CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, April 9, 2009

Season 2..(episode 3)


Sydney, Australia.

Dia mengambil frame yang menempatkan gambar seorang jejaka. Air matanya mengalir. Wajah itu diciumnya berkali-kali.

“Sudah lima tahun kita terpisah. Maafkan aku, sayang. Aku akan pulang kepangkuanmu. Aku akan pulang. Tetapi, bukan sekarang” bisiknya perlahan.

Di malam yang hening, dia menangis lagi. Dan air mata ini tidak pernah kering sejak kali pertama dia menjejakkan kaki di bumi Australia, kira-kira lima tahun dulu.

………………………………………………………………………………………………

Fareza bergerak-gerak. Lagu Crush nyanyian David Archuleta berkumandang dari handphonenya. Dia bangun. Rambutnya dikusutkan. Menggeliat beberapa kali dan menguap. Lantas dia bangun dan menuju ke meja solek.

“Do you ever think when I’m sleeping don’t call me again”nyanyinya mengikut rentak lagu Crush cuma perkataannya diubah.

Lantas, handphone dicapai. Butang ‘ok’ ditekannya kasar.

“Moshi-moshi(Helo)” sapa Faraeza lemah.

Air liur dipipinya dilap kemudian diletakkan di hidung.

‘Busuknya’.

Jam disisi menunjukkan jam 6 pagi.

“Datang ke kondominium Carl sekarang juga” kata seseorang tegas.

“Hai (Baiklah). Demo, anatawa daredesuka (Tapi, awak siapa)?”

“Ni Adam. Cepatlah. Awak dah lambat tahu tak. Datang ke kondominium Carl sekarang juga.”

“Imadesuka (sekarangkah)? Demo, kyowa yasumidesu (Tapi, hari ni cuti)”kata Faraeza sopan.

“Cepatlah datang. Carl tengah mengamuk ni”

“Hai (Baiklah). Janae (Jumpa lagi)”

Faraeza bergerak bagai shingkangseng (kereta api peluru). Lebih laju mungkin. Satu jeans dan t-shirt biru ketat dicapainya. Witer coat dan winter cap beserta sarung tangan dan muffler dirembatnya. Tanpa mandi, dia bergegas ke kondominium milik Haikal Iskandar.

Kepalanya yang pening-pening lalat itu dibiarkan sahaja. Cuma badannya panas sedikit sahaja. Kemudian, dia bergegas ke kondominium milik Haikal Iskandar. Nasibnya agak baik apabila sebuah teksi sudah dihantar oleh Adam Soo yang sedikit berperikemanusiaan berbanding Haikal Iskandar yang berhati dingin.

Faraeza tiba di condo milik Haikal Iskandar 20 minit kemudian. Adam sudah menunggunya di lobby. Suasana di lobby sahaja sudah cukup mewah. Mereka kemudian menaiki lif ke tingkat 16. Sebaik sahaja lif berhenti satu password dimasukkan. Lantas, pintu lif terbuka dan sebuah rumah sudah tersedia.

‘Macam condo Han Yoo Ill dalam cerita sweet spy’ desis hati Faraeza

“Hafal password ni. Kalau tak, awak akan terperangkap kat dalam lift tu sampai mati. Tak payahlah saya menyusahkan diri pergi tunggu awak kat bawah lagi” kata Adam tegas.

“Hai (baiklah)”kata Faraeza. Akur kepada arahan.

Kondominium Haikal Iskandar ditelitinya. Lampunya biru dan ungu. Televisyen LCD yang saiznya 3 kali lebih besar dari televisyen LCD biasa. Beberapa program lain turut ditayangkan dibawah program yang ditonton. Cuma, saiznya lebih kecil.

‘Macam panggung wayang’.

Haikal Iskandar sedang duduk berlunjur disofa berwarna merah berkilat. Anak patung singa dipeluknya erat. Rahsia OKU Haikal Iskandar terbongkar sudah.

‘Siapa sangka jejaka setampan ini rupa-rupanya tidak boleh melihat’.

Faraeza menjelirkan lidahnya kepada Haikal Iskandar sewaktu Adam ke biliknya. Dia ketawa sendirian. Haikal Iskandar selamba sahaja kerana dia tidak dapat melihat. Pandangannya hanya gelap gelita. Kelam.

Faraeza meneliti sekeliling. Gambar Haikal Iskandar bersama Adam memenuhi ruang. Kebanyakannya gambar mereka berseluar pendek dan berpeluk. Ada juga gambar mereka berenang bersama. Faraeza menggeleng.

‘Couple paling romantic tahun ini’ hatinya mendesis geli.

“Baca ni” kata Adam mengarah. Satu kertas berwarna kuning dihulurkan. Sesuatu seperti jadual sudah tersedia.


-Jadual hari minggu-

6.00-8.00 a.m: Memilih pakaian untuk Carl.(Untuk seminggu)

8.00-9.00 a.m: Iron dan sangkut baju Carl.

9.00-10.00 a.m: Membeli makanan untuk Carl dan Adam.

10.00-11.00 a.m: Menonton Televisyen bersama Carl dan Adam.

11.00-12.00 t.g.h: Memandikan Lily (Kucing Carl dan Adam).

12.00-1.00 p.m: Rehat.

1.00-2.00 p.m: Siapkan lunch untuk Carl dan Adam.

2.00-3.00 p.m: Temankan Adam dan Carl lunch.

3.00-3.15 p.m: Mengemas dapur.

3.15-5.00 p.m: Menonton dvd bersama Carl dan Adam.

5.00-6.00 p.m: Temankan Carl berenang di swimming pool sebab Adam ke gymnasium.

6.00-7.00 p.m: Dinner bersama Carl dan Adam.

7.30 p.m: Balik.


Faraeza terasa ingin menjerit.

‘Aku ni secretary ke baby sitter. Berenang pun aku kena teman. Kenapa tak suruh aku mandikan aje si Carl. Huarghhhhh, kalaulah dua-dua mamat depan aku ni kambing, dah lama aku sembelih buat kari’ hatinya membentak kasar

“So, clear” soal Haikal Iskandar.

“Ya. Saya mula ok”

“Pilihlah apa-apa warna sekalipun asalkan bukan warna pink, ok” arah Haikal Iskandar lagi.

“Baiklah” balas Faraeza tidak ikhlas.

………………………………………………………………………………………………

Jam menunjukkan jam 5 petang. Adam sudah bersiap sedia ke gimnasium. Haikal Iskandar pula mula berpaut untuk ke kolam renang yang terletak di luar bangunan ini. Faraeza lantas mengawasi Haikal Iskandar. Sebaik sahaja dia memegang tangan Haikal Iskandar, tangannya dilepaskan kasar oleh Haikal Iskandar.

“Jangan layan aku macam orang buta!” tempik Haikal Iskandar.

“Sumimasen (Minta maaf)” kata Faraeza terketar-ketar.

Lalu, mereka berdua turun ke bawah. Sebuah kolam renang yang sudah tertera nama Haikal Iskandar tersedia. Pelbagai alatan berenang turut ada. Dengan selamba, Haikal Iskandar membuka baju dan memakai seluar pendek bercorak bunga-bungaan Hawai. Selepas itu, Haikal Iskandar terjun ke dalam kolam.Faraeza memerhatikan Haikal Iskandar yang berenang.

‘Dia memang tak macam orang buta langsung’ hati kecil Faraeza berbisik.

Dia asyik melihat Haikal Iskandar berenang. Faraeza kemudian terduduk di kerusi. Keletihan. Kepalanya pening.

Faraeza tersedar. Dia terdengar-dengar suara. Suara yang selalu didengarnya dua tiga hari ini.

“Muka dia macam dia” kata Adam

“Cantikkah?” soal Haikal Iskandar

“Kawai (cute). Tapi dia memang agak serupa dengan dia.”

“Arghhh, sudahlah. Aku letih.”.

“Sampai bila nak lari Carl”

“Aku tak lari atau sembunyi. Aku cuma malas. Dahlah, pada aku kau ada dengan aku pun dah cukup. Kau tahukan aku sayangkan kau”

“Ashiterumo (Aku pun sayangkan kau)”balas Adam lembut.

Terpancar perasaan sayang pada wajahnya yang tersenyum panjang. Bagaikan ada lilitan bunga pada wajahnya yang tersenyum bahagia itu.

“Tu dah cukup, Adam. Asalkan ada kau disisi aku, semuanya tak susah walaupun aku tak nampak” kata Haikal Iskandar.

Lantas Adam menepuk-nepuk bahu Haikal Iskandar dan mereka berpelukan.

Faraeza yang melihatnya tercengang. Dia kemudiannya ingin muntah.

“Awak ok” soal Adam.

Tanpa memandang wajah Adam, Faraeza mengangguk. Dia geli dan tak sanggup melihat Adam and Haikal Iskandar. Dia berasa jijik apabila dua orang lelaki yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek berpelukan dan bermesra.

“Awak pengsan tadi. Kenapa tak bagitau awak demam” soal Adam agak ramah.

“Eiyh..Gomenne (Minta maaf, ok)”

“It’s ok. Dahlah. Malam ni awak tidur sini, ok. “

“Saya, tidur sini?? Saya balik”

“Nak balik macam mana. Sekarang tengah lebat salji. Traffic jam teruk. Dan tak ada teksi malam-malam macam ni”

“Boleh saya tahu, nangjidesuka (Pukul berapa)?”

“Ichiji sangjuppungdesu (satu setengah pagi)”

“Eiyh……..!”

“Jangan over boleh tak” marah Haikal Iskandar

“Gomennasai”

“Kau tidur sini. Kau tidur kat bilik paling hujung tu.”

“Kalau macam tu, Adam tidur dekat mana”

“Saya tidur dengan Carl. Don’t worrylah. Pergilah tidur. Oyasuminasai (selamat tidur)”

“Oyasuminasai”kata Fareza.

Dia berjalan lambat-lambat. Masih blur.

‘Haikal iskandar dan Adam tidur sebilik! Eiyh..Diorang memang couple yang advanced’. Hati kecil Faraeza berbisik nakal.

………………………………………………………………………………………………

Tepat jam 10 pagi, dia terjaga. Sebaik sahaja lampu dibuka, Faraeza terjerit perlahan. Cahaya lampunya biru dan ungu. Katil yang tersedia di sudut bilik besar sehingga boleh memuatkan tiga orang tidur sekaligus. Satu alat home theater terletak dihadapan katil. Sebuah meja beserta notebook dan buku-buku mengenai perniagaan tersusun rapi. Wardrobe kaca yang menempatkan baju-baju Adam terletak disisi katil. Di dalam bilik air, sebuah jacuzi tersedia.

“Eiyh…..”

Tiba-tiba, kedengaran bunyi ‘Tiiit” yang datang daripada pintu bilik yang dibuat dari kayu mahogany berwarna hitam. Selepas itu, Pintu terbuka. Kelihatan Haikal Iskandar yang bertongkat sedang memegang sekeping card. Lantas dia memasuki bilik.

Fareza menjelir dan melompat-lompat seperti monyet. Selepas itu, dia ketawa perlahan. Haikal Iskandar selamba kerana dia tidak tahu apa yang dilakukan Faraeza. Haikal Iskandar masuk kebilik dan duduk di katil. Sekeping card dihulur dan Faraeza mencapainya.

“Ni card kau. Dengan card ni kau boleh acces dari lift dan seluruh benda dalam rumah ni. Dari electrik dan seluruh bilik dalam rumah ni kau boleh acces. Hafal password lift tu supaya kau tak ke rumah orang lain. Kalau tak, sampai mati kau terperangkap dalam lift tu” kata Haikal Iskandar dingin. Faraeza menjelir lagi.

“Baiklah.”

“Kalau macam tu, aku keluar dulu. Lepas ni keluar breakfast. Cepat sikit sebelum makanan habis”

“Hai, wakatta (Baiklah, saya faham)” kata Faraeza menahan tawa.

“Owh, ye, baju aku nak kepejabat sila letak dalam bilik aku ok”

Selesai mandi, Faraeza mengambil pakaian Haikal Iskandar. Jaket bewarna hitam. Sehelai baju berkait dengan kolar bulat yang berlipat bewarna kelabu. Sehelai jeans hitam. Semuanya begitu sempurna dan kena dengan gaya Haikal Iskandar yang rugged dan bergaya itu. Jika CEO syarikat yang lain lebih selesa bersama sut Ermilio Zegna, Haikal Iskandar pula selesa bergaya rugged bersama jeans Levi’s dan bersneakers Nike. Lantas, dia membawa baju itu masuk ke bilik Haikal Iskandar.

Pintu bilik diketuk beberapa kali. Apabila tiada jawapan diberikan, dia masuk sajaha sebaik sahaja dia masuk apa yang dilihat ialah…..

“Tidak…” jerit Faraeza kuat.

Adam dan Haikal Iskandar sedang enak tidur berpelukan bersama sedang memakai boxer hitam berpokodots putih. Kedua-duanya begitu lena sehinggalah Faraeza menjerit. Kedua-dua mereka lantas bangun. Faraeza pula tersadai dibirai katil. Jantungnya berdegup pantas. Dadanya diurut-urut.

“Bising betullah. Hish” keluh Adam kuat

“Sumimasen” balas Faraeza terketar-ketar.

Dia lantas bangun semula dan menyangkut baju milik Haikal Iskandar di wardrobe kaca disisi katil. Matanya dipejamkan. Terlalu malu untuk melihat semua itu.

“Kau ni kacau betullah. Dah makan” soal Haikal Iskandar

“Be..be..belum la..lagi”

“Pergilah makan, lepas tu balik. Hari ni kerja. No excuses”

“Baiklah” balas Faraeza tersedu-sedu. Air matanya menitis kerana terlalu geli.

‘Mama Faez tak nak buat kerja ni lagi.’

“Awak kenapa” soal Adam hairan

“Tak..tak..ada apa-apa”

“Awak tak pernah tengok dua orang lelaki tidur sekatilkah?”soal Adam lagi. Faraeza pantas mengangguk.

“Kena biasakan mulai sekarang. Banyak lagi yang bakal awak tengok”

“Boleh tak saya nak balik sekarang”

Tanpa menunggu jawapan dari Haikal Iskandar, Faraeza terus keluar dan terus berlari menuju ke rumahnya. Haikal Iskandar dan Adam Soo tercengang-cengang

“Dia dah tiada, ke”soal Haikal Iskandar

“Eza memang aneh” kata Adam pula.

Selepas itu, mereka berpelukan dan terus menyambung tidur sebelum dikejutkan Claudine pada jam 12 tengah hari.


0 comments: