CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, August 28, 2009

season 2 (episode 20)



Pagi itu, Faraeza terjaga saat cermin tingkapnya berbunyi. Bukannya sebarang bunyi, tetapi bunyi dari kaca yang pecah berderai. Faraeza bingung. Lantas, dia berlari ke tingkap. Dia mengutip seketul batu yang ada bersama kaca-kaca yang pecah itu.

“Iman Reyhan” bisiknya. Kelibat Iman Reyhan yang sedang mundar-mandir itu membuatkan persaannya bergelojak. Lantas, jam di dinding dikerling sekilas. Sudah jam dua pagi.

‘Apa yang dia buat depan rumah aku malam-malam buta ni?’

Iman Reyhan diteliti lagi. Berseluar pendek dan ber t-shirt. Faraeza menggeleng. Pada suhu lebih kurang 20*C ini, apa yang dibuat lelaki itu. Sudahlah separuh bogel. Tidakkah terasa dinginnya. Dia yang berada di dalam rumah dan memakai pijama merasai bahang kedinginannya apa lagi Iman Reyhan yang berpakaian seperti itu.

“Puteri, keluarlah” jerit Iman Reyhan. Faraeza terduduk. Air matanya mula turun. Cengengkah dia kerana sering menangis kebelakangan ini? Lemahkah dia kerana tidak mampu berdepan dengan Iman Reyhan? Dan bodohkah dia kerana meninggalkan Iman Reyhan demi nyawa seorang sahabat bernama Farhan?

“Iman nak apa? Baliklah! We have nothing to discuss!” jerit Faraeza. Kalaulah Iman tahu kenapa dia berbuat begini. Kalaulah Iman tahu setiap kali dia mengucapkan kata perpisahan, dia terasa mati. Jiwa kosong.

“Yes, we have Puteri! Yes, we have!”

“Apa? Baliklah, Man. Janganlah siksa Puteri lagi. Tolonglah..Puteri merayu”

“Apa salah Man, Puteri. Apa salah Man? Man minta maaf kalau Man banyak sakitkan hati Puteri. Tapi, sungguh, Man tak berniat langsung. Tolonglah Puteri. Jangan buat Man macam ni. Man gila nanti”

“Man, Puteri tak layak untuk Man. Lebih ramai perempuan yang layak untuk Man. Tolonglah balik. Jangan seksa Puteri dan jangan seksa diri Man lagi!”

“Tak, Man takkan balik. Man akan tunggu sampai Puteri terima Man. Man akan pulang selepas tujuh hari. Man akan tunggu Puteri selama tujuh hari di sini tanpa makan tanpa minum!”

“Man, please jangan keruhkan lagi keadaan. Puteri tak ada apa-apa perasaan lagi pada Man!” jerit Faraeza. Air matanya turun mencurah tanpa ditahan.

Hampa. Iman Reyhan bukannya ingin pulang, sebaliknya menuju ke kereta dan mengeluarkan gitar dan tikar. Tikar dihampar di atas rumput. Dua biji bantal dan patung harimaunya disusun elok. Lalu, dia berbaring. Gitar diambil. Dan, mulutnya menyanyikan sebuah lagu. Lagu ‘Cinta dalam hati’.

“Man, kenapa nak seksa diri?” soal Faraeza lembut. Dia terduduk. Tersedu-sedan di atas lantai yang dingin.

................................................................................................................................................

Hari pertama,

Pagi itu, Faraeza terjaga saat suara Iman Reyhan menjerit mengucapkan selamat pagi. Mujurlah ayah dan mamanya tiada kerana ke Jepun. Megat Hafiz pula tidak tinggal di situ. Mujur juga kerana rumah Faraeza tiada jiran. Jadi, tiada masalah bagi Iman Reyhan menjerit dan menyanyi. Gerenti, dia tak akan disaman atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.

Faraeza mendengus. Lantas, langsir yang menutupi tingkapnya yang pecah itu ditolak kasar. Kelihatan Iman Reyhan yang masih berpakaian seperti semalam. Kelihatan ceria dengan gitar dibahu. Menyanyikan lagu ‘Selamat pagi’.

As we grow up, we learn that the one person that wasn’t supposed to let us down probably will. You’ll have your heart broken, probably more than once, and it’s harder every time. You’ll break hearts too, so remember how it felt when someone broke yours. You’ll fight with your bestfriend and maybe fall in love with them. You’ll blame a new love for things an old one did. You’ll cry because time is passing too fast and you’ll eventually lose someone close to you. So, take too many pictures, laugh too much, and love like you’ve never been hurt because every sixty seconds you spend angry or upset is a minutes of happiness you’ll never get back.

Faraeza menuruni tangga dengan pantas, ingin ke hospital. Menemani Farhan untuk sesi kemoterapi kali pertama. Selesai menyarung kasut, barulah dia perasankan sehelai kertas berwarna merah jambu yang diselitkan dibawah pintu.

Kata-kata yang ditulis pada kertas itu dibaca berulang kali.

“Apa lagi kali ni, Man?” soal Faraeza lemah. Lantas, dia mencapai suis CRV hitam-merah miliknya. Tidak sampai lima minit, Honda CRV meluncur laju di jalan raya.

“Fullamak, lajunya” ujar Iman Reyhan sambil menggelng-gelengkan kepala. Selepas itu, dia berbaring lagi. Memetik gitar, menyanyi dan memikirkan lagi ayat jiwang yang akan dihantar kepada ‘Puteri’nya.

Life is too short, so love like you won’t get hurt.

Hari ke-dua,

Hari ke-tiga,



I’ve tried to fight it, and I’ve tried to deny it but I can’t. you are undeniable.

Hari ke-empat,



Kenapa ada cinta kalau cinta itu menyakitkan? Kenapa ada rindu, kalau rindu itu mendera perasaan? Kenapa ada sayang, kalau sayang itu membuat kita panasaran?

Hari ke-lima.

Faraeza jadi gelisah. Kenapa tiada ucapan pada hari ini? Lalu, dia keluar.

“Ya Allah”

Taburan bunga sakura yang disusun menjadi perkataan,

“I love you” bisik Faraeza.

‘Aku tak boleh lemah. Aku tak boleh lemah’ tegasnya di dalam hati. Serentak itu, dia ke garaj. Menghidupkan kereta.

Iman Reyhan yang menjadi pemerhati mengeluh lemah. Sudah lima hari, namun tiada tanda yang Faraeza akan berubah hati.

“Puteri, jangan buat Man macam ni.” Bisiknya. Seluar pendek dan t-shirt sudah lusuh dan kotor. Kalau diletakkan dalam kolam, pasti mati ikan-ikan. Perutnya dipegang. Kedengaran muzik gamelan.

“Ya Allah, laparnya.” Hanya itu yang mampu terluah. Wajahnya sudah mula ditumbuhi jambang.

Petang itu, dia melihat Iman Reyhan tiada di tikar rasminya itu. Puas Faraeza mencari. Di kolam hati, kelihatan Iman Reyhan dan Adam yang mandi-manda. Nampaknya Iman Reyhan sedang bercukur. Faraeza tersenyum.

“Iman, kalaulah Man tahu betapa hati Puteri sedang hancur sekarang” bisiknya. Gelak tawa Iman Reyhan dan Adam menenangkan jiwa.

Kita tak mampu bertentang mata dengan orang yang kita cinta. Kita jadi gementar berhadapan dengan orang yang kita suka? Jadi pejamkan mata, wajah siapa yang menjelma? Fikir-fikirkan, siapa yang kita cinta?

Hari ke-enam,

Faraeza meraup wajah. Sudah enam hari. Sudah enam hari, tanpa makan, tanpa minum. Sudah enam hari, menunggu di luar rumah. Enam hari yang menyeksakan. Enam hari yang mendera perasaan.

“Pejamkan mata, wajah siapa yang menjelma? Fikir-fikirkan, siapa yang kita cinta?”

Serentak itu, matanya dipejamkan. Bayangan itu muncul.

“Man...” getusnya perlahan. Serentak itu, mutiara jernih turun membasahi pipi.

Faraeza ke tempat persinggahan Iman Reyhan sepanjang enam hari ini. Kelihatan Iman Reyhan yang sedang nyenyak tidur. Berselimut litup dengan sweater dan winter cap. Faraeza rasa tidak sedap hati. Lantas, dahi Iman Reyhan disentuh.

“Panasnya..”

“Morning, love. So, dah jatuh cinta dengan saya lagi?”

Faraeza mencebik. Lantas, menonong pergi.

Hari ke-tujuh,

Pagi itu, tiada surat merah jambu ataupun ucapan selamat pagi. Lagu ‘Cinta dalam hati’ turut tidak berkumandang. Taburan bunga sakura tidak kelihatan. Faraeza gelisah. Mundar-mandir di ruang tamu.

“Jangan-jangan..”

Faraeza menonong ke tempat Iman Reyhan. Tiada kelibat lelaki itu. Faraeza cemas. Tetapi, ada sesuatu bergerak di sebalik selimut. Selimut itu diangkat. Kelihatan Iman Reyhan yang terketar-ketar. Kesejukan. Wajahnya pucat dan cengkung. Faraeza meriba kepala Iman Reyhan. Dahi lelaki itu disentuh.

“Man, Man demam ni”

...............................................................................................................................................

“Apa kata doktor?”

“Dia demam panas. Dehydrationnya teruk. Suhu badannya terlalu rendah” balas Faraeza. Adam gelisah. Sudah dua jam Iman Reyhan tidak sedarkan diri. Dua pek air glukosa disalurkan melalui wayar-wayar yang dibenamkan pada tangan Iman Reyhan.

“Kenapa dengan korang berdua?”

“Nothing..”

“Come on, Eza. Tak guna berselindung. Tell me, would you?”

“Aku dan Iman dan putus”

“What?! Are you joking, Eza?!”

“No I’m not..”

“Eza, Carl cintakan kau. Kenapa ni? Apa yang tak kena?”

“Tiada apa yang tak kena dengan Iman. Cuma, aku! Aku yang tak kena!” balas Faraeza. Farhan yang kebetulan melewati wad kecemasan terpaku melihat Faraeza bertegang leher dengan seorang jejaka.

“Sayang..” sapanya. Faraeza dan lelaki itu berpaling. Faraeza terpaku.

“Tak nak kenalkan Han dengan dia?”

“Oh, Adam ni Farhan. Farhan ni Adam” Ujar Faraeza gugup.

“Oh, Farhan Adrian. I see. So, Eza ini sebabnya. Ok. Aku nak tengok betapa kau bahagianya kau dengan dia lepas ni” ujar Adam sinis. Farhan tersenyum nipis. Tekaannya tidak salah. Memang itu sahabat Iman Reyhan. Kalau begitu, rancangannya berjaya.

“Tapi..”

“Sudahlah Eza. Tak usahlah kita berbahas pasal ni lagi. Aku harap kau bahagia dengan dia. Jangan melawat Carl. Terima kasih untuk segalanya. Aku akan pastikan Carl tak kacau kebahagiaan kau.”

Adam berlalu pergi. Hatinya panas. Nampak sangat Farhan sengaja memanggil Faraeza begitu. Ikutkan hati, ingin saja dia membelasah Farhan.

“Carl, kenapa nasib kau macam ni?”


0 comments: