CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, March 20, 2009

episod 11 (ending of season 1)

-Puteri vs Faez-

Part 11..(n_n)

Seorang gadis yang duduk dibangku taman bunga menarik perhatian Farhan. Dia yang pada asalnya ingin pergi ke café membatalkan niatnya dan menghampiri gadis itu. Dia menarik nafas dalam-dalam. Setelah semalaman berfikir, Farhan mencapai keputusan untuk memanggil Faez dengan panggilan Puteri. Sudah seminggu Faez menjadi Puteri dan dia senang dengan wajah baru gadis itu. Lantas dia menegur gadis yang leka dengan comic Detective Conan vol. 45.

“Er..Pu..Puteri” panggil Farhan cemas. Apabila dekat dengan Puteri barulah dia perasan akan uniform Puteri yang sudah berubah. Puteri kembali memakai uniform pelajar lelaki. Mungkinkah Puteri akan menjadi FAez semula. Arghhh, susah betul budak split personality ney. Arghhh, belasah je

Aku berpaling saat namaku dipanggil. Ala, tengah syok layan conan selesaikan case ni ade plak yang kaco..hisy, aku pulun jugak. Aku rembas comic tu. Aku berpaling dengan jelingan yang tajam.

“Apa Puteri-Puteri ha!! Kau ingat aku Puteri Negara Nigeria ke??” tengkingku. Kolar baju Farhan aku tarik. Huh, tak puas hati

“La, bu..bukan ke kau yang suruh panggil kau Pu..Puteri. kau ni pehal. Masa aku panggil kau FAez kau suruh panggil Puteri. Aku panggil Puteri kau belasah aku pulak. Ke, kau nak aku panggil kau Dayang lepas ni” kata Farhan seraya ketawa. Aku juga ketawa beberapa kali sebelum mendengus. Kolar baju Farhan aku lepas. Hidung aku sentuh ala-ala gangster.

“ ‘lawak’ betul. Nak pecah kentut aku ketawakan lawak kau tu”

“kau ni pehal, ha. Pu..Faez cube beritahu aku sikit. Gaduh dengan Iman ke. Kenapa kau jadi macam ni semula, ha”

“jadi macam ni..macam ni tu apa. Dah memang nature aku gini nak buat macam mana”

Betul jugak cakap si Faez. Dulu walaupun berpakaian pompuan, dia tetap berjalan macam askar. Rambut tetap bergel dan masih terpacak. Walaupun berskikrt, bola sepak tetap dimainnya. Sape buat salah dibelasahnya. So, faez memang tak pernah berubah walaupun menjadi Puteri seketika. Cuma depan Iman je kot lemah lembut. Ceh, hipokrit

“Betul..kau tetap tomboy dan takkan berubah. Sekurang-kurangnya kau nampak ok dengan uniform ni berbanding dengan uniform pompuan tu. Macam alien je. Tak kena. Oklah Faez or Puteri aku tetap suka kau walaupun kau jadi dayang sekalipon. Aku akan buat apa je yang kau suruh. Ok bye” kata Farhan. Aku tersentak..betul tak apa yang aku dengar tadi..ok kite flashback balik

-Aku akan buat apa je yang kau suruh-

Bukan ayat tu..depan sikit..flashback lagi..

- Oklah Faez or Puteri aku tetap suka kau walaupun kau jadi dayang sekalipon.-

Aku analisis ayat tu elok-elok. Ha, Farhan suka aku!!

“Farhan, boleh tak kau tolong aku buat sesuatu”

“Boleh..apanye”

“Tunduk sikit”

Farhan menundukkan badannya..aku lantas mengepal sebiji penumbuk dan menumbuk matanya. Farhan bangun semula dengan mata yang mula membiru..lebam

“A…ke..kenapa”

“Thanks Farhan. Aku rasa relief sangat-sangat. Bila-bila aku perlukan khidmat kau aku call ok”

Aku meninggalkan Farhan yang tercengang. Lega rasa dapat lepaskan sesuatu pada seseorang. Thanks Farhan sudi jadi punch bag aku.

Hari ni aku ponteng kelas dan kumpulkan semua club nerd yang ada kat Nexus ni. Ramai gak ahli club ni. hampir sepuluh orang. 2 orang satu form. Aku kumpulkan diorang ni kat cheersleader training studio yang disewa khas dari club cheers sekolah.

“Mr Fa..Faez..ada apa ni” tanya Zakwan, setiausaha club nerd ni. melihatkan muka naïf mamat-mamat ni semua tak sampai hati la pulak nak buli. Arhhh, pedulikan

“Aku harap korang boleh tolong aku hari ni” kataku sambil mengepal-ngepal penumbuk. Sengaja aku tayang pada wajah mereka.

“Tolong apa, Mr Faez…” soal Haifa..ajk biasa je. Dia ni antara nerd yang berani kat sini. Tapi, sekali aku jelling je diorang dah diam dan tunduk balik.

Budak-budak nerd ni aku susun ikut jawatan. Sebab pengerusi yang tercintan tak ada..maka rasminya James mendahului barisan. Aku tengok James dengan senyuman sinis..terketar-ketar Kaki James. Aku mendekati James…aku pergi kat bag dan keluarkan semua kerja sekolah aku. Aku baling calculator aku dekat James. Nasib baik sempat sambut..kalau tak berkecai . tiba-tiba ada bau yang kurang menyenangkan..James kau…

“So..sorry Mr Faez”

“James kau kencing!!!!!”

Aku keluar dari studio dengan lega. Semua homework minggu lepas dah siap. Homework minggu ni next week aku suruh la hamba-hamba abdi aku ni buat. Indah dunia ini.

Iman merenung jam B.u.m hitam-merah miliknya. Jam menunjukkan jam 8.30 malam. Dia bingung..bertemu Puteri atau jantung baru. Matanya dipejamkan. Akhirnya dia nekad. Bagasi dicapai dan dia turun ke bawah lalu menaiki kereta yang dipandu pak Mail. Destinasi seterusnya Eternity Airport..

Aku mendengus. Mana Iman ni. Suasana hangar bingar ditaman tema ini menyakitkan jiwa. Tulah, sape suruh aku pilih tempat ni. Bising macam gila. Orang gila pon tak sebising ni. aku mengambil jalan yang berliku-liku dan keluar dari taman tema ini dan mengambil udara segar diluar. Macam mana aku nak beritahu Iman pasal hal ni. aku tak sanggup. Ya Allah..

Iman memandang dashboard. Mama dan papanya rancak berbual di belakang.

“Pak mail..berhenti kejap. Iman nak beli something”

“Tak payahlah Man. Kat airprt boleh beli. Takut terlepas flight nanti.”

“Tapi ma…”

“No tapi-tapi. Pak mail terus ke airport” arah Sy. Salwani. Syed Jamaludin hanya mengangguk dengan kata-kata isterinya.

“Man nak beli apa. Kat airport macam-macam boleh beli”

“Pa…”rengek Iman. Kenapa papa berubah sampai begini sekali. Arghhh, pedulikan. Iman membuka pintu kereta dan keluar dari kereta walaupun kereta itu tidak berhenti. Iman jatuh tersungkur. Terus dia berlari. Sebuah teksi ditahannya.

“Terus ke wonderland”arahnya.

Aku berpusing mengelilingi pokok besar yang dililit lampu-lampu bermacam warna. Ceria betul. Hish, Iman ni mana. Telefonku capai. Suara operator berbunyi lagi. Hish…dahlah off. Siaplah bila kau sampai nanti. Lantas roller coaster aku naik lagi untuk kali keberapa entah..

Traffic jam sudah teruk. Iman resah. Sudah jam 9.15. Aku harap Puteri tak balik lagi. Dia menolah ke kiri dan kanan. Kereta macam tengah berhimpun kat pehimpunan. Lantas Iman keluar dari teksi dan berlari menuju ke wonderland. Hanya sedikit..dadanya sesak. Iman memegang dadanya. Mencucuk sakit.

“Not now please…”pintanya

Iman memandang wonderland yang kedudukannya hanya diseberang jalan ini. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan, Iman melintas tanpa menyedari akan kehadiran sebuah van yang semakin hampir…..

Arghh, sudahlah. Iman ni….

“Arghh, baliklah. Esok mesti dia pergi sekolah”. Aku keluar dari taman tema yang hiruk pikuk ini.

Aku memandang kearah jalan raya yang dipenuhi polis dan ambulans. Sekumpulan manusia sedang mengelilingi sesuatu. Aku tunduk. Accident mungkin. Pedulikan..lantas aku pulang kerumah dengan hati yang berbelah bahagi.

Keesokannya…

Aku memandang tenat kearah kerusi Iman. Takkan mc lagi kot. Kaki ponteng betullah. Tiba-tiba Cikgu Ruzy datang dengan mata yang sudah membengkak. Allergic ke sampai macam tu sekali. Desis hatiku nakal. Aik, mama and papa Iman pon ada. Apahal ni..

“Students..cikgu jemput parents Iman kedepan untuk menyampaikan sesuatu yang tidak pernah kita jangka”

Aku lihat mama Iman yang tidak terurus terduduk dan menangis. Hanya papa Iman sahaja yang tampil kedepan.

“Iman dah tiada. Iman kemalangan dan dia dah tiada lagi. Uncle harap semua kesalahan dia dimaafkan”

Kata-kata yang terngiang-ngiang itu aku analisa. Serentak itu, warga 4 nexus turut menangis. Crystal memelukku.

“Apa yang berlaku ni..aku tak faham”

“Iman…Iman dah tiada..Faez..”kata Crystal sambil memlukku. Mataku terbuntang. Kata-kata Crystal aku analisa semula. Jadi betullah..kemalangan semalam itu..Iman. Aku bangun dan memeluk mama Iman. Tiada air mata yang tumpah sewaktu mama Iman meminta maaf dan menciumku berkali-kali. Aku bangun semula dan menonong ke tempatku semula.

“Faez..kau ok” soal FArhan yang sudah memerah matanya.

Aku ketawa

“Kalau aku tak suruh dia ke wonderland semuanya takkan terjadi. Semuanya salah aku..aku bodoh..bawak sial. Semuanya salah aku..” jeritku

“Faez, kau nak kemana tu” soal Crystal cemas apabila melihatku duduk ditempat Iman. Aku masih begitu. Kelihatan bodoh dan tidak tahu apa-apa.

“Faez..”panggil cikgu Ruzy. Segalanya kedengaran umpama gema yang memekakkan telinga dan aku akhirnya hanyut dalam kegelapan yang semakin kelam.

Aku terjaga dan Iman ada disisiku. Hadir bersama kuda putih dan bersut putih beserta ros merah di tangannya. Ros itu dihulurkan kepadaku. Dia tersenyum sambil membantuku bangun

“Morning. Dah bangun”soalnya

“Oh….”kataku bingung. Aku memandang gaun putih yang aku pakai. Katil yang bertaburan ros putih diatasnya. Apa semua ini. Iman mengheretku ke tasik. Tanganku dicapainya

“Man harap Puteri redha dengan semua ini. Doakan Iman dan jangan tangisi Iman lagi. Walaupun Man dah tiada tapi sayang Man pada Puteri tak pernah hilang dan akan hidup selagi Puteri mengenangnya.”

“hah…”

“Mungkin Puteri masih belum faham. Tapi masa Man dah tamat. Cakap kat mama dan papa Man minta maaf dan Man sayang kat diorang. Puteri kena pergi. Puteri kena balik tempat yang sepatutnya Puteri berada”

“Tempat Puteri. Apa semua ni. Man, jangan buat Puteri macam ni. jangan!!!” jeritku. semakin lama aku seolah-olah semakin jauh darinya. Akukah yang pergi atau dia yang menjauh dariku

“Man…Man!!!!!!”

“Puteri” panggil seseorang. Aku membuka mata. Segalanya kabur. Aku berkelip beberapa kali. Wajah mama Iman tampak jelas. Aku bangun dan mendakapnya. Wajah papa Iman aku amati

“Auntie, uncle..Man minta maaf. Man cakap dia terlalu sayangkan auntie dan uncle. Maafkan semua kesalahannya dan doakan dia. Redhai pemergiannya. Jangan menangisi pemergiannya lagi. Itu permintaan Iman. Tolonglah tunaikan”pintaku lembut dengan air mata yang akhirnya turun juga. Setitis dan setitis jatuh ke pipi. Kemudian kering begitu sahaja. Aku berlari keluar dari bilik rawatan dan menuju ke love pond kami.

-Puteri love Iman. Forever in my heart-

Kata-kata itu aku ukirkan pada batang pokok. Semoga ia kekal dan sentiasa bersinar.

“aishi suzukeru (saya akn terus cintai awk)”

End of season 1..patiently waiting for the new season..

0 comments: