CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, June 7, 2009

Season 2..(episode 9)


Hari itu, pagi-pagi lagi Haikal Iskandar bangun. Bersiap-siap. Juliana Soo

mengajaknya sarapan di kondominium milik Juliana. Haikal Iskandar setuju saja. Melepaskan cinta yang terbuku sejak sekian lama. Selepas itu, suis Alfa Romeo ditarik. Butang lif ditekan. Sebelum password dimasukkan, Adam menghampiri.

“Aku harap kau tak lupakan seseorang” tegur Adam.

“Seseorang? Am I missing someone here?”

“Fikirlah sendiri” jawab Adam lemah.

Bukan dia tidak gembira dengan apa yang dikecapi Haikal Iskandar sekarang. Cuma, dia berasa kasihan melihat Faraeza yang seperti bersedih. Namun, apabila ditanya, gadis itu menggeleng.

“Aku harap kau tak lambat sangat untuk sedar nanti” kata Adam lembut. Senyuman dihadiahkan buat kawannya.

Haikal Iskandar tercengang. Lambat-lambat dia memasukkan password. Otaknya memikirkan sesuatu. Namun, dia tidak peroleh jawapannya.

‘Apa maksud Adam?’ soal hatinya.

Alfa Romeo Haikal Iskandar membelok ke kompleks Seri Bayu. Sebuah kompleks kondominium mewah namun tidak semewah kondominium yang didiaminya.

Juliana menarik Haikal Iskandar sambil tersenyum gembira. Inilah yang dia impikan sejak lima tahun dahulu. Setiap hari dia rindukan Haikal Iskandar. Tidak pernah melupakannya walaupun sesaat.

“Tadaaaa” jerit Juliana riang.

Tangannya yang menutup mata Haikal Iskandar sedari tadi diangkat. Haikal Iskandar tetap begitu. Seperti tiada respons. Hanya pandangan mata kosong yang dilemparkan. Senyuman tawar dihadiahkan. Juliana bengang. Hatinya sakit tiba-tiba.

‘Kenapa carl macam ni. Dia tak pernah macam ni’

“Thanks sudi masakkan nasi goreng kimchi untuk Carl” ucap Haikal Iskandar lemah.

Satu mangkuk besi bersama dua sudu besi panjang dipandang. Entah kenapa, moodnya hilang tiba-tiba. Lantas di duduk. Selesai makan sesudu dua, dia beredar ke pejabat. Meninggalkan Juliana yang kebingungan.

Haikal Iskandar memukul stereng. Hatinya panas. Kepalanya pusing. Rambut merahnya tidak terurus.

‘Kenapa aku macam ni. Kenapa aku tak bahagia dengan Ju. Kenapa aku asyik terfikirkan kata-kata Adam. Apa maksudnya? ‘

‘Arghhh’ hati kecilnya membentak.

Serentak itu, pedal minyak ditekan lagi. Hadlaju menjadi 230 Km/J. Sepuluh minit kemudian. Dia tiba di Eternity Airlines.

Faraeza melipat surat khabar yang dibacanya. Berita yang disiarkan mengenai

Farhan Adrian hari ini memang gempar. Tiba-tiba, Haikal Iskandar melintas laju di hadapan. Wajahnya merah dengan rambut yang tidak terurus.

“Hai, orang dah dapat kekasih masih sedih lagi ke?” sindir Faraeza nakal.

Langkah Haikal Iskandar berhenti. Satu jelingan tajam dihadiahkan buat Faraeza. Faraeza terpana. Jelaslah Haikal Iskandar memang tertekan sekarang ini. Lantas, dia tersenyum. Haikal Iskandar berlalu ke biliknya. Claudine dan Faraeza berpandangan. Serentak itu, satu hempasan pintu yang kuat kedengaran. kedua-dua wanita itu tersenyum.

Haikal Iskandar mengusut-ngusutkan rambutnya. Hatinya betul-betul gelisah. Fikirannya bercelaru. Kata-kata Adam tadi bermain-main dibenaknya.

“Aku harap kau tak lupakan seseorang”

Haikal Iskandar mengetuk-ngetuk meja kayu itu dengan jarinya. Senaskah akhbar ditariknya. Satu berita menarik minatnya. Gambar artis terkenal, Farhan Adrian bersama seorang gadis yang amat dikenalinya. Kapsyen berita tersebut cukup menarik. Cukup untuk membuat hatinya panas. Mendidih.

- Siapa Cinderella di samping Farhan Adrian?-‘

Gambar wanita yang bersama Farhan Adrian itu dikenalinya. Lantas, akhbar itu direnyukkan. Dia menjerit lantang. Dia bangun dan keluar. Tangan Faraeza lantas ditariknya. Sebaik sahaja masuk ke biliknya, badan wanita itu dihempasnya ke sofa.

“ Apa ni?? Gila ke?” marah Faraeza.

Haikal Iskandar melemparkan akhbar tadi kepada Faraeza yang sudah merah menyala wajahnya.

“Baca ni!” tempik Haikal Iskandar.

Faraeza bangun dan membuka kasar lipatan akhbar yang sudah hancur itu. Dia tersenyum.

“So what??”

“ What is that means?” soal Haikal Iskandar kasar.

“Just a friend of mine. Nothing” balas Faraeza selamba. Dia jadi teringat tentang pertemuannya dengan Farhan Adrian.

Baru sahaja melangkah keluar dari Hotel Eternity, lengannya ditarik kasar. Dirinya didorong kedalam kereta. Faraeza meronta.

“Lepaskan aku!” jerit Faraeza bekali-kali.

Selepas kereta itu bergerak agak jauh dari Hotel Eternity, barulah hood sweater yang dipakai orang itu ditanggalkan. Alangkah terkejutnya Faraeza…

“Kau?? Farhan…you scared me”

“Sorry. So, apa yang perlu aku buat untuk tebus kesalahan aku” balas Farhan riang.

Umpannya mengena. Hatinya berbunga. Wajah Faraeza yang berseri-seri itu umpama diletakkan di dalam frame gambar dan dililitkan dengan bunga-bungaan di sekelilingnya. Begitulah rupa Faraeza didalam hatinya.

“Tak payahlah. Just, hantar aku balik rumah. Aku letih” balas Faraeza.

Bukan dia tidak mahu bersiar-siar bersama Farhan, Cuma di takut memberi harapan pada Farhan. Cukuplah, kasihan Farhan.

“No, mana boleh macam tu. Ok, what about…a lunch with DBSB” aju Farhan.

Faraeza menggeleng mula-mula. Tetapi, demi mendengarkan nama DBSB disebut, matanya terbuka luas. Farhan sentiasa dapat memujuknya.

“Ok. Aku setuju” balas Faraeza riang.

Farhan tersenyum. Sambil memandu, ahli-ahli DBSB dihubunginya satu persatu. Semuanya demi Faraeza. Faraeza pula seperti di awangan. Makan tengah hari bersama DBSB. Memang impiannya sejak dulu, kini dan selamanya. Kedua-dua tapak tangan berada di pipi sambil bibir yang tersenyum panjang. Memang bahagia.

30 minit kemudian, Faraeza tiba di restoran rasmi DBSB. Ahli-ahli DBSB telah menunggu mereka berdua. Faraeza tercengang tiba-tiba. Keempat-empat ahli DBSB ada dihadapannya kini. Tiba-tiba, Xander, drummer DBSB menariknya duduk ditengah-tengah ahli DBSB. Alex, guitarist DBSB pula ramah bertanya. Manakala, Jae Jung, rapper DBSB sedang asyik menyiapkan makanan mereka.

Farhan pula hanya diam memerhatikan Faraeza yang merah mukanya. Sejak tadi. Berbual sambil tersenyum panjang. Senyuman Faraeza yang pernah hilang sepuluh tahun dahulu dapat dilihatnya kembali. Selepas kematian Iman, Faraeza jarang tersenyum, namun tidak menangis. Dia menjadi gadis tomboy yang tekun dan rajin. Tetapi, entah mengapa karier sebagai polis yang dipilihnya.

“Hebatlah Faez ni” sorak Xander.

“Banzai” jerit Xander riang.

Lantas, Faraeza bersama ahli-ahli DBSB bangun dan menari-nari riang. Laungan banzai semakin lama semakin kuat kedengaran.

Selesai makan steamboat bersama sup rumpai laut hasil masakan Jae Jung, ahli-ahli DBSB menarik Faraeza keluar ke pantai yang bersebelahan dengan restoran rasmi mereka sahaja. Gaun yang dipakai Faraeza terbuai-buai ditiup angin.

“Ambil ni, nanti kau sejuk” ujar Farhan sambil menghulurkan sweater jenama Tropicana Life hitam-hijau itu. Sebenarnya, dia risau sekiranya gaun yang dipakai Faraeza tiba-tiba terangkat.

“Arigato (Terima kasih)” balas Faraeza lembut.

Sedang asyik ahli DBSB yang lain bermain air laut, Farhan dan Faraeza duduk diatas pasir pantai.

“Thanks, Farhan. Memang impian aku dari dulu lagi nak jumpa DBSB. Aku sayang kau. Thank you”

“Kau sayang aku?? Well..aku pun sayangkan kau..kau tahukan. Dari dulu lagi”

Wajah Faraeza serta-merta berubah. Namun, dia biarkan sahaja. Walaupun agak terkejut dengan kata-kata Farhan, dia cuba berlagak tenang.

“Dah lama aku tak tengok kau macam ni”

“Macam ni? Apa maksud kau?” soal Faraeza bingung.

Wajah Farhan yang tersenyum itu dipandang sekilas. Tidak berani untuk bertentang mata dengan Farhan.

“Maksud aku, tengok kau tersenyum macam ni. Dah lama. Maksud aku, agak lama. Sejak kemalangan dulu” ucap Farhan perlahan.

Farhan sedar akan dirinya yang lancang berkata. Namun, tiada perubahan dikesan pada wajah Faraeza. Hanya selamba seperti tadi. Namun, air mata di mata Faraeza kini bertakung. Farhan bangun. Membelakangi Faraeza yang duduk.

“Maafkan aku. Aku terlepas cakap” ucap Farhan lembut.

‘Apa yang aku buat ni. Kenapa aku ungkit balik kisah tu’ hati Farhan membentak.

“No, it’s ok. Aku pun dah lupakannya. Kau tak salah”balas Faraeza sebak.

“Kalau kau dah lupakan dia, kenapa kau masih macam ni. Kenapa pintu hati kau tak terbuka untuk jejaka lain. Untuk jejaka lain seperti aku. Kau belum lupakannya, Faez. Kau belum. Sampai bila nak macam ni?”

“Aku tak tahu. Aku tak boleh. Aku dah cuba untuk terima kau. Aku tak boleh. Setiap kali aku paksa diri aku untuk terima kau, aku dapat rasakan kehadiran Iman. Aku dapat rasakan Iman dengan aku”

“Please stop being absurd, Faez! Look at me. I’m here. Beside you, always. Sampai bila kau nak seksa diri kau? Sampai bila kau nak seksa Iman? Sampai bila nak hidup dengan kenangan silam? Sampai bila?”

“Aku tak tahu! Aku tak tahu! Tolonglah jangan desak aku” tempik Faraeza. Dia lantas bangun. Ingin beredar.

“Chotto matte (tunggu dulu)” panggil Farhan sambil lengan Faraeza ditariknya. Tubuh Faraeza dirangkul kemas.

“Saranghae (Saya cintakan awak). Kachima (jangan tinggalkan saya). Neo-usomyon (kalau awak tinggalkan saya), na-chulgo (saya mati)”

Faraeza terdiam. Dengusan nafas Farhan dekat dengan telinganya. Perasaan bersalah membuak-buak dihatinya. Farhan lelaki yang baik, tetapi kenapa pintu hatinya tidak terbuka langsung buat lelaki sebaik Farhan. Cinta Farhan buatnya memang kuat sejak dulu lagi. Faraeza menangis.

“Mian-hae (Maafkan saya). Jangan tanya kenapa, cuma peluklah aku” pinta Faraeza.

Farhan, walaupun bingung dengan permintaan Faraeza, dia menurutinya. Kedengaran esak tangis Faraeza. Pelukan dileraikan. Lantas, Faraeza berlari. Meninggalkan Farhan sendirian.

Tempikan yang kuat menyedarkan Faraeza ke dunia nyata. Jauhnya dia berkhayal. Peristiwa semalam bersama Farhan tiba-tiba datang. Wajah Haikal Iskandar yang bengis bersama senaskah surat khabar masih ada dihadapannya.

“So, apa maksud semua ni?” soal Haikal Iskandar garang.

“Hanya satu pelukan. Dan, saya digelar Cinderella” jawab Faraeza nakal.

Akhbar yang sudah direnyukkan itu, dilempar ganas. Terpana Faraeza seketika. Namun, dia berlagak tenang.

“Aku nak kau jelaskan itu. Kau ‘kekasih’ aku. Mana boleh kau menggatal dengan lelaki lain”

“Owh, ya. Aku ‘kekasih’ kau. So, Juliana siapa? Perjanjian kita dah tamat!” jerit Faraeza

“Jangan babitkan Juliana dalam hal ni. Itu hak aku! Perjanjian kita tak pernah berakhir. Aku tak nak kau buat sesuatu yang memalukan aku, faham tak?”

“Juliana hak kau. Habis, aku ni apa? Aku pun manusia. Bukannya hamba abdi kau! Aku pun berhak nak jumpa dengan sesiapa. Kau bukannya sesiapa pada aku. Kenapa kau nak sekat kebebasan aku. Aku bukan dan takkan pernah jadi sesiapa pada kau!” Faraeza menjerit lantang.

Claudine dapat menangkap jeritan yang keluar dari mulut Haikal Iskandar dan Faraeza. Lantas dia tersenyum.

‘Kalau dah kahwin nanti aku tak tahulah macam mana’ hati kecilnya berbisik nakal.

Lantas, dia menyambung kerja yang tertangguh tadi. Namun, jeritan demi jeritan yang didengarnya menarik perhatian. Lantas, dia mendekatkan diri dengan pejabat Haikal Iskandar.

“From now on, aku tak nak kau jumpa, cakap, senyum, tengok dan sentuh lelaki lain kecuali aku! Faham tak? Aku tak nak! Kalau aku tahu kau buat jugak, nahas kau!”

“Kau siapa, ha? Kau siapa? Aku ada hidup aku sendiri”

“Tapi, kau masih ‘kekasih’ aku. Secara praktikalnya, perjanjian kita belum berakhir. Kau kena ikut semua cakap aku kalau nak identiti kau selamat. Satu yang kau kena ingat sampai sekarang, kau masih ‘kekasih’ aku yang sah!”

“Arghhh, go to hell with that, Carl! Aku tak ada kena-mengena dengan kau! Aku bukan ‘kekasih’ kau. Juliana dah jadi milik kau, so, perjanjian kita tamat. Dan aku nak hebohkan pada semua yang kita tak pernah dan tak akan jadi pasangan kekasih ” jerit Faraeza.

Kesabarannya tercabar. Haikal Iskandar memang kurang ajar.

‘Dia siapa nak tentukan hidup aku. Apa hak dia?’ bentak hatinya ganas. Faraeza lantas ke pintu tetapi, sempat ditarik Haikal Iskandar.

“Kalau kau buat macam tu, aku akan dedahkan siapa kau, Inspektor Fareaeza dan saman atas tuduhan mengintip strategi syarikat bernilai 50 juta Metro menanti kau” jerit Haikal Iskandar.

Wajah merah menyala Faraeza ditenungnya dalam. Bagaikan ada sesuatu. Lantas, Faraeza dilepaskannya. Kepalanya sakit. Dunia seakan berpusing. Pelbagai suara menusuk gegendang telinganya.

“Faez sayang Iman”

Kata-kata yang diucapkan seorang gadis bermain-main dibenaknya. Berulang-ulang kali dan bergema ditelinganya. Kepalanya dipegang. Terhuyung-hayang sebelum jatuh menyembah lantai. Faraeza bingung melihat Haikal Iskandar yang sudah pitam dilantai.

Claudine yang selama ini menjadi pemerhati akhirnya masuk menolong Faraeza. Tubuh Haikal Iskandar diletakkan diatas sofa.

“Claudine” panggil Faraeza lemah.

“I dah tahu semuanya. He deserved this. Memang kurang ajar” kata Claudine tegas.

Lantas, mereka berpelukan. Faraeza teresak-esak dalam pelukannya. Claudine membelai manja belakang Faraeza persis seorang kakak membelai adiknya.

“You, tak salah langsung. I akan sokong you, walaupun kes ni dibawa ke mahkamah sekalipun” bisik Claudine dekat dengan telinganya.

Faraeza mampu tersenyum lega. Ada Claudine, Crystal dan Adam disisinya

0 comments: