CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, January 18, 2009

episod 4


-ada apa dengan Iman?-

Zaman dahulukala..

Di pedalaman hutan InterPhoenix, Metrophoenix timur..

Ratu kegelapan ketawa berdekah-dekah. Kelawar dan gagak turut ketawa. Bola kristalnya menunjukkan keberadaan sang Putera dan Puteri. Ternyata kuasa panahannya berjaya mencederakan putera. Hatinya puas.

“Gagak dan seluruh hambaku yang buas dan perkasa. Siapkan bala tentera kita. sepurnama lagi, Istana Raja Indera Alam akan kita hancurkan” jerit Ratu. Haiwan-haiwan buas peliharaannya turut ketawa. Secangkir darah ular yang menjadi santapan sang Ratu diminum rakus.

Gagak mengelilingi Istana Api sang Ratu. Pasukan singa, harimau dan beruang giat berlatih. Persiapan rapi dipersembahkan agar ratu tidak murka. Apabila ratu murka, hampir seluruh bala tentera dibunuhnya. Tinggal sepurnama lagi sebelum bala tentera pimpinan si gagak menyerang Istana Raja Indera Alam. Saat itu, tiada yang akan selamat kecuali jika Putera menghantar tentera reramanya. Dengan sihir kebaikan yang dipancarkan oleh tentera sang Putera, tentera sang Ratu bakal hancur binasa. Kerana dari zaman purbakala lagi, yang baik akan menang, dan jahat akan mengalami kerugian.

Zaman sekarang

MetroCity, Metrophoenix Timur

Hari ini aku dan Crstal sekali lagi MetroHospital untuk melawat Iman. Apabila kami tiba, hanya Iman yang tidur di biliknya. Alat bantuan pernafasan dan wayar-wayar yang terlekat pada dadanya kelihatan sarat. Aku dan Crystal menunggu saat Iman bangun. Dan apabila Iman terjaga, satu senyuman manis dihadiahkannya. Satu senyuman yang membuatkanku terbang di awangan. Dia meminta agar diambilkan air.

“Thanks. Errm, Faez, sorry pasal semalam. I shouldn’t get get mad at you. Saya Cuma stress..yelah, saya ni berpenyakit. Hanya pandai susahkan makbapak je. I’m just a kind of bothersome” katanya didiringi sebuah tawa kecil. Akudan Crystal berpandangan. Ada mutiara jernih pada mata Crystal. Crystal menangis?? Aku kaget. Adakah cerita Iman memang sedih sehingga Crystal menangis atau hatikukah yang terlalu keras sehingga tidak mampu menglirkan setitis air matapun setelah mendnegar kata-kata Iman tadi.

“Iman, saya keluar beli something untuk awak, ok. Mesti boring makan makanan hospital, kan?” soal Crystal. Aku tahu Crystal mencari alas an agar Iman tidak melihatnya menangis. Crystal keluar dan meninggalkan aku dan Iman di bilik ini. Hanya kami berdua! Hatiku berdegup kencang. Bacaan degupan jantung Iman juga pantas melalui pembacaanku di mesin jangka hayat disisisi katilnya. Aku menguis-nguis kaki ke lantai. Tertunduk malu. What???MALU!!!! Puteri Faraeza Megat Nordin sudah ada perasaan malu buat pertama kalinya!!!!!

“Er…Er…awak nak apa-apa tak??” soalku tergagap-gagap. Iman menggeleng. Aku menelan air liur. Dahiku, aku lap. Wah, berdebarnya. Silap haribulan aku pulak pengsan kat sini. Lamanya Crystal pergi.

Aku mendekati katil Iman. Wayar yang berselirat aku sentuh. Wajahku berkerut.

“Dulu, awak atlet sekolah. Dulu, awak tercalon untuk talhta Prince of nexus. Awak aktif, banyak masuk pertandingan. “

“tu dulu, Faez. Sekarang ni saya hanya seorang budak lelaki yang membilang hari kematiannya. Seorang anak yang hanya pandai membebankan parentsnya. Hanya student yang menyusahkan gurunya. Saya ni tak guna. Worthless. Kalau saya mati nanti, tak ada rugi apa-apa pon. Mungkin tak ada yang perasan.”

“Tak baik cakap macam itu Iman. Sayangnya, saya tiba lewat..tak sempat tengok aksi awak di gelanggang. Tak sempat tengok awak berbahas. Tak sempat tengok zaman kegemilangan awak. Tapi, saya bertuah sebab dapat bertemu seorang mamat nerd yang hensem dan tabah macam awak. Yang mengingati Allah setiap masa waima dia sedang bertarung dengan maut waktu tu.”

“Kenapa awak macam ni?? I mean, kenapa awak tak macam pompuan???”

“Yang ni susah nak jawab..yang awak patut tahu saya ni masih pompuan. Dan saya ni minat lelaki bukannya pompuan. So, saya dengan Crystal tu takde apa-apa. Awak jangan misunderstood pulak”

“Eh ke situ pulak. Saya tak terfikir pun, Faez. Tapikan, tak pernah lagi tomboy yang saya jumpa beli uniform sekolah lelaki. You’re the one and only”

“well, yang itu masalah teknikal yang tak dapat dielakkan”. Iman ketawa. Sepanjang 3 bulan di Metrophoenix, ini kali pertama Iman ketawa. Mungkin juga kali pertama sejak dua tahun ni”

“Boleh saya tanya sesuatu. Tapi, Iman jangan terasa pulak”

“Insyaallah saya jawab”

“er…kenapa awak join club nerd. I mean, kenapa tak jadi macam dulu. Lincah, glemer, tegas. Saya teringin nak tengok awak yang dulu”

Aku lihat wajah Iman berubah. “Awak marah ke??”

Soalku bodoh. Sepi, tiada respons

“Saya pernah cuba main basketball tahun lepas. Dan awak tahu hasilnya, saya koma seminggu. Dan siapa yang paling sakit waktu saya koma…my mom. Dia yang terseksa sepanjang saya koma. Awak jangan ingat, sejak disahkan sakit saya terus jadi macam mayat hidup. Saya cuba berlagak macam orang sihat tapi semua tu memakan diri saya sendiri.”

“Maksud syaa bukannya saya nak suruh awak aktif bersukan, Cuma saya nak awak ceria dan nikmati hidup ni. Life must go on. Let bygones be bygones”

“Senang je awak cakapkan perkara tu semua. Let bygones be by gones memang senang diungkapkan tapi nak buat, susah. Dahlah Faez awak baliklah. Saya serabutlah. Pergilah. Pergi!!” jerit Iman seperti sebelumnya. Aku memandang wajahnya yang memerah. Aku berlari keluar. Di muka pintu, aku terserempak dengan Crystal

“Babe, kenapa??”

Tanpa membalas pertanyaan Crystal, aku terus berlari. Setitis air mata turun membasahi pipi. Sedihkah aku kerana dimarahinya atau kesedihanku ini kerana di marahi oleh orang yang amat disukaiku. Pedih hati bila menyukai orang yang tidak berharapa untuk hidup lagi.

Seminggu kemudian, Iman bersekolah lagi. Aku dan Iman kembali seperti dahulu. Hanya Crystal yang ditegurnya sedangkan aku!! ibarat orang asing dari planet marikh. Huh..Crystal tidak pernah bertanya lagi tentang kejadian di hospital tempoh hari. Dia memang sahabat yang memahami. Apabila waktu rehat tiba, aku membuat alasan agar tidak keluar rehat dengan Crystal kerana aku ingin bicara 4 mata sama Iman.

“Iman, saya minta maaf soal hari tu. Saya tak berniat langsung. Sorry ok”

Sepi…hanya dengusan nafas Iman sahaja yang kedengaran. Aku bersedar. Buat apa memujuk mereka yang tak sudi.

Crystal yang memandang dari luar megeluh. Iman ni memanglah. Mentang-mentang si Faez shok kat kau, kau jual mahal eh. Siap kau. Crystal is coming…

“Iman, aku tak tahu apa jadi antara kau dengan Faez, tapi maafkan dia. Kau tahu Faez tu egonya tinggi melangit. Tapi, sebab kau dia rela mengalah tahu. Kau tahu kenapa?? Sebab dia …..” ooopsss, nasib baek tak terlepas. Kalau tak mati aku dikerjakan si Faez ni

“Sebab apa??? Sebab aku sakit?? Sebab aku dah nak mati. So, dia mengalah dengan aku. stop it. I get my point”

“Woi, kau ingat kau sorang je sakit dalam dunia ni. Kau ingat kau je yang menderita. Faez lagi menderita dari kau tahu. Kau maafkanlah dia”

“Kau tahu dalam hidup aku ni ada 24 jam je. 8 jam aku kat sekolah, 8 jam aku tidur, 2 jam aku buat terapi, 2 jam aku study, 1 jam aku makan dan solat, 2 jam lagi aku ngan parents aku. so, aku tak ada masa nak fikirkan pasal Faez tahu”

“You know what?? Kau ni ego. Guna kesakitan kau untuk sakitkan hati orang lain. Gi blah la kau. For you info Syed Iman Hakimi, Faez pon sakiat jugak tau”. Oops, apa pulak aku melalut ni..Faez aku minta maaf. Aku terpaksa bohong.

“Faez sakit?? Sakit apa???”

“Er…leukemia. Kau tahu. Tapi dia kuat. Enjoy hidupnya walaupun masa dia pon dah tak lama”

“Berapa lama masa dia ada”

“Lebih kurang setahun lagi”

Selepas itu Iman pergi. Ya Allah banyaknya aku kelentong si Iman. Lepas ni mesti si Faez tu bunuh aku.

Pulang sekolah, aku dan Crystal keluar lewat dari kelas. Ada sesuatu yang harus aku ceritakan padanya.

Ada benda aku nak cakap” kataku dan Crystal serentak

“Aku dulu. Kau tahu Crys, Iman ngan aku dah berdamai. Iman mintak maaf kat aku. He was so sweet you know. Dia cakap dia nak jadi optimis. Tak nak fikir pasal penyakit dia aje”

Aku lihat Crystal tersengih sumbing. Kepalanya digaru-garu

“Your turn, babe”

“Faez..aku minta maaf. Aku cakap kat Iman kau sakit leukemia then masa kau tinggal setahun lagi. Sorry, FAez. Semuanya unintended. Aku tersasul”

“Hah!!!!!”

0 comments: