CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, April 10, 2009

Season 2..(episode 4)


Faraeza berhadapan dengan Mr Wong. Lututnya lemah. Ini penyamaran yang paling sukar. Kondominium dan seluruh bangunan Eternity Airlines dikawal rapi dengan CCTV yang setaraf dengan FBI. Wajah Mr Wong yang masam mencuka itu menambah debaran didada Faraeza .

“Macam mana ni, Faez. Satu benda pun awak tak boleh siasat. Awak mesti selesaikan hal ni cepat sebelum media dapat tahu. Tempoh kita hanya lima bulan. Tolonglah jangan malukan saya. Sebelum ni, kerja awak bagus dan cepat. Atau sebab bekerja dengan CEO yang gorgeous tu awak tak boleh fokus.” Marah Mr Wong.

Faraeza tunduk tanpa sebarang kata. Seragam polis yang sudah lama ditinggalkan dipakai semula hari ini. Kakinya menguis-nguis lantai.

“Semuanya dikawal CCTV Mr Wong. You can’t blame me for all of this. Even kondominium pun saya tak boleh sesuka hati masuk. Semua perbuatan dan gerak-geri saya dikawal. Haikal Iskandar takkan percaya saya sesenangnya. Saya dah cuba. Tapi..”

“Awak pernah belajar rosakkan litar CCTV kan?? Why don’t you apply your study in this case”

Faraeza menepuk dahinya. Kenapa baru sekarang dia teringatkan semua itu. Tanpa berlengah, dia terus berlari dan pulang ke rumah. Satu kamera kecil miliknya diambil dan dimasukkan ke dalam bekas. Lantas, dia ke Eternity Airlines corporations.

Memasuki bilik Haikal Iskandar yang dingin ini memang menyeramkan. Walaupun konsepnya urban dan moden namun, suasananya suram dan sepi. Warnanya juga pucat dan seperti tiada semangat.

Lalu CCTV itu diubah kedudukan cameranya. Kerusi Haikal Iskandar diambil dan dia memanjat untuk meletakkan camera kecil miliknya di cermin tingkap.

Mission accomplish. Back to work”

Sebaik sahaja dia keluar dari bilik Haikal Iskandar, Claudine menunggu diluar sambil melemparkan senyuman.

“Kenapa ni. Pucat semacam aja?”soal Claudine ramah

“Nothing, cuma sejuk”balas Faraeza cemas. Hampir aja ketahuan!

“You tak pakai winter coat, that’s why sejuk. Ambil yang I punya dikerusi tu”

“Habis you?”

“Ni caranya agar I demam. Barulah I boleh cuti dua-tiga hari”

“Carl tu susah ke bagi cuti”

“Carl tak ada masalah Cuma, you know, ayah Carl yang susah sikit”

“Ayah Carl??”
“Ermm, Dato’ Abdullah Gosling. But now, he’s in UK. Semuanya diserahkan pada Carl. Tapi, dia tetap campur tangan dari jauh tu. Menyemak saja. Carl pulak ikut saja apa kata ayahnya.”

“Tapikan, I ada sesuatu yang pelik. Carl kan tak nampak.So, macam mana dia buat kerja selama ni”

“Carl tu kuat semangat. Dah lima tahun dia buta. Semua urusan syarikat semua atas bahunya. Mujur Adam ada, Adam yang akan bacakan semua jenis dokumen dan Carl yang akan buat keputusan.

Diorang memang macam belangkas. Tak pernah berpisah. Kalau terpaksa berpisah, mungkin diorang akan mati. Yelah, kawan sepermainan sejak di UK lagi.”

“Ermmm, memang macam belangkas.”kata Faraeza.

Serentak itu, bayangan Haikal Iskandar dan Adam yang tidur bersama itu menerjah mindanya. Serentak itu dia menggeleng.

“Kenapa dengan you, Eza. Nampak pelik aje you hari ni”

“Nothing. Oklah, back to work”

Serentak itu juga, Haikal Iskandar muncul bersama Adam Soo sambil berpegangan tangan. Mereka masuk kebilik. Tidak sampai 10 minit, Adam keluar semula.

“Eza, belikan sesuatu untuk Carl, ok. Saya ada meeting di ASPEN International.”

“Baiklah” jawab Faraeza pantas.

Sebungkus nasi lemak diletakkan diatas meja. Setu set sudu dan garfu, Faraeza letakkan pada tangan Haikal Iskandar.

“Apa ni”soalnya

“Nasi lemak” balas Faraeza.

Serentak itu, satu senyuman terukir di bibir Haikal Iskandar. Walaupun tidak lebar mana, namun masih jelas kelihatan.

“You may go now” arah Haikal Iskandar

Faraeza lantas ke pintu.

‘Aku pun tak ingin duduk dalam ni lama –lama’ bentak hatinya.

Belum sempat dia keluar, pintu yang dibukanya tadi tertutup semula. Faraeza mengurut dada terkejut. Serentak itu juga Haikal Iskandar bangun dan melompat kegirangan. Nasi lemak itu diciumnya berkali-kali.

“I love you nasi lemak. I love you forever and ever” nyanyi Haikal Iskandar.

Tonenya pecah dan pitching berterabur. Memang menyakitkan telinga mendengarnya. Sambil itu, nasi lemak itu dicium lagi. Faraeza yang memerhatikan itu, lantas ketawa kecil. Nyanyian dan tarian Haikal Iskandar lantas berhenti.

“Siapa tu” soal Haikal Iskandar.

Faraeza cemas. Lalu dia keluar begitu sahaja.

“Claudine” panggilnya.

Serentak itu, tubuh Claudine dipeluk Faraeza dan dia ketawa sepuas-puasnya. Claudine kehairanan

“Thanks” kata Faraeza.

Selepas itu, dia berlalu ke meja. Kerjanya disambung semula. Asyik meneliti kertas laporan, tiba-tiba interkomnya berbunyi. Kedengaran suara Haikal Iskandar yang menyuruhnya membeli nasi lemak lagi.

“Baiklah”

20 minit kemudian, Faraeza masuk ke bilik milik Haikal Iskandar bersama sebungkus nasi lemak.

“Kalau nak lagi, Encik tekan je intercom tu.”

“Yelah, cepatlah keluar.” Arah Haikal Iskandar.

Wajahnya seperti mahu menerkam sahaja nasi lemak yang sudah tersedia di meja. Ini nasi lemak ke-tiga.

10 minit kemudian, interkomnya berbunyi lagi. Suara Haikal Iskandar bergema semula. Lantas, Faraeza mengambil sebungkus lagi nasi lemak yang terakhir. Nasi lemak ke-empat Haikal Iskandar. Pintu bilik dibuka Faraeza…

“Tidak!” jerit Faraeza lantang.

Dia jatuh terduduk. Adam yang baru pulang kehairanan. Lantas, dia masuk ke bilik Haikal Iskandar. Kelihatan Haikal Iskandar yang sudah terjelepok pengsan dilantai. Adam masuk dan segera mengangkatnya ke sofa Itali bewarna merah-hitam.

Adam terus berlari ke meja Haikal Iskandar. Empat bungkusan nasi lemak dilihatnya. Wajahnya memerah marah.

“Siapa bagi dia makan nasi lemak sampai empat bungkus” tempik Adam Soo.

Claudine turut masuk kebilik. Faraeza bangun dan mendekati Adam yang sudah memerah wajahnya

“Sa..saya”kata Farazea terketar-ketar.

Adam menjerit marah dan tubuh Faraeza ditolak kebawah. Faraeza terjelepok jatuh. Claudine menghampiri Faraeza

“Adam, Eza tak salah. Dia tak tahu menahu! We can’t blame her. For god sake, it’s not her fault at all” kata Claudine tegas. Cuba mempertahankan Faraeza yang tidak bersalah.

“No, it’s all hers. Sekarang kita tak tahu berapa lama Carl akan jadi macam ni. arghhh” jerit Adam lagi

Faraeza bangun semula.

“Adam, Eza tak salah. Dia tak tahu menahu! We can’t blame her. For god sake, it’s not her fault at all”

“No, it’s all hers. Sekarang kita tak tahu berapa lama Carl akan jadi macam ni. arghhh”

Kata-kata Adam Soo dan Claudine bergema semula.

‘Apa makna semua ini.’ Soal hati Fareza ingin tahu.

“Apa makna semua ni? Apa salah saya? Kenapa dengan En Haikal?” soal Faaeza lantang.

Adam dan Claudine terdiam. Faraeza kebingungan.

Zaman dahulukala,

Medan peperangan, Hutan Outerphoenix.

Kelihatan api dan nyalaan yang terang dari hutan Outerphoenix. Bala tentera Ratu kegelapan yang terdiri dari haiwan buas sedang giat berlatih. Sang Ratu sedang duduk diatas tandu yang dijinjing oleh dua ekor beruang hitan dengan taring yang panjang. Wajah Ratu bengis seperti selalu. Tiba-tiba, satu percikan api terkena tangan Ratu. Dia menjerit murka. Semua tentera yang berlatih berhenti. Mereka sembah sujud kepada ratu.

“Siapa? Siapa yang mencelakakan Ratu” soal Sang Gagak lantang.

Umpama guruh yang sedang memanah. Keseluruhan haiwan yang buruk rupa dan ngeri itu tunduk dia. Semuanya diam. Mereka tahu apa akibatnya, mereka akan dibunuh. Sang Ratu bangun.

“Polips” jerit Ratu.

“ keluar Polips, aku tahu itu kamu” jerit Ratu nyaring.

Tiba-tiba seekor serigala putih yang bertaring dan bersayap keluar dari jutaan haiwan yang sedang sujud kepada Ratu. Terketar-ketar Polips menghampiri tandu Sang Ratu. Lantas, dia melutut.

“Maafkan aku Ratu. Aku tidak sengaja”

“Tak mengapa Polips. Mari sini, dekat denganku” kata Ratu lembut.

Cangkir emas berisi darah itu ditiup lembut. Lalu diberikan kepada Polips.

“Minum, Polips” arah Ratu.

Intonasi suaranya masih lembut. Namun, mata hijau Ratu sedang bersinar galak. Cangkir emas berisi darah itu disambut Polips terketar-ketar. Sebaik sahaja habis diminum, Polips menggelupur ditanah. Tubuhnya terbakar dan mengeluarkan cecair hijau yang busuk. Selepas itu, tubuh Polips berpecah dan seluruh anggota terburai. Mengeluarkan bauh yang tidak enak.

“Lihat!! Barang siapa yang mencelakakanku, ini balasannya! “ jerit Ratu.

Kesemua haiwannya tunduk lagi. Antara takut dan setia, semuanya terpaksa demi nyawa yang tercinta. Sang Ratu beredar ke Istana Api.

“Apa yang terjadi!” jerit Ratu.

Kelihatan istana Api miliknya sudah ranap diserang musuh. Fikirannya terfikirkan satu nama. Dia menjerit murka.

“Fajar!!!!!!”

Diamond Castle.

Fajar yang sedang mengatur strategi bersama Raja Indera Alam dan Putera Rerama terbatuk kecil. Dia berhenti sebentar. Terbatuk lagi. Raja Indera Alam kaget. Putera Rerama dan Dafa mengerumuni Fajar yang batuk dan tidak berhenti. Tangannya menerawang di angin.

“Pak” panggil Fajar.

Dafa menarik tangan anaknya dan memegang erat. Selawat Syifa’ dibaca berkali-kali lalu dielus-elus pada dada Fajar. Fajar terbatuk lagi. Darah hitam keluar dari mulutnya. Tekaknya perit. Dia tahu ini angkara siapa. Pasti Ratu murka kerana Istananya diranapkan.

“Allah….” Jerit Fajar berulang-kali.

Dafa membaca selawat syifa’ dan gabungan ayat 4 kul. Ditiupkan ditangan dan diketakkan pada dada Fajar. Kepulan asap hitam keluar bersama satu jeritan yang nyaring. Fajar sudah tidak sedarkan diri.

Istana Api

Istana Api yang ranap dibaiki semula dengan kuasa sihirnya. Ratu duduk dibiliknya. Bilik yang bewarna hitam dan berbau hapak ini memang menyeramkan. Tengkorak bergantungan seperti hiasan.

Bau kemenyan memenuhi ruangan bilik besar ini. Satu kawasan dilitupi kain kuning untuk tujuan sihir. Patung Fajar yang tergantung dihadapan Ratu tiba-tiba terbakar. Sihirnya musnah. Ratu menjerit murka. Habis segala perkakas sihirnya dilempar. Ratu benar-benar murka.

“Kau berani menentangku, Fajar. Kau berani menentang Ratu! Akan kubunuhmu sebelum sempat engkau mencelakakanku” jerit Ratu.

Guruh dan kilat hadir serentak. Hujan turun. Cangkir emaas berisi darah Polips diminumnya. Selepas itu Ratu ketawa dan ketawa..

0 comments: