CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, January 26, 2009

episod 6



-saranghaeyo onjenakina-
-zaman dahulukala-
Hutan Interphoenix, Metrophoenix timur
Ratu kegelapan meramas-ramas cangkir yang diperbuat daripada emas itu. Remuk cangkir yang berisi darah ular itu. Kemarahan sang ratu telah sampai ke penghujungnya. Berita yang dibawa sang gagak mengenai pernikahan putera yang bakal berlangsung menyebabkan kewibawaan ratu tercabar. Berani betul putera hingusan itu melanggar kutukanku!! Bentak sang ratu. “Kurang ajar!!” jerkah ratu. Seraya itu, guruh berdentum. Hujan merah turun membasahi istana api sang ratu. Hujan merah yang sering turun setiap kali ratu murka. Hujan atau lebih tepat lagi darah manusia yang disembur dari kandang haiwannya. Pasti ada hamba yang dibunuhnya setiap kali murka. Bagi ratu mengambil nyawa manusia memang mudah dan menyeronokkan. Apalagi jika darah keluar memancut. Satu kepuasan yang tidak terhingga. “Apakah ratu mau patik mengarahkan tentera menyerang istana Raja Indera Alam sekarang. Dengar kata sepurnama lagi mereka bakal menikah” soal sang gagak terketar-ketar. Sebaik-baik bahasa digunakan agar kemarahan sang ratu tidak jatuh kepadanya. Di sebalik topeng emas yang membaluti wajah ratu, kelihatan 2 biji mata hitam yang liar dan bibir hitam sang ratu yang kelihatan bengis. “Biarkan gak..biarkan mereka bersenang-senang dahulu. kita menyerang apabila mereka leka dengan kesenangan itu. Pasti mereka kalah kerana tiada mengjangkakan serangan kita” kata sang ratu. Gagak mengangguk. Mujurlah…mujur ratu tidak mengamuk dan melemparnya seperti biasa. Menjadi hamba kepada sang ratu kegelapan selama 25 tahun membuatkan gagak cukup masak dengan ratu. Gemar murka dan sering menjerit. Membentak..bercakap dengan intonasi normal, jauh sekali. “Kalau begitu, patik mohon diri dahulu” “Hendak ke mana?? Sudah puas temani beta disini” “Bu..bukan ratu..Cuma..er. Cuma, patik mahu melihat persiapan bala tentera kita sempena hari ‘bahagia’ kita nanti” “Oh begitu..bagus. carikan beta darah kijang ya. Sudah lama beta mengidam. Asyik minum darah ular sahaja bosan juga. Bolehkan gagak” pinta sang ratu lembut. Walaupun lembut, suaranya tetap menyakitkan telinga. Gagak mengangguk dan terus terbang ke lingkaran api. Ratu kegelapan ketawa berdekah-dekah Banjaran gwanghallu, Pedalaman Hutan InterPhoenix, Metrophoenix Barat. Dafa memandang Fajar yang khusyuk bertasbih. Tasbih ditangan sahabat karibnya bergerak ligat. Lebih ligat dari gasing yang bertanding di gelanggang. Dafa menggelang sambil mengukir senyuman kecil. Dia juga kalah dengan kelajuan Fajar menggerakkan biji tasbih. Dalam kelebatan salji dan suhu dingin yang mungkin membunuh, Fajar tetap dengan ibadahnya. Dalam apa-apa keadaanpun Fajar tidak pernah berhenti untuk solat. Pernah suatu ketika, sewaktu bertarung dengan manggala atau serigala jadian, Fajar tiba-tiba bertayammum dan bersembahyang hajat sewaktu sang serigala mengepungnya. Dengan izin Allah perkampungan manggala lenyap dan musnah. Itulah sebab mengapa Dafa gemar bersahabat dan memandang tinggi pada Fajar. Anak muda yang buta tetapi menerusan kehidupan dan melihat menerusi mata hati. Ketampannya..sedangkan Dafa sebagai lelaki juga kadangkala terpesona dengan ketampanan Fajar. Apatah lagi wanita yang berpaling berkali-kali untuk melihat wajah Fajar. Terselit rasa bangga di hati Dafa. “Dafa sudah solat” soal Fajar lembut. Suaranya begitu menyenangkan telinga. Terasa tidak puas dengan soalan Fajar yang ringkas tadi. “Sudah Fajar. Mendengar suaramu membuatkan aku dibuai-buai. Sejuk sungguh disini. Fajar tidak letihkah. Ayuh tidur. Sebentar lagi subuh. Fajar harus rehat” “Kalau bang Dafa mau tidur, tidurlah dahulu. fajar mau bertahajjud dan solat sunat tasbih sebentar. Selamat malam. Assalamualaikum” Alangkah bahagia orang tuamu, Fajar. Sayangnya engkau buta. Andai saja kau bisa melihat. Bisik hati Dafa perlahan. “Kita bersyukur kerana buta, bang Dafa. Sekurang-kurangnya kita terselamat dari melakukan zina mata.” Kata Fajar tiba-tiba. Dafa tersentak. Masakan, kata hatinya bisa didengar Fajar. Selepas itu, Fajar meneruskan solatnya dan kekal bertasbih sehingga matahari menunjukkan diri. Menuruni Gunug Gwanghallu satu usaha yang agak senang. Ini kerana permukaannya yang landai dan rata. Ribut salji dan serpihan ais tajam juga kurang berlaku. Tinggal sekejap sahaja sebelum mereka tiba di istana Raja Indera Alam. Ada khabar yang harus diberitahu. Fajar masih bersama tasbih ditangannya. “Abang Dafa..” panggil Fajar sebelum dia tiba-tiba jatuh tidak sedarkan diri. “Fajar bangun dik. Bangun..” pinta Dafa berulang kali. Denyutan jantung Fajar juga tidak kedengaran lagi. Setitis air mata jatuh kepipi. Sementara itu, Fajar sudah berada ditempat yang penuh dengan kejahatan dan kegelapan. Suasana sungguh busuk dan memanaskan. Muncul seorang wanita bertopeng emas dihadapannya. Wanita itu ketawa. “Tahukah saudari kenapa kita ada disini” soal Fajar ikhlas. Ratu kegelapan terpana. Suaranya begitu lembut dan ikhlas. Menyenangkan. Ingin sekali aku mendengar suara merdu itu. “Mana beta tahu. Bagaimana kau bisa masuk ke istanaku, si buta” “Patik punya nama, saudari. Nama patik Fajar, pengembara dan pendakwah ajaran Islam. Pernahkah saudari dengar pasal agama yang paling diredhai iaitu islam” Pertanyaan Fajar dibalas dengan satu tujahan pada dada Fajar. Dia terduduk. Tenaga wanita ini terlalu kuat. Apakah dia, Ratu Kegelapan?? “Maafkan patik membuat Ratu tersinggung” “Aku mau bertarung denganmu. Bunuh beta dan barulah beta maafkan kau” “Patik tidak mau bergaduh.” Ratu menyerang Fajar. Pedang emas bersalut darah sang ratu dikeluarkan. Pedang Fajar juga dikeluarkan. Lama mereka bertarung. Akhirnya ratu terjatuh dan hulu pedang Fajar berada di tengkuknya. Andai Fajar mahu merobek isi tengkuk sang ratu juga boleh. “Bunuh beta. Bunuh!! Beta bukan pengecut”. Ratu melihat senyuman Fajar yang ikhlas. Hatinya terbuai-buai. Arghh… “wajahmu bercahaya anak muda. Mengapa tidak kau bunuh beta” soal ratu lembut. Entah kenapa hatinya tersentuh dengan perilaku pemuda buta ini. Mungkin kerana anaknya yang dibuangnya dahulu juga buta. Anak luar nikah dan seorang ustad muda di perkampungan pekebun di hutan Interphoenix sudi menikahinya bagi mengurangkan aib. “Sebagai seorang Insan, kita sayang padamu” ucap Fajar lembut. Selepas itu Fajar hilang dalam cahaya putih yang bersinar. Fajar terbangun dan terbatuk-batuk. “kau masih hidup. Masih hidup!! Syukur” “Bang Dafa, kita ke istana Ratu. Kita bertarung dengan sang ratu” “ sang ratu” sebut Dafa lemah. Ratu kegelapan atau lebih tepat lagi Ratna. Apa yang harus aku gelarkan padamu sayang, Ratna atau Ratu. Sungguh cintaku padamu belum terhakis. “Ya bang. Kita ketemu bonda kita sewaktu kita tidur tadi” kata Fajar riang. Matanya bersinar dan bercahaya. Bibirnya megukirkan senyuman yang bisa membuat wanita saling berbunuhan demi melihat senyuman Fajar yang sebegini rupa. Zaman sekarang Metrocity, Metrophoenix. Aku melihat Iman yang tersengih panjang melihatku. Aku memandang baju tidur Iman yang bercorakkan hati itu. Dahlah warne pink. Apelah!! Aku yang pompuan ni pun tak pernah pakai pink. Geli..aku geli ngan pink ni. Macam pompuan. Eh, akukan pompuan. Lupe..hehe “Er..eer..lame lagi ke parents awak ni, Iman” soalku pada Iman. Dia mengangguk. Selepas parents kami bertemu, mereka keluar makan bersama dan aku ditinggalkan disini untuk menjaga Iman. Hanya kami berdua!! Walaupun sebenarnya ade lagi driver, tukang kebun ngan bibik yang tinggal kat rumah ni. Jantung aku dahlah tengah buat konsert amal kat dalam ni. Iman dok sengih kambing je kat aku. Gelabah betul aku nih. Rileks la..macam tak biasa dengan budak laki. “er..Iman, saya pergi buat bubur kejap” Tanpa menunggu jawapan dari Iman, aku keluar ke dapur. Semua pembantu dirumah ini tidur. Keadaan makin sunyi. Buat bubur konon. Tolong mama masak tak pernah, ada hati nak buat bubur. Aku mana pandai. Ok, internet. Aku online kat handphone then cari resepi buat bubur. Wah, macam senang. Ok, mule2 masukkan beras ke dalam periuk. Er,,beras ngan nasik tu samalah kan. Arggh, belasah je. Tiba-tiba Iman turun dan menarikku keluar. Kami duduk di tepi kolam rumahnya. “Aku tahu kau suka kat aku, Faez. Mama dah terangkan kat aku” “Mama kau?? Kau beritahu mama kau. Arghhh, kenapalah kau bendul sangat. Takkan sikit punya signal kau tak paham. Arghh, tension. Malulah aku!! patutlah mama kau sengih semacam kat aku. ada makne.” “Tunggu dulu, Faez. Jangan merapu. Aku mintak maaf sebab maybe aku terlalu lembab nak catch up signal-signal yang kau bagi. Tapi, serius, aku tak pernah bercinta sepanjang 16 tahun aku hidup ni. ikhlas, kaulah perempuan pertama yang berani aku cerita ngan mama. Mama pon suka kat kau. Tapi, melihatkan gaya kau, macam kau ni songsang. Er..maksud aku. kau tomboy dan aku nerd, mustahillah Faez. “ “Dalam cinta tak ade yang mustahil bila hati mengingikannya. Aku harap kau boleh catch-up ayat aku nih”. Aku lihat Iman tunduk. Berfikir mungkin. Hisy, lembabnye!!! Aku berlalu pergi “Tunggu dulu” panggil Iman. Aku berpaling.” Bersaksikan bulan dan bintang yang bersinar pada malam ni, saya Syed Iman Hakimi dan Puteri Faraeza memulakan hubungan yang lebih daripada kawan. Setuju” Aku terlopong. Benarkah yang baru aku dengar tadi. Kitorang dah rasmi couple. “So, Faez. You don’t mind kan kalau kita sambung buat bubur tadi. Dear you dah lapar ni” kata Iman sambil menepuk-nepuk perutnya menandakan isyarat lapar. “Ok my dear. Anything you wish”. Selepas itu kami beringingan ke dapur dan akhirnya makan bubur masin selepas 1 jam berhempas-pulas membuat bubur nasi. Aku memasuki bilik papa ayah yang berselerak. Papa tersenyum melihatku. “What’s up Faez. “ “Papa, papa doctor kardiologikan?? Kardiologi tu jantungkan?? Can I ask you a favor” “Anything for you, baby. Kenapa nak tukar jantung baru ke??” soal papa tenang. Posisi papa sebagai orang penting di hospital jantung akanku guna sebaik-baiknya. “Ya..maksud Faez, Iman perlukan jantung baru. Dia lemah jantung. Please papa, Faez rayu” “Nantilah papa usahakan” kata papa. Aku memeluk papa kemas. Selepas seminggu menunggu, akhirnya papa memberitahu akan permohonan Iman itu. Seorang penderma telah ditemui dan ujian susulan akan dilakukan untuk memastikan Iman sesuai untuk menerima jantung baru itu.
• saranghaeyo onjenakina maksudnya I will luv u 4ever

0 comments: