CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, June 10, 2009

Season 2..(episode 11)


Haikal Iskandar berada di Villa Sakura. Wajah ibu dan daddynya ditenung lama. Terasa janggal. Adam pula sudah menghilang. Katanya tidak mahu masuk campur kerana ini merupakan urusan keluarga. Ibunya pula dari tadi asyik membelai rambut merahnya. Terasa rimas, namun apakah daya?

“Carl jumpa Ju di mana?” soal Dato Abdullah.

Haikal Iskandar diam. Daddynya yang berbangsa Eropah itu banyak memperanguhi rupa dan warna rambutnya. Rambut merahnya itu merupakan khazanah bernilai dari bapanya.

“Answer us, Carl” pujuk Datin Jannah. Dia resah. Adakah Juliana sudah memceritakan semuanya? Mungkin, sebab itulah Haikal Iskandar naik darah.

“Tergamak ibu buat Ju dan Carl macam ni? Kanapan ibu? Kenapa? Apa salah Ju dan Carl?” soal Haikal Iskandar marah. Wajahnya yang putih itu bertukar merah.

“Terpaksa. Ibu terpaksa. Semuanya demi kebaikan Carl. Demi Ju juga.”

“Ibu bohong!”

“Mind your words, boy!” tegur daddynya. Tidak senang dengan kata-kata yang terbit dari mulut Haikal Iskandar.

“Kenapa ibu? Kenapa? Kalau tak suka cakap tak suka! Kenapa nak seksa kami macam tu sekali. Carl betul-betul tak sangka ibu sanggup buat macam ni pada kami. Carl kecewa dengan ibu!”

“Maafkan ibu. Please honey, absolve me. I knew I was wrong. Tapi, ibu tak boleh terima Ju. Dia tak pantas untuk Carl. Carl boleh dapat yang lebih baik daripadanya.”

“Kenapa? Apa yang tak kena dengan Ju? Sebab dia anak yang terbuang. Ditinggalkan terkontang-kanting di rumah anak yatim tanpa asal usul. Sebab tu? How come, ibu?”

“Ibu tak boleh terima!”

“Kenapa ibu tak bagitau. Carl akan ikut. Daripada menderita kerana membenci orang yang dicintai, Carl lebih rela meninggalkannya.”

“Ibu minta maaf”

Haikal Iskandar terdiam. Hatinya panas membara. Kepalanya pusing. Lantas, dia menaiki anak tangga untuk ke pintu keluar dari Villa Sakura. Baru naik beberapa langkah, kepalanya pening lagi. Kali ini lebih kuat. Sesuatu menghentam benaknya.

“Faez sayang Iman”

Serentak itu, bayangan seorang gadis muncul di kotak ingatannya. Wajah gadis yang amat dikenalinya.

“Faez..” panggil Haikal Iskandar sebelum jatuh dari tangga itu dan pengsan tidak sedarkan diri.

Balai Polis Cawangan Inderawasih,

Kota Metrocity.

Faraeza terduduk. Dia menggigit bibir. Pintu bilik dibuka. Tertera wajah Mr Wong yang selalu ceria itu. Faraeza jadi cemas. Dia tidak sabar untuk bertugas semula. Dia cuak untuk ke Eternity Airlines lagi. Dia cuak. Resah apabila melihat Haikal Iskandar. Entah kenapa..

“Sorry Faez. Dua bulan lagi barulah tugas you akan clear. Then, you akan bertugas lagi.”

“What? Lagi dua bulan? How come Mr Wong. Saya nak tamatkan penyamaran saya sebelum lebih ramai yang dapat tau. Mr Wong, please.”

“I can’t do anything. Ini arahan Kementerian Keselamatan. Bukan you seorang, semua petugas akan mula bertugas dua bulan lagi. Kenapa you takut sangat ni? Selalunya tak macam ni.”

“Saya tak tahu, Mr Wong. Saya takut. Tiga orang dah tahu tentang penyamaran saya. saya bimbang. Syaa takut. Macam mana kalau Haikal Iskandar nak saman saya. 50 juta metro bukannya sikit. Dan, saya pasti kerajaan tak akan sanggup nak back-up saya. Saya bukannya sesiapa.”

“Cuba bertahan “

Kata-kata yang terbit dari mulut pegawai polis berbangsa Cina separuh abad itu menyebabkan dunia Faraeza semakin malap.

‘Arienai (Tak mungkin)!’ jerit Faraeza di dalam hati. Takkan berani dia menjerit disitu.

Seminggu kemudian.

Adam memandang Haikal Iskandar yang masih berbalut kepalanya. Peristiwa minggu lepas di Villa Sakura benar-benar merenggut tangkai hatinya. Mujurlah tiada apa-apa yang menimpa Haikal Iskandar. Di dalam kereta Alfa Romeo itu, mereka duduk. Berdiam diri. Masing-masing tidak mahu memulakan bicara. Terasa janggal tiba-tiba.

“Kau pasti dengan apa yang akan kau lakukan ini?” soal Adam.

Haikal Iskandar angguk. Dia sudah pasti. Tersangat pasti dengan keputusan yang diambil. Dia mahu meninggalkan semuanya.

“Kau pasti nak beritahu dia?”

“Ya. Kebenaran harus diberitahu”

“Habis tu, ke mana?”
“Korea, mungkin..” balas Haikal Iskandar teragak-agak.

Adam di sebelah tersenyum nipis. Tangan Haikal Iskandar digenggamnya erat.

“Walau apapun yang terjadi, aku masih sahabat kau. Aku sayangkan kau. Ingat tu! Sekarang, pergi. Gambattene (Selamat berjaya)!” ujar Adam bersungguh-sungguh. Tangan kanannya dikepal dan dilambung ke udara. Begitu bersemangat.

Faraeza termenung memandang laut yang membiru. Bunyi air laut menghempas pantai menyebabkan dia terleka. Hanyut dalam keindahan alam ciptaan tuhan. Deruman enjin mematikan lamunannya.

‘Mesti dia’ desisnya.

Apabila dia berpaling, sebuah Honda X-trail hitam sedang berada di belakangnya. Dia jadi kaget. Seorang jejaka muncul. Jejaka yang amat dikenalinya. Memakai kot labuh berwarna koko dengan kemeja putih di dalamnya. Satu tie sengaja tidak diikatkan dengan baik. Trend pemakaian zaman sekarang. Rambut merah jejaka itu terbuai-buai ditiup angin pantai.

“Aku nak bawak kau lari”

Faraeza tersentak. Adakah benar yang didengarnya tadi? Dia bingung. Cuak tiba-tiba. Debaran di dada semakin memuncak. Wajah Haikal Iskandar yang masih tampan walaupun berbalut di kepalanya itu ditenung dalam. Bagaikan ada sesuatu yang tersirat di sebalik mata hazel berbentuk almondnya itu.

“Kau nak pergi tak?”soal Haikal Iskandar lagi. Kali ini lebih kuat dan bersemangat.

‘Minah ni pekak ke?’

Faraeza masih blur.

‘Harimau bintang kacukan ni dah gila ke? Tiba-tiba ajak aku lari. Lari kemana?’

“Saya tak faham”

“Aku nak bawa kau lari. Kita lari, nak. Aku nak culik kau. Hehe”

“Kau ni dah gila agaknya” balas Faraeza.

Sebaik sahaja ayat itu selesai dituturkan, Haikal Iskandar menarik tangan Faraeza. Badan wanita itu didorongnya ke dalam kereta. Terpaku Faraeza disana. Tidak tahu apa yang sedang berlaku. Haikal Iskandar pula sudah mula memandu. Apabila kereta semakin laju, barulah Faraeza menyedari semuanya. Kembali ke dunia nyata. Badan Haikal Iskandar dipukulnya kuat.

“Kenapa dengan kau ni? Apa ni? Turunkan aku!” tempik Faraeza. Dirinya meronta-ronta. Ingin membuka pintu, tetapi sudah terkunci secara aotomatik. Hanya Haikal Iskandar yang boleh membukanya melalui luar. Faraeza sebal. Lantas dia menjerit. Tidak lama, dahinya dituding Haikal Iskandar.

“Sakit bodoh!” jerit Faraeza.

Dia mendapat satu idea. Cermin kereta dibukanya. Lantas dia menjerit..

“Tolong! Tolong!”

Yang anehnya, sepanjang dia menjerit tadi, tiada satu makhluk tuhanpun yang kelihatan terkejut. Semuanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah. Lantas, dia mengerling ke arah Haikal Iskandar yang sedang ketawa. Habis merah pipinya. Hampir semerah rambutnya.

“Apa yang berlaku ni?” soal Faraeza tegas. Haikal Iskandar menyuruhnya melihat ke arah cermin di bahagian belakang kereta. Tertera satu kertas yang bertulis…

-Just married-

Faraeza panas hati. Lantas dia meraba poket seluar. Ingin mencapai telefon bimbit.

Haikal Iskandar tersenyum.

“Kau cari ini?” soal Haikal Iskandar sambil menunjukkan sesuatu. Telefon bimbit Nokia N77 hitam milik Faraeza.

“Say goodbye to your mummy” ujar Haikal Iskandar tiba-tiba. Lantas, telefon bimbit itu dicampaknya keluar. Faraeza menjerit.

“Kau memang nak kena. Gila! Bodoh! Haikal Iskandar kau memang dah hilang akal!”

“Kita akan ke Korea. So, kau nak pergi mana-mana sebelum kita ke Korea?” soal Haikal Iskandar tenang. Faraeza mengalah jua.

“Kita ke tanah perkuburan” pinta Faraeza.

Dia redha dengan nasibnya. Dia menekan butang radio. Sebaik sahaja radio dibuka, lagu Cinta Dalam Hati nyanyian kumpulan Ungun berkumandang. Setitik air mata jatuh ke pipi. Haikal Iskandar kaget.

“Nande (Kenapa)?” soal jejaka berambut merah itu cemas.

“Singyongkosho (Jangan menyibuk)!” tempik Faraeza. Telinganya berdesing. Suara Faraeza ibarat bom atom yang memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki.

‘Hari-hari macam ni, aku kena beli telinga baru’

Faraeza ditepi dikerling manja. Faraeza terpempan. Dia menelan air liur. Mencukakan wajah tanda protes. Lebih cuka dari cuka basi mungkin. Haikal Iskandar ketawa. Entah kenapa, hati Faraeza berdegup semakin pantas.

Faraeza selesai membaca surah Yaasin. Batu nisan milik Iman disentuhnya perlahan. Lantas, dia memejamkan mata. Wajah Iman muncul merentasi ingatannya. Lantas, air mata menitis jatuh. Haikal Iskandar yang berdiri di tepi pokok sakura berdiam diri. Memeluk tubuh. Nama yang dicatatkan pada nisan itu menarik perhatiannya. Iman Reyhan Bin Hakimi. Dia rasa janggal. Berdiri di sisi pokok sakura sambil memandang kosong ke arah Faraeza yang masih hilang dalam dunia ciptaannya.

“Faez sayang Iman” bisiknya perlahan. Haikal Iskandar tersentak.

“Sambil bila nak menangis?” soal Haikal Iskandar tiba-tiba.

“None of your business!” marah Faraeza.

“Kau sedang menyeksanya di sana. Lepaskan dia dan nikmati hidup ini! Jangan terus hidup bersandarkan pada kenangan. Lupakan dia! Berhenti tangisi dia!”

Faraeza mendengus. Lantas, dia bangun dan menonong ke arah kereta. Haikal Iskandar mengekorinya dari belakang.

Zaman Dahulukala,

Hari peperangan, Pedalaman Hutan Outerphoenix.

Fajar melkasanakan sunat Tahajjud 2 rakaat pada malam yang hening itu. Dia bermohon kepada Ya Rabb agar bondanya diberi pedoman. Dia juga mohon agar dosanya diampunkan jika dia harus membunuh bondanya. Selesai berdoa dan berwirid, Putera Rerama yang masih sujud itu dipandangnya. Hatinya jadi sejuk. Dia rasa lega. Mujurlah dia tiba di istana ini. Kalau tidak, semua penghuninya tidak akan tahu bagaimana untuk solat. Semuanya bakal sesat. Untung sahaja Allah menghantarnya ke sini.

“Jauh termenung, Fajar. Apa yang kamu fikirkan?” soal Putera Rerama.

“Izinkan kita menyentuh wajahmu” pinta Fajar. Putera Rerama kaget. Lantas, topeng berbulu itu ditanggalkannya. Tangan Fajar merayap-rayap diwajahnya.

“Aku bisa melihat wajahmu..melalui mata hatiku.” Bisik Fajar. Lembut. Wajahnya yang bercahaya itu tampak murung.

“Engkau rungsingkan mengenai peperangan hari inikah?”

“Entah, aku cuma. Arghh, biarlah. Ayuh, kita bersiap”

Suasana di hutan Interphoenix huru-hara. Binatang buas yang merupakan askar Ratu kegelapan ganas menyerang mangsa. Rama-rama dan askar pula bersemangat dalam mengalahkan binatang buas milik ratu kejam itu. Rama-rama jadian berkumpul dan mengeluarkan cahaya. Lantas, haiwan itu musnah. Kini, segalanya tiada. Istana api milik sang Ratu dimasuki dengan senang. Fajar memandang seluruh bala tenteranya.

“Gunakan mata hati. Ingat pesanku, guna mata hati dan bertawakallah kepada-Nya.’

Semua mereka mengangguk. Lanbtas, perkarangan Istana Api dimasuki. Seekor gagak besar melintas dan berhenti dihadapannya. Lantas, mengeluarkan api. Fajar menadah tangan. Ayat kursi dibacanya lalu dihembuskan pada gagak tadi. Jadi abu. Tidak lama, kerana gagak itu hidup kembali. Menjadi kelawar yang kecil saiznya. Lalu, menyerang seluruh bala tentera. Ramai yang mati digigit kelawar itu. Fajar dan Putera Rerama ligat bertarung. Satu kelawar berjaya menggigit tengkuk Fajar.

“Fajar!!” jerit Putera Rerama kaget. Namun, Fajar seolah tidak sedar.

“Putera, ayuh baca ayatul Kursi bersamaku” laung Fajar. Suasana yang hangar bingar dengan bunyi kelawar itu menyebabkan keadaan sekeliling bising. Berdengung.

“Dengan nama Allah yang mulia lagi agung, aku melawan kalian demi agamaku, Islam!” tempik Fajar. Lantas, kelawar itu semua jadi abu.

“Apa yang terjadi?” soal Fajar kepada Putera Rerama. Entah kenapa, kebiasaannya, matanya tidak pernah segelap ini.

“Semuanya sudah musnah. Ayuh, kita masuk”

Hanya mereka berdua yang masuk ke dalam Istana Api. Istana lama yang dikubahnya, api melambung tinggi. Bau darah hanyir memenuhi sekeliling. Pelbagai haiwan mati digantung sebagai perhiasan. Putera Rerama beristighfar. Lantas, Fajar dipegang. Dia rasa tidak sedap dengan Fajar. Fajar seolah-olah tidak bisa melihat menggunakan mata hatinya. Wajah Fajar juga pucat. Tiba-tiba, ada darah keluar dari hidung Fajar.

“Putera..”panggilnya sebelum rebah. Tersadai lemah dalam pegangan Putera Rerama.

“Kita rasa lain. Kita rasa lemah benar.”kata Fajar lemah. Pandangannya semakin lama semakin gelap. Selama ini, walaupun buta, pandangannya tidak pernah segelap ini.

“Istighfar, Fajar. Ingat pada Allah” bisiknya kepada saudaranya yang kesakitan. Dia yakin kini, Fajar jadi begini kerana digigit kelawar tadi.

Satu suara yang cukup menyakitkan kedengaran. Semakin lama, semakin kuat hilai tawa yang kedengaran. Fajar dan Putera Rerama cemas. Muncul seorang wanita berpakaian serba hitam. Patung emas yang membaluti mukanya tinggal separuh. Jelas menampakkan rupanya yang buruk itu. Rambutnya pula sudah memutih semuanya. Bibirnya hitam dengan mata hitam yang melilau-lilau. Liar dan menakutkan. Ada sesuatu dibawanya. Seperti lilin. Dan, apabila lilin itu ditiup, dunia Fajar dan Putera Rerama bertukar gelap.

“Bonda….”panggil Fajar sebelum matanya tertutup.

P/S:Hye kengkawan..ni merupakan n3 terakhir yang akan diupload. Sambungan akan diupload pada bulan depan ye. Mulai hari ini saya akan mula berkurung untuk menyiapkan semua omwork yang menggunung*tarik muka..masam*.Sabtu ney saya akan kembali ke asrama semula. Semoga kalian sabar menantikan sambungan n3 tomboy's love pada bulan julai ini. Arigato,dozo-yuroshiku!Janae!

0 comments: