CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, April 9, 2009

Season 2..(episode 2)


Faraeza berjalan kaki ke Eternity Airlines Corporation yang terletak di selatan Metrocity. Entah apa malang nasibnya, sudahlah Honda CRV hitamnya rosak, tiada satu teksi pon yang lalu di kawasan ini. Mujurlah salji tidak begitu lebat.

“ Kyowa subete itte miseruyo. (Semuanya cantik dan indah hari ini)” kata Faraeza positif.

Dia harus bersemangat. Gambattene!! Sambil menyanyi kecil, dia mengutip salji dan membuat bulatan lalu melemparnya.

Ku ingin kau tahu,

Diriku disini,

Menanti dirimu,

Meski kutunggu hingga hujung waktuku,

Dan berharap rasa ingin kan abadi untuk selamanya.

Bait-bait lagu Cinta dalam hati nyanyian kumpulan ungu itu menusuk perasaanya. Itu lagu dia dan Iman.

“Faez sayang Iman”

Tiba-tiba, sebuah Alfa Romeo hitam metallic meluncur laju dan salji tersimbah pada badan Fareza. Rambutnya rosak diseliputi salji.

‘Huarghhhh!!! Nak kena ni. Tak nampak ke aku tengah jalan tu. Ni beta marah ni. Ni beta murka ni!! Hish, beta geram ni’ . Bentak hatinya ganas

“Bakadesu.(Bodoh)” jerit Faraeza

Lantas, Alfa Romeo itu dikejarnya.

“Chotto. Chotto matte kudasai. (Tunggu. Sila tunggu)” jerit Faraeza sambil mengejar Alfa Romeo hitam tadi.

Alfa Romeo itu beransur-ansur perlahan. Seorang jejaka berkot keluar menghampiri Fareza. Dia terkejut. Mulutnya ternganga.

“Ha, tak mungkin!!!” jerit Faraeza. Jejaka itu bingung.

Faraeza berpusing.

‘Tak mungkin!! Betul-betul tak mungkin!’ bentak hatinya.

Faraeza berpaling lagi. Wajah pemuda berkot itu diteliti lagi.

‘Tak mungkin!’

‘Mana mungkin ada lagi lelaki yang handsome siot macam ni!!! Wah, handsomenya. Damn gorgeous!’

Faraeza tersenyum sumbing. Dia berpaling semula. Ternyata pemuda berkot itu berkerut-kerut mukanya. Seakan hairan. Faraeza ketawa didalam hati. Lantas belakang Alfa Romeo hitam itu ditendangnya. Hasilnya, satu calar panjang dapat dilihat dengan jelas. Selepas itu, dia mendengus kasar. Pemuda itu ternganga.

“Ke..kenapa ni cik. Ada apa boleh saya tolong”

“Tengok ni” balas Faraeza kasar.

Serentak itu, dia menunjukkan rambutnya yang beku diliputi salji.

“Eh….Ano, Sumimasen. (Minta maaf). Hontoni sumimasen (Betul-betul minta maaf)”

“Nande atashi!(kenapa saya). Nande!!(kenapa). Dah tak ada perempuan lain ke yang awak nak kotorkan. Awak tahu tak, hari ni saya interview kerja. Hisy, geramnya saya. Tengok saya. I’m ruined!! Hancur lebur. Kalau saya tak dapat kerja tu siaplah awak” jerit Faraeza. Namun, salji yang lebat menjadikan jeritannya seolah-olah perlahan.

“Nandesuka??(Kenapa ni)”.

Tiba-tiba satu suara garau menyapa. Faraeza dan jejaka berkot itu berpaling. Seorang lelaki bermabut perang kemerahan keluar dari tempat belakang kereta.

‘So, yang pakai kot ni driverlah. Arienai tsuno!..(Tak mungkin)’ Bisik hati kecilnya. Wajahnya cemberut. Kecewa sebenarnya.

Jejaka berambut merah itu keluar dari kereta. Dia hanya berdiri disitu dan tidak berganjak. Matanya melilau-lilau. Bercahaya seperti kristal. Gaya jejaka itu memang rugged. Tidak menampakkan ciri-ciri tokoh korporat.

‘Student university sekarang ni, pergi kuliah pun driver hantar’.

Faraeza merenung lelaki itu lagi. Berkemeja putih yang berkolar besar dan berslack hitam. Satu tie hitam sengaja tidak diikat dengan betul. Winter coat labuh berwarna putih menjadikan jejaka tadi seperti pelancong dari Negara Barat. Entah kenapa Faraeza tercengang.

‘ Aku rasa macam pernah tengok. Tapi, kat mana ek. Aku ingat driver tu dah gorgeous. Tapi, mamat rambut merah ni, wah damn gorgeous! Kenapa nasib aku baik hari ni’ suara hati Faraeza berbisik nakal.

Lantas dia merenung lagi. Namun, jejaka itu seolah-olah tidak tahu menahu.

‘Tubuhnya tinggi dan agak melidi. Tidak segagah badan pegawai-pegawai polis di Inderawasih. Memang tak pass nak jadi polis’.

Sedang asyik Faraeza meratah tubuh jejaka berambut merah tadi, lelaki berkot itu sudah menghampiri jejaka berambut merah itu. Selesai berbual sedikit, jejaka berambut merah itu masuk kedalam kereta.

“Sumimasen (Minta maaf). Tapi saya kena pergi dulu. Ada hal penting. Ambil card ni, call me after this. Something comes up. Really important. Saya harap awak faham.”

“Wakatta (Saya faham)” balas Faraeza lembut.

Entah kenapa, dia senang tiba-tiba.

“Hongtoni gomennasai (Betul-betul minta maaf). Janae (Jumpa lagi)” kata jejaka berkot itu.

Faraeza tersenyum. lantas, lelaki itu kekereta. Tidak sampai lima minit, Alfa Romeo itu berlalu pergi. Business card pemberian lelaki tadi dilihatnya. Ada sesuatu yang manarik perhatiannya. Bukan design card itu yang unik tetapi sesuatu. Nama yang tertera pada card ini yang menarik perhatiannya.



Haikal Iskandar Bin Abdullah Gosling

Pengarah Urusan, Eternity Airlines Corporation

Faraeza terketar-ketar.

‘How come. Aku memang dah tempah bala. Ya Allah, help me!’

………………………………………………………………………………………………

Faraeza mundar-mandir di luar bilik. Bukankah kerja itu memang sudah disediakan untuknya. Mengapa perlu ada temu duga. Tetapi, bukan hal temuduga itu yang dirisaukannya tetapi hal pagi tadi.

‘Ya Allah macam mana kalau dia masih cam aku. Rosaklah semuanya. Aku nak jawab apa dengan pihak atasan nanti.??’ Faraeza bermonolog.

Datang seorang wanita berkaca mata menghampirinya. Faraeza tersentak.

“You secretary ke tiga Carl ye?” soal wanita itu ramah.

“Ya.”

“Eza right. Well, I Claudine. Secretary ke dua Carl. Carl tu CEO kita. “

“Secretary ke-dua?? Berapa orang CEO En. Haikal, I mean Carl tu nak pakai”

“Biasanya lima orang. Tetapi, sekarang ni tiga orang aje.”

“Oh I see, so siapa secretary pertama dia”

“Secretary merangkap best friend Carl, Adam Soo. Adam. Pergilah masuk cepat. Adam yang akan interview. You jangan risaulah. Gambatenne!”

“Hai (Baiklah)”

Selepas itu, Faraeza memasuki bilik yang menempatkan Haikal Iskandar. Luasnya. Gaya urban moden pilihan jejaka itu. Gabungan hitam dan merah menjadikan bilik itu tampak ekslusif dan bergaya. Memang terserlah ciri-ciri kemewahan disebalik perabut yang dipesan khas dari Itali itu. Tapi, dimana orangnya. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu..

“Aku letihlah Adam. Letih sangat. Mujur kau ada dengan aku. Aku tak ada orang lain nak percaya kecuali kau. “

“Rilekslah Carl. Biasalah. Aku akan setia dengan kau. Aku sayangkan kau. Aishicau kara (Saya cintakan awak)”

“Aishicau kara mo. (Saya pun cintakan awak)”

Faraeza terduduk.

‘Diorang ni..GAY!’.

Memang tak salah apa yang didengarnya tadi. ‘Aishicau kara.’ Perkataaan bahasa jepun yang membawa maksud saya cintakan awak. Faraeza mencebik. Mukanya diraup.

‘Dua-dua damn gorgeous tapi gay! Huarghhhhh’ hatinya membentak.

“Dah lama ke awak masuk” soal seseorang.

Faraeza yang terduduk di karpet segera bangun. Lantas dia menghampiri meja kayu jati itu.

‘Eh budak rambut merah ni pun ada. Mana satu Carl ni’

“Baru je”

“Daijoubudesuka (Awk ok ke)” soal Adam ramah.

“Daijoubudesu (Saya ok). “

“Ano..sila duduk.” Pelawa lelaki berkot itu.

‘Memang sah, dialah Haikal Iskandar. Budak rambut merah ni adik kot’.

Tanpa berlengah Faraeza duduk. Tiba-tiba jejaka berkot itu berdiri disisi kerusi yang sepatutnya diduduki CEO. Manakala jejaka berambut merah itu duduk di kerusi.

“Eiyh..(Reaksi terkejut)”.

Faraeza terpana. Ternyata inilah Haikal Iskandar.

“Why??” soal Haikal Iskandar.

“Nothing. Sumimasen (Minta maaf)”

“Adam, you take care of her” bisik Haikal Iskandar ke telinga Adam.

Faraeza menelan air liur. Geli jadinya.

‘Memang sah gay’

“Ok, Miss Eza. Am I right” soal Adam ramah. Faraeza mengangguk. Masih lagi blur.

“So, are you good in cooking”

“Hah?? . Quite good”

“Cantek”

“Thanks” balas Faraeza laju.

“Bukan awak. So, coffee takkan jadi masalah utamakan. Sebagai secretary ke tiga, awak menguruskan soal makanan dan pakaian Carl. The rest, the other secretary took care of it. So, tiada campur tangan antara secretary. Setiap orang ada kerja masing-masing. Is that clear”

“Yes” balas Faraeza lembut.

Hatinya lemah. Sehari suntuk belajar mengenai syarikat ini, tetapi hanya itu yang disoal. Tetapi padanya Haikal Iskandar kelihatan sempurna.

‘Jadi, kenapa Mr Wong kerap mengingatkan aku soal OKU. Aku tengok sempurna aje’

Faraeza tercengang. Dia terlihat Haikal Iskandar yang menggengggam tangan Adam dari bawah meja. Dia jelik

“So, boleh start sekarang”soal Adam.

“Ya. Tapi sebelum saya keluar, Carl nak apa-apa ke??”soal Faraeza sopan.

“Sorry, Carl. Anatawa tomodachidesuka (Kau kawan aku ke). Aku kawan kau ke. Suka hati je panggil aku Carl.” Tengking Haikal Iskandar.

“Gomennasai. Saya keluar dulu”

“Make me a cup of coffee” kata Haikal Iskandar tegas.

“Hai (Baiklah)”

Faraeza keluar dari bilik yang luas itu. Walaupun dekorasi pejabatnya urban dan moden tetapi dia lemas. Apatahlagi dengan Adam dan Haikal Iskandar. Dia jadi geli.

Tiba-tiba Claudine menghampirinya. Faraeza tersenyum.

“Kenapa Carl menjerit tadi” soal Claudine dengan mata yang membulat

“Dengar ke”

“A’ah. Tak pernah lagi I dengar dia mengamuk macam tu”

“I terpanggil dia Carl” kata Faraeza jujur. Claudine ketawa

“Anatawa tomodachidesuka. Aku kawan kau ke. Suka hati je panggil aku Carl. Betul tak dia sembur you dengan ayat tu. Kenapa you panggil dia Carl. Macam kawan baik je. Adam tu lainlah”

“La, you pun dah pernah kena sembur ke? Dah, I dengar Adam dan you panggil dia Carl je. I pun panggillah. Mana tahu macam ni.” balas Faraeza lemah.

‘Adam memang lain. Adamkan kekasih dia.’

Sekali lagi bulu roma Faraeza naik. Geli tiba-tiba. Serentak itu, bayangan jari-jemari Adam dan Haikal Iskandar yang bertautan tadi menghantuinya. Lantas, dia menggeleng beberapa kali.

“I dulu kena sembur jugak. Sebab panggil dia Carllah. Sebulan lepas tu, dia yang suruh panggil Carl. Dia memang unexpected. Dia memang garang sikit. Sabarlah. Biasalah OKU.”

Faraeza terkejut. Perkataan OKU kedengaran lagi.

“OKU?? Apa yang dia kurang” soal Faraeza ingin tahu.

Mujurlah ada Claudine kalau tidak, sampai bilalah rahsia OKU ini akan terbongkar. Faraeza sebenarnya sudah malas berfikir mengenainya. Namun, apabila diungkit kembali Claudine, hatinya berkobar-kobar ingin tahu.

“Mari sini I bisikkan.”

Lantas Faraeza mendekatkan telinganya pada mulut Claudine.

“Hah, takkanlah” jerit Faraeza kaget.

Adam yang kebetulan sedang melalui kawasan itu terkejut dengan jeritan Faraeza sebentar tadi.

Semua mata memandang memandang ke arah Faraeza..

Zaman dahulukala,

Diamond castle, Metrophoenix Timur.

Putera Rerama memandang anak mata Puteri Cahaya yang bewarna biru-violet itu. Dia tersenyum. Tinggal beberapa minggu lagi, dan Puteri sah menjadi miliknya. Lantas, mereka menari dan bersenang-senang. Hari ini dia tidak kelatihan. Latihan ketenteraan sebagai persediaan menghadapi serangan Ratu kegelapan.

“Beberapa minggu lagi, dan kita akan disatukan. Kita berasa tidak sabar” kata Puteri lembut. Matanya bersinar-sinar. Putera tersenyum.

“Sabarlah dinda. Kita juga masih menghitung harii. Tapi, Puteri ingat lagikan janji kita”

“Kita janji tak akan pernah membuka topeng diwajah Putera. Kita cintakan Putera walaupun, wajah Putera tak pernah kita lihat. Kita akan patuhi janji yang kita buat pada Putera.”

“Pastikan dinda patuhinya. Kita tak sanggup berpisah dengan dinda.”

“Tapi, bagaimana kalau Ratu menyerang kita. bukankah darah kita akan diminum demi kehidupannya yang kekal abadi. Tak mungkin dia melepaskan kita, Putera.”

“Sebab itulah kita mengadakan latihan ketenteraan. Sebagai persiapan kalau-kalau Ratu menyerang. Usah khuatir, dinda. Pasukan rama-rama semuanya sudah bersiap-sedia. Mereka sudah lama ingin bertempur dan hapuskan Sang Ratu” bisik Putera perlahan.

Lantas mereka menari lagi. Tiba-tiba, tarian mereka terhenti apabila satu jeritan kedengaran.

“Fajar”kata Putera Rerama. Lantas, mereka bergegas ke kamar yang menempatkan Fajar.

Fajar menjerit kuat. Dafa terpana sebentar. Lantas dia beristighfar dan meraup wajah Fajar berkali-kali. Wajah merah dan mata merah Fajar kembali normal. Fajar tersadai lemah diperaduan.

“Ingat Allah, nak. Istighfar. Ingat Allah”

“Bang Dafa. Bang Dafa. Aku..aku tak sanggup lihat bonda dibakar, aku tak tega. Aku mau selamatkan bonda, Bang. Aku mau”

Dafa lemah. Sudah sampai masanya latar belakang Fajar diceritakan.

“Anakku, Fajar. Sudah lama aku simpan rahasia ini. Sudah tiba masanya aku bongkarkan segala-galanya.”

“Rahasia. Rahasia apa, bang. Ayuh katakan”

“Kau anakku, Fajar. Dan, Ratna ibumu. 20 tahun dahulu, raja kerajaan rama-rama menodai ibumu. Lantas, aku menjadi bapamu. Walaupun bukan bapamu yang sebenar. Ratna itu tunanganku, tetapi hamil hasil pernodaan Raja rama-rama. Lantas, selepas melahirkanmu, Ratna meninggalkanmu bersamaku.

Dia pergi kekerajaan rama-rama kerana dirimu buta, nak. Dia tak mau menerimamu. Namun, wajahmu dari kecil sampai sekarang tampan dan bercahaya. Selepas Ratna menjadi Ratu daerah kegelapan, dia mengutuskan orang untuk membunuhmu. Lalu, rumah kita dibakar. Namun, kita sempat lari. Tetapi, Ratna menjangkakan bahawa kita sudah mati. Lalu, kita bersembunyi sehingga sekarang” cerita Dafa lemah

“Apakah itu semua benar” soal seseorang.

Fajar dan Dafa berpaling. Putera Rerama sedang bertanya. Dafa mengangguk. Lantas, tubuh Fajar dipeluknya.

“Kita bersaudara, Fajar”

“Maafkan bonda kita, ya”

“Aku tak pernah berdendam dengannya. Usah khuatir.”

“Aku akan turut serta berperang dengannya. Aku akan memerangi wanita iblis sepertinya walaupun dia bondaku sendiri.”

“Tapi…”

“Aku nekad, Putera. Semuanya demi Islam yang aku cintai. Sesiapa yang menduakan Allah, akan aku hapuskan. Sudah cukup dia melakukan kekejaman. Aku yang akan hentikan semuanya.”

“Aku kagum dengan keberanianmu, Fajar. Walaupun mata kau tidak bisa melihat, tetapi engkau lebih celik dari orang celik”

“Fajar anakku. Ingatlah, Allah sentiasa dengan orang yang beriman”

“Iya Pak. Aku pergi dulu. Assalamualaikum” kata Fajar sopan. Selepas itu, dia ke tapak latihan bersama Putera Rerama.

“Ini sebabnya mengapa aku sentiasa berasa dekat denganmu, Fajar”

“Aku juga. Mungkinkah wajah kita serupa”

“Engkau lebih tampan dariku” balas Putera Rerama merendah diri.

“Biar benar kau, Putera. Ermm, bolehkah kiranya aku ingin melihat wajahmu”

Putera Rerama terdiam. Tetapi, Fajar bukan wanita dan Fajar bukanlah cintanya. Hanya jika Puteri Cahaya melihat wajahnya, barulah malapetaka akan berlaku. Topeng diwajahnya dibuka perlahan. Fajar senyum melihat wajah Putera Rerama.

“Maha suci Allah” kata Fajar berkali-kali.

Hatinya berbunga riang, mulutnya memuji Tuhan.

0 comments: