CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, January 17, 2009

episod 2


-sombongnyer-

Zaman dahulukala..

Diamond Castle, Metrophoenix timur

“Kita terpaksa pergi. Kutukan itu tidak berakhir. Kita harus pergi kerana kita tak boleh menyukai orang kerana orang itu akan celaka. Izinkan kita pergi. Selamat tinggal Cahaya Cintaku..”katanya. Selepas itu dia bangkit dari ribaanku. Memandang ke arah langit. Sayap keluar dari belakangnya. Putera Rama-rama memandangku..sebelum terbang dan hilang di awangan..

“Putera..jangan tinggalkan kita…jangan tinggalkan kita!!!!” jeritku berulang kali…..

Putera Rama-rama hilang. Aku terduduk. Menangis mengenang nasib cinta yang malang. Tiba-tiba bondaku, datang.

“Mengapa bermuramduka Cahaya. Kalau bermuram begini tiada cahaya yang terserlah diwajahmu, nak. Ayuh, cerita ke bonda”

“Bonda, cinta Cahaya hilang. Putera Rama-rama terpaksa meninggalkan anakanda, bonda. Sedihnya hati ini bonda. Sedih”

“Putera Rama-rama?? Jangan bercanda anakandaku, Cahaya. Dia tidak wujud. Putera Rama-rama hanyalah lagenda di Negara Phoenix ini.”

“Benar bonda. Lihat, ini bulu topeng yang membaluti matanya. Bulu ini bercahayakan. Cantik dan berwarna-warni seperti pelangi.”

Kulihat bonda resah. Aku segera bangun dan beredar ke menara buku. Menara yang menempatkan pelbagai buku milik ayahanda. Sebaik sahaja masuk, ayahanda menyapaku dengan senyuman indah. Aku mendekati ayahanda.

“Mau apakah anakanda dengan bertandang di menara ini. Tidak capekkah mendaki tangga?”

“Tak apalah, ayahanda. Anakanda Cuma mahu menemani ayahaanda yang kesepian disini. Bolehkan? Anakanda juga mahu membaca.”

Tanpa menunggu jawapan dari ayahanda, aku lantas mencapai sebuah buku lama. Berhabuk dan berat juga. Aku sapu habuknya.

-Lagenda Kerajaan Rama-rama.-

Tajuk itu menarik minatku. Aku menyelak halaman demi halalaman. Tiba-tiba

-Cinta si Putera Rama-rama-

Barangsiapa yang berjumpa dengan sang Putera pasti jatuh cinta dengan kelembutan dan keikhlasan yang terpancar dari sudut matanya . Putera bertopeng ini akn menjelma menjadi rerama untuk mengintai puteri idamannya.

Aku tersenyum. Putera, bila putera akan berjumpa dengan kita. kita rindukan putera

-Sumpahan Si ratu Kegelapan-

Ratu kegelapan, ibu tiri sang Putera telah membuat satu kutukan. Barangsiapa yang dicintai Putera bakal celaka. Meskipun putera pergi meninggalkan puteri idamannya, sang Ratu akan menjejaki sang puteri bagi meminum darahnya untuk menjamin kecantikan dan memanjangkan umurnya.

Aku menutup buku itu dan menyimpannya. Patutlah bonda resah mendengar ceritaku. Adakah aku akan diburu oleh Ratu. Mendengar suaranya sahaja sudah menyakitkan. Apatahlagi untuk memandang wajahnya yang dilindungi topeng emas itu.

Di pedalaman hutan InterPhoenix, Metrophoenix timur..

Ratu kegelapan yang leka meminum darah dari cangkir emas pantas tersedak. Perkhabaran yang dibawa sang gagak menyakitkan hatinya. Masakan untuk menjejaki Puteri yang dicintai sang Putera sahaja tidak bisa. Ratu mengangkat jari telunjuknya dan menghalakan ke arah sang gagak. Api keluar dari jari sang Ratu dan hampir mengenai sang gagak.

“Bodoh kau gagak. Beta mau kau menjejaki puteri itu sampai ketemu. Kalau tidak, kamu beta bunuh. Cari cepat!!!” jerit Ratu. Dan jeritan tersebut mengakibatkan hujan yang disertai guruh dan menyebabkan Putera yang terbang itu jatuh ke tanah dan tidak sedarkan diri.

Diamond Castle, Metrophoenix timur

Jantungku berdebar-debar. Tuhan, adakah darahku bakal menjadi santapan sang Ratu yang kejam. Ayahanda memandangku. Bahuku dipegangnya..

“Mengapa Cahaya. Ada yang tidak beres”

“Tidak. Cuma tidak enak badan saja. Cahaya pamit dulu, ya”

Baru sahaja ingin menuruni anak tangga ini, ada sesuatu yang melayang-layang dan jatuh ke halaman istana…

Zaman sekarang

MetroCity, Metrophoenix Timur

Genap sebulan aku pulang ke Metrophoenix dan masuk 3 minggu 7 hari aku bersekolah di Nexus Private School. Persahabatanku dengan crystal berjalan lancar. Crystal baik dan peramah orangnya. Terlebih peramah sebenarnya. Jadi, sesiapa yang tak boleh tahan dengar radio percuma 24 jam memang tak boleh tahan kawan ngan Crystal ni. Aku pon letih dok melayan dia bercakap hari-hari. Kalau ada gaji takpe jugak. Tiba-tiba Crystal datang.

“Faez, jom tengok result exam kita.”

“Jom”

Aku ngan Crystal berlari-lari penguin ke exam board. Crystal dapat no………50. ok ler. Aku pulak. Pusing punya pusing tak jumpa. Pusing lagi…no….148/150 orang murid. Ini satu pencapaian yang membanggakan. Aku tengok Crystal semaod je.

“Jangan sedih ok. Ni baru 1st exam tahun ni. Jangan sedih-sedih ok. Don’t take it seriuslah. Biasalah..kalau stakat exam ni takde maknanyalah. Kalau SPM tahun depan tu, kalau kau fail kau nak melalak pon aku tak kisah”

Aku sengeh. Dia ingat aku sedih ke?? Mana ada sedih, baby. Dengan exam pertama dan tak tahu apa-apanya, aku berjaya dapat no 148 out of 150 student,. Tak bangga ke. Dahlah BM, Pai, Sejarah aku tak jawab. Hantar kertas kosong dengan singnature je. Dapat no 148 kira ok la tu.

“Faez, kau tak sedih kan?? Gila selamba la kau ni. Kalau si Iman tu dapat no macam kau dapat ni, gerenti terjun bangunan. Kau ni coollah. Ni aku sayang ni”

“Buat apa nak sedih. Aku bangga tahu tak. Dengan hantar kertas kosong masih tak dapat no last. It’s ok kan no 148 out of 150 students. I’m so happy. Thanks coz sudi jadi tutor aku. Jom aku belanja makam”

“Bukan makamlah, Faez. Makan…”

“Ye eh..makam tu mende??” soalku dengan bendulnya

“makam tu kubur. Kau nak belanja aku belindang kubur ke??”

“Er…boleh jugak..” kataku. Belindang kubur tu apa!!! Arghhh, tension betul jadi minah salleh ni. Banyaps mender taidak faiham..,

Sepanjang perjalanan ke café yang terpaksa melepasi nexus Squash court ngan nexus Pool, mulut Crystal tak berhenti bercakap. Pot…pet..pot..pet..aku gunting buat steak jugak mulut minah ni. Aku nak hidup ngan aman dan tenteram pun tak boleh. Crystal citer pasal kucingnya si Manik, famili..mende gitu jelah. Korang tak kesiankan aku ke. Tiba-tiba…

“Aku nak tanya kau sesuatulah. Tapi jangan gelak tau”

“Tanya apa my dear Faez”

“Boleh tak citer sikit pasal mamat nerd yang macam bisu dalam kelas tu”

“Budak nerd bisu…siapa?? Owh, si Iman ke?? Zalimnyer nickname kau bagi kat dia. Dia tu gile handsome walaupun tahap skemanya memang cipan dan gaban. What do you need to know about him???”

“everything..especially nape dia nerd sangat??? Itu yang paling penting”

“Pasal kes nerd dia tu aku tak boleh jawab. Tapi, jangan pandang rendah kat dia tau. Dia tu 2 tahun kebelakangan ni baru masuk club nerd. Dulu, kalau bab sukan tolak bola jaring je dia tak masuk. Pidato, debat, storytelling, coir, musabaqah semua dia kebas. Hebat tak?? Tapi, entahlah, kenapa 2 tahun ni dia jadi gitu. Semua pertandingan dia tolak. Takhta Prince of nexus pon dia tak masuk pencalonan.”

“ye ke. Alah, kenapa kau tak tahu. So, sape dapat takhta prince tu?”

“Budak korea muslim tulah. Si Danish tu. Hensem siot macam Lee Dong Wook”

“Apa, cik woook..nama kucing ke tu.”

“Takpelah, kau bukannya kenal pon. Buat sakit hati je”

Setibanya aku dan crystal di café, kami berpecah dan membeli makanan masing-masing.

Mee rebus panas menggelegak yang baru dibeli aku tatap dalam dulang. Wah sedapnya. Sejuk gini dpt minum soup. Aku menuju ke arah Crystal yang sudah duduk di bangku. Fikiranku menerawang jauh..

“Pasal kes nerd dia tu aku tak boleh jawab. Tapi, jangan pandang rendah kat dia tau. Dia tu 2 tahun kebelakangan ni baru masuk club nerd. Dulu, kalau bab sukan tolak bola jaring je dia tak masuk. Pidato, debat, storytelling, coir, musabaqah semua dia kebas. Hebat tak?? Tapi, entahlah, kenapa 2 tahun ni dia jadi gitu. Semua pertandingan dia tolak. Takhta Prince of nexus pon dia tak masuk pencalonan.”

Kata-kata Crystal berputar ligat di benakku. Kenapa Iman berubah sejak 2 tahun kebelakangan ni. Kenapa dia join club nerd kalau dulu dia glemer kat Nexus ni. Kenapa dia bisu dan tak bercakap dengan orang lain kecuali cikgu. Hisy, banyaknya persoalan pasal kau, Iman. Entah bilalah akan kutemui jawapan kepada semua persoalan ini. Sedang asyik melayani perasaan, tiba-tiba sedikit soup tumpah di atas tanganku. Wah..panas giler!!! Dengan menatang dulang tersebut dengan satu tangan, aku berjalan dengan menahan kesakitan. Tiba-tiba…

BUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!

Aku terlanggar seseorang. Dulangku jatuh ke lantai. Aku terpana. Terkaku seolah-olah orang bodoh dan memerhatikan Iman yang kulanggar mengutip mangkuk dan gelasku. Aku memandang sahaja umpama orang bodoh. Pergerakannya seolah-olah dalam mode slow. Semuanya kelihatan slow dan bergaya. Wah, handsomenya!! Dan apabila Iman menghulurkan dulangku, aku masih berkhayal.

“Ehem…” dia berdehem. Aku tersentak. Tiba-tiba Crystal datang dan menatang dulangku. Dia menyiku. Aku tersentak. Kali ini sepenuhnya.

“thanks, Iman” kata Crystal. Dia mencerlung ke arahku. Aku tersedar.

“Er… thanks” kataku terketar-ketar. Dia hanya mengukir senyuman dari bibirnya yang agak kebiruan itu. Crystal membawaku ke tempat bangku. Aku masih tersenyum sendirian. Crystal kaget

“Faez, are you ok, babe”

“I hope I’m ok, but…I think I must be crazy. Aku..aku..aku rase Iman tu handsome and he’s my mr perfect. The perfect one. Arghhh, aku dah gile. Tak mungkin”

Crystal ternganga. Aku tunduk.

“Malam ni balik, solat istikarah. fikir betul ke tu perasaan suka atau..aku mana tahu tu perasaan kau. Sekarang ni relax, aku pergi beli somethin’ untuk kau”

Sebaik sahaja Crystal pergi, Iman melintas dihadapanku. Dengan tekad yang tinggi, aku memanggilnya. Sebaik sahaja dia berpaling mulutku terkunci sekali lagi.

“Thanks pasal tadi. Sorry kalau makanan saya kotorkan baju awak tu. I hope you don’t mind”

Dia hanya mengangguk formal. Aku terkesima. Angguk je. Sombong betul. Ade tongkol emas ke dalam mulut kau tu!!! Eiii, sebal….maybe feeling aku tadi hanya gurauan. Pukkishinae…

*pukkishinae maksudnya, what a joke…

0 comments: