CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, July 10, 2009

Season 2..(episode 13)



Hari ke-lima,

Pulau Jeju, Korea Selatan.

Haikal Iskandar termenung merenung bilik Faraeza. Semalaman Faraeza berkurung. Semalam, apabila diajak makan, gadis itu menolak. Haikal Iskandar tergelak sambil menggeleng beberapa kali.

‘Hairan bila anak gajah tolak makan’

Lantas, Haikal Iskandar mencapai telefon bombit. Nombor bilik Faraeza didailnya. Lama..barulah suara gergasi milik Faraeza kedengaran.

“Ohayo Gozaimasu (Selamat pagi)!” tempik Haikal Iskandar. Sengaja dia buat begitu untuk menyakitkan hati Faraeza. Biar Inspektor Sahab itu mengamuk.

“Kau ingat aku ni pekak badak ke?”

“Tahu marah. Suara kau 10 kali lebih kuat dari suara aku tadi, tau! Bayangkan kalau kau menjerit dekat aku. Bayangkan..”

“Tak kuasa aku nak layan orang sewel macam kau ni. Nak apa telefon aku ni?”

“Nak kau..hehe.” balas Haikal Iskandar nakal. Serta-merta dia terasa seriau. Enzim gatalnya mula aktif. Tengkuknya yang tiba-tiba rasa miang itu disentuh. Lain rasanya.

“Hoi, cakap baik-baiklah. Aku tembak baru tahu”

“Amboi garangnya. Gigit kang”

“Kau ni anjing ke nak gigit-gigit orang. Takpun, kau ni atuk tua yang baru dapat gigi palsu? Hisy, tak kuasa aku nak layan mamat tiga suku macam kau. Before you die, you better tell me why did you call me?”

“Aku nak ajak kau makanlah. Jomlah. Semalam kau tak turun makan pun”

“Aku tak lapar.” Balas Faraeza pendek. Malas. Tetapi, setiap kali Haikal Iskandar menelifon, pasti dia angkat. Entah kenapa, dia rasa rindu akan jejaka gila itu. Padahal, bilik berhadapan.

“Betul ni? Are you sure. Aku tak nak kau mati sebab kekurangan zat makanan.”

“Iya. And please stop all of these craps! Aku nak balik ke Metrophoenix!” jerit Faraeza. Haikal Iskandar menjarakkan sedikit telefon bimbit dari telinganya.

“Ok fine. Tak payahlah jerit-jerit. Kau nak aku pekak sebelum usia ke?” marah Haikal Iskandar, namun Faraeza sudah memutuskan talian. Dia berasa sesuatu. Lantas, dia menyentuh telinga.

“Eiyh..telinga aku berdarah”

……………………………………………………………………………………………

Faraeza menjeling ke arah telefon bilik yang sudah hancur dilemparnya tadi. Dia menjerit marah. Mundar-mandir dibiliknya. Entah kenapa, semuanya tidak kena. Rasa marah tapi rindu. Rasa benci tapi sayang. Rasa manis tapi tawar. Tak tahulah.. Tak tahulah! Tak tahulah!

“Iman, Faez rindu sangat dekat Iman. Kan best kalau Iman ada. Kalau Iman ada mesti Faez tak kenal dengan orang tiga suku macam Naruto tu. Iman..” rintihnya sedih.

Namun, dia tersenyum, ada gelaran baru buat Haikal Iskandar. Naruto! Ya, Naruto. Sebab apa? Sebab rambut korang sama. Lantas, dia duduk. Menonton televisyen. Saluran KBS world dibuka. Rancangan yang ditayangkan langsung tidak menarik minat walaupun heronya Lee Dong Wook. Entah kenapa, perasaan teruja tiada hari ini. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

“Bue-yo (Apa)?” laung Faraeza dari dalam. Dia mencapai bathrobe untuk menutup seluar pendek dan tip-top merah gelap yang dipakainya kini. Malu berasa.

“Room service”

“Chanka-manyo (Tunggu)!” laung Faraeza lagi. Pintu bilik dibuka. Tertera seseorang sedang menatang dulang. Tersenyum mesra. Faraeza terpegun tiba-tiba. Rasa cair.

“Good food for a good lady.”

Faraeza menjeling teruja ke arah Haikal Iskandar yang berseluar pendek paras lutut yang berserabai dengan tali yang jatuh ke bawah. T-shirt hitam-hijau yang agak fit-to-body itu kelihatan sesuai dengan tingginya yang lebih kurang 185 cm itu. Memang tinggi dan kurus orangnya. Semuanya nampak perfect kecuali rambutnya. Rambut merah itu diikat dengan getah rambut. Faraeza menggeleng. Lantas, dia menarik getah rambut itu. Ikatan di rambut Haikal Iskandar terurai.

“Now, get lost!’ jerit Faraeza.

“Ok fine. Hisy, budak ni anak gorilla ke? Ke kau ni keturunan chimpazi?” soal Haikal Iskandar. Faraeza menghampiri. Pintu bilik dibuka dan tubuh jejaka itu ditolaknya sehingga jatuh menyembah lantai. Tanpa rasa bersalah, pintu bilik itu dihempas kuat. Haikal Iskandar yang sedang bangun itu menyumpah di dalam hati.

“Nande ore (Kenapa saya)? Kalau benci janganlah sampai macam ni. Memang betul teori aku selama ini. Dia memang diziarahi bulan sekarang ini. Jadi hormon tak stabillah.”

Haikal Iskandar melangkah keluar dari hotel itu. Diluarnya terbentang laut yang jernih kebiruan. Jalan raya yang sunyi dengan kenderaan. Dan udara yang bebas dari asap berbahaya. Haikal Iskandar mendepakan tangannya. Matanya dipejamkan. Angin bayu menyapa pipinya.

“Gila kejam sejuk. Menyesal aku pakai seluar pendek” bebelnya. Dia terpandang akan sepohon pokok. Lantas, dia menghampiri. Dikeluarkan sebilah pisau. Lalu, operasi bermula..

Tengah malam, hari ke-lima.

Pulau Jeju, Korea Selatan.

Faraeza merenung ke arah telefon bimbit N77 yang diberi Haikal Iskandar. Sangkanya, apabila Haikal Iskandar menatang dulang kelmarin, ada makanan. Rupa-rupanya telefon bimbit baru. Telefon bimbit yang sama modelnya dengan telefon yang dibuang Haikal Iskandar. Faraeza bangun. Tiba-tiba telefon itu menjerit. Meminta untuk diangkat. Tertera satu mesej.

Assalamualaikum, princess. Rindukan saya tak? Saya rindukan princess la..

Faraeza terpaku. Mesej itu dibaca berkali-kali. Otaknya ligat berfikir. Lantas, keypad telefon itu ditekan-tekan. Membalas mesej kepada private number itu.

Tak..anak angsa jatuh pengsan, tak ada masa nak layan..

Amboi, sombongnye. Anak harimau makan rusa, tak jawab salam berdosa..

Waalaikumussalam.

Macam tak ikhlas aje..

Siapa ni?

Lama dia menunggu. Namun, tiada jawapan dari pengirim mesej misteri itu. Lantas, dia melemparkan telefon. Merengus kasar. Buang masa saja. Tiba-tiba telefon menjerit lagi. Faraeza meluru ke arah telefon yang sudah dilemparkan ke sofa tadi. Kat sofa aje..

Sorry lambat reply. Saya ke tandas tadi. Awak nak tahu siapa saya. Pergilah ke balkoni, lihatlah alam yang terbentang luas. Pejamkan mata. Dengarkan nyanyian bayu, awak pasti tahu siapa saya.

Faraeza mencebik. Geli dengan ayat tadi. Lantas, dia berbaring di sofa.

Tengok tu, dia tak buat. Gigit karang.

Awak ni anjing ke nak gigit orang? Takpun chimpazi gila dari hutan Arizona.

Faraeza bangun. Berjalan sambil menghentakkan kaki ke lantai. Pintu kaca dan langsir dibuka. Selepas itu, dia ke balkoni. Memandang alam yang terbentang luas. Memejamkan mata. Puput angin malam menyentuh mukanya lembut. Faraeza tersenyum. Terasa nyaman. Keindahan alam menenangkan hati.

Good girl. Sekarang pandang betul-betul. Dengar betul-betul. Awak akan tahu siapa saya.. pandanglah dunia, siapa yang awak nampak? Dengarkan pada denyutan jantung sendiri. Dengarkan pada bisikan hati. Siapa saya dihati awak?

Faraeza akur. Lama dia memejamkan mata. Menikmati kedamaian angin malam. Satu nama terlintas difikirannya. Iman Reyhan. Tak mungkin.

Yang sentiasa berada pada setiap denyutan jantungku ialah Farhan Adrian. Is it you Farhan?

Faraeza sengaja meletakkan nama Farhan Adrian walaupun nama itu tidak berada dalam ingatannya. Dia merasakan Iman. Tapi, itu tidak mungkin. Iman dah tiada. Tiada lagi mesej masuk. Alam terus dipandang. Bintang berkelipan. Suara sang bayu mengalir lembut ke dalam hati. Perlahan-lahan mata dipejamkan. Dia tercium sesuatu. Satu haruman. Haruman Iman yang memenuhi dunianya. Air mata menitis.

“Faez sayang Iman”

Haikal Iskandar mencebik. Sakit hati betul dia dengan Faraeza. Adakah patut nama penyanyi DBSB itu yang disebutnya. Baru hendak beromantik semuanya rosak. Baru hendak jadi mat bunga, semuanya punah. Hatinya menjerit geram.

“Tak ada cara lain kecuali..”

Faraeza mecebik. Memandang Haikal Iskandar yang masih memakai pakaian pagi tadi. Sejuk-sejuk begini masih memakai seluar pendek. Lelaki ni memang sewel! Entah motif apa, dia disuruh turun ke sini. Pergi ke pantai walaupun suhu sekeliling semakin sejuk. Musim panas di Korea tidak sama di Metrophoenix. Jika di Metrophoenix, penduduknya boleh memakai seluar pendek dan singlet lain pula dengan Korea. Musim panasnya masih sejuk cuma tiada salji sahaja.

“Kau nak apa?’

“Dengarlah pada denyutan jantung sendiri. Dengarkan pada bisikan hati, siapa aku pada kau?”

Faraeza tercengil. Bait-bait yang diucapkan Haikal Iskandar tadi serupa dengan mesej yang diterimanya tadi.

“Kau ke?’

“Siapa aku dihati kau?”

“You’re nothing. Cuma pemusnah hidup aku aje”

Haikal Iskandar tersentak. Hatinya terasa sedih dan pedih. Lantas, dia berpusing, membelakangi Faraeza. Dia berpeluk tubuh. Malu hendak memandang wajah Faraeza.

‘Aku memang dah gila! Kenapa dengan aku ni!’ bentak hati Haikal Iskandar.

Haikal Iskandar berpusing semula. Kini, berhadapan dengan Faraeza. Dia lantas duduk dan melutut di atas pasir pantai. Faraeza tersentak.

“Maafkan aku sebab musnahkan hidup kau. Chong-mal mian-hae (Betul-betul minta maaf).” Ucap Haikal Iskandar sayu. Faraeza tersentak.

“Apa yang kau buat ni. Bangunlah.”

“Aku minta maaf. Aku tak tahu kenapa dan bila. Aku minta maaf sebab banyak sakitkan kau. Aku bodoh. Aku jahat”

“Kalau kau tahu, kenapa kau sakitkan aku lagi. Cukuplah Carl. Bawak aku balik. Kita hanya buang masa disini. Aku kena bertugas semula. Aku akan tinggalkan kau dan syarikat kau selama-lamanya. Tolonglah, berhenti sakitkan hati aku lagi.”

“Kau akan bertugas semula. Kau nak pergi?”

“Betul. Aku akan tamatkan semuanya. Maafkan aku sebab muncul dalam kehidupan kau. Esok, aku akan balik ke Metrophoenix. Selamat tinggal.”

Haikal Iskandar bangun lantas mencapai tangan Faraeza.

“Apa ni?” bentak Faraeza.

“Kau tak faham lagi ke? Aku sukakan kau. Na-chuahae (Saya sukakan awak)”

Faraeza tersentak. Wajah Haikal Iskandar yang memerah dipandangnya. Faraeza hilang punca. Tidak tahu hendak menyorokkan wajahnya dimana.

“Adakah aku ni terlalu tak bermakna pada kau. Kenapa kau nak main-mainkan perasaan aku? Kau jahat, Carl. Tolonglah, berhenti. Aku rayu”

“Muka aku nampak macam aku sedang main-main ke?” soal Haikal Iskandar keras. Rambut merahnya diraup bekali-kali.

“Aku sendiri tak tahu macam mana semua ni boleh terjadi! “ Haikal Iskandar menjerit marah.

“Kau…kau memang kejam!” jerit Faraeza lalu beredar dari situ. Air mata turun tanpa diatahan. Sudah lama dia memendam rasa. Hatinya senang dengan pengakuan Haikal Iskandar namun, hatinya setiap masa mengingati Iman.

Haikal Iskandar yang terduduk menyembah pasir pantai hanya memandang sayu ke arah Faraeza yang semakin menjauhinya. Lalu, dia mengepal tangan.

“Iman sayangkan Faez!”

Faraeza berpaling. Seperti suara Iman yang sedang bercakap padanya. Argh, pasti satu halusinasi lagi. Dia sudah biasa begitu. Tetapi, kali ini jelas benar. Lantas. Dia berpaling. Kelihatan Haikal Iskandar yang sedang berlari menghampirinya. Tangan Faraeza diraih lembut, lalu dikucup berkali-kali.

“Dah lama tak buat macam ni”

“Hisy, lepaslah”

“Dah lama tak buat macam ni. Dah 10 tahun. 10 tahun kita terpisah, Faez. Iman tetap sayangkan Faez” kata Haikal Iskandar lagi. Faraeza tersentak. Tangan Haikal Iskandar melingkar diwajah Faraeza. Air mata gadis itu disekanya.

“Iman rindukan Faez sangat-sangat”

Faraeza diam tidak terkata. Haikal Iskandar membelai wajahnya berulang kali. Faraeza masih bingung.

“Faez pun sayangkan Iman” bisik Faraeza lembut di telinga Haikal Iskandar.

10 tahun dahulu,

Kota Metrocity, Metrophoenix Timur.

Dato’ Abdullah Gosling memandang isterinya, Datin Jannah, yang sedang lena disisinya. Isterinya tidur setelah diberi sedatif tadi. Satu-satunya anak mereka, Haikal Iskandar maut dalam kebakaran dirumah mereka. Mayat anaknya rentung. Oleh sebab tidak menerima kenyataan, Datin Jannah mengamuk tadi. Lantas, Dato’ Abdullah meninggalkan isterinya. Ingin ke cafe hospital. Mencari sesuatu untuk dimakan. Baru sahaja hendak berjalan, sekumpulan jururawat sedang menolak seorang budak lelaki yang berlumuran darah. Entah kenapa, hatinya membentak. Ingin mengikuti budak lelaki yang kelihatan parah itu. Di wad ICU, mayat Haikal Iskandar yang rentung dan Iman Reyhan Bin Hakimi yang koma itu dilihatnya. Bagaikan ada sesuatu pada budak lelaki yang bernama Iman Reyhan itu.

”I’m sorry, Carl. I have to do this” bisik Dato’ Abdullah kepada anaknya yang terkujur kaku itu.

Lalu, tag nama pada katil Haikal Iskandar ditukarkan kepada Iman Raihan. Manakala, tag nama dikatil Iman Raeyhan diubah menjadi Haikal Iskandar.

”Mulai sekarang, you’ll be my son” bisik Dato’ Abdullah. Tidak lama kemudian, tiba sepasang suami isteri yang meluru ke arah mayat anaknya yang rentung itu.

‘Pasti itu ibu-bapa kepada budak itu’ bisik hati Dato’ Abdullah. Wajah budak lelaki yang ditukar menjadi Haikal Iskandar itu ditutup dengan tabir. Raungan pasangan tadi jelas kedengaran.

”Mulai sekarang kau bukan Iman Reyhan lagi, tapi kau Haikal Iskandar Gosling”

Setahun berlalu begitu pantas. Haikal Iskandar kekal menjadi anak Dato’ Abdullah dan Datin Jannah. Wajah Iman Reyhan diubah menjadi wajah Haikal Iskandar. Rambutnya diwarnakan kepada merah. Semuanya menelan berjuta metro. Namun, dia rela. Akhirnya ada pengganti untuk isterinya.

”Daddy, kita nak ke mana” soal Haikal Iskandar kepada daddynya.

”Ke United Kingdom, sayang” kata Dato’ Abdullah. Rambut merah anaknya diusap.

’Rahsia ini akan kujaga sehingga nafas yang terakhir’

0 comments: