CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, April 9, 2009

Season 2..(episode 1)



10 tahun kemudian..

Kota Metrocity, Metrophoenix Timur.

Fail biru di atas meja Mr Wong ditenungnya dalam. Bulat matanya merenung fail tebal itu.

‘Apa pulak ni’.

Itu yang terlintas dihatinya. Mr Wong tersenyum sumbing. Lantas dia mempersilakan gadis berseragam polis lengkap itu duduk.

“Open it, my dear Faez”

“Er..tak apa ke ni?”soal Faraeza perlahan. Hatinya rasa tidak sedap.

‘Ada apa sebenarnya ni. Hisy..sebal’ desis hati kecilnya.

“Saya tak akan letak bom dalam tu. Hurry up, buka dan baca. New assignment.”

Lantas fail biru gelap itu diambilnya. Tertera lambang sebuah syarikat penerbangan di hadapannya. Eternity Airlines Corporation. Serentak, bayangan kapal terbang menerjah ke minda. Halaman kedua diselak. Gambar seorang pemuda yang agak tampan. Bukan agak tapi ‘gorgeous’ gila sewel. Profailnya jelas tersedia. Haikal Iskandar, 26 tahun dan yang paliiiiiiing pentiiiiiiiing sekaliiiiiii…BUJANG!!

‘Yes!!’ hati Faraeza menjerit riang.

Tapi apa kena mengena dia dengan semua ini. Isyarat mata diberikan. Mr Wong mengangguk.

“Apa masalah syarikat ni. Kes jenayah profail tinggi lagi ke”

“Owh, itu kita tak pasti sama ada syarikat ni bermasalah atau tidak. Cuma, baru-baru ni, Kementerian Keselamatan Metrophoenix bahagian Timur arahkan agar semua syarikat disiasat sehingga ke akar umbi. Itu yang media tahu. But, yang media tak tahu ialah..kita akan hantar seorang polis ke setiap syarikat di Negara ni. kita terpaksa ambil inisiantif tu untuk halang kes rasuah yang berleluasa sekarang ni.”

“And….” Soal Faraeza laju. Masih belum mengerti sepenuhnya

“And, Balai polis cawangan Inderawasih pilih awak sebagai wakil kami”

“Dengan bahasa mudah, another undercover” kata Faraeza tegas. Dia ingat kembali.

‘ Setakat ni semua watak kecuali watak mak orang aje aku tak pernah pegang. Perempuan gedik, orang tua, mak ayam, GRO, penjual air tebu, jaga sekolah…semua aku dah undercover. Kenapa aku lagi!!’.

Faraeza memuncungkan mulut. Tapi, ini tugas. Harus dilaksanakan demi Negara tercinta.

“Yes, exactly. Well, tahap IQ awak dah makin tinggi sejak menyamar jadi cikgu hari tu.”

“ ‘Thanks’ Mr Wong. ‘I really appreciate it’ “

“Owh, nothing. So, sebagaimana yang sebelum ni, identiti baru, tahap pendidikan yang baru dan semuanya baru. Tapi nama you kali ni pihak polis akan kekalkan. No more Tammy, Fatty, or Sally. It doesn’t suit with you.”

“Syukur tuan sedar jugak. So still guna nama saya. Awesome.”

“Semua sijil pendidikan palsu dan tiada sesiapapun yang dapat bongkar penyamaran you kali ni. Like before. So, seperti biasa kursus di OuterPhoenix. Slotnya masih sama cuma sebab position you kali ni sebagai Secretery ke tiga Mr Haikal Iskandar so, you akan ikut class modeling, dan corporate communication skill.”

Fareaza tercengang.

‘Hah, modeling class. Ha! Bala betullah. ‘

“So, selamat bertugas dan see you again in…..”. Mr Wong meneliti jam dan kalendar disisinya. “Another 3 weeks. Selamat berkursus dan bercuti.”

“Yes sir”

“Dismiss. Oooppps…hampir terlupa. Just for your info, your CEO is an OKU”

“OKU..” kata Fareza perlahan.

Gambar itu diteliti lagi. Semuanya nampak sempurna.

‘Maybe orang kurang utak kot’. Bebelnya didalam hati

“But…what do you mean by OKU, Mr Wong” soal Faraeza ingin tahu.

Namun, Mr Wong sudah tiada.

‘Arghhhhhhhhhhh’

………………………………………………………………………………………………

Wajah Crystal merah kerana ketawa tidak berhenti dari tadi.

“Sabor ajolah Faez. Redho jolah dapat teman terencat akal gitu.” Kata Faraeza kuat. Sengaja dia buat begitu agar Crystal berhenti ketawa.

“Wowowo….jangan marah. Kau ni salah professionlah. Patutnya kau jadi pelakon. Yelah, setiap kali undercover muka kau aje.”

“Owh ya!! ‘Thanks’ Crys for the ‘advice’. Aku patut jadikan kau kaunselor aku. Tapikan, ni first time aku bersemangat nak undercover”

“Kenapa??” soal Crystal bersungguh-sungguh.

Fail biru dilempar Faraeza tetapi sempat disambut Crystal. Sebaik sahaja fail dibuka, Crystal lantas menjerit.

“Hoi, kau ni allergic sangat ke dengan lelaki gorgeous, ha. Menjerit macam hantu puaka niyang rapik je. He’s my CEO”

“Hah CEO!! Dia baru 26 tahunkan”

“Dah syarikat bapak dia punya. Mestilah anak dia yang jadi CEO nya. Takkan nak suruh kau pulak, Cik Crysl. He’s gorgeous right” kata Faraeza nakal.

Lantas, Crystal menjerit lagi. Mulut sahabatnya ditutup dengan bantal.

“Busuklah Faez. Gorgeous kau kata”

“Habis…”

“Ni bukan gorgeous la bongok. Ni DAMN GORGEOUS!!! Ha..aku nak kerja kat sana jugak”

“Hoi, cik penulis skrip, sedar sikit ye. Ni drama apa yang kau tengah tengok ni. korea ke??”
“Ermmm, Sorry I love you. Aku saja tengok nak buat ilham”

“Cilok la namanya “

“Bukan cilok cuma lihat dan ambil sedikit tetapi diolah dan ia akan jadi sesuatu yang baru. Is that understood? Cuba kau tengok betul-betul, muka dia tak macam kitakan.” Soal Crystal dengan mata yang membulat

“Tak macam kita. Apa maksud kau??”

“Tengok ni. Mukanya kebaratan sikit. Ala-ala mat salih gitu. Muka kitakan Metrophoenix asli. Mesti ada pengaruh Korea, China dan Jepun. Metrophoenixkan di tengah-tengah tiga Negara tu.”

“Yelah. Bangganya aku dengan kau Crys. First time kau fikirkan sesuatu. But one thing for sure, matanya sepet. Ini maknanya dia memang orang Metrophoenix. He’s a metro’s of course.”

“Maybe yes..maybe not. Mix blood mungkin. Yelah kat sini susah nak cari orang yang asli macam kita. Semuanya mix blood. Buat menyemak kat Negara kita. So, bila ke Outerphoenix?” soal Crystal. Faraeza mencebik.

“Lusa. Tiga minggu di pedalaman tahu tak!! No network coverage. “

Ala, rileks la babe. Mamat bercawat di pedalaman Outerphoenix pun gorgeous apa. “

“Gorgeous. Memang pun. Nanti aku bawak balik sorang untuk kau. Gorgeous konon!!” jerit Fareza.

Lantas bantal busuk di bawah punggungnya dilemparkan ke muka Crystal

“Busuklah senget”

………………………………………………………………………………………………

Zaman dahulukala,

Istana api, Pedalaman hutan Outerphoenix.

Sang Ratu tekun memerhatikan gambaran yang ada di bola kristal ajaibnya. Dua minggu berlalu namun anak muda bernama Fajar itu masih belum sedar. Masih tidak sedar dan seringkali terkena sawan. Kadangkala, air mata darah ratu jatuh juga. Entahlah, ada perasaan aneh yang menyentap tangkal hatinya setiap kali melihat wajah Fajar yang bercahaya. Oleh itu, serangannya terhadap Putera Rerama akan ditangguh dahulu. Sehingga Fajar sembuh dan sudah beredar dari istana, barulah Ratu akan bertindak. Semuanya demi keselamatan Fajar.

Diamond Castle

Dafa menggerakkan butir-butir tasbih sambil mulutnya terkumat kamit berselawat shifa’. Sambil itu, wajah Fajar diraupnya perlahan setiap kali selawat Syifa’ yang keseratus. Dua minggu lamanya Fajar tidak sedar. Semuanya salah Ratna. Celaka kamu Ratna. Akanku balas semua perbuatan mu. Kau akan dilaknat. Tunggu sahaja pembalasannya. Tiba-tiba mata Fajar tergerak-gerak. Mata Fajar terbuka dan linangan air mata masih menitis dan jatuh membasahai pipi.

“Bang Dafa, aku mau solat. Tolonglah. Sudah lama aku meninggalkannya. Banyak yang aku harus ganti. Tolong aku bangun, bang”

“Sabar, Fajar. Kau masih belum sembuh. Rehat aja dulu”

“Enggak bisa, bang. Aku harus solat. Aku harus meminta agar bondaku diberi pedoman oleh Ya Rabb. Aku enggak bisa lihat bonda terus sesat dan dilaknat, bang”

“Ya Allah, mulianya hatimu, nak. Enggak sia-sia aku merawatmu sejak kecil. Pergilah-pergilah”

Dafa memerhatikan Fajar yang sedang berdoa dengan esakan tangis yang kuat. Doanya begitu syahdu dan mendayu dayu. Sejurus selepas siap berdoa, Fajar menjerit sebelum jatuh tidak sedarkan diri. Balutan diperutnya pecah dan selepas itu, parut itu hilang begitu saja. Dafa terkaku…MAHA SUCI ALLAH yang maha berkehendak.

………………………………………………………………………………………………

Sebulan kemudian,

Kota Metrocity, Metrophoenix Timur.

Musim sejuk bermula hari ini. Sungguh ironi apabila Fareza juga akan memulakan tugasnya pada hari ini. Kini, di pejabat Balai Polis Inderawasih, Mr Wong menelitinya dari atas ke bawah. Hari ini dia memakai slack putih bersama blouse putih lengan pendek yang bermotifkan bunga-bunga berwarna pink. Winter cot pink dan winter cap putih menambahkan seri. Muffler putih pula melengkapkan penampilan. Tiba-tiba Mr Wong ketawa sambil menepuk tangan.

“Mesmerized, Eza. Mesmerized. I was hypnotized by your style today. It damn good. So, Eza. Owh ya from today you akan menggunakan nama Eza instead of Faez. Arahan pihak berkuasa. Semuanya untuk keselamatan you, ok”

“Ok. What can I do. Siapalah saya nak tentang.” Faraeza membisik perlahan

“Pordon.”

“No, tak ada apa-apa.”

Mr Wong mengangguk. Satu set anting-anting pelbagai gaya dihulurkan. Rantai dan gelang juga bermacam jenis.

“Semuanya untuk you. Ada microphone dilekatkan. So, semua activiti, perbualan you akan dirakamkan. Dan handbag ni jangan sesekali dedahkannya”

“Kenapa” soal Faraeza bingung.

Banyak sungguh kejutan budaya yang dialaminya kali ini. Sebelum ini penyamaran yang dilakukannya tidak memerlukan ini semua. Fareza membuka handbag Prada hitam-merah jambu itu. Sebuah pistol g-5 ditarik keluar. Beberapa kelongsom peluru juga tersedia. Satu walkie-talkie dan hah…Bom tangan!!

‘Kenapa pihak polis kali ni agak melampau. Siap bagi aku bom lagi. Aku pergi bom airport tu baru tahu.’ Bentak hati kecilnya.

Perlahan, Faraeza mengukir senyum

“So, anything to ask”

“Mr Wong cakap CEO saya tu OKU. Tapi, saya lihat semuanya sempurna. Tak ada tanda-tanda OKU pon”

“Oh yang tu biar saspens sikit. Just wait and see. So, you better go now. Lapor diri jam 10 pagi ni. Laporan mestilah dihantar setiap hari sebelum jam 12 tengah malam. Is that clear”

“Yes sir!!” jerit Faraeza bersama tangan kiri yang sudah terlekap di dahi.

“Dismiss”

………………………………………………………………………………………………

Faraeza berjalan kaki ke Eternity Airlines Corporation yang terletak di selatan Metrocity. Entah apa malang nasibnya, sudahlah Honda CRV hitamnya rosak, tiada satu teksi pun yang melalui kawasan ini. Mujurlah salji tidak begitu lebat.

“ Kyowa subete itte miseruyo. (Semuanya cantik dan indah hari ini)” kata Faraeza positif.

Dia harus bersemangat. Gambattene!! Sambil menyanyi kecil, dia mengutip salji dan membuat bulatan lalu dilemparkan.

Ku ingin kau tahu,

Diriku disini,

Menanti dirimu,

Meski kutunggu hingga hujung waktuku,

Dan berharap rasa ingin kan abadi untuk selamanya.

Bait-bait lagu Cinta dalam hati nyanyian kumpulan ungu itu menusuk perasaanya. Itu lagu dia dan Iman.

“Faez sayang Iman”

Tiba-tiba, sebuah Alfa Romeo hitam metallic meluncur laju dan salji tersimbah pada badan Fareza. Rambutnya rosak diseliputi salji.

‘Huarghhhh!!! Nak kena ni. Tak nampak ke aku tengah jalan tu. Ni beta marah ni. Ni beta murka ni!! Hish, beta geram ni’ . Bentak hatinya ganas.

“Bakadesu (Bodoh)” jerit Faraeza.

Lantas, Alfa Romeo itu dikejarnya.

“Chotto. Chotto matte kudasai. (Tunggu. Sila tunggu)” jerit Faraeza sambil mengejar Alfa Romeo hitam tadi.

Alfa Romeo itu beransur-ansur perlahan. Seorang jejaka berkot keluar menghampiri Fareza. Dia terkejut. Mulutnya ternganga.

“Ha, tak mungkin!!!” jerit Faraeza. Jejaka itu bingung.

0 comments: