CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, August 20, 2009

Season 2..(episode 18)


Tuan Adrian resah melihatkan keadaan Farhan yang masih belum sedarkan diri. Dua hari sudah berlalu. Terasa seperti dua tahun lamanya. Menunggu Farhan untuk tersedar. Wajah Farhan diusap perlahan-lahan. Tangan dingin anaknya dikucup sepenuh hati.

“Maafkan daddy, Han. Rose, abang minta maaf. Abang bukan daddy dan suami yang baik. Abang tak dapat penuhi janji abang pada Rose.” Bisik Tuan Adrian. Tangan anaknya dikucup lagi. Penuh syahdu.

“Kenapa kau, nak. Sepatutnya daddy yang tanggung semua ni. Han muda lagi. Sepatutnya daddy yang sakit, bukan Han. Daddy dah lama hidup. Han baru 26 tahun, sayang. Kenapa mesti Han?”

Tuan Adrian memejamkan mata. Tiba-tiba, dia dapat merasakan gerakan jari-jemari Farhan. Namun, matanya tidak terbuka. Mulutnya menyeru sesuatu. Tuan Adrian mendekatkan telinganya. Kata-kata yang keluar dari mulut Farhan akhirnya dapat difahami.

“Faez?” soalnya kepada diri sendiri.

“Uncle, Farhan dah sedar?’

“Xander, siapa Faez?”

“Faez??”

................................................................................................................................................

Sejak berhenti menjadi pegawai polis ni, aktiviti sehari-hari seperti biasa sahaja. Dia tidak lagi tinggal dengan Crystal, sebaliknya tinggal di banglo 3 tingkat bersebelahan dengan ladang anggur. Aktiviti sehari-hari, memetik buah anggur dan makan. Kadang-kadang tidur sehingga tengah hari. Kalau dulu, sewaktu Iman Reyhan ada, pasti mereka akan keluar bersama. Namun, sejak Iman Reyhan ditugaskan ke luar negeri, dunianya bosan. Tiada usikan, tawa-riang dari tunangannya itu. Setakat ini, sepanjang bertugas selama dua minggu di pedalaman Hutan Outerphoenix, hanya satu panggilan telefon diterima. Itupun tidak jelas. Tidak sempat berbual, talian terputus.

Faraeza berbaring di atas tikar sambil memerhatikan bunga sakura yang jatuh ke tanah. Di luar ladang anggur yang disempadani dengan pagar putih, pokok sakura tumbuh mengelilingi. Seolah ladang dalam taman bunga sakura. Segugus anggur ungu pekat diambil. Dimasukkan ke dalam mulut. Megat Hafiz tiba. Menghampiri adiknya yang sedang asyik melantak buah anggur.

‘Terlebih vitamin C jugak budak ni karang’ hati kecil Megat Hafiz mendesis. Dia yang merupakan seorang doktor itu menggeleng-geleng melihatkan adiknya. Walaupun bergelar ‘Puteri’ kini, namun, perlakuannya tiada gaya seorang ‘Puteri’ langsung. Ceh, hampeh!

Dia masih ingat, dahulu, sewaktu mula tiba di Nexus Private High School, dia dipanggil kak Fifi, manakala Puteri Faraeza dipanggil abang Faez. Dia tersenyum. Argh, itu zaman jahilliah. Zaman dia masih ragu-ragu mengenai identiti diri. Kini, dia yakin dengan jantina dan identiti dirinya. Tiada lagi tocang-tocang pendek dan sepit-sepit rambut berbuah strawberry yang menghiasi rambut blondenya. Kini dia sememangnya Megat Hafiz. Tiada lagi sapaan ‘mak’ dan ‘nyah’. Kini, dia boleh bercakap dengan sesiapa sahaja tanpa tangannya naik dan memukul tangan sesiapa. Dulu, Iman Reyhanlah yang sering menjadi mangsanya. Itupun kerana Iman Reyhan sahaja yang sudi berkawan dengannya. Melayannya dengan ganas. Namun, kerana Iman Reyhan jugalah dia berjaya menjadi Megat Hafiz hari ini.

Faraeza pelik melihatnya saudara kembarnya yang tersengih-sengih merenung pokok anggur yang tidak berbuah lagi.

“Apa yang kau tengokkan tu?”

“Tak ada apa-apalah. Mana Iman? Lama aku tak tengok kau dating?”

“Dia ke Outerphoenix. Outstation.”

“Pedalaman tu? Wau! Kau jangan jealous kalau dia bawak balik perempuan telinga lanjut dan berleher jinjang dari sana” usiknya. Dia jadi ingat pada dokumentari yang dilihat di Discovery Channel mengenai suku kaum Huma di Hutan Outerphoenix. Lelaki terkenal dengan cawat putih manakala kaum wanita pula bertelinga panjang dengan anting-anting tembaga. Leher mereka jinjang kerana besi yang dililit di leher. Kata mereka cantik. Apa yang cantik pun tak tahulah.

“Nyah nak kena tembak dengan mak ke?” soal Faraeza sambil gaya gedik abangnya dahulu diikut.

“Perli eh? Kau tu? Hisy, ngeri aku nak cerita. Dah berapa orang separuh mati kau kerjakan?”

“Owh tu sebab aku nak selamatkan kau jugak. Tulah, cantik sangat. Berapa orang nak kacau kau dulu. Sebab adik kaulah, kau masih dara sampai hari ni tau!”

“Ambik ni” ujar Megat Hafiz sambil membaling gugusan anggur kepada adiknya yang sedang bersenang-senang di atas tikar itu.

“Nyah, habis kotor mak tau!” marah Faraeza. Megat Hafiz mencebik.

Kedua-duanya berlari megelilingi ladang anggur itu. Deringan telefon bimbit kedengaran. Lagu ‘Fall for you’ berkumandang. Faraeza berhenti. Nokia 77 dicapai ganas. Gambarnya dan Iman Reyhan yang menghiasi skrin telefon dikucup dahulu. Argh, tidak tertahan rasanya rindu. Nombor yang menelifonnya tidak dikenali. Lalu butang hijau itu ditekan.

“Moshi-moshi (Hello)” sapa Faraeza penuh beradab. Mana tahu, daddy dan ibu Iman Reyhan yang menelifonnya.

“Ano, anatawa Faez-desuka (Awak ni Faez ke)?”

“Hai (Ya)” balasnya walaupun agak janggal dengan pertanyaan lelaki itu. Suaranya jeals menggambarkan usianya yang separuh abad itu.

“Ano.......”

Faraeza terduduk. Air mata setitik demi setitik jatuh. Berita yang disampaikan lelaki tadi menghiris tangkai hatinya. Megat Hafiz kaget. Lantas, dia duduk tercongok.

“Dareno (Siapa)?”

“Kita ke Chunglim hospital. Ima (Sekarang)!”

Megat Hafiz mengekori adiknya yang sudah jauh berlari meninggalkannya.

“Nyah, jangan tinggalkan mak!” jeritnya dari jauh. Aik, macam mana boleh terlepas ni. Isy..isy..

.................................................................................................................................................

Pintu wad ditolak perlahan-lahan. Kepalanya menjengah, badannya masih diluar. Megat Hafiz mencuit. Dia berpaling.

“Apa?”

“Kenapa macam spy ni. Masuk ajelah” arah Megat Hafiz.

Faraeza mengeluh. Lalu, dia masuk. Seorang lelaki berkot tebal yang duduk dikerusi dilihatnya. Kelihatan lelaki itu tidak sedar akan kehadiran mereka berdua. Terus berbual dengan anaknya yang tidak sedarkan diri itu.

“Ano, sumimasen (Minta maaf).”

“Faez?”

“Ya, uncle.”

Megat Hafiz dan Faraeza lantas bersalam dengan Tuan Adrian. Faraeza mengamati Farhan. Wajah Farhan pucat. Badannya sudah susut sedikit. Bunga mawar dengan tulisan ‘Get well soon’ daripada para peminat memenuhi wad itu. Walaupun tinggal di hospital swasta bertaraf lima bintang, kadang-kadang ada peminat yang terlepas masuk. Mujurlah setakat ini, tiada yang dapat membolosi kawalan keselamatan diluar wad ini.

Faraeza duduk bertenggek di atas katil. Tangan Farhan diraih dan dikucup lembut.

“Farhan, ni aku. Faez” bisiknya lembut penuh syahdu.

Jari Farhan bergerak-gerak. Bola matanya turut bergerak. Tidak lama kemudian, mata biru Farhan terbuka luas. Memandang Faraeza yang sudah mengalir air matanya. Dia mencuba untuk bangun, namun ditegah Faraeza. Tuan Adrian dan Megat Hafiz keluar dari wad. Memberi ruang kepada mereka berdua.

“Kenapa kau menangis. Tolonglah, jangan menangis demi aku”

“Maafkan aku, Farhan. Aku banyak buat salah pada kau.”

“Faez, no. Kau tak buat salah apa-apapun pada aku” bisik Farhan. Wajah Faraeza dielus lembut. Faraeza tersedu-sedan. Perasaan bersalah menguasai diri.

“Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab aku ni banyak mendera perasaan kau”

Selepas itu, dia berlari meninggalkan Farhan. Keluar dan menangis di muka pintu. Tuan Adrian menghampiri. Megat Hafiz resah. Faraez bangun. Tuan Adrian melutut tiba-tiba.

“Tolong. Tolonglah terima Farhan. Tolonglah bahagiakan Farhan. Masa dia tak lama”

“Kenapa dengan Farhan. Apa penyakit Farhan, uncle?”

Tuan Adrian tunduk. Tidak sanggup untuk menceritakan pada Faraeza.

“Farhan ada kanser usus.” Hanya itu mampu terkeluar dari mulutnya.

Faraeza terduduk. Dunianya gelap seketika. Wajah Farhan bersilih ganti dengan wajah Iman Reyhan yang dicintai sepenuh jiwa raganya.

“Dia mewarisi penyakit ini dari arwah mamanya. Sekarang di peringkat ke-dua. Tolonglah bahagiakan Farhan. Uncle tak sanggup lihat dia macam tu. Tolonglah..”

Faraeza termengah. Tidak tahu kenapa. Gelojak di hatinya bertambah ganas. Dia seolah-olah semput. Lelah dengan semuanya. Lelah dengan permainan cinta yang mendera perasaan. Faraeza nekad. Wad 118 dimasuki dengan senyuman yang terukir. Nampak tenang, namun lukanya dalam.

“Aku nak kau buat kemoterapi.”

“Tak nak. Bukannya boleh sembuh pun. Aku nak nikmati sisa-sisa hidup aku dengan perkara yang aku suka. Lagipun, kalau aku ditakdirkan mati, aku tak buat kemoterapi pun aku boleh mati” balas Farhan sinis. Mata Faraeza berkaca-kaca.

“Kau buat kemoterapi, aku akan kahwin dengan kau”

“Hah??”

................................................................................................................................................

-Anyone can catch your eyes, but it takes someone special to catch your heart-

P/S: Let’s meet, Princess. I miss you.

Mesej yang dihantar olah Iman Reyhan dibaca berulang kali. Sejurus itu, dia duduk dan meraung. Megat Hafiz yang sudah sampai ke kereta berpatah balik. Kaget melihat adiknya yang meraung bagai orang gila itu. Sudahlah duduk bersimpuh diatas lantai. Seperti orang yang kehilangan semangat hidup.

0 comments: