CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, August 17, 2009

season 2 (episode 17)


Surat biru bersampul coklat cair itu ditolak perlahan-lahan. Wajah Mr Wong sukar ditafsir. Keputusan ini dibuat mengikut kerelaan hati. Tiada desakan dari sesiapa. Perlahan-lahan, surat itu diambil. Dibuka juga secara perlahan. Serentak itu, dadanya terasa panas. Hiba. Tapi, bukankah dia harus redha dengan keputusannya sendri? Keputusan yang dibuat melalui kewarasan akal fikiran pada paras yang paling normal. Tiada pengaruh atau desakan. Jadi, semestinya itu keputusan mutlak.

“Dia tak pernah memaksa saya. Tapi, apabila difikirkan, saya akan menjadi seorang isteri. Takkan saya nak tinggalkan suami saya jika ada sesuatu kes. Takkan saya nak masuk hutan dan melakukan penyamaran demi penyamaran sedangkan saya seorang isteri dan mungkin seorang ibu pada masa itu. Saya harap tuan faham.”

“Saya tak ada masalah. Sebab saya tahu ini keputusan awak. Semua wanita akan mengambil keputusan macam ni. Awak membuat keputusan yang tepat. Tapi, surat ini saya simpan. Kalau-kalau awak rindu nak pegang pistol atau lempar bom, awak boleh jumpa saya. Saya selalu mengalu-alukan kedatangan awak”

“Terima kasih. Tapi, saya rasa tidak.”

“Faez bahagia?”

“Puteri bahagia.” Balasnya. Perkataan ‘Puteri’ ditekankan.

“Puteri? Saya pasti dia memang seorang yang hebat. Berjaya mengubah awak. Awak amat bertuah memilikinya.”

“Doakan kebahagiaan saya, Mr Wong. Saya takkan lupakan jasa Mr Wong”

“Saya lagi takkan lupakan jasa ayah awak. Kerana dialah, saya jadi seperti ini sekarang” puji Mr Wong. Dia masih ingat. Ketua polis Metrocity, Tan Sri Megat Nordin suatu ketika dulu, sebelum bersara dan mengusahakan ladang anggur, selalu benar melepak dengannya. Memberikan nasihat. Dan akhirnya, dia menjadi ketua polis menggantikan ayah Puteri Faraeza. Anak buahnya. Tidak keterlaluan jika dikatakan, anak buah kesayangannya.

................................................................................................................................................

Iman Reyhan kehilangan kata-kata. Wajah kekasih hatinya direnung dalam. Walaupun dia gembira dengan keputusan yang diambil Faraeza, namun dia dapat melihat wajah tunangannya yang tidak rela itu. Tangan Faraeza diraih. Dikucup perlahan. Lalu diusap pula. Faraeza senyum, namun senyuman itu tidak dapat meredakan hiba di hati.

“Man tak pernah paksa Puteri. Ni semua keputusan Puteri. Man tak terlibat langsung”

“Tapi, Man tengok Puteri tak rela. Man tak kisah Puteri jadi polis. Iman tak pernah halang. Iman tak pernah suruh Puteri berhenti, kan?”

“Memang..tapi Puteri dah fikir masak-masak. Semuanya dah begitu jelas. Puteri kena tinggalkan kerja ni walaupun Man tak kisah dengan kerjaya Puteri. Tapi, Puetri kisah. Dan, anak kita mesti kisah”

“Terpulanglah. Cuma, Man nak Puteri tahu, Man akan selalu sokong keputusan Puteri walau apa yang terjadi. Selalu..”

“Thank you. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana mengubah Puteri. Terima kasih sebab mengajar Puteri menghargai kehidupan yang indah. Dan, terima kasih kerana sudi mencintai Puteri..”

Kedua-duanya diam membisu. Berehat di bawah pokok anggur di ladang anggur milik Tan Sri Megat Nordin. Namun, mata memainkan peranan. Tersenyum-senyum dan diakhiri dengan satu tawa besar dari Faraeza. Iman Reyhan tercengang.

“Kenapa?”

“Tak, Cuma..mata Man berair macam perempuan. Macam menangis sepanjang masa. Macam penyu nak bersalin. Heheh”

“Owh..kurang asam masin jeruk mempelam betullah mak cik ni. Eh, sebab mataku yang cantik ini, ramai wanita tertawan. Dan sebab mata ini, takhta Prince Charming tu tak pernah terlepas ke tangan orang lain. Dan, yang paling kemuncak sekali, sebab mata ini saya berjaya membuat seorang ‘Puteri’ jatuh cinta dan saya menang pertaruhan. Dan, saya akhirnya dilantik menjadi kapten lacrosse sekolah. Wakarimasuka (Ada faham)?” jelas Iman Reyhan sambil hidung Faraeza ditarik-tarik.

“Hisy, sakitlah. Perasan. Riak! Allah marah tahu!”

“Habis tu, menghina orang, Allah tak marah la?”

Faraeza kehilangan kata-kata. Bagaimana dia boleh lupa. Iman Reyhan..pendebat Nexus Private High School yang termasyhur sekali.

“Hah, tak ada POI (Point of information) la tu. Awak kalah!!”

“Ok, ok. I rest my case.”

Iman Reyhan terkekeh-kekeh ketawa melihatkan Faraeza yang mencuka. Lalu, dagu tunangnya itu dicuit.

“Apa ni?” marah Faraeza. Iman Reyhan buat bodoh aje. Kini, bibir wanita itu pula dicuit.

“Malas kawan” jerit Faraeza. Lalu, dia bangun dan meninggalkan Iman Reyhan yang sudah ketawa umpama langsuir malam. Eh, langsuir memanglah muncul malam aje. Bukan apa, langsuir ni low profile. Pasal tu dia hanya memunculkan diri pada malam hari aje. Piiirah!

“Ala, Iman Zarif, Puteri Nur Aisha, tengok tu. Mama merajuk”

Faraeza berpaling. Iman Zarif? Puteri Nur Aisya? Itukan nama anak-anak yang direka sewaktu di tingkatan empat. Tak sangka Iman Reyhan masih mengingati nama-nama itu. Hati Faraeza tersentuh. Dia berpaling semula. Melihat Iman Reyhan yang memegang dua gugus anggur seolah-olah anggur itu Iman Zarif dan Puteri Nur Aisya.

“Kimi wo aishi tsuzukeru (Saya akan selalu mencintai awak)!” jerit Faraeza. Iman ketawa.

Bunga-bunga sakura yang gugur menjadi saksi cinta mereka. Hangat dan mendebarkan...

0 comments: