CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, April 30, 2009

Season 2..(episode 6)




Haikal Iskandar terjaga. Matanya diusap-usap. Pandangannya masih sama seperti lima tahun dahulu. Masih gelap dan kelam. Dia tersenyum sendirian.

‘Memang bahagia tak layak untuk orang macam aku’ hati kecilnya seakan mengeluh.

Lantas dia bangun. Entah berapa lama dia tertidur kali ini. Dia cuba mencari Adam. Lantas dia bangun dan berpaut pada dingding. Bilangan tapaknya dikira. Cukup 17 tapak, bermakna dia sudah sampai di bilik Adam. 10 tapak diambil ini bererti dia sudah berada disisi katil Adam.

“Adam..” panggil Haikal Iskandar lembut.

Tiada jawapan yang diterima Cuma satu pelukan yang menyapa.

“Kau dah bangun..syukurlah” kata Adam gembira.

Haikal Iskandar ditariknya duduk dikatil. Tangan sahabatnya itu dielus lembut. Adam lega kini sahabatnya sedar juga selepas tidur selama 4 empat hari berturut-turut. Faraeza juga sudah berhenti risau agaknya. Apa tidaknya, sepanjang empat hari, Haikal Iskandar tidur, Faraeza tidak pernah tidak datang ke kondominium mereka berdua bagi mengikuti perkembangan Haikal Iskandar.

“Dahlah, Adam. Kau ni risau sangat mengalahkan ibu aku”

“Mana aku tak risau Carl. Kat sini kau tanggungjawab aku bukan ibu. Ibu jauh di United Kingdom. Dia dah amanahkan kau pada aku. Takkan aku nak lepas tangan. Syukurlah kau sedar. Kalau tak aku gila nanti. kau jangan buat macam ni lagi. Kenapa kau makan nasi lemak tu sampai empat bungkus”

“Dah berapa tahun aku tak makan nasi lemak sebab kau. Mujur Eza kasi aku makan. Eza tahu ke masalah tidur aku ni”

“Tak..takkan aku nak bagitau. Tapi aku dah pesan jangan sesekali bagi kau makan nasi lemak lagi” bohong Adam.

Biarlah dia berbohong sekali ini. Lagipun, ia bukan salah Faraeza. Takkan Faraeza nak dipecat gara-gara kesalahan yang bukan miliknya.

“Syukurlah, kau tak bagitau. Kalau tak aku pecat dia. Adam, aku..aku..hehe..”

“Lapar ek” teka Adam.

Haikal Iskandar ketawa. Lantas dia mengangguk. Rambut merah Haikal Iskandar diusap-usapnya seperti sedang mengusap rambut adiknya. Tetapi, padanya Haikal Iskandar memang adiknya kerana Haikal Iskandar muda 3 tahun darinya. Haikal Iskandar senyum sahaja.

“Lama aku tak tengok kau senyum panjang macam ni. Ni sebab kau dah lepaskan rindu dendam kau pada nasi lemak tulah. You should thanks Eza for this. Dah, jom kita pergi pizza hut, breakfast”

“Hai (Baiklah)” balas Haikal Iskandar sambil tersenyum.

Selepas itu mereka bangun dan berpegangan tangan ke kereta.

Faraeza ke pantry. Hatinya gusar memikirkan Haikal Iskandar. Sudah 4 hari Haikal Iskandar tidur. Semua salahnya. Segelas cappuccino dikacau mengikut arah pusingan jam. Setelah siap, diteguknya sedikit. Tiba-tiba Claudine menghampirinya sambil tersenyum riang. Faraeza turut senyum.

“kenapa happy ni?” soal Faraeza.

Claudine senyum lagi. Faraeza kaget. Hatinya mula tidak sedap.

“Carl dah sedar. Esok dia ke pejabat”

“Owh ya, syukurlah…”

“And..Adam suruh you ke kondominium untuk pilihkan baju Carl. Macam biasa jadual hari minggu” kata Claudine riang.

Matanya dikenyitkan.

‘Alamak, aku kena jadi babysitter Carl lagi ke’ bentak hatinya. ‘Esok sabtu.’ Faraeza mengeluh. ‘Tiada hari minggukah bagiku’

“Nasib I Claudine. Nasib I “ keluh Faraeza.

Claudine ketawa sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

Pagi itu, seawal jam 6 pagi, Faraeza sudah tercongok di kondominium milik Haikal Iskandar. Access card diambil dan dimasukkan dalam kotak pengesahan. Password dimasukkan. Selepas itu, pintu lift terbuka dan apa yang dilihatnya ialah….

“Tidaakkkk!” jerit Faraeza.

Plastik yang mengandungi bahan-bahan membuat pasta jatuh bertaburan. Faraeza terduduk. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Sofa terbalik. Anak patung singa kesayangan Haikal Iskandar terbiar dilantai. Kotak pizza dan tin air bergelimpangan. Ada juga yang tumpah dilantai. Peket-peket sos berterabur dilantai. Dan yang paling mengejutkan, Haikal Iskandar dan Adam Soo sedang lena diatas lantai berbantalkan lengan masing-masing. Lena bersama sehelai boxer pink manakala Haikal Iskandar bersinglet putih dan berboxer hitam-oren. Sekali tengok, memang menjijikkan. Kedua-duanya tidur sambil tersenyum panjang.

Farazea terduduk. Dia tunduk. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Lantas dia mendekati lokasi Haikal Iskandar dan Adam Soo. Satu gambar yang sudah dikoyak berterabur dilantai. Apabila dicantumkan membentuk wajah seorang wanita. Cantik. Tetapi, siapakah perempuan ini? Tiba-tiba, Adam Soo menggeliat. Tubuhnya digeleparkan.

‘Ni ke cara dia menggeliat. Memang aneh’ fikir Faraeza.

Adam terjaga dan senyum memandangnya.

“Ohayo (morning)” sapa Adam mesra.

Tidak sedingin beberapa hari sebelum ini. Adam hanya menjeling marah kepadanya. Mungkin kerana Haikal Iskandar sudah terjaga, secara tidak langsung mood Adam juga sudah baik.

“Ohayo. Pergilah mandi. Saya siapkan breakfast. Kita makan pasta hari ni. Kejutkan En. Haikal” kata Faraeza seakan mengarah. Adam bangun.

“Hai, Eza-Chan” kata Adam sambil tersenyum panjang.

“Jangan tambah Chan (Gelaran manja bagi kanak-kanak) pada nama saya”

“Hai (Baiklah). Carl bangun. Bangunlah” rengek Adam manja.

Tangan Haikal Iskandar ditariknya. Faraeza memejam mata. Tidak sanggup melihat tayangan percuma dihadapannya.

‘Mamat ni tak ada enzim malu ke’ bentak hatinya.

Haikal Iskandar tidur bagai orang mati. Adam meniarap diatas badan Haikal Iskandar. Tidak sampai 10 saat. Mereka kembali tidur. Faraeza bangun. Menghentak kaki.

“Bangun!!!!!” jerit Faraeza dekat dengan telinga Adam dan Haikal Iskandar. Serentak itu juga, kedua-duanya bangun.

“Bangun!!!! Sebelum saya simbah air. Bangun!” jerit Faraeza geram.

‘Dah tue bangka, perangai macam budak kecik. Hisy, geramnya aku’ hatinya membentak ganas.

Dengan wajah masam mencuka, Faraeza memulakan kerja membersihkan ruang tamu. Khidmat room-service yang disediakan bagi penghuni kondominium ini dipanggilnya. Setengah jam kemudian, rumah kembali bersih. Faraeza ke dapur. Haikal Iskandar dan Adam yang berseluar pendek dan berjersi Chelsea keluar menuju ke dapur. Mereka duduk dimeja makan.

Kuah carbonara diletakkan didalam mangkuk. Pasta diambil dan dimasukkan kedalam tiga mangkuk yang berbeza. Tiga pasang penyepit bersama sudu diambil. Selepas itu, dia hulurkan pada dua jejaka dihadapannya. Satu jag jus oren dihulurkan kepada Haikal Iskandar. Haikal Iskandar meraba-raba dahulu dasar meja sebelum meletakkan jag air itu. Selesai semua, ketiga-tiganya menghadap sarapan mereka pagi itu.

“Ittada kimasu (jom makan)” ujar Adam ceria.

“Hai (Baiklah)” balas Haikal Iskandar.

Farazea bingung. Entah apa yang mersauk mereka sampai begitu sekali cerianya. Rambut merah milik Haikal Iskandar diusap Adam. Habis hancur jadinya. Mereka ketawa.

“Kawaine (Cutekan)” kata Adam. Pandangannya dihalakan pada Faraeza

“Hai, kawaidesu (Ya, cute)” kata Faraeza malas.

“Arigato gozaimasu (terima kasih)” kata Haikal Iskandar sambil menunduk sopan.

‘Diorang memang homo’ jerit hati Faraeza.

Tiba-tiba, ingatannya teringat pada gambar wanita yang dilihatnya tadi.

“Iiedesune (Baiklah). Selesai makan nanti, tolong letakkan mangkuk dalam sink.”

“Eza-chan, dah habis makan ke”

“Jangan tambah chan pada nama saya. Saya dah siap. Kalau nak tambah, semuanya ada dalam microwave”

“Hai, Eza-Chan” balas kedua-duanya serentak.

“Jangan tambah Chan pada nama saya!” marah Faraeza. Kedua-duanya ketawa.

‘Memang aneh. Sekejap garang sekejap baik’ fikirnya tentang Haikal Iskandar.

Sambil memilihkan baju untuk Haikal Iskandar, otaknya ligat bekerja. Gambar wanita cantik tadi menghantui fikirannya.

‘Siapa agaknya. Mungkin kakak Carl kot. Yelah, wajahnya macam berusia sikit berbanding Carl’ hati kecilnya menyoal.

Oleh sebab musim bunga kembali menjengah, Faraeza memilih baju yang simple sahaja. Tidak perlu winter coat atu jaket labuh buat Haikal Iskandar. Kemeja biru lembut ditarik keluar bersama tie putih. Slack hitam diambil. Dasi bewarna putih dicapainya. Cuba membayangkan Haikal Iskandar dalam pakaian itu.

‘Kalaulah dia tahu apa yang dia pakai’ bisik hatinya. Serentak itu, perasaan simpati terbit dihati.

“Pilihkan baju untuk aku. kita semua akan ke amusement park pagi ni”

“Eiyh….” Jerit Faraeza.

Haikal Iskandar yang bertongkat itu menutup telinga.

“Suara kau macam bom” kata Adam. Kata-kata itu pernah diucapkan sesorang. Faraeza tersenyum.

“Sumimasen (Minta maaf)”

Selepas Haikal Iskandar keluar, wardrobe kaca itu dibuka lagi. Sehelai jeans hitam dan kemeja berpetak lengan pendek diambil. Satu t-shirt hitam dicapainya.

‘Warna hitam memang clashing dengan kulitnya yang putih tu’ puji Faraeza didalam hati .

Buat pertama kali, jejaka itu dipujinya. Kebiasaannya hanya kutukan yang dihadiahkan.

Faraeza ke dapur, dua biji mangkuk sudah siap dibasuh. Meja juga seperi sudah dilap. Faraeza tersenyum riang.

‘Diorang pun ada hati perut juga’.

Faraeza menyanyi riang sambil menuju ke bilik Haikal Iskandar. Baju yang dipilih tadi juga dibawa bersama. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia terlihat Haikal Iskandar yang sedang membilang. Selesai membilang sehingga 10, dia belok kanan.

“Ni tandas” katanya riang.

Matanya yang bercahaya itu sungguh mempersonakan. Sewaktu kali pertama bertentang mata dengannya, Faraeza juga pelik. Disangkanya Haikal Iskandar menangis. Rupa-rupanya tidak. Matanya memang kelihatan berair. Oleh itu, matanya seolah-olah bercahaya.

Pintu tandas diraba-rabanya. Haikal Iskandar resah. Pintu itu diraba lagi. Seperti tidak menjumpai butangnya. Lantas Faraeza menekannya bagi Haikal Iskandar. Haikal Iskandar terduduk. Terhinjut-hinjut. Faraeza turut tunduk melihat Haikal Iskandar.

‘Eh, dia nangis’ Hati Faraeza mendesis.

Tanpa sempat Faraeza bangun, tubuhnya dirangkul kemas. Tangisan Haikal Iskandar sayu kedengaran. Lantas, Faraeza mengusap belakang jejaka itu.

“Thanks Adam, tanpa kau aku tak tahu macam mana nak jalani hidup ni. Aku sayangkan kau” kata Haikal Iskandar.

“Aku sayangkan kau, Adam”.

Faraeza yang kaget lantas mengangguk. Haikal Iskandar dibantunya bangun. Selepas jejaka itu masuk ketandas, Faraeza seolah-olah berkhayal. Dia rasa lain sewaktu dipeluk Haikal Iskandar. Dia rasa….rindu. Tetapi, tidak tahu kenapa. Haikal Iskandar mengingatkannya pada…Iman

Taman tema wonderland hangar-bingar. Faraeza tidak tahu motif apakah dia dibawa ke sini. Kedua-dua jejaka aneh itu sudah menghilang kemana. Kelihatan sebuah set pengambaran dijalankan pada bahagian space-shuttle. Pelakon-pelakonnya kelihatan mantap dan semuanya terkenal. Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang. Faraeza berpaling. Mulutnya ternganga.

“Far..Farhan Adrian” jerit Faraeza kegirangan.

Farhan Adrian, nama yang bisa menjadikan seluruh gadis di Metrophoenix menjerit hysteria. Pelakon dan penyanyi terkenal kumpulan DBSB. Kumpulan hip-hop terkenal yang banyak merangkul anugerah. Namun, tiada siapa yang tahu bahawa Farhan Adrian merupakan teman kepada Pegawai polis biasa bernama Puteri Faraeza.

“Buat apa kat sini” soal Faraeza

“Shooting video klip baru untuk DBSB. You look different” katanya pada Faraeza.

Faraeza yang ber t-shirt pink lembut dan berslack putih paras lutut itu tampak ayu. Berbeza sekali dengan Faraeza yang dikenali dahulu. Namun satu hal yang sama, rambutnya masih dipotong pendek dan kemas. Sekali lihat memang seperti rambut seorang lelaki.

“Owh ya. Tak apa ke kau datang sini. Yelah, orang glamour. Kita ni siapa aja”

“Faez, Faez. Tak apalah. Lagipun aku tengah break ni. So, how’s life”

“Macam nilah. Tak glamour. Tak diminati. Cuma pegawai polis biasa sahaja”

“Alah…kau ni nak kenakan aku la ni”

“Tak adalah” balas Faraeza.

Mereka sama-sama ketawa. Tiba-tiba nama Farhan dipanggil. Farhan menghulurkan card kepada Faraeza.

“Ada masa kau call aku. Aku rindukan kau. Masih sayangkan kau. Oklah, aku pergi dulu. Sayonara (Bye-bye)”

“Sayonara”. Balas Faraeza.

Hatinya resah tiba-tiba. Ternyata Farhan masih meminatinya. Dia terduduk lemah. Sudah dipujuk hatinya menerima Farhan tetapi susah benar.

Adam Soo mencuit bahu Haikal Iskandar. Adam pelik melihat Faraeza yang tunduk. Seperti ada masalah besar

“Nangde (Apa)?” soal Haikal Iskandar

“Tengok Eza tu”

Haikal Iskandar berpaling.

“Tak nampak apa-apapun” balasnya bodoh.

Adam menepuk dahi. Bagaimana dia boleh lupa yang sahabatnya ini memang tak bisa melihat. Buang masa saja.

“Memanglah. Eza macam menangis je. Jomlah kita tanya”

Faraeza mendongak.

‘Apa pulak monster-monster ni buat depan aku’ bentak hatinya. Air mata diseka kasar. Sehelai tissue dihulur Adam.

“Nangde (kenapa)?” soal Adam.

“Kat sini ‘dia’ meninggal” kata Faraeza.

Adam angguk tanda faham. Haikal Iskandar kelihatan kaget. Dia kebingungan…

0 comments: