CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, August 17, 2009

season 2 (episode 15)



Xander memandang Farhan yang memukul drum. Farhan kelihatan seperti mayat hidup sejak minggu ini. Dengan wajah yang pucat dan sugul serta kumis-kumis nipis yamg mula meliar di wajahnya, Farhan pasti diboikot teruk jika wartawan menjumpainya seperti ini. Xander tidak tahu kenapa Farhan jadi bergini. Konsert di Taman Tema Green Highland akan berlangsung minggu depan. Farhan pula jadi begitu. Masakan konsert sulung DBSB dikutuk ekoran vokalisnya yang seolah-olah mati bini itu.

”Daijoubu (Kau ok ke)?” soal Xander. Farhan angguk sahaja sambil memukul-mukul gendang itu dengan lemah. Seolah-olah hanya jasadnya yang ada di situ tapi rohnya sudah hilang ke mana.

”Nangde (Kenapa ni)?” soal Alex lagi. Namun, apabila melihatkan Farhan yang masih hilang pedoman hidup itu, dia menjeling ke arah Xander dan Jae Jung yang menggeleng-gelengkan kepala melihatkan Farhan Adrian, jejaka idaman Metrophoenix seolah-olah gila meroyan. Kusut masai dan serabai. Hilang terus wajahnya yang tampan dan macho itu.

”Siapa buat kau macam ni?” soal Jae Jung.

”I got dumped. Aku ditinggalkan!” jerit Farhan. Rambutnya dikusutkan. Sakit jiwa. Sakit hati.

’Kenapa dia masih hidup? Kenapa tak mati terus! Tak habis-habis nak musnahkan kebahagiaan aku dengan Faez. Faez baru nak mencintai aku, kenapa pemusnah tu ada!’ bentak hatinya ganas.

”Kau ditinggalkan? Oleh siapa?” soal Xander ingin tahu.

”Fa...Faez. aku malu. Malu sangat-sangat.”

Ketiga-tiga ahli DBSB itu menggeleng. Habislah! Musnahlah konsert mereka pada hari ahad ini.

Green Highland, Tenggara Kota Metrocity.

Dari gondola skyway, alam luas jelas terenatng. Kehijauan tumbuhan dan bunyi haiwan hutan menyamankan. Perjalanan selama 30 minit merentasi dua buah gunug yang mengambil jarak 3.4 Km. Dari gondola skyway ini, keriuhan Taman Tema Green Highland jelas kedengaran. Jeritan pengunjung jelas kedengaran walaupun belum tiba di puncak gunung lagi.

”Ok, sekarang kita mendaki” ujar Iman Reyhan. Dia bercakap-cakap sendiri sambil merakamkan butir-butir perjalanan dengan camcorder. Dia berjalan-jalan dalam gondola berbentuk bulat itu. Faraeza pula hanya diam sambil mulutnya terkumat-kamit berzikir. Iman Reyhan menjeling lantas tersenyum. Peristiwa sama seperti 10 tahun dahulu. Gondola skyway mendaki gunung. Kedengaran bunyi tali skyway yang berputar. Faraeza lantas menggenggam erat baju Iman Reyhan. Akhirnya jejaka berambut merah itu ketawa. Geli hati dnegan wajah Faraeza yag aneh dan pucat itu.

”Faez..Faez. Tahulah sayang kat Iman, janganlah sampai macam ni sekali” sindir Iman Reyhan pedas. Faraeza mencuka lantas melepaskam genggaman tangannya pada baju Iman Reyhan.

”Macam kecewa aje. Oklah, peganglah kalau dah sayang sangat kat Man” sindir Iman Reyhan lagi. Selepas itu, dia ketawa. Faraeza mencebik.

”Nanti kita sampai kat puncak Green Highlan ni, tahulah Faez buat apa pada Man”

”Nak buat apa?” soal Iman Reyhan sambil menjeling nakal. Serta-merta paras kegatalannya meningkat. Faraeza menumbuk perut Iman Reyhan. Tersedakjejaka itu dibuatnya. Paras enzim gatal dalam badannya serta merta jatuh.

”Faez bukan Faez yang dulu, ok”

”Owh, ya. Tapi, kenapa masih takut dengan skyway. Sama macam 10 tahun dahulu”

”Owh? Itu cerita lama.” ujar Faraeza menutup malu. Peristiwa 10 tahun lalu bermain di ingatannya. Sewaktu zaman kebodohan mereka. Zaman mereka bermusuh. Di dalam gondola ini juga Faraeza menangis ketakutan. Dan, buat pertama kalinya Iman Reyhan dan Faraeza menjadi seperti orang normal. Faraeza menggeleng sambil tersenyum. Cerita lama. Betapa bodohnya mereka dahulu.

”Yelah. Awak ajelah yang menang. Nanti merajuk pulak”

”Kalau tahu baguslah”

Selepas itu, kedua-duanya diam seribu bahasa. Malas berbual kerana akan mengundang peperangan sahaja. Akhirnya, bergaduh. Buang karen je. 10 minit kemudian, gondola skyway yang dinaiki akhirnya tiba di stesen. Faraeza memanjatkan kesyukuran. Akhirnya tiba dengan selamat di puncak gunung Green Highland. Sebuah tempat percutian tanah tinggi yang terkenal di Metrophoenix. Taman Tema terbesar di Metrophoenix.

Faraeza dan Iman Reyhan berjalan-jalan sekitar Pavillion Mall. Pelbagai poster tertampal di dinding-dinding. Terlalu banyak konsert yang akan dibuat di sini. Faraeza dan Iman Reyhan berjalansambil berpegangan tangan. Faraeza menjeling Iman Reyhan disisi. Kelihatan ranggi dengan bermuda hitam dengan juraian tali ke bawah. Sehelai kemeja putih lengan pendek dipadankan dengan t-shirt hitam didalam. Topi dan sneakers putih melengkapkan gaya. Faraeza tersenyum. Dari dulu hinggalah sekarang, lelaki ini memang tak pernah gagal dalam berfesyen. Semua fesyen yang dipakainya kelihatan sesuai. Faraeza tersenyum lagi. Lantas, pegangan tangannya pada tangan Iman Reyhan diperkuat. Kepala dilentokkan. Berbunga-bunga perasaannya kini.

”Faez sayang Iman” bisik Faraeza. Iman Reyhan berhenti berjalan. Memandang wajah Faraeza. Lantas, dagu runcing gadis itu dipegang. Dia tersenyum melihatkan Faraeza yang kaget. Mulut gadis itu ditutupnya dengan telapak tangan. Lantas berbisik perlahan di telinga Faraeza.

”Saya cintakan awak, Iman” bisik Iman Reyhan.

”Saya pun cintakan awak, Faez” bisik Iman Reyhan lagi.

Air mata di tubir mata Faraeza akhirnya jatuh jua. Walaupun ungkapan cinta itu bukan dari mulutnya, namun dia bahagia. Iman Reyhan tersenyum. Gadis itu dirangkulnya kemas.

”Cepatlah”

”Cepat apa?”

”Bila nak lamar Man. Man ni tunggu masa aje tau. Man terima je lamaran Faez. Hantaran Man murah aje”

”Tak kuasa nak layan. Takde maknanya..”

Iman Reyhan ketawa dengan wajah cemberut kekasih hatinya. Faraeza berlalu pergi. Iman Reyhan ketawa lagi.

”Tunggulah..” panggil Iman Reyhan manja. Faraeza menonong sahaja.

................................................................................................................................................


Kota Metrocity, Metrophoenix Timur.

Farhan terjaga. Sudah 2 hari dia tidur di studio DBSB. Dia bangun dan menghadap cermin. Wajahnya diteliti. Misai dan jambang mula tumbuh meliar. Rambutnya mula panjang. Farhan mencapai telefon.

”Xander, hari ni kita jamming”

”Betul ke? I mean, betulke ni Farhan?”

”Konsert minggu depankan? Cepatlah, I’m waiting. Aku takkan hampakan peminat DBSB”

Satu jam kemudian, ketiga-tiga ahli DBSB tiba di studio. Aapbila diketuk, tiada siapa yang menjawab. Sebaik sahaja dibuka, juga tiada sesiapa.

”Farhan, kau nak kenakan kitorang ke?” tempik Jae jung. Dia rasa aneh. Farhan buka seorang yang main-main. Farhan Adrian yang dikenalinya serius dan bersungguh-sungguh. Dia mula rasa tidak sedap hati.

”Farhan, mana kau” soal Xander pula. Ketiga-tiga ahli DBSB itu mula menjelajah studio yang gelap gelita.

”Surprise!!” tempik Frahan.

Xander mengurut dada. Jae Jung terlompat kecil. Dan, Alex hanya diam sahaja. Tak ada perasaan. Mereka terpaku melihat Farhan. Farhan Adrian yang normal tanpa janggut dan jambang. Berbeza dari dua hari lepas. Farhan yang dulu. Yang kemas dan vokalis DBSB.

”Banzai, Farhan! Banzai!” jerit mereka bertiga. Belakang Farhan ditepuk-tepuk. Farhan ketawa. Namun, hatinya masih teluka.

Lagu Lovin’ You yang mempopularkan kumpulan mereka dinyanyikan dengan baik oleh Farhan. Lagu mengenai cintanya pada Faraeza.

”Ok, take five” jerit Jae Jung. Rapper DBSB itu segera ke tandas. Patutlah take five. Nak uk..uk rupanya.

”Wallawey, ni buka take five tapi dah 15 minit ni” keluh Alex.

“Jae, kau sembelit, ke?” soal Xander. Dari dalam tandas, Jae Jung menjawab.

”Sabarlah. Aku terlebih makan kimchi semalam”

Farhan tersenyum sambil menggeleng beberapa kali. Memang gelagat rakan-rakannya itu mecuit hati, tapi hatinya masih sakit.

”Aku patut gembira atau bersedih bila orang yang aku cintai sedang berbahagia?” soal Farhan. Xander dan Alex berpandangan satu sama lain. Aku tengok kau, kau tengok aku. Dari mata turun ke hati. Cinta terlarang...

”Kau tanya kitorang, ke?” soal Alex inginkan kepastian.

”Eh, nothing. Aku nak pergi tengok lagu lain kejap” bohong Farhan. Baru sahaja hendak bangun, perutnya sakit. Mencucuk-cucuk. Serentak itu, Farhan berasa ingin muntah.

“Daijoubudesuka (Kau ok ke)?” soal Xander dan Alex serentak. Meluru ke arah Farhan yang tersadai lemah selepas muntah.

“Aku sakit perut” balas Farhan lemah.

................................................................................................................................................

Green Highland, Tenggara Kota Metrocity.

Hari ke-dua mereka di Green Highland. Semalam mereka bermain semua permainan di bahagian indoor. Permainan indoor tidak bahaya dan hanya sesuai bagi kanak-kanak. Hari ini, Iman Reyhan dan Faraeza mengelilingi taman tema sekali lagi.

”Man, kita ke konsert DBSB boleh”

”Tak payahlah” balas Iman Reyhan tegas. Dia cuba bertegas. Malas memberi muka. Betulke? Ke kau jealous. Lu fikirlah sendiri.

”Please.....” rayu Faraeza sesedih mungkin. Wajahnya disedihkan

”Tak payahlah. Man boleh nyanyi tau”

”Biarlah, jom balik” balas Faraeza kasar. Iman Reyhan mengeluh. Faraeza sudah jauh ke hadapan. Iman Reyhan menjuihkan bibir. Duduk mencangkung sambil mengusap rambut merahnya. Tiada cara lain kecuali...

”Jomlah kita beli tiket” jerit Iman Reyhan antara rela dan terpaksa. Yang pasti, dia memang tidak ikhlas. Faraeza berpaling. Tersenyum sambil menjerit..

”Saranghaeyo (Saya cintakan awak)!!”

................................................................................................................................................


Sorakan bergempita. Kemunculan satu persatu ahli kumpulan DBSB membuatkan peminat terutama waniat menjerit histeria. Kemunculan Farhan Adrian pula membuatkan Faraeza terpaku. Dia lihat Farhan senyum. Tetapi, senyumannya lain. Wajah lelaki itu pucat. Farhan mengangkat tangan. Gitar yang tersangkut dibahu mula dimainkan.

”Let’s start it with Lovin’ you” jerit Farhan.

Sorakan bergema. Satu persatu ahli DBSB mengambil posisi masing-masing. Farhan mula bermain gitarnya. Sorakan semakin lama semakin membingitkan. Lagu Lovin’ you berkumandang. Faraeza terpaku. Itu lagu Farhan untuknya. Seretak itu air matanya menitis. Perasaan bersalah membuak-buak.

”I will always love you although you don’t see it. Love is all around me. And I will love you with my everything…” mendayu-dayu nyanyian Farhan. Tepukan bergema. Lagu lain menyusul.

I hang up the phone tonight,

Something happen for the first time,

Deep inside,

What a rush, better rush.

Cause a possibility,

That you were always feel the same way,

About me,

Just too much, just too much.

Why do I keep running from the truth,

All I ever think about is you,

You got me hypnotized, so mesmerized,

And I’ve just got to know.

Do you ever think,

When you’re alone,

All that we could be,

Where this things could go,

Am I crazy or falling in love,

Is it real or just another crush.

Do you catch a breathe when I look at you,

Are you holding back like the way I do,

Cause I’m trying, trying to walk away,

But I know this crush ain’t going away.

Have you ever cross your mind,

We were hanging spending time girls,

We’re just friends,

Is there more? Is there more?

See it’s the chance we gotta take,

Cause I believe that we can make the same too,

Something that will last,

Last forever.

Farhan menyanyikan lagu Crush milik David Archuleta. Air matanya menitis. Tiba-tiba pandangan matanya jatuh pada seseorang. Seseorang yang amat disayangi dan dicintainya. Seseorang yang amat diharapkannya. Faraeza! Tetapi, wanita itu bersama Iman Reyhan. Lagu Crush diteruskan lagi. Air matanya yang menitis itu berhenti tiba-tiba. Perasaan marah dan benci menguasai diri.

”Iman, jom kita pergi tempat lain” soal Faraeza ke arah Iman Reyhan yang berpeluk tubuh tanda protes sejak tadi.

Sebaik sahaja soalan itu diajukan, wajah sugulnya berubah ceria. Memang dari tadi dia ingin keluar dari Stadium Arena of Stars ini. DBSB?? Entah apa yang menarik tentang kumpulan itu, dia sendiri pun tidak tahu. Nak kata Farhan itu setampan dirinya, jauh lagi. Biarlah, apo nak dikato...

Iman Reyhan membuntuti Faraeza sejak tadi lagi. Akhirnya mereka tiba di lobby Hotel Hilton. Melihatkan Faraeza yang berjalan laju seperti sedang berkhawat itu, dia menjeritkan nama wanita itu. Faraeza berpaling.

“I know this in not the perfect time for all of this but...”

Iman Reyhan segera berlutut. Jari-jemari runcing milik Faraeza dipegangnya. Sebentuk cincin perak bertakhtakan berlian merah jambu dengan 10 jalur berlian putih. Setiap jalur pula diukir huruf ’I’ dan ’F’ yang membawa maksud Iman dan Faraeza.

”Inspektor Puteri Faraeza Megat Nordin, panjangnya nama. Puteri, will you marry me? Will you be my princess again?”

Faraeza tersentak mendengar bisikan syahdu itu. Kini, ramai orang disekeliling mereka. Mengalahkan shooting drama aje. Air mata wanitanya menitis. Iman menginginkannya menjadi ’Puteri’ kembali. Jarinya dan jari Iman bertaut.

”I will. I will....”

”Oh, Puteri. I love you. I promise you that I will love you, day in and day out for the rest of my life..”

“Oh, Man. I love you. I love you…”

Cincin itu disarungkan pada jari Faraeza. Mata saling bertentangan. Adakah kebahagiaan baharu akan mewarnai kehidupan kelak?

Sementara itu, di Stadium Arena of Stars, konsert kumpulan DBSB masih belum menemui penghujungnya. Sepatutnya hanya 12 lagu dinyanyikan. Namun, nampaknya Farhan masih lagi menyanyi. Sudah hampir 20 lagu dinyanyinya. Xander menjeling Jae Jung yang sedang duduk sambil menunggu gilirannya untuk rapping. Jae Jung menggeleng.

’Dia ni dah parah ni’ desis hati kecil Xander.

Suara Farhan semakin lama semakin serak. Namun, sorakan penonton masih bergema. Xander yang bermain drum itu menjeling pula ke arah Alex yang bermain gitar. Alex turut menggeleng.

”Nak lagi? Nak lagi?” jerit Farhan.

Dan pertanyaan itu disambut peminat-peminatnya. Baru sahaja ingin menyanyi, Farhan memegang perut. Perutnya sakit dan mencucuk. Dia terduduk. Ingin muntah, namun tidak keluar. Ahli DBSB meluru ke arah Farhan yang terduduk di atas pentas. Belakang Farhan diusap Alex lembut.

”Perut aku sakit sangat. Sakit..”

Farhan ingin muntah lagi. Namun, yang keluar ialah...

”Darah..” ujar Xander cemas. Farhan akhirnya pengsan tidak sedarkan diri. Tubuh Farhan diangkat dan dimasukkan ke dalam pesawat peribadi DBSB.

”Terima kasih atas sokongan kalian! DBSB forever! I love you!!” jerit Alex sebelum berlari meninggalkan pentas meluru ke arah pesawat yang hampir berlepas.

0 comments: