CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, June 7, 2009

Season 2..(episode 8)




Adam menjeling Haikal Iskandar dan Faraeza yang berpegangan tangan dari tadi. Sejak majlis perasmian Hotel Eternity bermula. Kira-kira dua jam yang lalu.

‘Lebih-lebih betul diorang ni’ bentak hati Adam.

Senyuman di bibir ‘merpati dua sejoli’ itu walaupun palsu dan nampak plastic, masih mampu menipu semua mata yang memandang kecuali dia. Adam bingkas bangun. Hasrat hati nak ketandas. Melepaskan hajat yang terbuku di hati. Sedang asyik Adam berjalan, dia terlanggar seseorang.

“Sory miss” kata Adam sopan.

“It’s ok”balas wanita itu.

Adam tersenyum. Tetapi, sebaik sahaja wanita itu berpaling, senyuman Adam hilang. Mulutnya ternganga…

“J…J..Ju….”

“Otou-to (adik)” kata Juliana tersekat-sekat.

Wajah adik kembarnya ditenung lama. Adam pantas bangun. Ingin meninggalkan Juliana yang sudah menitis air matanya.

“Adam… “bisik Juliana

“Ohisashiburidesu-ne..(Lama tak jumpakan)” jeritnya tiba-tiba.

Adam berhenti berjalan.

“Iyo..(ya). Aku pergi dulu. Sumimasen (Minta maaf)”

Lengan Adam ditariknya pantas. Hatinya sakit. Air matanya menitis. Cukuplah…hal sebenar perlu didedahkan. Sudah cukup dia diseksa. Dia juga ingin bahagia. Sudahlah Haikal Iskandar sudah berpaling darinya, kini adiknya juga begitu. Nampaknya, segalanya harus diberitahu. Dia sudah tidak peduli, tidak rela terus dibenci.

“Ada hal yang Ju nak cakap. Tolonglah dengar”

“Apa? Hal apa? Hal kenapa kau tinggalkan Carl? Aku tahulah. Sebab kau ada jantan lainkan. Ibu(ibu Haikal Iskandar) dan cerita semuanya” tengking Adam Soo.

Kembarnya memang patut diajar. Lima tahun dahulu, selepas kemalangan yang menyebabkan Haikal Iskandar buta, Juliana Soo malahan lari ke Australia. Adam sakit hati. Sahabat yang sudah dianggap adiknya diperlakukan sebegini rupa walaupun oleh kakak kembar sendiri.

“Tolonglah…bagi Ju kesempatan. Sekali aje. Tolonglah. Ju akan ceritakan segala-galanya” rayu Juliana lembut.

Adam keliru. Namun, rayuan sayu kakaknya juga menyentuh hati.

Haikal Iskandar merasakan pandangannya berpinar. Lantas, dia menarik Faraeza ke bilik hotel. Sebaik sahaja masuk ke suite Hotel Eternity, dia menolak Faraeza ke katil.

“Apa ni” marah Faraeza.

Dia mula berasa tidak sedap hati. Lantas, bahagian hadapan badannya yang terdedah kerana gaun yang dipakainya kini ditutup. Haikal Iskandar ketawa. Badan Faraeza ditolak. Wanita itu terjatuh ke katil. Haikal Iskandar menekan badan Faraeza dan tidur diatas perutnya.

“Hangatnya. Mesti banyak lemak” sindirnya.

Faraeza mencebik. Tiba-tiba jantungnya berdegup pantas.

‘Kenapa aku selalu macam ni. Kenapa aku suka dia buat aku macam ni’ bentak hati kecilnya. Dia bingung. Namun, tiada jawapan yang paling tepat dapat diberi.

“Kalau aku tanya jangan marah..”

“Insyaallah” balas Haikal Iskandar. Insaf tiba-tiba.

“Siapa Juliana” soal Faraeza takut-takut.

Bukan apa, singa laut Madagascar ni memang tidak dapat dijangka moodnya. Kejap baik..kejap garang. Rahang Haikal Iskandar bergerak-gerak. Faraeza cemas. Wajah Haikal Iskandar sukar ditafsir. Sama ada, marah atau sedih.

“Juliana…bekas kekasih aku”

5 tahun dahulu..

Kota Metrophoenix, Metrophoenix Timur.

Haikal Iskandar memandu kereta dengan laju. Hatinya girang. Juliana yang selama ini dipanggil kakak kerana perbezaan umur mereka selama 3 tahun, berjaya dipanggil ‘sayang’ hari ini. Dari tadi, dia tersenyum. Juliana menerima lamarannya. Lantas dia mencapai handphone. Nombor Adam didailnya.

“Hello, Adam. Cuba teka apa yang berlaku”

“Kau pass exam history Miss Yeo” teka Adam.

Sengaja dia meneka begitu walaupun hal yang sebebar sudah diketahui. Juliana itu kakak kembarnya. Masakan Juliana lambat memberitahu gossip hangat seperti ini.

“Taklah bagayaro(Bodoh). Ju..kakak terima lamaran aku. Dia nak kahwin dengan aku. Just imagine it dude, arghhhhh…Aku bahagia gila sekarang ni. Jumpa malam ni, ok. Tempat biasa”

“Hai, wakatta (saya faham). Dahlah, kau tengah drive kan, drive carefully” kata Adam.

Belum sempat ganggang diletakkan, bunyi dentuman diselang-selikan dengan suara jeritan jelas kedengaran. Adam terduduk. ‘Carl’ hanya itu yang terlintas dibenaknya.

Dua hari lamanya Haikal Iskandar coma. Kereta yang dipandu bertemu dengan lori membawa balak 18 tayar. Mujur sahaja nyawa Haikal Iskandar panjang. Seluruh badannya berbalut bersama kedua-dua belah kaki yang tergantung. Tidak lama kemudian, Haikal Iskandar sedar. Juliana dan Adam menerpa.

“Gelapnya. Kenapa tutup lampu. Bukalah lampu tu. Gelap sangat ni” keluh Haikal Iskandar.

Adam dan Juliana berpaling. Memang, doktor telah menerangkan tentang kaca yang masuk kedalam mata Haikal Iskandar. Namun, mereka tidak dijelaskan pula dengan kemungkinan Haikal Iskandar akan buta.

“Kenapa ni? kenapa diam? Tolonglah buka lampu. Kenapa kaki aku tak rasa apa-apa?” soal Haikal Iskandar.

Dia mulai cemas. Gelap yang dirasakan sekarang bukan gelap biasa tetapi…di sudah buta. Kakinya yang tidak rasa apa-apa kini, bermakna dia sudah cacat!

‘Ya Allah….’ Jeritnya didalam hati.

Air mata tumpah tanpa ditahan. Segalanya hilang sekelip mata.

“Arienai-tsuno (Tak mungkin). I-ieeeeeeee(tidak!!)”Jeritnya.

Dia menggelepar dikatil. Kenyataan ini sukar diterima. Tangisan Juliana dan suara ibu serta daddy menyentuh gegendang telinganya. Tetapi, sedikitpun dia tak dapat lihat. Apa yang dia tahu, ada sesuatu yang dicucukkan pada lengannya, dan serentak itu, perjalan ke dunia lain bermula. Dia diberi sedatif morphine dan terus tertidur.

“Apa yang aku tahu, lepas aku bangun dua hari kemudian, Ju dah tak ada. Dia tinggalkan aku lepas aku cacat. Lima tahun yang menyeksakan. Macam-macam pembedahan aku buat supaya aku dapat berjalan. Seksa sangat. Sebab tulah aku takkan maafkan Ju. Dia sangat jahat!” ujar Haikal Iskandar tegas.

Air mata yang turun diseka lembut oleh Faraeza.

“Aku minta maaf. Aku tak patut tanya.”

“Tak apa. Lagipun, kau memang patut tahu. Tapi, sekarang aku dah boleh melihat. Kalau tak sampai sekarang aku tak tahu kau polis. The most mesmerized one at Inderawasih” puji Haikal Iskandar ikhlas.

Entah kenapa, dia senang bersama wanita ini. Ada sesuatu yang terlintas setiap kali tangannya tersentuh kulit Faraeza. Dia rasa seperti pernah melakukannya lama dahulu. Pelbagai bayangan mengenai seorang lelaki juga muncul. Tetapi, dia bingung akan maksud semuanya. Dan selepas itu, pasti kepalanya akan sakit. Seperti pelbagai memori sedang berpusing dibenaknya.

“Kau tabah. Kau tak sejahat yang aku sangkakan. Walaupun, kau agak jahat tapi, kau tabah. Aku kagum dengan kau” bisik Faraeza.

Kepala Haikal Iskandar diusapnya. Haikal Iskandar ternampak bayangan lagi. Lantas dia bangun keluar dari suite itu dan meninggalkan Faraeza yang kebingungan.

…………………………………………………………………………………………


“Carl” jeritnya. Haikal Iskandar hanya menonong.

Faraeza mengikut sahaja ke mana Haikal Iskandar pergi. Entah mengapa, mood Haikal Iskandar berubah. Sesungguhnya, memang sukar untuk memahami jejaka ini.

Pelbagai soalan bermain diminda Haikal Iskandar. Siapa lelaki yang selalu muncul di fikirannyanya. Mengapa kolam berbentuk hati dan seorang gadis turut terlintas dikepalanya. Dia bingung. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

“Carl..”panggil Juliana.

Faraeza lantas mendekati mereka berdua.

“Eza, tolonglah tinggalkan kami berdua. Ada sesuatu yang perlu diberitahu” rayu Juliana. Adam yang keluar dari bilik turut mendekati.

“Kenapa saya nak lepaskan kekasih saya kepada orang macam awak”

“Tolonglah. Ju ada perkara penting nak cakap”

“Apa yang awak nak cakap, Ju? Cakap saja kat sini. Kenapa awak perlu berbual berdua? Awak nak sakitkan hati Carl lagi ke?” marah Faraeza. Dia turut bingung mengapa dia jadi begini.

“Carl, please. Ikut Ju, sekejap pun jadilah” tarik Juliana.

Faraeza turut menarik lengan Haikal Iskandar. Adam bingung.

‘Aku ni tak ada yang berkenan ke?’ Hati Adam berbisik nakal.

“Carl yang akan buat keputusan. Pilih Carl, Eza atau Ju” arah Fareza. Lama Haikal Iskandar termenung.

“Sorry, Eza” ucap Haikal Iskandar.

Dia mengekori Juliana. Faraeza bingung. Setitik air mata turun.

Apa yang aku buat ni. Ya Allah, apa yang aku buat ni? Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa dia mengingatkan aku pada arwah Iman? Ya Allah, tolonglah aku’

Adam menarik Faraeza. Mereka ke lobby. Faraeza menelifon Crystal.

…………………………………………………………………………………………

Crystal menghentak meja. Wajahnya merah menahan marah. Rambut blonde dipotong layer miliknya menari-nari ditiup angin.

“Berani dia buat macam tu kat kau” marah Crystal.

Dia berasa marah pada Haikal Iskandar. Tergamak sahabatnya diperlakukan sebegini rupa. Wajah sedih Faraeza ditenung dalam.

‘Ada benda yang dirahsiakan dari aku’ Bisik hati crystal

“Kau hanya berlakon sebagai kekasihkan?” teka crystal

“Crys, saya rasa awak tak perlu masuk campur. Ni hal Eza dan Carl” tegur Adam.

Mata coklat gelap milik Crystal dicerlungkan. Adam tunduk.

“Alright. Sorry”

“Aku hanya berlakon dengan dia. Tapi, aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Aku rasa marah bila Carl tak pilih aku. Aku rasa sakit. Sedih. Aku tak tahu kenapa. Setiap kali aku dengan dia, semakin kuat ingatan aku dengan Iman datang. Dia mengingatkan aku pada Iman. Aku tak tahu. Aku bingung, Crys. Tolonglah aku”

“Aku rasa kau dah sayangkan dia, Faez..maksud aku Eza”

“Arienai-tsuno (tak mungkin)!” jerit Faraeza sehingga terbangun.

Semua pengujung café hotel terkejut. Adam senyum sumbing. Adam yang kaget lantas menariknya duduk.

“Janganlah semangat sangat”

“Mina-sama (Anda semua), sumimasen (Minta maaf). Hongto-ni sumimasen (Betul-betul minta maaf)” ucap Faraeza sambil tunduk sopan kepada pengunjung Café Hotel Eternity.

“Kau mengingatkan aku pada cerita Maafkan aku, kerna mencintaimu” kata Crystal.

‘Macam pernah dengar tapi kat mana ek’ desis hati Faraeza

“Owh cerita jiwang tu ke? Cerita apa entah macam tu. Tak menarik langsung. Mesti penulis skripnya tangkap jiwang” sampuk Adam tiba-tiba.

Faraeza berasa cemas. Mana taknya…..

“Kenapa kau kata cerita tu tak menarik”

“Entah, macam bodoh je. Tajuk pun dah kelakar. Cerita panjang, meleret-leret. Hero pula macam tak ada orang lain. Asyik-asyik Farhan Adrian. Bosan tau. Cerita tu, pendek kata memang tak membina minda”

“kau rasa kalau kau jumpa penulis skrip dia, apalah yang akan kau buat” soal Crystal.

Wajah Crystal memerah. Faraeza tertangkap sesuatu.

‘Tak mungkin. Nampaknya satu lagi perang Nepoleon bakal tercetus’

“Aku kutuklah. Cerita jiwang. Meleleh macam gam. Geli aku”

“Owh, macam tu . Apa kau nak buat kalau penulis skrip itu ada depan mata kau”

“Aku kutuklah. Simbah dengan air ke? Nama penulis tu apa ek. Ha, namanya Gagak di katil. Nama kuno macam zaman Firaun” ujar Adam bersungguh-sungguh.

Seketika, Adam terdiam. Sesuatu mengganggu benaknya. Kata-kata Crystal diflash back balik. Dia seperti tertinggal sesuatu.

“Apa kau nak buat kalau penulis skrip itu ada depan mata kau”

Adam ternganga. Dia tertangkap sesuatu. Lantas, dia bangun. Hajatnya ingin melarikan diri.

“Hongto-ni sumimasen (Betul-betul minta maaf)” jerit Adam sebelum lari dari café itu.

Crystal yang sememangnya kaki gaduh lantas mengejarnya. Faraeza mendengus.

‘Dua-dua tak boleh harap’

…………………………………………………………………………………

Haikal Iskandar terduduk. Benarkah apa yang dikatakan Juliana. Benarkah??

“It’s that true, Ju?” soal Haikal Iskandar.

Juliana yang sudah merembas air matanya duduk berlutut dikaki Haikal Iskandar.

“Ibu yang halau Ju. Ibu suruh Ju larikan diri dari Carl. Ju tak sanggup. Tapi, ibu ugut nak berhentikan Adam dari kolej. Ju tak boleh biarkan itu berlaku. Akhirnya, Ju harus tinggalkan Carl. Ibu cakap, bila Carl boleh jalan, baru Ju boleh balik.

Tapi, bila Ju balik ibu halau Ju lagi. Tiga tahun dulu, ibu arahkan orang culik Ju dan hantar Ju ke Australia. Ju dikurung. Ju ditahan. Dikawal. Ju jadi banduan” ucap Juliana.

Demi tuhan, semua yang diucapkannya benar. Ibu memang tampak baik, namun dia pandai berpura-pura. Dia juga nyaris termakan dengan pujukan ibu. Mujurlah dia berjaya lari dari kawalan ibu dan orang-orangnya. Kini, dia bertemu lagi dengan Haikal Iskandar.

“Betulkah?? Patutlah, patutlah ibu sentiasa senyum setiap kali menyentuh soal kehilangan Ju”

“Semuanya benar, Carl. Ju tak pernah bohong Carl selama ni”

Demi mendengarkan kata itu, Haikal Iskandar berang. Wajahnya merah padam. Lantas, pipi Juliana ditamparnya.

“Kenapa tak beritahu Carl. Carl benci diri Carl sebab bencikan Ju. Carl cintakan Ju. Tak pernah berhenti cintai Ju walaupun seminit” ucap Haikal Iskandar.

Juliana sudah ada dalam pelukannya. Keduanya menangis..

“Neo-hanaman sarangha-neunde (Saya hanya cintakan awak). Idearu-narol tugo kachima (Tolonglah jangan tinggalkan saya lagi)” ucap Haikal Iskandar dalam sendu.

Faraeza termenung. Kelibat Crystal dan Adam Soo sudah menghilang. Lantas, dia bangun dan mencapai tas tangan. Eternity Hotel akan ditinggalkan. Baru sahaja melangkah keluar dari hotel, lengannya ditarik kasar. Dirinya didorong kedalam kereta. Faraeza meronta.

“Lepaskan aku!” jerit Faraeza bekali-kali.

0 comments: