CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, August 28, 2009

season 2 (episode 22)



Haikal Iskandar melempar sebiji mug ke dinding. Pecah berderai rambut merahnya itu dikusutkan.Wajahnya yang selama ini kemas kini sudah mula melihatkan misai halus. Wajahnya merah semerah warna rambutnya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Yang pasti bukan Adam orangnya kerana Adam ke New York kerana menghantar Juliana

“Masuk”arahnya kasar. Mendengus kasar. Tidak senang dengan ketukan itu. Disebalik pintu itu, muncul seseorang. Seseorang yang mampu membuatkan dirinya bangun tiba-tiba.

“You look bad, Iman. Very bad..”ujar seseorang sambil tersenyum puas. Wajah pucatnya berseri-seri.

“Apa yang kau nak?!” bentak Haikal Iskandar kasar. Tangannya mula mengepal penumbuk. Hatinya membara melihatkan senyuman di wajah musuh ketatnya. Senyuman kemenangan.

“Saja. Aku nak bertanya khabar. So, how’s live, Iman. Must be very bad, ha?”

“Damn you, Farhan tell me, what the hell are you doing here?”

“No need to rush, Iman. Kita dah lama tak jumpa. Takkan kau tak nak tanya macam mana aku dengan Faez sekarang? Or should I call her, Puteri?” soal Farhan sambil tersenyum puas.

“Kau jangan berani panggil dia Puteri. Puteri is mine. Forever mine. Kau sepatutnya tahu dia terima kau sebab penyakit kau. Sebab simpati bukannya sebab cinta!”

Serta-merta wajah Farhan berubah kelat. Kini giliran Haikal Iskandar pula untuk tersenyum puas. Farhan kehilangan kata-kata.

“Kau sepatutnya malu, Farhan. Orang yang setengah mati macam kau tak layak untuk Puteri. Kau hanya mendera batinnya. Kau sanggup lukai orang yang paling kau cinta? Kau rela beri dia gelaran janda, Farhan?”

Farhan tunduk. Menahan marah. Lantas, dia mencapai sesuatu dari poket seluarnya. Melemparkannya tepat kewajah Haikal Iskandar. Lalu dia bangun dan meninggalkan Haikal Iskandar begitu sahaja. Mulut Haikal Iskandar berkerut-kerut. Sejuta sumpah seranah dihadiahkan dalam hati. Kad merah jambu lembut itu dicapai. Tertera gambar Faraeza dan Farhan dihadapan kad itu. Tangannya terketar-ketar demi membuka kad itu.

Walimatul Ulus..

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha pengasih..

Tan Sri Megat Nordin Bin Megat Abdullah

Dan

Puan Sri Khaleeda Binti Jamil

Menjungjung kasih mempersilakan

Yang Berbahagia Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan

Iman Reyhan Bin Hakimi

Dan seisi kelaurga ke perkahwinan anakanda kami,

Puteri Faraeza Binti Megat Nordin

Dengan

Farhan Darwish Bin Adrian Anderson

Pada hari selasa, 11 ogos 2005.

Di kediaman kami: No 21, Taman Raudhah, Courtney Palace, Metrocity, Metrophoenix Timur, 11893, Metrophoenix.

Semoga dengan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan akan bertambah seri lagi majlis ini dan diberkati Allah hendaknya.

Wassalam..

Aturcara Majlis: 10.00 pagi – 12.00 Tengah Malam.


........................................................................................................................................................................

“Arghhh!!” jeritnya sekuat hati. Kad undangan perkahwinan itu dikoyak. Hancur semuanya. Telefon bimbitnya berbunyi. Satu mesej masuk.

-Aku harap kau datang, Farhan-

Lalu telefon bimbit N95 itu menjadi mangsanya kali ini. Handphone hitam itu hancur juga akhirnya.

................................................................................................................................................


Crystal memandang wajah Faraeza yang pucat tak bermaya. Wajah Faraeza jelas bertentangan dengan situasi sekarang. Crystal memandang wajah Faraeza yang tersenyum lemah saat Farhan keluar dari bilik persalinan dengan bertuksedo lengkap.

“Mungkin ni cuma perasaan Han tapi Han rasa macam Han ni waiterlah..”bebel Farhan Adrian saat melihat dirinya yang lengkap bertuksedo hitam berline purple di dalam cermin. Faraeza ketawa perlahan. Lantas ribbon merah tuksedo itu diperbetul sambil mulutnya petah mengomel.

“Mana ada..kalau nak tahu, Hanlah pengantin paling handsome sekali kat Metrophoenix ni.”

“You better say that, Puteri” balas Farhan sambil tangannya galak mencuit hidung mancung Faraeza. Faraeza tersentak.

‘Puteri?? Kenapa Farhan panggil aku Puteri??’ hati kecilnya menyoal aneh. Setahunya, Farhan tidak suka memanggilnya Puteri.

“Kenapa? Terkejut Han panggil Puteri? Well, from now on Han akan panggil Puteri because you are a princess in my heart..”bisik Farhan perlahan.

Crystal yang menjadi pemerhati sedari tadi berdehem. Dia rasa tidak selesa memerhatikan kemesraan pasangan ini. Dia tahu Faraeza terseksa. Tidak ada sedikitpun sinar kebahagiaan di dalam mata bening milik Puteri Faraeza. Sebagai penulis skrip dia arif benar dengan situasi sekarang. Lalu dia meminta diri.

“Aku bukan tak nak temankan korang tapi, aku betul-betul ada hal dengan Adam. Urgent..”ujar Crystal dengan suara resah yang dibuat-buat.

Farhan tersengih saja. Faraeza hanya mengangguk. Masakan dia ingin menghalang sahabatnya itu pulang.

“Ok. Kau baliklah dulu.”

“Aku mungkin balik lambat sikit hari ni. Gown kau aku dah letak kat bilik. Ok bye.” Ujar Crystal sambil pipi Faraeza dicium lembut. Segaris senyuman dilemparkan buat Farhan.

Faraeza kaget melihat Farhan yang tersenyum meleret dari tadi. Dia hanya mampu membalas senyuman Farhan.

“Han, macam mana DBSB??”

“Well, DBSB akan ke Jepun hujung minggu ni untuk buat pelancaran album baru..”

“Owh..ada lagu baru la kiranya??”

“Ya..Puteri nak ikut? Boleh kita jalan-jalan..”

“Tak payahlah. Nanti tak pasal-pasal kena kejar dengan mamarazi pulak. Album apa??”

“Mind..Heart..Soul..”

“Ermm, simboliknya.”

Farhan tiba-tiba bangun. Berdiri berhadapan dengan mata Faraeza.

Once I say I love you I think you would be gone. Oh baby.
Cause we are too young to love so I can?t say little long hold you in my arms.
But I will be waiting for you to say you want me to be with you.
I?ll live in your love and your dream forever and ever.

* Whenever you look in my eyes. There are so many smiles and tear.
I was born to love feel so deep inside if you need me I?ll be your man.
Whenever you look in my eyes. I do want to show you my love.
I make up my mind make your dreams come true.
Nobody can stop me to say I love you.

How can I ask who you are still looking for I?m the one. Oh baby.
Since love seems to make me blind I try to find all day long but I cannot hold.
We talk on the phone every night and so came closer day by day.
I touch you and kiss you and hold you to feel but in dream. [*]

In my arms & in my soul I want to hold you, baby.
You don?t know how much I love you. Do you baby.
Like a sun rising up I can stop loving you can?t hold back anymore

Faraeza tersentak. Lagu ini tidak pernah didengar sebelum ini tetapi lagunya lembut dan mendayu-dayu. Farhan terseyum.

“Puteri orang pertama yang dengar lagu ni tau. Dari album terbaru Han. Tajuknya Hug”

“Hug??”

“Nobody can stop me to say i love you”

Faraeza tersenyum. Namun tidak manis senyumannya kali ini. Farhan tunduk. Dia tahu sebabnya. Nampaknya Faraeza masih tidak dapat melupakan Iman Reyhan walaupun perkahwinan mereka akan berlangsung dua minggu lagi. Lantas, jari-jemari Faraeza dicapai. Dikucup lembut.

“I love you” bisiknya perlahan.

“I love you too” balas Faraeza tanpa memandang sedikitpun ke arah Farhan.

................................................................................................................................................

Haikal Iskandar membuka bungkusan nasi lemak ke-2. Dia merenung lemah ke arah nasi lemak itu. Sudah berjam-jam dia tersadai di kedai ni. Jam dikerling. Sudah jam 2 pagi. Dia tersenyum lemah.

“Nak, dah lewat ni. Pak cik nak tutup kedai” tegur seorang lelaki separuh abad usianya. Dia pelik melihat jejaka berambut merah yang sejak pagi tadi ada di kedainya. Hanya minum air coke dan memakan nasi lemak.

“Nanti saya telefon kawan saya, pak cik”

“Baiklah” balas lelaki tersebut. Jejaka itu seperti sudah mabuk. Walaupun hanya minum air coke dan nasi lemak, anak muda berambut merah itu kelihatan seperti seorang yang sudah tidak sedar dengan keadaan sekeliling.

Haikal Iskandar mengeluarkan handphone dari poket seluar jeansnya. Walletnya tiba-tiba jatuh. Haikal Iskandar tersenyum lemah sambil menunduk untuk mengambil wallet itu kembali. Apabila dibuka, gambarnya dan Faraeza tertera. Lantas, gambar itu dikeluarkan dari walletnya. Dia merenung dalam. Setitis demi setitis air mata keluar dan dia menangis. Gambar itu direnyuk.

Bulat mata Adam melihatkan betpuluh-puluh tin air coke memenuhi meja. Dan yang paling mengejutkan keliahatan 3 pinggan bekas nasi lemak. Adam menghampiri Haikal Iskandar yang meletakkan kepalanya di atas meja. Rambut merah sahabatnya diusap.

“Eh, kau dah sampai..”kata Haikal Iskandar lemah.

“Carl..kau makan nasi lemak ke??”

“Hhhmmmmmm....tapi peliklah. Tak kira berapa banyakpun yang aku makan, aku tak rasa macam nak tidur..peliklah”bebel Haikal Iskandar. Adam Soo menggeleng beberapa kali.

‘Dah parah dia ni’ getusnya. Lantas, nombor Crystal didailnya.

Crystal yang sedang membantu Faraeza mengemas barang terkejut apabila handphonenya tiba-tiba menyanyikan lagi Lovin’ You. Lagu jepun popular nyanyian DBSB. Gambar Adam tertera.

“Moshi-moshi”

................................................................................................................................................

Faraeza terduduk disebelah Haikal Iskandar yang sudah lena di meja itu. Gambar yang sudah renyuk diambil. Lantas, lengan lelaki itu dielus lembut. Air mata keluar membasahi pipi.

“Iman Reyhan, kalau awak macam ni macam mana saya nak pergi. You have to stay strong..”. Dia melentokkan kepala di atas bahu Haikal Iskandar.

“Kalau awak terluka begini, macam mana saya nak tinggalkan awak..Awak akan baik-baik saja kan? Awak akan bahagia kan?”

Haikal Iskandar masih lena.

“If you don’t answer me, i’ll take it as ‘yes’..You promise me ok” katanya sayu. Akhirnya Faraeza turut terlena di atas bahu Haikal Iskandar.

Sementara itu, di rumah Crystal dan Faraeza.

“Meninggalkan mereka berdua takkan mengubah apa-apa, Adam. Faez dah nak kahwin. Nothing we can do to stop her”

“She need to see how she destroying his life..”

Kedua-duanya mengeluh panjang. Pusing dengan episod cinta yang tiada berkesudahan ini. Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka. Faraeza menonong sahaja masuk.

“You leave him alone??” soal Adam keras.

“Saya minta tolong pemilik kedai tu untuk tengok-tengokkan dia. Awak pergilah ambil dia” balas Faraeza selamba. Namun, matanya sudah membengkak akibat menangis.

“Kau memang kejam..” marah Adam. Faraeza buat tak endah sahaja. Dia hanya menonong.

“Everyone gets over it eventually. Dia perlukan masa..dan dia akan lupakan saya”

“Awak mengagumkan saya, Puteri Faraeza. Ok, kau dah lupakan dia dan kau dah tak kisah apa yang berlaku terhadapnya. Ok great. We’ll see how well you do after this” marah Adam. Wajahnya merah. Lantas, dia pergi meninggalkan rumah itu. Crystal bangun dan ingin mengejar Adam.

“Adam”

“Dia dah melampau Crys..” luah Adam.

“She has her own reasons..”

“Dahlah..nak pergi ambil Carl.” Adam menonong kerestoran itu semula. Menyesal dia tidak membawa kereta tadi.

Haikal Iskandar digendongnya di belakang. Mujurlah Haikal Iskandar tidak berat mana. Dan Haikal Iskandar tidak terjaga langsung sewaktu Adam menggendongnya.

“Ya..just forget her. It’s not the end of the world. You can do it. Forget her!!” jerit Adam. Namun, Haikal Iskandar langsung tidak sedar. Dalam kedinginan malam, air mata Adam menitis.

................................................................................................................................................

“Dia tak sedar lagi. Dah empat hari, Crys. Dia macam tak nak bangun” luah Adam sambil mengelap tubuh Haikal Iskandar dengan towel basah. Crystal yang duduk di atas sofa itu hanya mengangguk. Sedikitpun dia tidak cemburu melihat betapa kasihnya Adam pada Haikal Iskandar. Lantas, dia bangun dan memegang bahu kekasih hatinya itu.

“Sabar ok. Mungkin dia belum bersedia untuk bangun..”

“Kalau apa-apa jadi pada Carl. I won’t forgive her. Sorry, Crys.”

Crystal mengangguk.

“Tapi, dua hari lagi Faez kahwin. Kita pergi, ya”

“Crys pergilah. Adam takkkan pergi...”

“Adam...”

“Please Crys...”

Crystal mengeluh. Lantas, dia bangun dan beredar dari condo mewah itu.

season 2 (episode 21)


Iman Reyhan memandang kosong ke arah taman bunga yang terdapat di hospital ini. Wajahnya pucat tidak bermaya. Adam pula sibuk menguruskan urusan keluar hospital. Dua hari dia ditahan di wad. Namun, tiada satu haripun Faraeza datang melawatnya. Wajahnya diraup. Tersenyum sinis. Adam asyik menyuruhnya menjauhkan diri dari Faraeza. Entah apa alasannya, dia juga tidak tahu. Dia berasa ada sesuatu sedang berlaku dalam diri Faraeza. Namun, dia tidak tahu apa. Alangkah bagus kalau dia ahli nujum, pasti dia tahu kenapa Faraeza nekad untuk memutuskan pertunangan.

“Sudahlah, Man. Lupakan dia. Dia bahagia dengan Farhan sekarang. Kau ni melukut di tepi gantang, tahu!” bentaknya, tetapi perlahan. Dia mengangkat muka. Terasa lemah urat sendinya melihat Faraeza dan Farhan.

Farhan terkejut melihat Iman Reyhan yang sedang berdiri setentang dengannya kini. Dia menatap mata Faraeza yang kini berhadapan dengannya. Sekaligus membelakangi Iman Reyhan.

“Faez, tolong Han boleh?”

“Tolong apa?”

“Tolong papah Han ke kereta. Perut Han sakit sangat” rayu Farhan. Perutnya yang tidak sakit itu dipegang. Mengkesiankan wajah sekesian mungkin. Berkerut-kerut seolah-olah menahan sakit.

Faraeza pelik namun, dia menurut sahaja. Baru beberapa langkah memapah Farhan, dia berhenti. Terkejut. Terpana dengan susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri dihadapannya kini. Berwajah pucat dengan tubuh yang tidak bermaya.

“Assalamualaikum, Puteri.”

“Waalaikummussalam. Apa khabar, Man?”

“Khabar baik. Sampai hati tak jenguk Man di wad.”

“Please Man. We have nothing to talk about”

“Yes we do”

“Don’t start it, Man. Tolonglah. Puteri nak balik. Tolong ke tepi”

Farhan yang sedari tadi menjadi penerhati kepada sandiwara ini tersenyum sinis. Umpannya mengena. Kini, tiba masanya untuk melaksanakan langkah seterusnya.

“Sayang boraklah dulu dengan dia. Han pergi duduk kejap” ujarnya. Perkataan ‘sayang’ sengaja ditekannya. Dia dapat melihat wajah Iman Reyhan yang canggung tadi. Dia tersenyum sinis. Kemenangan kini dipihaknya.

“Tak apa. Lagipun Faez tak ada apa-apa nak cakap”

“Jangan jadi macam ni. Pergilah cakap dengan Iman dulu.”

“Baiklah” balas Faraeza lemah. Selepas itu, Faraeza menarik Iman Reyhan sedikit jauh dari Farhan. Perasaan Farhan harus dijaga.

“Apa lagi ni?” soal Faraeza.

“Puteri tolonglah. Farhan sakit. Kenapa nak korbankan hidup demi dia. Puteri cintakan Man. Hanya Man. Bukannya Farhan. Berhentilah seksa diri Puteri sendiri.”

“Puteri tak kisah walaupun Farhan tu sakit sebab Puteri cintakan dia. Man..tolonglah jangan kacau kami lagi”

“Cinta? Please stop the crap, Puteri. Puteri sedang bagi harapn palsu pada dia. Walaupun dia sakit dan walaupun Man tak tahu apa penyakit dia, puteri sepatutnya berterus-terang. Bukannya berpura-pura mencintai dia. Please, Puteri. Be rational”

“Man!” jerit Faraeza.

Farhan tersenyum. Bergaduh juga akhirnya. Rancangannya berjaya. Kini, tinggal satu langkah lagi. Farhan mencangkung. Memegang perut. Berpura-pura sakit. Nama Faraeza diseru.

“Ya Allah” bisik Faraeza. Cemas. Melihatkan Farhan yang mengerang kesakitan pertengkarannya dengan Iman Reyhan dibiarkan terhenti. Lantas, meluru ke arah Farhan. Lelaki itu dipapahnya.

“Faez, pergilah bincang dulu dengan Iman”

“No. Han lebih penting dari dia sekarang” ujar Faraeza. Suaranya meninggi. Entah kenapa.

Farhan tersenyum. Dia bersyukur. Mungkin inilah hikmah disebalik penderitaan yang dialaminya. Dia mula bersyukut dengan penyakitnya kini. Ternyata banyak juga manfaatnya.

Iman Reyhan yang melihat Faraeza memapah Farhan tersenyum sinis. Lantas, dinding hospital ditumbuk kuat.

“Jangan ingat kau dah menang, Farhan!”

................................................................................................................................................

Faraeza memandang sahaja ke arah Farhan yang sedang menikmati bubur ayam itu. Sekali-sekala dia melihat lelaki itu menjeling ke arah kimchi enak di atas meja.

“Sabarlah Han. Untuk kali ni aje. Nanti Han sembuh, Han makanlah seberapa banyak yang Han nak”

“Ala, kali ni aje”

“No, ianya pedas dan masam. Bahaya untuk perut tu” tegas Faraeza. Farhan kini umpama anak kecil yang merengek-rengek meminta gula-gula. Tiba-tiba, cerek air di dapur menjerit. Faraeza lantas berlari ke dapur.

“Sorry, Faez. Hanya satu aje” bisik Farhan.

Lantas, sedikit kimchi diambil dan dimasukkan ke dalam mulut. Enaknya tidak terkata. Faraeza muncul dengan sedulang air. Dia tersenyum. Gerenti Faraeza tidak tahu.

“Makanlah lagi. Bubur ni bagus tau. Senang untuk dihadam”

“Ittada-kimasu (Jom makan)!”

Farhan meneruskan suapan bubur ayam itu ke dalam mulutnya. Dia rasa tidak sedap perut. Terasa pedih. Mencucuk-cucuk. Dia terbatuk kecil. Banyak kali.

“Han..” panggil Faraeza cemas. Farhan batuk tidak berhenti. Tidak lama kemudian, Farhan berlari ke tandas. Pintu tandas dikuncinya.

“Farhan” panggil Faraeza lagi. Pintu tandas diketuk bertalu-talu. Bunyi Farhan yang sedang muntah kedengaran. Lantas pintu tanda itu ditendangnya. Terbuka juga. Farhan berpaling. Ada warna merah pada kemeja putih yang dipakainya.

‘Darah’ hati kecil Faraeza mendesis.

Farhan bangun menghadapnya. Mendakap Faraeza. Bajunya merah dipenuhi darah. Teresak-esak di bahu Faraeza. Faraeza kaget. Belakang Farhan diusapnya. Banyak kali.

“Sabar, Han. Ingatkan Allah.”

“Kenapa mesti Han?”

................................................................................................................................................

“Apa ni, Puteri? Hal nikah jangan main-main. Sekejap Iman. Sekarang ni Farhan pulak. Mana satu yang kamu mau ni?” soal Megat Nordin keras. Khaleeda menggeleng kepala. Perkahwinan bulan depan. Bakal suami yang bernama Iman Reyhan kini bertukar. Farhan Darwish Bin Andrian Anderson. Entah bagaimana orangnya? Dia juga tidak tahu.

“Tolonglah ayah. Kali ni Puteri tak main-main. Puteri serius dengan dia”

“Puteri, tolonglah. Mama letih tau tak? Barang hantaran daripada kamu dah siap. Dari pihak Farhan macam mana? Perkahwinan bulan depan. Sempat ke?”

“Sempat mama. Semuanya dah selesai. Kad kahwin pun puteri dah pergi ubah. Mama dan ayah jangan risau”

“Terserah kamulah. Ayah tak boleh nak halang. Ni soal hidup kamu. Kamu yang akan hidup dengan dia.”

“Terima kasih, mama dan ayah” ujarnya lembut.

season 2 (episode 20)



Pagi itu, Faraeza terjaga saat cermin tingkapnya berbunyi. Bukannya sebarang bunyi, tetapi bunyi dari kaca yang pecah berderai. Faraeza bingung. Lantas, dia berlari ke tingkap. Dia mengutip seketul batu yang ada bersama kaca-kaca yang pecah itu.

“Iman Reyhan” bisiknya. Kelibat Iman Reyhan yang sedang mundar-mandir itu membuatkan persaannya bergelojak. Lantas, jam di dinding dikerling sekilas. Sudah jam dua pagi.

‘Apa yang dia buat depan rumah aku malam-malam buta ni?’

Iman Reyhan diteliti lagi. Berseluar pendek dan ber t-shirt. Faraeza menggeleng. Pada suhu lebih kurang 20*C ini, apa yang dibuat lelaki itu. Sudahlah separuh bogel. Tidakkah terasa dinginnya. Dia yang berada di dalam rumah dan memakai pijama merasai bahang kedinginannya apa lagi Iman Reyhan yang berpakaian seperti itu.

“Puteri, keluarlah” jerit Iman Reyhan. Faraeza terduduk. Air matanya mula turun. Cengengkah dia kerana sering menangis kebelakangan ini? Lemahkah dia kerana tidak mampu berdepan dengan Iman Reyhan? Dan bodohkah dia kerana meninggalkan Iman Reyhan demi nyawa seorang sahabat bernama Farhan?

“Iman nak apa? Baliklah! We have nothing to discuss!” jerit Faraeza. Kalaulah Iman tahu kenapa dia berbuat begini. Kalaulah Iman tahu setiap kali dia mengucapkan kata perpisahan, dia terasa mati. Jiwa kosong.

“Yes, we have Puteri! Yes, we have!”

“Apa? Baliklah, Man. Janganlah siksa Puteri lagi. Tolonglah..Puteri merayu”

“Apa salah Man, Puteri. Apa salah Man? Man minta maaf kalau Man banyak sakitkan hati Puteri. Tapi, sungguh, Man tak berniat langsung. Tolonglah Puteri. Jangan buat Man macam ni. Man gila nanti”

“Man, Puteri tak layak untuk Man. Lebih ramai perempuan yang layak untuk Man. Tolonglah balik. Jangan seksa Puteri dan jangan seksa diri Man lagi!”

“Tak, Man takkan balik. Man akan tunggu sampai Puteri terima Man. Man akan pulang selepas tujuh hari. Man akan tunggu Puteri selama tujuh hari di sini tanpa makan tanpa minum!”

“Man, please jangan keruhkan lagi keadaan. Puteri tak ada apa-apa perasaan lagi pada Man!” jerit Faraeza. Air matanya turun mencurah tanpa ditahan.

Hampa. Iman Reyhan bukannya ingin pulang, sebaliknya menuju ke kereta dan mengeluarkan gitar dan tikar. Tikar dihampar di atas rumput. Dua biji bantal dan patung harimaunya disusun elok. Lalu, dia berbaring. Gitar diambil. Dan, mulutnya menyanyikan sebuah lagu. Lagu ‘Cinta dalam hati’.

“Man, kenapa nak seksa diri?” soal Faraeza lembut. Dia terduduk. Tersedu-sedan di atas lantai yang dingin.

................................................................................................................................................

Hari pertama,

Pagi itu, Faraeza terjaga saat suara Iman Reyhan menjerit mengucapkan selamat pagi. Mujurlah ayah dan mamanya tiada kerana ke Jepun. Megat Hafiz pula tidak tinggal di situ. Mujur juga kerana rumah Faraeza tiada jiran. Jadi, tiada masalah bagi Iman Reyhan menjerit dan menyanyi. Gerenti, dia tak akan disaman atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.

Faraeza mendengus. Lantas, langsir yang menutupi tingkapnya yang pecah itu ditolak kasar. Kelihatan Iman Reyhan yang masih berpakaian seperti semalam. Kelihatan ceria dengan gitar dibahu. Menyanyikan lagu ‘Selamat pagi’.

As we grow up, we learn that the one person that wasn’t supposed to let us down probably will. You’ll have your heart broken, probably more than once, and it’s harder every time. You’ll break hearts too, so remember how it felt when someone broke yours. You’ll fight with your bestfriend and maybe fall in love with them. You’ll blame a new love for things an old one did. You’ll cry because time is passing too fast and you’ll eventually lose someone close to you. So, take too many pictures, laugh too much, and love like you’ve never been hurt because every sixty seconds you spend angry or upset is a minutes of happiness you’ll never get back.

Faraeza menuruni tangga dengan pantas, ingin ke hospital. Menemani Farhan untuk sesi kemoterapi kali pertama. Selesai menyarung kasut, barulah dia perasankan sehelai kertas berwarna merah jambu yang diselitkan dibawah pintu.

Kata-kata yang ditulis pada kertas itu dibaca berulang kali.

“Apa lagi kali ni, Man?” soal Faraeza lemah. Lantas, dia mencapai suis CRV hitam-merah miliknya. Tidak sampai lima minit, Honda CRV meluncur laju di jalan raya.

“Fullamak, lajunya” ujar Iman Reyhan sambil menggelng-gelengkan kepala. Selepas itu, dia berbaring lagi. Memetik gitar, menyanyi dan memikirkan lagi ayat jiwang yang akan dihantar kepada ‘Puteri’nya.

Life is too short, so love like you won’t get hurt.

Hari ke-dua,

Hari ke-tiga,



I’ve tried to fight it, and I’ve tried to deny it but I can’t. you are undeniable.

Hari ke-empat,



Kenapa ada cinta kalau cinta itu menyakitkan? Kenapa ada rindu, kalau rindu itu mendera perasaan? Kenapa ada sayang, kalau sayang itu membuat kita panasaran?

Hari ke-lima.

Faraeza jadi gelisah. Kenapa tiada ucapan pada hari ini? Lalu, dia keluar.

“Ya Allah”

Taburan bunga sakura yang disusun menjadi perkataan,

“I love you” bisik Faraeza.

‘Aku tak boleh lemah. Aku tak boleh lemah’ tegasnya di dalam hati. Serentak itu, dia ke garaj. Menghidupkan kereta.

Iman Reyhan yang menjadi pemerhati mengeluh lemah. Sudah lima hari, namun tiada tanda yang Faraeza akan berubah hati.

“Puteri, jangan buat Man macam ni.” Bisiknya. Seluar pendek dan t-shirt sudah lusuh dan kotor. Kalau diletakkan dalam kolam, pasti mati ikan-ikan. Perutnya dipegang. Kedengaran muzik gamelan.

“Ya Allah, laparnya.” Hanya itu yang mampu terluah. Wajahnya sudah mula ditumbuhi jambang.

Petang itu, dia melihat Iman Reyhan tiada di tikar rasminya itu. Puas Faraeza mencari. Di kolam hati, kelihatan Iman Reyhan dan Adam yang mandi-manda. Nampaknya Iman Reyhan sedang bercukur. Faraeza tersenyum.

“Iman, kalaulah Man tahu betapa hati Puteri sedang hancur sekarang” bisiknya. Gelak tawa Iman Reyhan dan Adam menenangkan jiwa.

Kita tak mampu bertentang mata dengan orang yang kita cinta. Kita jadi gementar berhadapan dengan orang yang kita suka? Jadi pejamkan mata, wajah siapa yang menjelma? Fikir-fikirkan, siapa yang kita cinta?

Hari ke-enam,

Faraeza meraup wajah. Sudah enam hari. Sudah enam hari, tanpa makan, tanpa minum. Sudah enam hari, menunggu di luar rumah. Enam hari yang menyeksakan. Enam hari yang mendera perasaan.

“Pejamkan mata, wajah siapa yang menjelma? Fikir-fikirkan, siapa yang kita cinta?”

Serentak itu, matanya dipejamkan. Bayangan itu muncul.

“Man...” getusnya perlahan. Serentak itu, mutiara jernih turun membasahi pipi.

Faraeza ke tempat persinggahan Iman Reyhan sepanjang enam hari ini. Kelihatan Iman Reyhan yang sedang nyenyak tidur. Berselimut litup dengan sweater dan winter cap. Faraeza rasa tidak sedap hati. Lantas, dahi Iman Reyhan disentuh.

“Panasnya..”

“Morning, love. So, dah jatuh cinta dengan saya lagi?”

Faraeza mencebik. Lantas, menonong pergi.

Hari ke-tujuh,

Pagi itu, tiada surat merah jambu ataupun ucapan selamat pagi. Lagu ‘Cinta dalam hati’ turut tidak berkumandang. Taburan bunga sakura tidak kelihatan. Faraeza gelisah. Mundar-mandir di ruang tamu.

“Jangan-jangan..”

Faraeza menonong ke tempat Iman Reyhan. Tiada kelibat lelaki itu. Faraeza cemas. Tetapi, ada sesuatu bergerak di sebalik selimut. Selimut itu diangkat. Kelihatan Iman Reyhan yang terketar-ketar. Kesejukan. Wajahnya pucat dan cengkung. Faraeza meriba kepala Iman Reyhan. Dahi lelaki itu disentuh.

“Man, Man demam ni”

...............................................................................................................................................

“Apa kata doktor?”

“Dia demam panas. Dehydrationnya teruk. Suhu badannya terlalu rendah” balas Faraeza. Adam gelisah. Sudah dua jam Iman Reyhan tidak sedarkan diri. Dua pek air glukosa disalurkan melalui wayar-wayar yang dibenamkan pada tangan Iman Reyhan.

“Kenapa dengan korang berdua?”

“Nothing..”

“Come on, Eza. Tak guna berselindung. Tell me, would you?”

“Aku dan Iman dan putus”

“What?! Are you joking, Eza?!”

“No I’m not..”

“Eza, Carl cintakan kau. Kenapa ni? Apa yang tak kena?”

“Tiada apa yang tak kena dengan Iman. Cuma, aku! Aku yang tak kena!” balas Faraeza. Farhan yang kebetulan melewati wad kecemasan terpaku melihat Faraeza bertegang leher dengan seorang jejaka.

“Sayang..” sapanya. Faraeza dan lelaki itu berpaling. Faraeza terpaku.

“Tak nak kenalkan Han dengan dia?”

“Oh, Adam ni Farhan. Farhan ni Adam” Ujar Faraeza gugup.

“Oh, Farhan Adrian. I see. So, Eza ini sebabnya. Ok. Aku nak tengok betapa kau bahagianya kau dengan dia lepas ni” ujar Adam sinis. Farhan tersenyum nipis. Tekaannya tidak salah. Memang itu sahabat Iman Reyhan. Kalau begitu, rancangannya berjaya.

“Tapi..”

“Sudahlah Eza. Tak usahlah kita berbahas pasal ni lagi. Aku harap kau bahagia dengan dia. Jangan melawat Carl. Terima kasih untuk segalanya. Aku akan pastikan Carl tak kacau kebahagiaan kau.”

Adam berlalu pergi. Hatinya panas. Nampak sangat Farhan sengaja memanggil Faraeza begitu. Ikutkan hati, ingin saja dia membelasah Farhan.

“Carl, kenapa nasib kau macam ni?”