CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, July 10, 2009

Season 2..(episode 12)


Kepulauan Jeju, Korea Selatan.

Faraeza memukul-mukul badan Haikal Iskandar. Geramnya dia tidak terkata. Sakit hati. Sakit jiwa. Sakit perut!!! Semuanya bercampur.

“Kambing hutan, kenapa kau buat aku macam ni?? Kalau benci aku sekalipun jangan buat aku macam ni!”

“Sabarlah. Kitakan baru sampai. Kau ingat kat sini ni kampung Opah aku ke? Tak reti-reti. Sabar tu separuh dari iman tau!”

“Arghh, aku tak kira. Cepat. Kalau tak aku sumpah kau jadi katak! Cepatlah badak sumbu Indonesia”

“Berapa banyak haiwan yang kau nak keluarkan. Habis licin Zoo Negara tau. Sabarlah! Tengoklah aku yang soleh ni!” jerit Haikal Iskandar.

Kedua-duanya terdiam. Berjalan dari lapangan terbang sehingga ke hujung laut Pulau Jeju. Habis haus tapak kasut. Faraeza menjerit. Lantas, kaki Haikal Iskandar ditendangnya. Melepaskan geram.

“Aku lapar! Kenapa kau culik aku sampai ke sini. Tak berpelajaran betul! Sekurang-kurangnya plan baik-baik kalau nak culik aku. Aku dah kebulur tau. Kalau aku mati kelaparan macam mana!”

“Kau takkan mati kelaparan la. Tengok lemak yang bermastautin kat perut kau tu!”

Faraeza sebal. Banyak pula idea lelaki berambut merah ini untuk bergaduh dengannya. Entahlah, perwatakan Haikal Iskandar kelihatan lain. Seperti Iman yang selalu sahaja mencari pasal dengannya.

“Aku dah nampak kedai. Jomlah, singa laut betina” marah Haikal Iskandar. Tangan wanita itu ditariknya kasar. Tidak dapat bersabar dengan pergerakan perlahan minah senget itu. Perutnya yang sudah memutarkan lagu hip-hop dan beberapa rangkap rap itu semakin menjadi-jadi. Seumpama konsert.

Makanan dihadapan mereka dilihat pelik. Masing-masing telan air liur. Terlalu lapar. Berjalan sejauh ini untuk makan. Sudahlah kereta yang disewa hilang dicuri orang. Pakaian dan seluruh harta pusaka milik mereka hilang lesap.

“Apa ni?” soal Haikal Iskandar. Faraeza yang memesan kerana hanya dia yang fasih berbahasa Korea. Bahasa Korea Haikal Iskandar hanya suam-suam air teh aje.

“Nasi dan sup rumpai laut. Sedikit kimchi dan daging bakar.”

Haikal Iskandar yang sudah kembung mulutnya itu mengangguk. Tawa Faraeza meledak. Haikal Iskandar tercengang. Setelah semuanya ditelan, dia meletakkan mangkuk dan penyepit dimeja.

“Hoi, gergasi. Diam sikit. Frekuensi suara kau tu terlalu kuat sampai telinga aku bernanah. Chal-mokku (Makan)”

“Ittada kimasu (Jom makan)” ucap Faraeza sambil kedua-dua tangannya ditepuk. Selesai membaca doa makan, tanpa ingat apa-apa lagi, dia makan dengan rakus.

“Atuk, kau baca doa tak tadi?” soal Faraeza tiba-tiba. Habis terburai mulut kembung Haikal Iskandar. Lantas dia senyum. Menadah tangan dan berdoa.

Masing-masing tersadar kekenyangan umpama ular anaconda yang teraniaya di Hutan Arizona. Terdiam sejuta bahasa. Lidah kebas untuk berkata-kata pabila perut terlalu kenyang.

“Cepatlah bayar” arah Faraeza.

“Kan kereta kita kena curi. Semuanya ada dalam kereta tu”

“Tapi wallet aku, kau dah buang waktu kita dalam flight tadi. Kau lupa ke? Yang ada pun ini ajelah” ujar Faraeza sambil mengeluarkan not satu metro. Mereka berdua berpandangan satu sama lain. Cuba membayangkan apa yang berlaku di setiap restoran jika pelanggannya tidak mampu bayar. Hanya itu…

“Arienai-tsuno (tak mungkin)!” jerit kedua-duanya serentak.

Hari ke-tiga,

Kepulauan Jeju, Korea Selatan.

“Tinggal empat hari lagi sebelum semua hutang kita selesai. Ni semua sebab kaulah, penculik tak berdegree. Tulah, aku suruh ambik Phd dalam bidang penculikan tak nak. Kalau tak kau boleh jadi Profesor Emiritus dalam bidang penculikan tau”

“Arghh, biarkan. Malas aku nak layan gazy macam kau ni”

“Gazy? Apa tu?”

“Gazy atau gergasi. Gazy lebih glamour bunyinya. Arasso (Faham)?”

Faraeza menyumpah didalam hati. Dia yang sedang mengemop itu tiba-tiba tersenyum. Akal geniusnya terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang bakal mendajalkan Haikal Iskandar. Haha…hehe..huhu..hoho…(Memang jahat. Jangan terpengaruh). Faraeza mendekatkan dirinya dengan Haikal Iskandar yang sedang khusyuk mengelap meja itu. Baldi di angkat tinggi-tinggi sehingga mampu menggapai awan. Lalu, dicurahkan semua isi hidup itu di atas kepala Haikal Iskandar. Habis punah. Rambut merah jejaka itu kelihatan kusam. Baunya umpama bau najis anjing yang dicampur dengan najis kuman. Memang busuk. Haikal Iskandar pula masih blur. Seolah-olah bodoh. Lama , barulah dia menjerit.

“Memang bangang. Kurang ajar kau gazy!”

Kedua-duanya berlari berkejaran. Seluruh kedai kayu itu diredahnya. Ketawa bersama-sama. Bergegar sekejap Restoran Dip&Taste itu dengan karenah mereka. Memang tak bertamadun.

“Hoi, dewa dewi ketawa ketiwi hihi hihi!!” jerit Faraeza tiba-tiba. Haikal Iskandar yang sedang memegang tuala Good morning itu berhenti lari. Matanya dikenyitkan. Faham akan maksud perkataan yang dijeritkan Faraeza tadi. Haikal Iskandar senyum sambil berdiri di tepi pintu kedai. Kelihatan satu rombongan yang dianggotai wanita sahaja. Haikal Iskandar tersengih lagi.

“Irai-shimasu (Selamat datang)” sapa Haikal Iskandar mesra. Wanita-wanita tadi melompat-lompat umpama kangaroo. Terlalu teruja dengan sapaan Haikal Iskandar.

“Kawai-ne (Comelnya)!” jerit wanita-wanita tadi. Haikal Iskandar tersenyum lantas menggunakan pesonanya sebaik mungkin. Setiap pertanyaan dari wanita-wanita Jepun itu dijawab dengan baik dan soleh. Memang hipokrit.

“Terima kasih, datang lagi” ujar kedua-duanya dalam bahasa Jepun. Sebaik sahaja bas yang membawa wanita-wanita tadi berlalu pergi, mereka berdua duduk keletihan. Mr Park, pemilik Restoran Dip&Taste keluar dan menghampiri mereka yang tersadai lemah dikerusi.

“Kamu bekerja dengan baik setakat ni. Carl pun pandai gunakan pesonanya untuk memikat pelanggan” ujar Mr Park dalam bahasa Korea yang pekat. Faraeza mengangguk.

“Terima kasih. Saya bersyukur sebab tuan percayakan kami”

“Tadi pihak polis dah hubungi saya. Kereta kamu dah dijumpai.”

“Terim kasih. Susahkan kamu sahaja” balas Faraeza. Selepas itu, lelaki berbangsa Korea separuh abad itu berlalu pergi.

“Apa yang kau membebel dengan Mr Park”

“Guess what? Kereta kita dah ditemui!” jerit Faraeza riang.

…………………………………………………………………………………………

Haikal Iskandar terkial-kial mendengar arahan dari GPS yang sepenuhnya berbahasa Korea. Penterjemah tidak bertauliah disisinya pula sedang sibuk melayan lagu-lagu dari DBSB. Haikal Iskandar yang sememangnya terlalu benci dengan kumpulan itu hanya mencebik. Lalu, GPS yang tidak faham bahasa itu ditutupnya. Diakah atau GPS itu yang buta kosakata?

Faraeza disisi mengangkat kening ala-ala anak Pak Zain iaitu Ziana Zain. Haikal Iskandar buat bodoh sahaja. Hatinya sakit dengan tingkah laku Faraeza yang seolah-olah lupa diri sewaktu mendengar lagu dari kumpulan DBSB. Kalau iye pun tak puas hati jangan buat macam ni!

‘Dia ingat aku ni Davi Jones ke? Tak ada perasaan? Huh, bagak betul!’ bentak hati Haikal Iskandar. Kecil hati.

Faraeza akhirnya sedar kedunia nyata apabila lagu dari kumpulan DBSK itu habis. Memang suara Farhan sedap dan lembut. Kenangan bersama kumpulan ini tidak akan pernah dilupakannya. Dia mengiring ke arah kiri. Nampak Bandar Seoul yang bertentangan dengan pulau ini.

“Duit ada berapa ‘juta’ lagi?” soal Faraeza.

“Tak tahu. Kita ke Eternity Hotel aje. Kita ada cawangan hotel disini”

“Cepatlah. Aku nak mandi ni. Dah tiga hari kita tak mandi tau. Busuk!”

“Kaulah yang busuk. Aku tak berbau pun. Tengok Ambi Pur aku pun dah rosak sebab bau kau yang mengalahkan belacan basi ni.”

“Bagak, janganlah melampau sangat.”

Haikal Iskandar tidak ada idea untuk berbalah lagi. Cukuplah sampai disini. Dia sudah letih. Letih otak dan letih mulut. Belum dicampur lagi dengan dosa yang diperoleh. Buat letih aje. Last-last, dia yang sakit hati. Kereta membelok ke kanan. Memasuki perkarangan Hotel Eternity cawangan Korea. Mengikut perancangan daddynya, sebuah lagi lapangan terbang Eternity akan dibina. Biarlah, dia sudah malas campur tangan.

Selesai check-in, masing-masing ke bilik masing- masing. Faraeza mencebik apabila diberi kunci oleh Haikal Iskandar. Walaupun benci, ada sesuatu yang bertapa dihatinya dan pastilah bukan ilmu hitam.

‘Kata umi, tak baik membenci orang. Jadi, takkanlah penjenayah macam Haikal Isknadar pun tak boleh dibenci. Maknanya, kena buat baik dengan semua orang termasuk pembunuh, penyangak, komunis dan bintang tiga. Bukan ke komunis dan bintang tiga tu sama? ‘

Faraeza menggeleng. Apabila datang soal sejarah, dia gila. Sebab itulah dia mendapat gred C setiap kali peperiksaan.

Hari ke-empat,

Pulau Jeju, Korea Selatan.

Haikal Iskandar tercungap-cungap. Dia bermimpi lagi. Kini, setiap malam tidurnya tidak tenteram. Sering kali dia bermimpi. Lantas, dia bangun dan berdiri diberanda. Laut kelihatan membiru. Deruannya mendamaikan. Memang aman dan damai. Namun, sehingga kini, dia tidak punya keberanian untuk berterus-terang kepada Faraeza. Bunga-bunga sakura menggugurkan bunganya yang merah jambu.

“Carl nak cakap sesuatu”

“Bue-yo (Apa)? Cakaplah. Ju akan terima.”

“Tapi, Carl nak minta maaf. Carl langsung tak berniat. It’s unintended”

“Ju dah redha untuk segala-galanya. Cakaplah, Ju tak akan marah”

“Kita putus” ujar Haikal Iskandar terketar-ketar. Sungguh, hatinya tidak sanggup. Namun, sudah tidak ada cinta lagi buat Juliana. Meneruskan hubungan bermakna lebih kejam dia pada Juliana.

“Baiklah” balas Juliana tenang.

Juliana bangun menghampiri Haikal Iskandar yang membelakanginya. Dipusingnya badan jejaka itu. Dada Haikal Iskandar diusapnya. Lalu, kolar baju itu dibetulkan.

“Tapi, kakak akan selalu sayang Carl. Bila-bila masa, kakak selalu ada untuk Carl”

“Ju..kakak..” hanya itu yang mampu keluar dari mulut kecil Haikal Iskandar.

“But, let me ask you a simple question. What is the meaning of love?”

“Love. Cinta merupakan satu perasaan yang lembut dari hati. Melalui cinta timbullah rasa ingin memiliki. Jadi, cinta haruslah saling memiliki”

“Cinta tak perlu memiliki. Pada kakak, cinta sejati ialah cinta yang tidak memiliki. Cukuplah, asalkan orang yang kita cintai itu bahagia. Kakak selalu doakan kejayaan Carl. Berterus-terang dengan dia. Beritahu hal yang sebenarnya.”

“Terima kasih, kakak” balas Haikal Iskandar. Sudah lama dia tidak memanggil Juliana dengan panggilan kakak.

“Kakak akan ke Australia semula. Berbahagialah dan nikmati hidup ini. Buangkan ego kamu. Dekati dia, belajarlah mencintai terlebih dahulu tanpa meminta untuk dicintai” ujar Juliana. Haikal Iskandar terdiam seribu bahasa. Dia rasa disayangi. Juliana sudah banyak berkorban deminya.

Haikal Iskandar memejamkan mata. Kenangan minggu lalu hilang dari ingatannya. Lanatas, dia ke sofa. Membaringkan tubuhnya yang kurus itu disofa. Bantal bulat lembut itu dipeluknya.


Faraeza meneliti Haikal Iskandar yang nyenyak tidur. Kenapa dia tidur? Demamkah? Letihkah? Sakitkah? Pelbagai persoalan meniti dibenaknya. Namun, semuanya tidak terjawab. Haikal Iskandar memakai seluar putih bersama t-shirt lengan panjang berwarna merah yang berleher besar. Wajah Haikal Iskandar ditenungnya dalam. Kulit yang putih kemerahan. Matanya yang berbentuk almond itu kelihatan cantik apatah lagi dengan titisan air mata yang sering bertakung di tubir mata. Sebab itu, matanya kelihatan bercahaya. Hidung dan mulut Haikal Iskandar diteliti juga. Entah kenapa, semuanya mirip benar dengan Iman. Faraeza lemah.

Haikal Iskandar terjaga. Kelihatan Faraeza. Wanita itu seolah-olah berkhayal jauh. Namun, pandangan matanya jatuh pada Haikal Iskandar.

“Am I too gorgeous too handle?”

Faraeza tersentak. Satu suara garau membawanya kembali ke dunia nyata. Wajah Haikal Iskandar yang sedang tersenyum itu dilihatnya sekilas. Entah kenapa, jantungnya berdetak pantas. Laju. Terasa berdebar tiba-tiba. Ada satu perasaan yang.. yang hangat sedang mengalir lesu didalam hatinya. Namun, dia berlagak selamba. Mencari idea untuk berdebat dengan the red devil a.k.a Haikal Iskandar.

“Pigidah. Katak dalam bilik aku lagi handsome dari kau tau”

“Alah, tak usah berdalih, Eza. Today, I am a frog but tomorrow, I’ll be a prince in your heart’ ujar Haikal Iskandar dengan intonasi suara yang lembut. Faraeza tersentak. Namun, cepat-cepat dia berlagak selamba. Kelajuan jantungnya mencapai tahap maksima.

“Boleh tak jangan perasan. Berdosa tau tak. Dahlah tak disukai Allah.”

“You can deny it, but your eyes can tell me. Cepatlah.”

“Cepat? Apa yang cepatnya?”

“Merisik akulah. Tahu tak ada lapan juta lagi borang merisik aku dekat rumah. Semuanya aku tinggal sebab kau tau. Aku rela tolak lapan juta orang perempuan yang merisik aku demi gazy macam kau ni. Even pinangan Fira Sandha pun aku tolak tau” ujar Haikal Iskandar sombong. Hidungnya yang mancung itu disentuh ala gangster. Gangster rambut merah. Tak lama lagi bolehlah masuk geng Naruto atau Bleach. Warna rambut pun dah sama.

“Malas aku nak layan orang bermasalah jiwa macam kau ni. Menyakitkan hati, telinga dan kepala aje. Macam wabak penyakit kuku, tangan dan mulut, tahu!”

“Ok. From now on, stop minding about other business. Just take care of your stuff, ok”

“It’s ok then. I don’t’ have any problem with that. Kalau kau kacau aku, I swear, you’ll not forget my name for the rest of your life’ jerit Faraeza. Marah! Sakit hati! Sebal! Bebal! Eh, bebal taklah.

Haikal Iskandar tersenyum sinis melihatkan Faraeza yang sedang menuju ke biliknya.

‘Ayam belanda ni, datang bulan ke? Suka sangat mengamuk sejak akhir-akhir ni. Satu cara aje nak pastikan’

Haikal Iskandar bergegas ke bilik Faraeza yang hanya berhadapan dengan biliknya. Pintu bilik Faraeza diketuk berkali-kali. Hampir runtuh. Mujurlah ini hotel daddynya. Seketika, wajah Faraeza yang mencuka muncul.

“Kau datang bulan ke?”

Paannggg! Satu tamparan berbisa dan berharga milik Inspektor Faraeza singgah dipipi Haikal Iskandar.

“Apa dosa aku dengan dia?” soal Haikal Iskandar sedih sebaik sahaja pintu bilik Faraeza bergegar ditutup perempuan berketurunan rusa itu!

0 comments: