CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, March 20, 2009

episod 10

-cinta dalam hati-

Part 10..(n_n)

Zaman sekarang

Metrocity, Metrophoenix

Iman mundar-mandir. Hatinya resah memikirkan keadaan dirinya yang sudah seminggu berkurung dibilik. Jangankan ke sekolah, keluar dari bilik pun tak boleh. Puteri pula, tidak pernah tidak datang menjenguknya. Tapi, setiap kali wajah Puteri terpacak dimuka pintu, sepantas kilat mama menutup pintu. Seminggu tidak kesekolah bagaimanakah Puteri sekarang?? Pasti Farhan bertambah gila..Faez yang begitupun digilanya inikan pula Puteri yang memang cantik. Arghhh, jealous!! Hati Iman mendidih. Dia menghampiri tingkap. Badannya dilentokkan pada tingkap yang terhalang oleh jeriji besi. Fikir…fikir..Hah!! idea…Iman menyelongkar almari. Satu spanar berhasil ditemukan. Tanpa berlengah, Iman melakukan operasi.

Selimut diambil dan diikatnya pada tiang tingkap itu. Setelah kukuh, Iman memanjat tingkap. Baru sahaja ingin menjadi tarzan tiba-tiba

“Syed Iman Hakimi” jerit Pn Sy Salwani. Terkejut beruk Iman dibuatnya. Sepantas kilat dia masuk semula kebilik. Tidak lama selepas itu, pintu bilik pula yang diumpilnya. Ingin keluar, kelihatan mamanya sedang bermain dengan asap kemenyan dan terkumat-kamit

“Arghhhhh” jerit Iman. Apa dah jadi dengan mama aku ni. rosak kalau gini. Bilanya aku nak jumpa Puteri. Bilanya aku nak tengok Puteri pakai uniform budak perempuan. Skirt pink berpetak-petak, kemeja putih dan blazer biru. Bilalah boleh jumpa buah mangga pengarang jiwa nih!! Keluh Iman.

Tepat jam 12 malam, Iman bangun. Tersengih sendirian. Pasti mama dah tidur!! Hahahahah!!!!! Iman bangun. Pintu yang diumpilnya tadi masih belum dibaiki. Perlahan-lahan dia membuka pintu. Dan apa yang dilihatnya ialah….tubuh mama yang sedang nyenyak tidur diatas tilam. Ha……………mama memang dah tak normal!!!

Dan percubaannya untuk malam itu, gagal.

Paginya, sebungkus nasi lemak dihulurkan bibik. Ada sehelai kertas pink diatasnya.

-Iman makan banyak-banyak tau. Puteri tunggu Iman-

Pesanan pendek dari Puteri digenggamnya kemas. Rindunya kat Puteri. Lantas handphonenya dicapai. Nombor Puteri didailnya.

“Helo” sapa Puteri seperti biasa. Seperti baisa bagi Puteri, hampir pekak bagi Iman. Masakan tidak, suara normal Puteri pon dah macam orang mengamuk, kalau dia menjerit..aku tak tahulah. Bisik hati Iman.

“Hye..thanks untuk nasi lemak tu”

“Rasalah..Puteri buat sendiri tu” kata Puteri. Demi mendengarkan kata-kata Puteri, Iman meneguk air liurnya yang bercampur air liur basi tu sebab dia baru bangun tido. Masak sendiri!!

“Helo, Man..helo”

“er..buat sendiri. Tak sabar nak makan. Tapikan, ada satu rahsia Man nak kongsi pasal nasi lemak ni.”

“Apa??”

“Kalau Man makan nasi lemak satu bungkus, Man akan tidur satu hari suntuk tanpa terjaga. Percaya tak. Man alah dengan nasi lemak. Tapi, nasi lemak feveret Man”

“Allergic dengan nasi lemak??” jerit Puteri. Perit telinga Iman. Mujurlah jarak handphone dari telinganya memang jauh sebagai persediaan..”peliknya..habis tu tak apa ke makan tu??”

“Makan tak apa. Nanti Man Cuma akan tidur jelah. That’s my biggest secret. Jangan beritahu sesiapa kalau tak dosa nanti”

“ok..ok. oklah, cikgu Imtinan dah masuk tu. Bye..”

Belum sempat Iman berkata bye..talian sudah terputus. Dia tersenyum. aroma nasi lemak menusuk hidungnya. Enaknya. Habis sebungkus dikerjakannya. Kertas pembalut itu dijilatnya. Sedapnya. Biar betul Puteri buat. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ceh, tertera cop –nasi lemak mak leha- dikertas pembalut itu. Puteri..nak menipu pon tak pandai.

Iman bingkas bangun..sihir telah bermula. Mengantuknya. Dan Iman terus tertidur ditepi tong sampah bersama tangan kanan yang memegang pembalut nasi lemak yang berada didalam tong sampah.

Iman keluar bertemu Puteri diluar pagar. Mujurlah mamanya tiada. Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin. Bibik pon telah dikasi warning awal-awal. Melihat Puteri yang memakai skirt labuh dan t-shirt putih itu membuatkan Iman terbuai-buai. Cantiknya.

Aku pelik melihat Iman. Tengok aku macam tengok pontianak. Ke, aku cantik sangat!! Hukhuk..yelah tu. Kalau tak takkan mulut Iman ternganga. Aku dan Iman saling berpandangan. Tiba-tiba hon kereta dibunyikan. Serentak itu, hujan turun. Pn Sy Salwani keluar dari kereta BMW hitam 3-serie miliknya. Dadaku berdegup kencang. Dia menghampiriku dan menolakku ke tanah. Iman datang membantu, tetapi ditarik mamanya

“Mama let go of me. Pliz mama!! Plizz!!” rayu Iman. Aku hanya memerhatikan Iman yang ditarik mamanya masuk ke rumah

“Puteri..mama..lepaslah. puteri!!” jerit Iman yang sudah terjatuh. Namun, mamanya hanya mengheret Iman walaupun Iman sedang duduk diatas jalan tar. “Mama..” jerit Iman. Terlepas tangan Iman. Iman berlari kearahku dan membantu aku bangun.

“Dasar pembawa sial. Iman, masuk!! Masuk!!” jerit Pn Sy Salwani. Apabila Iman enggan masuk mamanya mengayunkan tangannya, tetapi Iman menghalang. Kesannya, tamparan itu singgah diwajah Iman. Mamanya seakan tidak peduli akan tanggapan jiran yang memandang ke arah kami. “Pak mail” jerit mama Iman. Lelaki separuh abad yang bernama Pak mail keluar. “masukkan Iman dalam rumah. Sekarang” jerkah mama Iman. Aku tersentak. Begitu bencikah mama Iman kepadaku. Mama Iman yang dahulunya baik dan penyayang berubah menjadi garang dan amat membenciku. Pak mail datang dan menarik Iman tetapi berhasil lolos. Iman memegang tanganku. Hujan yang turun semakin lebat. Wajahku yang dilinangi air mata disekanya lembut. Pak mail datang lagi. Kali ini dia mendukung Iman masuk kerumah manakala Iman pula menggelepar tanda protes. Pintu rumah agam Itu ditutup rapat. Aku terduduk. Ya Allah

Iman memandang sayu kearah Puteri yang masih diluar sambil menari-nari manakala hujan semakin lebat. Nyanyian Puteri boleh didengar sehingga ke biliknya

Aku nekad biarlah dikatakan gila sekalipon aku akan tetap berada di luar menunggu mama Iman membukakan pintu untukku

“Ku ingin kau tau

Diriku disini menanti dirimu

Meski kutunggu hingga hujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya.

Izinkan aku memeluk dirimu kali ini sahaja

Kuucapkan selamat tinggal untuk selamanya

Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja..”

Iman terduduk sambil menutup kedua-dua belah telinganya. Lagu yang dinyanyikan Puteri merupakan lagu mereka berdua. Puteri..baliklah. aku tak mau kau terseksa lagi. Iman bangun. Kelihatan Puteri masih menyanyi sambil mengulang-ngulang bait lagu yang sama. Kelihatan Puteri yang melambainya sambil ketawa riang. Puteri memang tak pandai bohong.

Farhan yang kebetulan melalui kawasan rumah Iman kaget melihat Faez yang menari-nari dan menyanyi dalam hujan. Di hadapan rumah Iman pula.

“Faez” jerit Farhan. Baginya Faez tetap faez walaupun penampilan dan sikapnya berubah. Tapi, hati dan jiwa masih sama. Oleh sebab itu, dia masih memanggil Faez walaupun rakan-rakannya yang lain sudah melupakan FAez yang ganas dan menerima Puteri yang cantik dan lembut.

Aku berpaling. Farhan rupanya. Peningnya!! Pandanganku kabur namun aku masih melemparkan senyuman dan ketawa riang. Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya hati terpaksa berbohong begini. Duniaku berputar dan…

“Faez” jerit Farhan lantas menahan badan Puteri dari jatuh menyembah bumi.

“Puteri!!!” jerit Iman. Puteri jatuh pengsan. Dan dia hanya mampu menjerit dan melihat. Tiba-tiba..kelihatan Farhan yang mendukung Puteri sambil berlari meminta tolong. Walaupun hatinya terbakar..namun, sekurang-kurangnya dia tahu Puteri selamat bersama Farhan. Iman terduduk. Setitis air mata jatuh..dadanya ditumbuk-tumbuk berkali-kali..kenapa?? kenapa??

3 hari berlalu dengan harus berbaring dikatil. Aku demam panas gara-gara bermain hujan. Mujurlah ada Farhan kalau tidak..tidak dibayangkan olehku apa yang akan terjadi. Aku bangun dan menelefon Iman. Ada sesuatu yang harus diselesaikan. Kalau mamanya menganggap aku sebagai pembawa sial, Iman harus aku tinggalkan. Harus!! Aku tak akan menyakitkan Iman lagi. Aku akan pergi dan meninggalkan Iman hidup tenang dan tidak ditimpa sialku lagi.

Iman kaget. Dia duduk dilantai dan memikirkan kata-kata Puteri yang serius tadi. Apa yang dimaksudkan Puteri sebagai pertemuan perhitungan. Dan kenapa wonderland dipilih sebagai lokasi dating mereka. Buat apa nak dating kat taman tema yang hiruk-pikuk tu. Dan kalau pertemuan tu ada perkara penting kenapa aku disuruh datang tepat pada waktunya. Selalunya kalau aku lambat, Puteri tak pernah marah. Tapi, mendengarkan suara Puteri yang tegas itu, Iman menurut. Tiada kata-kata sayang atau panggilan dear. Yang kedengaran hanyalah saya dan awak. Ataukah Puteri sudah putus asa dengan hubungan ini. Bosan dengan sakitku atau mama?? Tiba-tiba pintu diketuk, mama dan papanya masuk kebilik lantas duduk berhadapan dengannya. Renungan mamanya dibuat bodoh sahaja. Hanya persoalan papanya sahaja yang dijawab. Mamanya seolah-olah tidak wujud

‘Iman, papa dan mama ada perkara penting nak bagitahu”

“Man..” tegur Pn Sy Salwani lembut tatkala anak lelakinya itu hanya tunduk memandang lantai sambil menggosok-gosok kakinya. Itu tandanya Iman marah. Perangai dari kecik lagi.

“Hmm…I’m listening”

“Kita pindah ke New York by tomorrow. Papa dah jumpa donor untuk Iman. By hook or by crook, kita akan pindah walaupun Man terpaksa pergi dengan satu kaki” ugut papanya tegas. Iman kaget. Pertama kali nada suara papanya tegas. Dia tersenyum sinis

“Mama akan potong kaki Iman kalau Iman tak nak pergi.”

“Kalau terpaksa. Esok, flight jam 9. ok, honey. Good night” sapa mamanya mesra. Sengaja Iman mengalihkan wajahnya sewaktu mamanya ingin mencium. Sebelum menutup mata, Iman teringat sesuatu. Jam 9, esok malam. Esokkan aku dating dengan Puteri. Masa dan malam yang sama?? Arghhhh, Puteri atau jantung baru??!!! Bentak hati Iman

Zaman dahulukala

Diamond castle, Metrophoenix timur

Putera Rerama kaget melihat lelaki sebaya ayahnya yang sedang memangku seorang pemuda yang sebayanya. Wajah pemuda itu, bercahaya. Namun, pabila melihatkan darah yang membuak-buak keluar dari perut pemuda itu, Putera cemas. Lantas dua orang asing itu dibenarkan masuk dan pemuda yang cedera tadi diberi rawatan secepat mungkin. Pawang istana datang menghulurkan khidmat.

Beberapa jam yang diselang-selikan dengan jeritan kesakitan pemuda itu sudah berlalu. Namun, tiada tanda-tanda yang pembedahan akan berhenti. Dafa mengeluh berat. Keluarga Raja Indera Alam dan putera resah menanti. Setelah segalanya diceritakan Dafa, Raja bersetuju memberi rawatan dan tempat tinggal untuknya.Setinggi syukur Dafa panjatkan.

Pawang istana keluar dengan wajah yang keruh. Darah memenuhi baju, dan seluruh anggota badan pawang itu. Serpihan pedang dari perut Fajar dihulurkan kepada Dafa. Dafa menyambut serpihan pedang yang dipenuhi darah. Dia terduduk dan berselawat syifa’ iaitu sejenis zikir penyembuh.

Hutan Interphoenix, Metrophoenix

Sang ratu melihat segala-galanya dari bola kristal yang disihir itu. Air matanya menitis tatkala mendengar jeritan Fajar. Nalurinya tersentuh

“Maafkanku anak muda. Aku terpaksa. Namun, ketahuilah aku sangat menyenangimu”

0 comments: