeza tersenyum. Betapa kayanya Iman Reyhan. Empayar Eternity dibawah kekuasaannya.Tidak masuk lagi dengan harta peninggalan Dato’ Hakimi dan Datin Salwani. Faraeza terseyum lagi. Bahagia yang dirasakan ini amat disyukurinya.

”Kenapa senyum macam kerang busuk ni?”

”Saja. Hobby, tak boleh ke?”

Rambut Faraeza dicaca merbakan. Faraeza mencebik. Tidak lama, sebelum tawa mereka meletus lagi. Akhirnya, mereka berdua tidur. Kepalanya dilentokkan pada bahu Iman Reyhan. Tidur dengan lena sehingga tiba di Lapangan Terbang Eternity.

Pagi itu, Faraeza bersiap-siap. Ingin menemui Iman Reyhan di Eternity Hotel. Semuanya diteliti. Crystal yang menjadi perunding imej tidak rasmi akhirnya mengeluarkan sehelai gaun merah . Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Meminta untuk diangkat.

“Moshi-moshi (Hello)”

“Hai, ni aku, Farhan”

“Owh, kenapa?”

“Aku nak jumpa kau, boleh. Sekejap pun jadilah”

”Er...oklah. I’ll see you at Bora Bay. Ada restoran berbentuk kapal dekat-dekat situ”

”Ok”

Faraeza menggeleng-geleng apabila isyarat mata yang diberi Crystal difahaminya. ’Siapa tu’ . Begitulah lebih kurang maksudnya.

”Farhan”

”Dia nak apa?”

”Tak tahu. Dia cakap nak jumpa aku”

”Beritahu hal yang sebenarnya. Berhenti beri harapan palsu pada dia. Kau kena beritahu pasal Iman”

”Aku tak sanggup”
”Kau akan terus menyeksa dia. Lebih baik berterus-terang walaupun kebenaran itu menyakitkan”
Faraeza angguk. Ada benarnya apa yang diberitahu Crystal tadi. Lantas, dia berpusing-pusing dihadapan cermin sambil memakai gaun merah darah tadi.
Tas tangan Prada hitam berbelang merah jambu itu diambil. Cuba dipadankan dengan sun-hat putih.

”Nampaknya kau akan jadi Puteri semula” bisik Crystal perlahan sambil memerhatikan Faraeza yang girang itu.

Farhan membetulkan tie merah yang dipadankan dengan kemeja hitamnya. Sejambak ros merah diletakkan di atas meja. Sekumpulan Mariachi yang telah ditempah sibuk berlatih memainkan lagu My Baby You menggunakan biola. Dadanya berdegup kencang. Cuak menguasai diri. Dahinya yang berpeluh-peluh dilap dengan tisu. Terasa seram sejuk. Cuba membayangkan rupa Faraeza yang menawan. Cuba membayangkan reaksi Faraeza tetkala ayat ‘Will you marry me’ akan dituturkan olehnya nanti.

”Hi” sapa seseorang. Dengan gerakan lambat, Farhan berpaling. Dia terpempan..

”Hello. Yuhooo!” sapa Faraeza. Tangannya direwang-rewangkan dihadapan wajah Farhan yang kelihatan bingung itu. Farhan tersentak.

”Kawai (Comel)” puji Farhan perlahan. Dia lantas bangun, mempersilakan Faraeza duduk. Farhan duduk kembali. Peluh didahi dilap lagi. Faraeza hanya tersenyum. Kedua-duanya terdiam seribu bahasa.

”Wow, nice tie” puji Faraeza memulakan perbualan.

”Nice dress” puji Farhan pula. Barulah mereka perasan akan persamaan warna tie dan gaun mereka.

”Ada sesuatu yang aku nak beritahu” kata kedua-duanya serentak. Kedua-duanya ketawa.

”Well, lady’s first”

”Ok. Sebenarnya, ada sesuatu yang aku nak beritahu kau...” belum sempat Faraeza menghabiskan ayatnya, suatu suara menyapa.

”Hi, Farhan”

Farhan bangun perlahan-lahan. Bingung. Bagaimana jejaka berambut merah seperti kartun Naruto ini tahu akan namanya. Lantas dia menepuk dahi.

’Akukan glamour’ itu yang terlintas di benaknya.

Iman Reyhan bersalam dengan Farhan yang kelihatan bingung itu. Iman Reyhan tersenyum nipis. Wajah bodoh Farhan tidak pernah berubah. Tabiat mulut ternganganya itu masih sama walaupun setelah bergelar artis popular. Tapi, Iman Reyhan memang benci dengan Kumpulan DBSB itu.

’Pantang keturunan aku ada ahli muzik’ bentaknya didalam hati.

”Kau tak kenal aku siapa”

”Tak. Kau siapa? Macam mana kau kenal Faez?”

“Aku? Aku kekasih Faez. Nice to meet you, Farhan”. Sengaja dia berkata begitu biar Farhan sedar diri. Mariachi dan mawar merah. Memang satu adegan yang klise. Farhan tersentak lagi.

”Tak mungkin. Kau, I..Iman Reyhan?” kata Farhan terketar-ketar.

”At last. Aku Iman Reyhan. Kapten Lucrussoe lelaki Nexus Private High School. Salah seorang musuh ketat kau di sekolah. Pemegang takhta Prince Charming sekolah empat tahun berturut-turut. Ketua pengawas dan cukuplah. Aku tak mahu riak”

‘Ceh, tak mau riak konon. Tapi, diakan dah mati’ bentak Farhan di dalam hati.

”Tapi, kau dah ma..”

”Mati? Panjang ceritanya”

Farhan terduduk mendengar cerita dari mulut Iman Reyhan yang berwajah lain. Dia rasa janggal. Entah dari mana Iman Reyhan mendapat rambut merah itu. Kerana setahunya rambut Iman Reyhan Coklat gelap dan sedikit blonde. Sebab itulah, Iman Reyhan pemegang takhta Prince Charming empat kali berturut-turut. Semuanya bagaikan telenovela.

”Macam mana aku nak pastikan kau Iman. Wajah kau lain. Dan kau hidup sebagai orang lain sebelum ini”

”Kau tanya Faez. Macam mana dia yakin aku Iman”

Farhan memandang Faez yang dari tadi membisu. Gadis itu mengangguk. Tersenyum. Farhan juga angguk. Dia tahu Faez sedang bahagia. Dia rela berundur.

”Selamat berbahagia.” Ucap Farhan. Mawar merah itu dihulurkan kepada Faraeza. Iman Reyhan menjeling sahaja.

’Hisy, masih nak ngorat awek aku. Tak pernah berubah. Hati busuk! Sengal!”

Farhan memandang sayu ke arah pasangan bahagia yang sedang berlalu meninggalkannya.

”Would you like to hear a song” soal Kumpulan Mariachi tadi. Farhan menggeleng. Saat ini, dia mahu bersendirian.

“Would you please excuse us”

Farhan mengangguk apabila Kumpulan Mariachi itu minta beredar. Farhan bangun. Dari restoran berbentuk kapal ini, pemandangan laut yang menjadi pemisah kepada negara Metrophoenix dengan korea jelas kelihatan.

”Tak mustahil aku akan menangis dalam masa lebih kurang lima saat” bisik Farhan.

”Satu..dua..tiga..empat..lima”

Sebaik sahaja dia habis membilang, air mata jatuh dan membasahi pipi. Dia mencangkung sambil berpaut pada tiang. Terasa pedih hatinya sahingga tidak mampu untuk berdiri. Terasa ingin sahaja dia terjun kedalam laut yang terbentang luas ini. Biar mati! Namun, dia masih mengetahui batas-batas sebagai seorang muslim.

”Kenapa hidup meletihkan?”

Kau membuat ku berantakan,

Kau membuat ku tak keruan,

Kau membuat ku tak berdaya,

Kau menolakku acuhkan diriku,

Bagaimana caranya untuk,

Meruntuhkan kerasnya hatimu,

Kusedari ku tak sempurna,

Ku tak seperti yang kau inginkan,

Kau hancurkan aku dengan sikapmu,

Tak sedarkah kau telah menyakitiku,

Lelah hati ini meyakinkanmu,

Cinta ini membunuhku.

................................................................................................................................................

Faraeza memandang Iman Reyhan dari jauh. Iman Reyhan yang sedang berdoa di kubur ibu-bapanya itu kelihatan sayu. Dato’ Hakimi dan Datin Salwani ditanam disebelah kubur Iman Reyhan yang disangka telah meninggal. Tiba-tiba Iman Reyhan menghampiri dengan linangan air mata yang membasahi pipi. Faraeza lantas merangkul kemas tubuh Iman Reyhan yang hilang punca. Diseka air mata lelaki itu.

”Kalaulah Man tak kemalangan malam itu, mesti arwah walid dan umi tak meninggal lagi. Semuanya salah Man. Semua salah Man!” jerit Iman Reyhan. Dadanya ditumbuk-tumbuk.

”Dah takdir, Man. Kita tak boleh lawan. Man sabar, ok. Kita doakan roh walid dan umi deterima disis-Nya.”

”Man rindukan diorang sangat-sangat. Kenapa Man tak mati aje. Kenapa mesti Haikal Iskandar yang mati, kenapa bukan Man aje?”

”Man, kenapa ni? Man tak kesiankan Faez, ke. Faez setia tunggu Man. Walaupun orang cakap Faez gila sebab tunggu orang yang dah mati, Faez tetap yakin yang Man masih hidup. Man..”

”Arghhh...” jerit Iman Reyhan. Rambutnya diraup berkali-kali. Lantas, tubuh Faraeza dirangkulnya kemas.

”Don’t ask me for the reason, just let me stay like this for a while. Please. I really beg you..”

Pelukan Iman Reyhan dibalas. Setitik air mata jatuh ke pipi.

Crystal menghampiri Faraeza yang sedang menonton televisyen. Mata sahabatnya itu ditutup dengan tangan.

”Sebelum aku tembak kau, baik kau alihkan tangan busuk kau tu dulu”

Crystal mencebik. Faraeza masih lagi memandang ke arah skrin televisyen. Saluran KBS World rupa-rupanya. Patutlah Faraeza seolah-olah tidak wujud sahaja. Sedang melihat Lee Dong Wook rupa-rupanya.

”Kau tengok mamat jongang ni rupanya” marah Crystal.

”Siapa jongang?” Faraeza membalas balik. Pantang sungguh jika pelakon kesayangannya itu dikutuk. Entah kenapa, Crystal benci sangat dengan Lee Dong Wook.

”Tulah. Putera jongang kau tu” kata Crystal sambil mulutnya memuncung ke arah pelakon Korea kegilaan ramai itu.

”Kau nak aku sula mulut cabul kau tu. Kenapa kacau aku ni? Shuh..” kata Faraeza sambil menghalau Crystal umpama kucing. Crystal menutup mulut sahabatnya itu.

”Macam mana tadi?”

”Macam mana apa?”

”Isy, bengap betullah. Kau dengan Iman..kau dengan Farhan. Macam mana?”

”Macam tulah”

”Kau ni sengal betullah. Macam mana reaksi Farhan bila dapat tahu Iman masih hidup”

”Entahlah. Nampak macam sedih. Tapi nampak macam suka. Aku pun tak tahulah. Tapi dia memang terkejut beruk bila Iman tiba-tiba menyampuk. Iman pun satu, aku cakap dengan Farhan, dia tiba-tiba menyampuk”

”Diorangkan musuh dulu, kini dan selamanya. Of course dia takkan berani tinggalkan kau dan Farhan. Lagipula Farhan tu shok kat kau dari zaman dahulukala lagi.”

”Entahlah, malas aku nak fikir.”

”Date kau dengan Iman macam mana. Best tak?

”Dating? Best, kitorang dating dekat kubur tau.”

“Hah?”

“Aku bawak Iman ke kubur arwah walid dan umi dia. Kalau kau ada tadi mesti kau menangis juga. Sedih sangat aku tengok Iman. Macam ada penyesalan yang teramat sangat. Yelah, terlalu sukar hidup dia. Satu jasad dua kehidupan. Iman Reyhan dan Haikal Iskandar. Aku pun gila tau.”

”Takdir Allah, kan. Aku langsung tak sangka. Yelah, tak ada persamaan langsung. Tapi, mata dialah yang aku cam. Tapi, bukannya dia seorang aje yang ada mata cantik macam tu kan?’

”Entahlah, Crys. Aku bersalah dengan Farhan. Sepatutnya dari dulu aku cakap aku takkan boleh terima dia. Aku yang beri dia harapan. Aku yang buat dia berharap.”

”Sabarlah, Faez. Biasalah, bila kita inginkan sesuatu kita kena korbankan sesuatu. Kitaran hidup, kan. Tapi, kasihan Farhan. Macam mana agaknya bila media tahu yang Prince of Metrophoenix got dumped. Mesti kecoh satu Metro ni. Tak pasal-pasal kawan aku yang lembam ni popular. Boleh aku merasa masuk televisyen dan surat khabar. ”

”Mangkuk hayun betullah. Malaslah nak fikir. Yang aku tahu, esok aku akan mula bertugas sebagai Inspektor Faraeza. ”

”Selamat bertugas. Jangan kau tembak Iman dah lah. Gaduh-daduh jugak, janganlah aku bom si Iman tu”

Crystal menggelengkan kepala. Mana taknya. Dulu, sewaktu zaman persekolahan, pantang bergaduh ajak bertumbuk. Paling tidak dapat dilupakan ialah peristiwa bom najis yang dilemparkan Faraeza kepada Iman. Namun, terkena Cikgu Ruzy. Nasib..nasib..

”Apa senyum-senyum. Buang tabiat ke?” soal Faraeza. Matanya dicerlungkan.


P/s:Hye kengkawan..ney n3 terakhir bln ney..da nak kena balik asrama da..bye..hope kowang sabar tunggu 4 the next n3 in august

0 comments: