CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, February 26, 2009

episod 9


-jangan pisahkan aku dan dia-

Zaman Sekarang

Metrocity, Metrophoenix

Aku meraup wajah beberapa kali. Air mataku yang tumpah sedari tadi tidak ada tanda ingin berhenti. Pertama kali aku menangis sebegini sejak sekian lama tidak menangis. Dahulu, sebelum menjadi budak tomboy, aku sering menangis kerana mengingati hubungan yang musnah. Bodohnya aku mengalirkan air mata demi lelaki sebegitu. Kini, aku menangis lagi demi lelaki. Adakah air mataku terlalu murah demi lelaki. 3 jam berlalu sejak Iman dimasukkan ke wad kecemasan. Aku memandang ibubapa Iman. Serentak itu, pipiku terasa perit akibat ditampar mama Iman. Peristiwa tadi berputar ligat dibenakku.

Ibubapa Iman tiba 1 jam selepas Iman dimasukkan ke wad kecemasan. Aku meluru ke arah mereka. Aku menjelaskan segala-galanya tanpa berselindung. Sebaik sahaja ceritaku tamat, satu penampar singgah dipipiku. Bapa Iman yang kaget terus meminta aku pergi dari hospital.

“Auntie, Faez minta maaf. Faez betul-betul tak bermaksud nak cederakan Iman. Please auntie jangan halau Faez, Faez nak tengok Iman.”

“Tak payah. Balik, balik!! Balik!! Dasar anak pembawa sial!! Puas hati dapat bunuh anak aku. kalau terjadi apa-apa pada Iman, auntie takkan lepaskan Faez. Larilah ke pelusuk duniapun, auntie akan pastikan faez dapat balasan.”

“Faez rela dihukum tapi jangan pisahkan Faez dengan Iman, auntie. Please, I beg you damn much. I’m sorry. “

“Dah, balik!! Balik!!!” jerit mama Iman.

“Faez, uncle rasa baik Faez balik dulu. Biar auntie bertenang dulu” pujuk papa Iman lembut. Mama Iman pula sudah bercekak pinggang dan memalingkan wajahnya dariku. Mama Iman yang dahulunya baik dan penyayang boleh berubah dengan hanya satu kejadian. Tuhan, kenapa aku sering bawa masalah kepada orang yang aku sayang

“Tak, saya takkan balik. Iman jadi macam tu sebab saya”

“Tahu pun” celah mama Iman tiba-tiba

“Jadi, saya akan bertanggungjawab. Saya takkan lari dari tanggungjawah, auntie. Saya akan stay up kat sini tak kira auntie suka atau tak” kataku tegas. Muktamad. Aku punca segalanya. Aku juga yang akan menyelesaikan segalanya.

Tepukan Crystal menyedarkan aku ke dunia nyata. Sahabatku tersenyum sambil menghulurkan sebungkus makanan kepadaku. Aku menyambutnya dengan senyuman mesra

“Iman macam mana”

“tak tahu lagi. Dah 3 jam, Crys. Doctor masih tak keluar. Aku takut..aku takut Iman ma..”

“Hisy, jangan cakap macam tu, babe. Makan ni. Nanti kau sakit pulak. Sape nak jaga Iman kalau kau sakit”kata Crystal. Aku senyum. Baru sahaja ingin menyumbat sedikit roti, doctor yang merawat Iman tiba. Kami mengerumuni doctor itu.

Ada sedikit komplikasi pada jantung dan paru-parunya. Bacteria infections yang disebabkan olah air kolam yang masuk ke paru-paru Iman. Saya tak berani beri jaminan. Tuan dan puan banyakkan bersabar. Kami dah cuba sebaik mungkin.”

“Peluangnya untuk sembuh doc” soal papa Iman.

“30-70. I’m sorry. Kalau Iman berjaya bangun sebelum jam 12 malam ni, insyaallah peluangnya akan menjadi 50-50. kalau dia tak berjaya, I’m sorry. Anda semua harus bersedia. He’s damn critical”

Kata-kata yang keluar dari mulut doctor Armani melemahkan seluruh sendiku. Mama Iman yang datang dan menamparku sekali lagi sehingga aku terjatuh. Mujur ada Crystal yang membantuku.

“So..sorry”

“Berambus!! Berambus…aku tak nak tengok muka kau lagi!!! Berambus” jerit mama Iman.

“Faez, balik. Jom balik. Don’t make it worst please. Jomlah”. Bagaikan robot aku menuruti segala yang diarahkan Crystal. Di pintu hospital, kami bertembung dengan Farhan yang masih memakai uniform sekolah sama sepertiku dan Crystal.

“Iman macam mana. Aku dengar dia jatuh kolam. Macam mana”soal Farhan resah.

“Iman dia critical”balas Crystal apabila aku hanya tunduk kepada soalan Farhan tadi.

“Fa..Faez kau ok ke”

“Aku ok..haha..aku oklah. Jom balik. Haha” kataku diingiri ketawa palsu walaupun air mata yang turun semakin galak. Baru beberapa langkah aku berjalan, duniaku kelam seketika. Segalanya berputar dan menjadi 2-3 bayangan dan terus gelap. Aku rebah menyembah lantai. Jeritan Crystal kedengaran bersama suara Farhan yang resah. Aku pula…sudah berada jauh dari dunia nyata.

Pulau ini pasirnya memutih. Airnya biru dan jernih seperi crystal. Kicauan burung dan hempasan ombak seolah-olah muzik yang mengiringi panorama pulau ini. Buah-buahan tropika dan haiwan-haiwan kelihatan baik dan mesra. Namun, aku sendirian disini. Mana semua orang?? Apa yang dah berlaku?? Kat mana ni..kenapa aku boleh ada kat sini?? Aku pantas bangun dan merayau-rayau. Kedengaran tawa seseorang. Aku berpaling. Aku tersenyum mesra. Iman!! Iman yang berpakaian serba putih sedang tersenyum dan melambai-lambai kepadaku. Aku pantas mendekatinya.

“Iman..man ke tu??”

“Ni Man, Faez. Faez buat apa kat sini.”

“Tak tahu. Faez cari Man. Man kenapa ada kat sini. Mama ngan papa Iman risau sangat. Semua kawan-kawan pun risau”

“Bukan Man yang sepatutnya balik. Tapi Faez. Ni memang tempat Man. Faez sepatutnya balik sebab bukan masanya Faez untuk pergi sini lagi. Masa faez masih panjang”

“Habis tu, jomlah kita balik sama-sama. Semua orang tengah risaukan Man, tahu”

“Man memang tak boleh balik sebab ni tempat Man. Janji dengan Iman yang Faez akan jaga mama ngan papa Man sebab Iman tak boleh jaga diorang. Iman tak boleh balik. Iman pergi dulu. Assalamualaikum”

“Man tunggu..”jeritku. tangan Iman aku capai namun semuanya berpecah menjadi cahaya yang hilang dalam hembusan angin.

“Iman!!!” jeritku lantas terbangun. Pandanganku kabur. Aku kat mana ni??

“Puteri dah bangun.”

“Ma..Faez kat mana ni”

“Hospital, sayang. Puteri tak apa-apa Cuma depression je sikit. Papa kene pantau keadaan Iman. Mama dah tahu segala-galanya.”

“how’s him, mama.”

“Papa kata sebelum jam 12 malam ni dia kena bangun or…Puteri faham maksud mamakan??”. Aku mengangguk. Jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Papa masuk dan memberi senyuman kepadaku.

“Faez ok, dear”

“Faez ok. Papa, visiting hour tamat jam berapa”

“6.30 petang tadi lagi. Nape..”

“Tak adalah. Papa ngan mama baliklah dulu. Kesian abg Hafiz sorang-sorang kat rumah” kataku. Keberadaan abangku Megat Hafiz yang baru pulang dari US boleh dijadikan alasan untuk membuat ibubapaku pulang.

“Tapi Hafiz kata tak apa. Dia suruh mama tengokkan Puteri kat sini”

“Puteri dah ok. Kesian kat abang. Dia balik penat-penat nak manja dgn mama tu. Pergilah balik”

“Oklah. Tapi Faez ok ke” soal papa pula

“Ok boss”

Jam menunjukkan pukul 11.30. Aku menyelinap ke bilik yang menempatkan Iman. Mujurlah ibubapanya sudah pulang. Aku memerhatikan keadaan Iman. Hanya tinggal 30 minit sebelum jam 12. aku mendekati katil yamg menempatkan Iman. Dadanya yang berselirat wayar pelbagai warna, hidungnya yang ditutupi alat bantuan pernafasan dan pelbagai jenis mesin ditempatkan disisi katilnya. Nurse semuanya terlelap. Akanku guna peluang ini sebaik mungkin. Tangan Iman aku capai. Dingin sekali. Wajahnya yang tertidur tenang itu aku tatap. Semuanya salahku. Iman coma juga salahku. Air mata jatuh membasahi pipi. Keadaan bilik ini gelap dan aku memakai pakaian khas yang berwarna hijau yang disangkut diluar bilik.

“Man, Man dengar tak apa yang Faez cakap. kalau dengar, Man gerakkan mulut ok” kataku berharap. Mungkin apa yang dimintaku agak tidak masuk akal. Masakan orang coma bisa mendengar apa yang aku cakapkan. Namun, dari corong yang menutupi hidung dan mulut Iman, satu gerakan terbentuk. Ya Allah, ini maknanya Iman sedang mendengarku. Genggaman ditangan Iman aku kemaskan.

“Man, man bangun. Iman bangun buka mata demi Faez. Demi mama. Pliz Iman. We all need you. Jangan tinggalkan faez. Maafkan faez sebab banyak sakitkan Iman. Kalau Iman bangun. Faez takan buat Iman jealous lagi. Faez takkan jadi tomboy lagi. Faez akan jadi Puteri yang selalu Iman nak. Faez akan pakai uniform budak perempuan. Iman akan jumpa Puteri dalam hidup Iman dan bukannya Faez lagi. Bangunlah, Man. Mankan nak tengok Faez jadi perempuan. Mankan nak Faez jadi puteri dalam hidup Iman. Pliz Man. Puteri sedang menunggu puteranya bangun. Kalau puteri kehilangan puteranya, puteri nak bersama siapa. Hanya seorang putera dalam hidup puteri. Kalau putera itu pergi, puteri akan keseorangan.”. aku teresak-esak. Aku akan berubah menjadi Puteri kalau itu yang selalu Iman inginkan. Aku akan lakukan apa sahaja demi menyelamatkan Iman. Jam ditanganku berbunyi. Sudah jam 12. Dan Iman masih coma…Tuhan Bantu aku..

Tiba-tiba pegangan tanganku seolah-olah semakin kemas. Mata Iman terbuka. Dia mengukirkan senyum

“Man..ya Allah Man. Syukur.”

“Puteri sudi jadi ‘puteri’ hidup Iman” soalnya lemah. Aku melihat dia kelelahan selepas mengucapkan kata-kata itu. Aku menangguk dan tersenyum. punat dibirai katil aku tekan. Selepas itu, para doctor masuk. Aku lekas menyorok di bawah meja. Dari bawah meja aku melambai Iman yang diperiksa doctor. Dia sekadar tersenyum. thank you, Allah. Thank you. Alhamdulillah.

Hari ini sekali lagi aku meyelinap masuk ke bilik Iman. Sewaktu Iman tidur, aku meneliti wajahnya. Hidung yang mancung beserta bibir mulut yang nipis. Kulitnya putih manakala stail rambutnya biasa sahaja. Sekadar berbelah ditengah dan tidak pernah berminyak. Entah apalah daya penarik Iman sehingga aku berubah menjadi Puteri deminya. Mungkin pada wajahnya yang iras-iras pelakon Leonardo DiCaprio atau pada mata hazelnya yang almond shape itu. Entahlah…sedang asyik aku memerhatikan makhluk ciptaan Allah ini, Iman sudah lama bangun.

“Am I that handsome” katanya tiba-tiba. Aku tersentak lalu jatuh terduduk. Arghh, malunya. Wajahku mula terasa panas. Maybe dah merah kot. Kelihatan Iman bangun dan bersandar. Aku membaiki kedudukan katilnya agar lebih selesa.

“Perasan lebih. Macam bagus” kataku. Aku tersenyum. hari ini aku memakai chemise pink lembut beserta slack putih yang dipinjam dari Crystal. Yelah, aku mana ada baju perempuan. Rambutku yang pendek ini aku sikat biasa tanpa gel. Cukup dengan mengenakan sun-hat untuk tampak lebih cute dan lebih ‘Puteri’ demi Iman

“You look girly today, Puteri” katanya lembut. Aku mencebik. Perlilah tu. Lantaklah. Mulai hari ni aku akan menjadi Puteri Faraeza dan bukannya Faez semuanya kerana Iman. Entah kenapa aku mula menyukai penampilanku hari ni. Bahkan mama, papa dan abang Hafiz turut ternganga melihatku pagi tadi. Gila betul! Apple-pie yang dimakan abang Hafiz juga jatuh dari mulutnya.

“Puteri, boleh tak mulai hari ni kita jangan simpan rahsia antara satu sama lain”

“Boleh. So, ada apa-apa nak confess” soalku

“Actually ada. Tapi memandangkan Faez dan jadi Puteri, so Puteri takkan belasah Iman kan?” soalnya. Aku mengangguk. “ sebenarnya sebelum Puteri datang semalam, Iman dah lama bangun. Dalam pukul 10 tu Iman dah sedar lepas tu, Iman tidur balik. Tak sangka ada sorang nikan datang lepas tu pegang tangan Iman. Cakap jiwang-jiwang dan nangis demi Iman sweet lah pompuan tu. Rugi tau Iman pejam mata kalau tak boleh tengok gerangan gadis yang memang madly in love dengan Iman tu” katanya selamba. Malunya!! Dadanya aku pukul berkali-kali, dia sekadar ketawa. “So, Puteri. Anything to confess”

Ada satu hal. Ermm, pasal leukemia tu sebenarnya..”

“Owh, pasal penyakit Puteri tu ke?? Well, orang bodoh je percaya cakap Crystal tu. Dia tu bekas minah kecoh tau tak.”

“Hah…”

“Ok let see. Iman selongkar maklumat diri Puteri kat meja Cikgu Ruzy dan ternyata Puteri memang tak sakit. Lagipun, orang sakit mana yang mampu berlari, panjat pokoklah. Muka Puteri tu putih kemerahan tu berseri-seri. Tak pernah pucat. Selera makan..tak usah cakaplah. Mana ada orang sakit macam Puteri ni.”

“Eh, nape tak marah”

“Buat apa?? Yang penting Puteri ikhlas dengan Iman”

Tiba-tiba kedengaran suara orang bercakap-cakap.

“Auntie datang. Puteri kena menyorok dulu”

“Tapi..”

“Lepas ni kita sambung ok” kataku. Selepas itu aku pergi menyorok disebalik tabir hijau ditepi katil itu. Sambil terduduk dilantai, aku tersenyum lantas mengingati masa-masa aku dan Iman bersama. Hati Pn Syarifah Salwani akanku tawan sekali lagi. Faez gituloh..Opss, Puteri gituloh!!

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Puteri: saranghaeyo. chebal nareul tteona kachima(I luv u. pliz don’t leave me)
Iman:
Neo hanaman sarangha neunde. Idaero nareul tugo kachima.(I only luv u. pliz don’t leave me)

Monday, February 9, 2009

episod 8


-suratan atau kebetulan-

Zaman Dahulukala

Ratna berlari keluar dari perkampungan itu. Anaknya sudah ditinggalkan diluar rumah Dafa beserta sekeping surat. Anak yang belum dikasi nama. Anak yang berusia seminggu itu memang comel tapi sayangnya buta. Oleh sebab tidak boleh menerima kanyataan, Ratna nekad membuang anaknya. Sebuah kehidupan lain menunggunya. Lamaran dari kerabat Rama-rama diterima sebelum hamil diterimanya semula. Kini, dia bakal bergelar permaisuri dan ibu tiri kepada Putera Rerama. Menyangangi anak sendiri juga tidak bisa, inikan pula bukan darah dagingnya sendiri. Ratna nekad, harta dan kekayaan harus dikejarnya. Kecantikannya akan digunakan demi memuaskan nafsu harta dan kuasanya. Raja Rerama yang menodainya dahulu, kini Raja binatang itu harus membayar semua perbuatannya kepadaku. Akan kuhancurkan kehidupan anakmu, Raja. Ini kerana menodai dan memisahkan aku dengan Dafa! Bentak hati kecil Ratna. Setitik air mata keluar membasahi pipi.

Perkawinannya baru masuk 5 purnama. Segala kekayaan dan kekuasaan milik Raja sudah ada ditangannya kecuali kekayaan putera Rerama. Anak kecil seusia anaknya yang ditinggalkan itu memang punya pelindung yang kuat. Setiap kali dia ingin membunuh bayi itu, pasti ada sahaja halangan. Kulit bayi itu juga tidak boleh disentuhnya. Ratna juga telah menyumpah Putera malang itu. Selepas itu, dia diusir istana. Kekayaan yang dikuasai dahulu tinggal sifar. Semuanya kerana bayi itu.

Pergunungan Tibet

Ratna terbaring lemah. Salji yang menghujani bumi dari tadi sungguh menyejukkan. Terasa sehingga ke tulang hitam. Ratna memandang langit lemah. Tiba-tiba…

“Bangunlah Ratna!! Bangun!! Aku akan membantumu!!” pekik suara dari langit itu. Ratna menutup telinganya. Suara itu bagai kilat dan guruh dilangit

“Kamu siapa”soal Ratna kembali. Perasaan takut menguasai jiwa. Terketar-ketar Ratna bangun. Bajunya yang compang-camping dan rambutnya yang panjang dan kotor seperti berus penyapu itu menyedihkan mata yang memandang. Ratna seperti orang singting lagaknya.

“Aku?? kau bertanya siapa aku?? akulah Taghut..manusia yang dilaknat Tuhan” pekik suara itu lagi

“Ta..Taghut..apa maumu. Aku tidak punya apa-apa untuk diberikan.”

“Aku meminta darimu. Bodoh!! Akulah yang akan memberimu harta dan kekayaan . kuasa dan sihir yang membunuh.”

“Kenapa aku??”

“Kerana kau istimewa, Ratna. Kau bijak dan cantik. Itulah gaya seorang Ratu. Ratu kegelapan.. sekarang pakai topeng yang ada disisimu itu!!”

Terkocoh-kocoh Ratna memakai topeng itu. Sejurus topeng itu terlekap dimukanya, satu kuasa seolah merubah segala pemikiran Ratna. Sebuah istana yang dipenuhi api tiba-tiba muncul. Gagak gergasi dan haiwan buas lain turut berkhidmat untuknya.

Ratna pula menjerit kesakitan….

Hutan Interphoenix, Metrophoenix timur

Jeritan Ratu menggegarkan pelusuk istana. Gagak terbang ke arah ratu.

“Kenapa Ratu??”

“Tak ada apa-apa. Cuma mimpi kenangan silam”

“Owh..anak muda yang buta itu, telah aku arahkan tentera kita membunuhnya”

“Bagus, gak. Bagus” disebalik senyuman ratu, hatinya terasa pedih apabila mengingatkan bahawa pemuda bernama Fajar itu bakal mati hari ini..

Banjaran gwanghallu, Pedalaman Hutan InterPhoenix, Metrophoenix Barat.

Selesai berwirid, Dafa berniat hendak tidur sebentar. Manakala Fajar pula meneruskan bacaan al-quran.seharian berjalan menuruni bukit-bukit disini, Fajar tidak letihkah?? Persoalan itu Dafa simpan didalam hati. Baru sahaja hendak tidur, satu bunyi bising kedengaran. Apabila Dafa bangkit, perut Fajar sudah ditikam pedang. Manakala, tiada seekor makhluk pun disitu. Siapa yang menusuk Fajar??

Darah merah membuak keluar dari perut Fajar. Dafa mencabut keluar pedang itu. Pedang beracun!! Sekepal salji diambil dan dibacanya ayatul kursi lalu ditekapkan pada perut Fajar. Nyaring Fajar menjerit lalu pengsan tidak sedarkan diri. Lantas Dafa berdoa kepada ya Rabb. Dengan izin Allah, Dafa memangku Fajar dan bisa berlari pantas. Sekejap sahaja, dan mereka sudah tiba di sebuah istana yang bersinar seperti berlian. Kelihatan seorang lelaki bertopeng mendekati mereka. Topeng dan sayap lelaki itu bersinar dengan galaknya.

“Tolong, anak saya ditusuk” jerit Dafa. Fajar terbangun. Dafa bapaku?? Ya Allah!! Jerit Fajar didalam hati lantas pengsan tidak sedarkan diri. Hatinya memuji tuhan. Jantungnya semakin perlahan.

Zaman sekarang

Metrocity, Metrophoenix

Perkelahan kelas 4 nexus ke pantai sri Damai berjalan dengan lancarnya. Perkhemahan 2 hari 1 malam itu akhirnya berjaya dilaksanakan sebelum musim panas berakhir. Seawal jam 8 pagi, warga 4 nexus sudah berkumpul di Nexus square untuk menaiki bas ke pantai. Peralatan khemah semuanya sudah ada dipantai. Aku pula?? Dua buah bagasi aku bawa. Satu bagasi untuk handphone, laptop, camera, pelampung dan mini dvd. Satu beg lagi untuk pakaian. Satu beg kecil, untuk sunblok aku sandang. Bagasiku pula diheret dengan susahnya oleh Iman. Huh, bahagianya hati.

Sesampainya kami disana selepas mengharungi 3 jam perjalan. Kami dibahagikan kepada kumpulan. Aku dan Crystal sekhemah.

Hari pertama perkhemahan, semuanya lancar kecuali khemah aku dan crystal yang akhirnya harus diberi khemah lain kerana yang sebelumnya lunyai kami kerjakan. Besi pencacak semuanya belok dan patah. Mujur ada Farhan membantuku. Aku sedar jelingan manja yang dilemparkan Iman sewaktu Farhan leka membantuku. Aku buat bodoh dan bergurau dengan Farhan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Crystal pula?? Sudah tentulah mengingatkan aku tentang Iman yang menjeling semacam ke arah khemah kami. Kerana malas masuk campur, Crystal lekas beredar dan meninggalkan aku dan Farhan berdua. Selesai khemah dipasang, aku diajak Farhan ke gigi air. Sebenarnya, aku sengaja ingin menyakitkan hati Iman. Peristiwa Iman memakiku tempoh hari sebenarnya sulit untuk dilupakan. Wlaaupun aku sudah memaafkannya, tapi hati ini masih sakit dan tidak mampu bermesra dengan Iman lagi. Biarlah..biarlah. sememangnya bersama Farhan yang full sense of humor lebih seronok berbanding Iman yang kuat merajuk dan panas baran.

Sewaktu aku dan Farhan leka mengutip kulit kerang untuk menghiasi istana pasir kami, Iman pula mengutip kulit kerang untuk melempar Farhan dan aku. Namun, niat jahat sering sahaja terhalang. Allah marah kita buat jahat.

Malamnya pula, barbeque diadakan. Kumpulanku digabungkan dengan kumpulan Iman yang kebetulan Farhan salah seorang ahlinya. Kami ditugaskan untuk membakar seafood. Aku dan Farhan mengibas-ngibas sambil galak berbicara. Iman melemparkan arang kedalam api. Sedikit bara api terpercik ke tanganku. Farhan segera mengusap-ngusap tanganku. Iman pula merebut tanganku dari Farhan. Aku dengan sengajanya melepaskan tanganku dan kembali berbual bersama Farhan.

Ada orang sakit hati….huu…..” sound Crystal. Minah ni pon satu hal. Dahlah minyak tengah panas, dicuahnya air panas dalam minyak tu. Tak meletup ke??

Iman mengibas kasar ke arah makanan. Asap keluar berkepul-kepul. Tiba-tiba Iman batuk tidak berhenti. Hatiku dipagut rasa cemas. Sampai terduduk Iman kerana batuk. Aku berlari mendapatkan Iman. Dadanya aku usap-usap.

“Man tak apa-apakan. Jom balik khemah ambil ubat” ujarku seraya memapah Iman. Tanpa aku sedari, Iman tersenyum sinis sambil membuat isyarat bye-bye kepada Iman.

Kedengaran bunyi orang jatuh. Farhan jatuh rupa-rupanya. Tatkala Farhan mengerang kesakitan, Iman pula batuk tidak berhenti. Aku ketawa kecil. Permainan mereka sudah aku fahami. Aku melepaskan Iman dan berlalu meninggalkan Farhan dan Iman. Haha….padan muka!!

Aku masih lagi melancarkan perang dengan Iman. Ingat senang ke nak pujuk orang hati batu macam aku nih. Pelbagai jenis bunga, coklat, kad yang aku terima dari Iman. Bunga taik ayam pon dikasinya ke aku. sorry, tapi akukan tomboy, mane ade pakai semua tu. Sewaktu rehat, aku dan Farhan keluar beriringan dari kelas. Iman sudah menunggu dengan jelingan tajam. Kolar baju Farhan dirembat kasar. Aku tersenyum..akhirnya!! akhirnya!! Ada jugak lelaki yang bergaduh demi aku…impian dari dulu kini dan selamanya.

Lama Iman dan Farhan saling tenung menenung.

- Kalau aku bergaduh silap haribulan ado lobam kat biji mato eden ni. Title mat romeo pon bley terjejas ni. fikir Farhan panjang

-Kalau aku belasah budak ni, habislah reputasi aku sebagai headprefct sekolah ni. silap haribulan kene pecat. Rosaklah reputasi aku sebagai penaung nerd club kat sekolah ni. Desis hati Iman.

Aku memerhatikan Iman yang masih lagi memegang kolar baju Farhan. Renungan mata mereka memang tajam. Tak sakit mata ke?? Tak terkeluar ke mata tu?? Last-last…

“Iman…”

“Farhan…”panggil Iman pula. Mereka berpelukan sesame sendiri. Aku dan penonton-penonton tambah bingung

“Dah lama kita tak jumpa. Kat café ada nasik ayam best tau. Hari ni aku belanjalah” kata Iman. Lama tak jumpa??? Selama ni Farhan tu tak wujud ke??

“Owh ye..jomlah makan. Tak baik bergaduh ni. Allah marah. Selagi boleh bincang, kita bincang. Jomlah Man, kita makan. oh ye, ade budak form 2 baru masuk. Cun habis!! Kita pergi adjust nanti”

“Cantik..jom” sambut Iman pula. Apa yang berlaku ni. mereka berpelukan ke Café

“Tunggu dulu….” Jeritku. mereka berpaling.

“Ye kenapa..”balas mereka serentak

“Korang tak nak gaduh demi aku ke?? Man tak nak belasah Farhan ke??”

“Ha, kenapa pulak. Saya kenal awak ke?? Farhan ni macam kembar saya tau. Oklah kitorang pergi dulu. Bye” kata Iman selamba. Mulutku ternganga memerhatikan mereka berpelukan ke café. Dunia dah terbalik ke!!!!!

Aku mencebik. Iman masih lagi ketawa riang. Buah mangga aku petik lalu aku lemparkan ke dalam kolam love itu. Akhirnya aku terjun dari pokok itu.

“Eh, Faez nak pergi mana ni”

“Mati. Kenapa nak ikut. Sampai hati Man malukan Faez macam tu. Habis Faez diketawakan tau tak”

Ala..sorry la. Tengok air kolam ni penuh lagi walaupun musim panas. So, Faez kenalah maafkan Iman”

“Ok…keliling tasik ni dalam masa 1 minit. Then, I forgive you” kataku.

“OK bos”

Aku memerhatikan Iman yang berlari laju mengelilingi tasik ini. Dan dia tiba dihadapanku pada saat ke 50. wah, hebatnye.

“Ok, I absolve you. Jom balik” ajakku mesra. Aku mendahului Iman. Menyedari Iman yang tiada disisiku, aku berpaling. Iman dah tiada. Mana Iman pergi?? Aku memandang sekeliling dan ternampak beg Iman didalam tasik. Takkanlah. Ya Allah!! Macam mana aku lupa, Iman sakit. Nape aku suruh dia lari tadi. Tanpa berlengah, aku terjun ke dalam kolam. Tubuh Iman aku tarik dan baringkan ditebing. Wajahnya pucat dan bibirnya biru. Aku tekan dada Iman. Sejumlah air keluar. Nadinya..aku cari nadinya..Tiada!!!

“Ya Allah, denyutan jantung Iman tak ada!!!!” jeritku….