CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, January 30, 2009

episod 7


-Big girl don’t cry-

Zaman sekarang

Metrocity, metrophoenix

Wang 3 metro dihulurkan. Wang dan dua gelas air bertukar tangan. Iman tersenyum mesra kepada wanita separuh abad yang sering kelihatan di Fairy-Sweet Mall. Mall terbesar di Metrocity yang dilengkapi semua kemudahan yang mungkin tiada di mall-mall lain. Dua gelas mocha dihulurkan kepada gadis yang berpakaian lelaki. Dilihat dari belakang, pasti tiada siapa yang boleh mengjangkakan bahawa dia ialah seorang gadis.

“Thanks, Iman”

“It’s ok. So, dah ready nak tengok wayang”

“Yes sir!” ujarku tegas siap salute lagi. Iman tersenyum lantas mengusap-ngusap rambutku. Shit!! Habis rambut aku. dahlah gel tak bawak.

“Man, ade gel rambut tak”

“sorry, tapi Man tak pakai sunsilk” ujarnya sambil ketawa kecil. La, dia ingat aku pakai jenama-jenama gitu ke.

“Tak, Faez biasa pakai brylcream warne biru. Ade tak” ujarku. Wajah Iman aku lihat terkejut. Mulut Iman aku tutup. Nape, tak percaya?? Dengan wajah yang aneh, dia menghulurkan gel rambut itu kepadaku. Aku set-set rambut. Ok dah macho!!

“Man, masih terpacak??’ soalku bergurau. Iman menggeleng beberapa kali. Satu senyuman terukir. Nasib kaulah dapat makwe cam aku nih. Harap-harap tak ade yang salah anggap. Sejak tadi kami diperhatikan. Ke, diorang ingat aku ngan Iman ni gay!! Oh tidak!!

Suasana di pawagam memang senyap dan tak boleh buat bising. Ngantuknya.. macam manalah Iman boleh beli tiket citer Hindustan. Lepas nyanyi nyanyi. Berjoget atas bukitlah. Warghh!! Tensionnya. Aku pon menguap. Aku tertidur dan kepalaku terjatuh. Iman lantas menarik kepalaku dan meletakkan di bahunya. Arghh, siapa sangka mamat nerd bisu kat sekolah dah berubah jadi mamat paling sweet dalam dunia. Lagi sweet dari Cadbury blackforest yang aku selalu telan. Cerita Hindustan tamat 3 jam kemudian. Lantas Iman menarikku ke KfC. Sebiji kek dibelinya

“Ok princess..tiup lilin. Happy birthday”

Aku terpana. Hari ni hari jadi aku ke?? Yelah!! Wah..selesai lilin-lilin di atas cake itu aku tiup, satu bungkusan dihulurkan hadiah hari jadi ke-16 ku pada kali ini ialah…

“Hah, set chicky meal!!” kataku separa menjerit. Iman hanya senyum dan mula memakan Cake yang dibelinya tadi. Arghhh, aku redha

Aku menutup mata Iman menggunakan kain baldu berwarna merah. Iman aku tarik menggunakan selendang yang aku ikatkan pada tangannya.

“Lambat lagi ke nak sampai kelas, Faez”

“Masih jauh perjalanan kita. bertahanlah” balasku skema. Satu kejutan istimewa telah kusiapkan bersama Crystal dan warga 4 nexus. Akhirnya kami tiba di kelas. Kain di mata Iman aku buka perlahan-lahan

“Jangan buka mata lagi, Man” kataku. Aku memberi isyarat kepada rakan-rakanku. “Sekarang boleh buka”

“Surprise!!!" jeritan warga 4 nexus kedengaran. Satu kain rentang bertulis -Iman will get a donor- jelas tertulis.

“Iman, Faez ada sesuatu nak beritahu. Papa cakap penderma jantung untuk Iman dah ada” kataku riang. Namun, wajah Iman mula merah menyala. Dan riak wajahnya tidak seperti yang kuharapkan.

“Puas hati kau. Puas??” jerkah Iman. Aku terkejut. Puas?? Apa maksud Iman??

“Faez tak faham”

“Thaks my dear Faez sebab dah malukan aku. and thanks untuk jantung baru yang akan menggantikan jantung aku yang dah nak reput ni” tengking Iman lagi. Aku betul-betul tak faham?? Dia ni suka ke tak dapat donor

“Man marah ke”

“Taklah, happy sangat. Happy sangat bila dimalukan mak we sendiri. Thanks but no thanks. Aku takkan terima lebih-lebih lagi dari kau!”

“Apa maksud Man, Faez tak faham. Kenapa..bila Faez malukan Iman.”

“yang kau pergi heboh satu dunia yang aku dah nak mati kenapa. Kenapa kau beritahu pasal jantung aku yang rosak tu. Oh, I get it. Kau bosan jadi makwe aku. kau bosan jaga aku kan?? That’s why kau sebarkan pasal penyakit aku supaya ada orang simpati dan nak jaga aku. Dan kau boleh lepas. Dahlah Faez aku bosan tau”

“Iman, awak dah salah faham. Faez buat semua ni sebab” percakapan Crystal dipotong Iman

“Arghh, kau bela la kawan kau ni. kau dengan Faez sama je. Puas hati korangkan dapat malukan aku. kau ingat aku ni tak ade maruah ke pergi mengemis sana-sini nak dapat simpati. Eh, sampai mati aku takkan mengemis demi simpati orang”

“Faez mintak maaf sebab dah malukan Man. Tapi, percayalah bukan niat Faez dan apa yang Man cakap tadi tak betul. Faez ikhlas tolong Man. Faez nak Man sihat. Nak Man ceria macam dulu. I’m sorry Man.

“Arghh, serabutlah aku dengan kau ni. And one more thing, aku tak perluakan bantuan kau. I’m big enough to take care of myself. Pergi mati lah semuanya!!”

Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Iman, hatiku terasa perit. Namun, tiada air mata yang tumpah deminya. Arghh, pedulikan. Tak nak sudah. Aku tolong jual mahal. Tapi..sanggup Iman tuduh aku macam-macam. Kecik hati aku. Dengan hati yang sakit aku berlari keluar dari kelas.

Iman terduduk. Apa yang aku cakap kat Faez tadi. Ya Allah, kenapa aku jadi macam ni. faez, aku minta maaf. Aku tak sengaja. Tapi, siapa suruh dia memandai cerita kat semua orang yang aku ni sakit. Iman terduduk. Jantungnya berdetak pantas. Dadanya dipegang

“Kau ok, Man” soal Crystal

“Jangan layan aku macam orang yang dah nak mati, ok!!” jerit Iman. Selepas itu, Iman keluar dan hilang entah ke mana.

Iman memandang tenat ke arah tempat Faez. Dah dua hari Faez tak datang. Arghh, biarkan. Macamlah mati kalau Faez tak datang sekolah. Lagi bagus kalau tomboy tu blah. Aman hidup aku! tiba-tiba Crystal muncul. Kolar bajunya ditarik ganas oleh Crystal

“Dasar mamat nerd egois yang bodoh. Manusia tak tahu bersyukur!” marah Crystal.

“kau gila ke”

“Memang. Memang aku gila. Aku tak tahulah macam mana Faez boleh berkenan kat mamat panas baran macam kau ni. kau tahu tak, seminggu Faez menunggu di hospital. Hari-hari balik lewat. Sanggup merayu demi sebuah jantung untuk kau. Dia rela berkorban demi kau. Kau pulak?? Dasar sombong dahlah bodoh. Kau tuduh dia macam-macam. Malukan kau konon. Hey, sekelas tahu kau sakitlah Cuma diorang senyap je sebab nak jaga hati kau. Janagn layan aku macam orang sakit!! Piirah…yang selama ni kau dok mengada-ngada ngan Faez tu apa?? Faez tu toleransi dengan kau tau. Semua kata kau dia ikut. Dan untuk pengetahuan kau, pipi Faez ditampar oleh keluarga penderma tu sebab tak setuju dengan permintaan Faez. Bayangkan. Semuanya demi kau. Kau tak sedar ke??”

“Be..betul ke. Ya Allah” keluh Iman perlahan. Wajahnya diraup beberapa kali. Faez, aku minta maaf. Sebaik sahaja loceng balik dibunyikan, Iman terus blah. Dia tahu Faez ke mana. Ke Love pond di tepi sekolah.

Dari jauh, Iman melihat seorang gadis yang duduk di atas pokok sambil memakan buah mangga muda. Kaki gadis itu terjuntai ke bawah. Daun-daun kering jatuh ke kolam berbentuk hati. Sekeping daun kering diambilnya. Seorang budak lelaki menjadi mangsa Iman kali ini.

Aku terkejut. Satu daun kering dihulurkan oleh seorang budak lelaki.

-untuk setiap kesalahan yang saya lakukan, saya harap awak faham. Selagi kolam love ni tak kering selagi tu maaf awak buat saya masih ada-

Kata-kata yang tertulis dari daun kering itu membuat aku tersenyum. iman memang pandai memujuk dan aku sering kalah dalam pujukannya. Arggh, lemahnya wanita.

“keluarlah Man. I absolve you” kataku. Selepas itu, Iman keluar dan tersenyum comel ke arahku. Kemeja sekolah berwarna biru yang dipakainya itu membuatkannya tampan. Wajahnya yang iras-iras Leonardo Dicaprio itu mengingatkan aku kepada filem titanic. Andai Iman Jack Dawson, aku?? tentulah Rose Dewitt Bukater. Gadis berdarah bangsawan itu.

“Tak ade ayat lain ke nak pujuk. Asyik-asyik ayat tu. Bosan tau”

“Man tak hipokrit. Man memang tak pandai jiwang-jiwang. Ayat tu mama yang reka. Iman guna jelah. Jangan belasah Iman ok. Jom”

“Jom..pergi mana”

“Hospitallah. Kata nak kasi Man jantung baru” katanya mesra

“hah, dah bagi orang laenlah. Jantung tu kena deliver kat patient lain coz dah nak expired. Tulah dulu jual mahal sangat. Sekarang dah melepas”

“Sape yang dapat”

“Budak kecik umur 10 tahun. Kesian dia”

“Kalau Man, Man memang kasi dia awal-awal lagi. Dia baru hidup 10 tahun. Man dah hidup 16 tahun. Kalau mati pon…”

“hisy, apa Man ni”

“hidup tu anugerah, mati tu pasti. Sayang jugak kat Man ye”

“Gatal” kataku. Dadanya aku pukul. Iman terjerit dan rebah tidak-tidak sedarkan diri. Aku shock

“Man bangun. Sorry, tak sengaja. Man bangunlah. Jangan buat Faez macam ni” lama aku merengek-rengek begitu. Akhirnya aku menangis..

“Man…..bangunlah” tuturku dalam sendu. Tiba-tiba bibir Iman bergerak-gerak. Hah, aku kena tipu.”Penipu!” jeritku. Iman bangun dan mentertawakanku. Aku semakin galak menangis. Apa nak jadi dengan aku ni. semakin hari semakin cengeng. Adakah kuasa cinta merubah segala-galanya. Dan mungkinkah Faez akan menjadi Faraeza ataupun Puteri. Hanya masa menentukan segala-galanya.

Aku bingkas bangun. Sudah banyak kali Iman mengenakanku sebegini rupa

“Mankan…hisy geramnya. Faez pon ‘sakit’ jugak tapi tak pernah buat gini. Malaslah layan Iman” marahku. Aku berlalu pergi

“Selagi kolam love ni tak kering selagi tu masih ada maaf bagi Man. Tengok, kolam ni penuh lagi air so, maafkan Man ok” kata Iman lembut. Aku berpaling

“Tiada maaf bagimu. Esok Faez nak sedut semua air dalam kolam ni. benci!”. Aku pergi dan Iman mengejarku dengan tawa yang berpanjangan…

zaman dahulukala-

Hutan Interphoenix, Metrophoenix timur

Ratu cemas. Benarkah apa yang dimimpikannya tadi. Sang gagak dipanggilnya.

“Gak, beta bermimpi bertemu dengan anak muda yang buta. Dia sungguh tampan dan menyejukkan hati beta. Mungkinkah dia anak beta yang beta tinggalkan pada Dafa dahulu”

“Arghh, tidak mungkin. Bukankah rumah Dafa sudah patik bakar. Tak mungkin mereka masih hidup. Lagipula bukan hanya seorang yang buta di dunia ini ratu”

“Itu beta tahu. Tapi dia baik dan wajahnya bercahaya. Beta sayangkannya. Beta rindukan anak beta”

“Ratu jangan begitu. Lagipula mustahil anak luar nikah bisa jadi alim gitu. Emang anak ratu itu sudah mampus. Dan jangan ada perasaan sayang kerana kasih-sayang bisa membuat ratu lemah”

“Tapi, beta rasa lain gak. Lain benar. Tolong beta gak”

“Patik hapuskan si buta itu agar Ratu tidak panasaran seperti ini"


0 comments: