CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, June 8, 2009

Season 2..(episode 10)


Wajah Crystal sukar ditafsirkan. Faraeza kembali menonton televisyen. Tetapi, Crystal menepuk-nepuk pehanya. Faraeza kembali memandang Crystal.

“Betul dia cakap macam tu? Kau tak boleh jumpa, cakap, senyum, tengok dan sentuh lelaki lain selain daripada dia”

“Betullah. Entah apa yang ada dikepala otak dia”

“Oh my god!” jerit Crystal tiba-tiba.

Jari-jari runcingnya menutup mulut. Wajahnya seakan terkejut.

“He’s in love with you, Faez. Cuma, dia tak sedar semua tu. Dia cemburu bila gambar kau dan Farhan sedang berpeluk jadi muka depan kebanyakan akhbar Negara ni” ujar Crystal tiba-tiba. Riak wajahnya seolah-olah teruja.

Faraeza menggeleng.

‘Mustahil orang gila macam dia tu ada perasaan dekat aku yang solehah ni. Arienai (mengarut)’. Hati kecil Faraeza membentak perlahan.

“Kau mengarut, crys” marah Faraeza.

“Tapi, berdasarkan pengalaman aku sebagai penulis skrip, kebiasaannya macam ni. Hero mesti mengamuk bila heroin jumpa hero yang lain. Tapi, bagi hero yang keras hati macam Haikal Iskandar tu, agak susah nak kesan, tapi melalui perlakuannya, aku pasti, dia sukakan kau”

“And, kenapa aku kena percayakan penulis skrip yang jiwang macam kau ni?”

“Kau ni macam Adamlah. Aku jiwang sangat ke?”

“Tak Cuma, Maafkan Aku kerna mencintaimu. Macam terlebih romantik tajuknya. Tapi, Adam tengok cerita tu. Peminat setia” ujar Faraeza nakal. Serentak itu, pipinya dicubit kuat

“Adam tak suka. Selalu dia kutuk cerita aku. Setiap kali jumpa, mesti dia kutuk cerita aku” ujar Crystal.

Faraeza terkesan sesuatu pada bicara Crystal tadi. Lantas, dia tersenyum.

“Setiap kali berjumpa??” kata Faraeza. Kata-kata itu ditekankan. Crystal tersenyum sumbing.

“Apa maksudnya tu?” soal Faraeza lagi.

“Nothing. Tak ada apa-apa”

“Setiap kali berjumpa, ya. Ini maknanya korang berdua dah berjumpa lebih dari sekali. Masa kau kejar dia di hotel hari itu, apa yang terjadi. Betulke korang kejar-mengejar. Ke saling bermesra?” soal Faraeza nakal.

“Mana ada, aku kejar dia. Lepas tu, kitorang sama-sama mengalah. Letih sangat. Lepas tu, dia mintak nombor aku”

“Oh…..”jerit Faraeza lantang.

Dia ketawa. Crystal yang tersedar dia sudah tersasul lantas ingin menutup mulut Faraeza namun, Faraeza sempat lari. Lantas, mereka berkejaran mengelilingi meja makan kayu itu.

Haikal Iskandar memandang lesu ke arah cerita yang ditayangkan pada skrin. Entah mengapa, tiba-tiba Juliana mengajaknya menonton wayang. Juliana tiba-tiba melentokkan kepalanya dibahu Haikal Iskandar. Lantas, Haikal Iskandar merendahkan sedikit badannya agak Juliana selesa.

“Ju…”panggil Haikal Iskandar.

Sepi, tiada respons. Juliana sudah tidur. Tidur dibahunya. Dia mengeluh. Bukannya Juliana tidak tahu bahawa dia memang tidak gemar menonton wayang. Lantas, dia menongkat dagu. Popcorn yang dibeli tadi dimakan sehingga habis.

Tiba-tiba, cerita yang terpapar di skrin bertukar menjadi cerita lain. Bayangan seorang gadis sedang tidur dibahu seorang lelaki turut jelas kelihatan. Namun, wajah gadis itu sedikit kabur manakala wajah lelaki itu pula jelas kelihatan. Memakai cermin mata bersama rambut bewarna coklat gelap.

Haikal Iskandar menggeleng beberapa kali. Bayangan yang dilihatnya tadi bertukar menjadi cerita yang harus ditontonnya. Dia mengeluh. Kenapa, sejak akhir-akhir ini, dia sering dihantui bayangan seorang gadis dan seorang lelaki. Apa kaitannya dengan dia. Dia bingung.

“Faez sayang Iman”

Kata-kata itu bergema lagi dibenaknya. Lantas, dahinya dipicit perlahan. Juliana tersedar.

“Carl sakit?”

“Tak, Cuma pening kepala. Ju, kita balik”

“Baiklah” balas Juliana lembut.

Salahnya juga mengajak Haikal Iskandar ke panggung wayang. Haikal Iskandar memang tidak gemar ke panggung wayang. Sangkanya, apabila dia pura-pura tidur tadi, Haikal Iskandar akan membelainya, namun, yang kedengaran hanyalah keluhan Haikal Iskandar. Dia bingung. Adakah Haikal Iskandar masih mencintai Faraeza.

Di dalam kereta juga begitu. Suasana sepi. Kedua-duanya terdiam seribu bahasa. Melayani muzik sentimental yang yang diputarkan diradio. Selepas lagu itu berakhir, dj memutarkan lagu nyanyian kumpulan DBSB. Haikal Iskandar mendengus. Lantas, radio ditutupnya. Juliana terkejut.

“Kenapa?”soal Juliana bingung

“Benci”balas Haikal Iskandar tegas.

Juliana pelik. Kelakuan Haikal Iskandar semakin hari semakin pelik.

“Carl masih cintakan Eza?” soal Juliana berani.

Kedengaran Haikal Iskandar mendengus kasar. Ternyata sifat panas baran Haikal Iskandar belum pernah berubah.

“Jangan sebut nama dia lagi” marah Haikal Iskandar

“Tapi, Ju dapat rasakan yang hati Carl bukan untuk Ju lagi”

Tanpa amaran, Haikal Iskandar membelok kanan. Memberhentikan kereta dibahu jalan.

“Please, Ju. Stop talking about her”pinta Haikal Iskandar lembut

“Macam mana Ju nak berhenti berfikir pasal dia. Hati dan fikiran Carl bukan untuk Ju lagi. Dulu, Carl tak macam ni. Carl sentiasa gembira bersama Ju. Sekarang, Ju punca Carl sedih. Ju tak nak macam ni. Dah banyak salah Ju pada Carl. Ju tak nak buat salah lagi. Ju rela kalau Carl nak berpisah dengan Ju. Ju tahu Carl sentiasa fikirkan Eza”

“Tak, Ju. Carl cintakan Ju. Carl tak pernah fikirkan Eza”

“Tapi, mata Carl kurang bersinar bila dengan Ju. Dengan Eza, Ju nampak sinaran pada mata Carl. Ju nampak Carl. Ju boleh rasakannya” Ucap Juliana dalam sendu.

Haikal Iskandar mencangkung. Memegang kepalanya. Fikirannya kusut. Sudahlah tadi dia bertengkar dengan Faraeza yang degil macam haiwan liar tu. Sekarang, Juliana pula.

“Ju, jom balik. Carl letih”ajak Haikal Iskandar lembut.

Lengan Juliana ditariknya. Namun, dileraikan kasar. Juliana menyeka air matanya.

“Ju balik sendiri. Tinggalkan Ju dekat sini. Pergi, pergi!” tempik Juliana.

Haikal Iskandar terpana. Tidak pernah dilihatnya Juliana begitu. Juliana yang lemah lembut dan penyabar itu tidak pernah meninggikan suara tetapi, malam ini Juliana seperti orang lain. Haikal Iskandar mencapai suis Alfa Romeo. Juliana ditinggalkan sendirian. Juliana duduk di bahu jalan. Membelakangi Haikal Iskandar. Air matanya menitis lagi. Bayangan Alfa Romeo Haikal Iskandar sudah menghilang

“Carl memang tak sayangkan Ju lagi”bisiknya perlahan.

…………………………………………………………………………………………

Faraeza sedang melayan sebuah novel karya Nas Alina Noah, ‘Flying kiss’. Crystal pula sedang asyik menghadap laptop menyiapkan skrip cerita terbarunya. Sedang asyik khayal dalam dunia masing-masing, satu ketukan tiba-tiba berbunyi. Mereka berdua berpandangan satu sama lain. Jam dinding dilihatnya. Sudah jam 12 tengah malam. Siapa yang sanggup datang kerumah mereka pada waktu sebegini. Masing-masing bangun perlahan-lahan menghampiri pintu kayu setinggi dua meter itu.

“Kita tawakkal, Crys. Harap-harap bukan pencuri”

“Aku serahkan semuanya pada kau, Inspektor” bisik Crystal.

“Maafkan aku kalau aku ada buat dosa kat kau”

“Aku pun sama” kata Crystal.

Faraeza dan Crystal saling berpeluk dan meminta-maaf diatas kesilapan masin-masing. Kemudian, mereka tersenyum. Apa yang berlaku selepas ini, mereka hanya redha. Ketukan di pintu bertalu-talu dan memekakkan telinga. Perlahan-lahan, sambil memegang sebatang kayu, Faraeza membuka pintu.

“Kau?” kata Faraeza dalam nada terkejut.

Badan Haikal Iskandar jatuh menimpa dirinya. Crystal pula hanya terpaku disitu. Faraeza menolak badan Haikal Iskandar yang menghempap dirinya. Dia bangun dan menepuk-nepuk muka Haikal Iskandar. Sia-sia tiada respons.

‘Badan aje kurus, berat macam singa laut Alaska’ dengusnya didalam hati.

“Apa kita nak buat, Faez. Dia dah mati ke?? Aku tak nak jadi pembunuh” rengek Crystal manja.

Pipi Crystal yang putih gebu itu dicubitnya. Lantas, satu isyarat mata dihadiahkan yang membawa maksud, ‘angkat anak gajah ni’. Begitulah lebih kurangnya. Badan Haikal Iskandar yang berat umpama singa laut Afrika itu diangkat mereka dengan susah payah. Hampir tercabut urat sendi mereka. Mujurlah berdua. Kalau bersendirian, mereka pula yang mati nanti. kemudian, tubuh itu diletakkan diatas katil milik Faraeza. Selesai, Faraeza merasa dahi Haikal Iskandar.

“Dia ni baru lepas berendam dalam air panas, ke?” soal Faraeza bodoh.

Crystal ke dapur dan mengambil sekotak koolfever dari kotak first aid. Satu sachet diambil dan ditampal pada dahi Haikal Iskandar. Gebar ditarik dan membungkus seluruh tubuh Haikal Iskandar. Pemanas bilik dipasang. Lalu, mereka meninggalkan Haikal Iskandar bersendirian. Crystal mencapai telefon bimbit. Faraeza kaget.

“Buat apa?”

“Mandi. Telefon doktorlah mak cik” marah Crystal apabila soalan yang sebegitu bodoh itu diajukan.

“Kenapa?”

“Ya Allah, orang tu dah nak mati dan tahu tak. Haikal Iskandarlah, siapa lagi”

“Siapa nak bayar”

Crystal menggeleng. Ternyata, sikap berkira Faraeza masih belum hilang. Masakan untuk membayar bil perubatan Haikal Iskandar juga harus dibincang panjang lebar. Kata sepakat dicapai, mereka akan membayarnya separuh seorang.

Doktor Amrizal pelik melihat kelakuan Faraeza yang aneh itu. Masakan duit dicium-cium seperti anak.

“Mama kena bagi kamu semua. Jangan nakal-nakal tau. Mama sayang kamu semua” pesan Faraeza kepada anak-anaknya atau lebih tepat lagi, duit-duitnya.

Lambat-lambat barulah dihulurkan pada Doktor Amrizal. Crystal mengeluh. Perangai Faraeza yang memalukan itu masih belum berubah. Sebab itulah dia sering mengelak membawa Faraeza ke tempat-tempat yang mahal. Malu rasanya dengan perangai Faraeza yang memang tidak boleh masuk majlis itu.

“Menyusahkan aku betullah” marah Faraeza sebaik sahaja doktor Amrizal pulang.

“Kau ni, dia sakit tu. Demam panas. Suhu badannya tinggi tau. Depression yang teruk. Aku rasa semuanya salah kaulah”

“Kenapa pulak? Aku tolong bayarkan apa!” ujar Faraeza bersungguh-sungguh.

“Yelah, sebab gaduh dengan kaulah dia kena tekanan perasaan macam ni. Nasib baik tak ke rumah bahagia. Kalau tak memang bahagia sepanjang hidup. Bahagia tingkat ke 17”

Faraeza lantas ketawa. Lalu, dia ke biliknya bagi melihat-lihat keadaan Haikal Iskandar. Sebaik sahaja pintu dibuka, Faraeza ternganga. Haikal Iskandar sudah tiada di katil. Faraeza lantas mencari dibelakang pintu, belakang almari dan bawah katil.

Ternyata tiada. Tiba-tiba kedengaran suara orang muntah-muntah. Pintu tandas ditendangnya setelah cubaan membuka secara normal tidak berkesan. Habis patah pengunci pintu itu. Dilihatnya Haikal Iskandar sedang terduduk lemah diatas lantai tandas sambil mukanya dihalakan pada mangkuk tandas.

‘Dia ni toilet lover ke’ fikirnya bodoh.

“Hoi, buat apa tu?”

Belum sempat Haikal Iskandar menjawab, sekali lagi dia muntah. Selepas itu, tersadai lemah didinding tandas. Faraeza cemas. Lantas, nama Crystal dipanggilnya. Mereka mengangkat Haikal Iskandar ke katil. Dahinya dituam dengan kain basah.

“Ringan pulak” bisik Faraeza.

“Mana tak ringan kalau dia dah buang semuanya tadi”

Tiba-tiba Haikal Iskandar terbangun lagi. Faraeza lantas menahan. Hasilnya…..

“Arienai-tsuno (Tak mungkin)!!!” jerit Faraeza.

Haikal Iskandar jatuh ke katil. Terus tertidur tanpa sedar lagi. Faraeza masih menjerit-jerit bagai orang gila. Crystal pula ketawa terbahak-bahak. Mana tidaknya, muntah Haikal Iskandar tumpah pada badan Faraeza. Warna-warni warnanya. Faraeza menggelepar dilantai. Crystal pula ketawa dan ketawa.

“Aku benci kau, Carl!!”

Paginya, Haikal Iskandar membuka mata. Terasa berat kelopak matanya. Namun, digagahkan jua. Sebaik sahaja mata dibuka, dia rasa asing. Suasana bilik itu cukup asing buatnya. Kepalanya berpinar-pinar namun digagahi juga dirinya untuk bangun. Dia kaget. Gambar seorang lelaki memenuhi ruangan bilik. Dia teringat sesuatu.

Lelaki inilah yang selalu ditemui dalam mimpi-mimpinya. Setiap kali ada memori yang menghentam mindanya, pasti wajah lelaki ini yang akan muncul. Berambut coklat gelap bersama sepasang cermin mata. Namun, mata hazel berbentuk almond lelaki ini masih kelihatan dengan jelas. Gambarnya terlalu banyak seperti menjadi wallpaper bilik ini. Dia ingat-ingat lupa.

Semalam, selepas bergaduh dengan Juliana, dia berdiri dalam hujan dihadapan rumah Faraeza. Dia juga tidak tahu mengapa. Tiba-tiba sahaja, hatinya terdetik untuk ke rumah Faraeza. Dia rasa sesuatu. Namun, entah apa.

“Faez sayang Iman”

Kata-kata itu bergema semula dalam benaknya. Kepalanya dipegang. Pelbagai bayangan mengenai seorang lelaki dan perempuan muncul dan menari-nari dibenaknya. Dia terduduk. Kepala makin mencengkam sakitnya. Lantas, dia menjerit.

Faraeza masuk kebiliknya. Teriakan Haikal Iskandar jelas kedengaran. Hatinya runsing memikirkannya.

‘Apa kena dengan singa laut Madagascar ni’

“Kau kenapa?” soal Faraeza kepada Haikal Iskandar.

“Aku tak tahu. Aku betul-betul tak tahu”

Haikal Iskandar lantas bangun dan duduk semula dikatil. Bajunya diteliti. Seperti…sepasang gaun tidur merah jambu melilit dibadannya. Satu koolfever pula masih melekat didahi.

“Apa yang kau pakaikan kat aku ni?”

“Kau patut berterima kasih kat aku tahu. Aku bagi baju kira baik tau. Kau tak sedar ke apa yang kau buat dekat aku semalam?”

Haikal Iskandar menggeleng. Ingatan tentang peristiwa semalam terhapus terus dari ingatannya. Namun, apa yang buat dia bingung sekarang ialah, bagaiman pakaian seseksi dan memang bukan untuk jantinanya ini boleh dipakaikan pada badannya.

“Kau muntahkan semua sisa hidup kau pada aku semalam. Aku jadi macam ais-krim yang berwarna-warni semalam, tahu.” Marah Faraeza.

“Sorry”. Hanya itu yang mampu terbit dari bibirnya.

“Kau cantik macam ni” puji Faraeza.

Haikal Iskandar mencebik. Bantal busuk berbentuk hati itu dilemparkan pada muka Faraeza. Mereka lantas ketawa.

“Dahlah, pergi mandi. Baju kau aku baru hantar dobi. Kau pilihlah sama ada nak pakai baju aku ataupun baju Crystal”

“Tapi…” kata Haikal Iskandar ingin memprotes. Masakan dia harus pakai baju perempuan lagi.

“Pakai baju aku atau Crystal ataupun kau bogel. Kalau nak, kau boleh pakai baju tu” kata Faraeza nakal sambil mulutnya dimuncungkan pada gaun yang dipakai Haikal Iskandar.

Haikal Iskandar ketawa. Faraeza terkedu. Pertama kali Haikal Iskandar ketawa seperti itu. Terbit sesuatu di hatinya. Namun, segera dinyahkan.

‘Cutenya dia senyum. Dan, matanya almond-shape’ desis hatinya.

Serentak itu, bayangan Iman muncul. Dia tersenyum. Haikal Iskandar sudah mula mandi. Faraeza ke dinding yang dipenuhi gambar Iman lantas menyentuhnya.

“Faez sayang Iman” bisiknya buat sekelian kalinya.

Haikal Iskandar meneliti dirinya didalam cermin. Satu t-shirt merah jambu yang ketat dan sehelai kain batik. Tiada pilihan. Semua seluar Faraeza pendek walaupun apabila dipakai Faraeza, nampak labuh. Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat dari peristiwa diatas ialah, Faraeza pendek sebab itu semua seluarnya kelihatan labuh.

Lambat-lambat barulah Haikal Iskandar keluar dari bilik Faraeza. Sebaik sahaja dia keluar ke ruang tamu, kedengaran suara hilai tawa. Atau lebih tepat lagi, Adam, Crystal dan Faraeza sedang mentertawakannya. Dia mendengus. Namun, apa boleh buat.

“Hai cik adik, boleh bagi nombor telefon tak” usik Adam nakal. Haikal Iskandar mencebik.

Satu beg dihulurkan. Haikal Iskandar bingung.

“Pergilah tukar baju. Ke kau selesa dengan baju tu”

Haikal Iskandar segera menukar pakaiannya. Terasa malu tahap buah-buahan. Memakai pakaian perempuan merupakan perkara terakhir yang akan dilakukannya. Dia rela berbogel. Tapi, ada berani ke??

Adam yang memandu masih lagi tersenyum melihat Haikal Iskandar di sebelahnya. Cantik pula Haikal Iskandar dalam pakaian Faraeza tadi. Lantas, dia ketawa.

“Kalau rasa nak makan dengan straw, ketawalah lagi”

“Alah, cik adik, garangnya. Abang tak buat apa-apa pun” sakat Adam lagi.

Wajah Haikal Iskandar yang masam-masam kelat itu memang comel. Lantas, dia ketawa. Haikal Iskandar pula sudah hilang daya ketahanan diri. Dia hanya menerima sahaja. Kereta membelok ke Kompleks Kondominium Golden Horses. Sebaik sahaja dia keluar dari kereta, satu ciuman menyentuh pipinya. Haikal Iskandar terpana

0 comments: