CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, June 2, 2009

tomboy's love (episode 7)


Faraeza memandang bilik milik Haikal Iskandar. Sudah sebulan bilik itu kosong. Bayangan Adam dan Haikal Iskandar pula lesap begitu sahaja. Segala urusan syarikat jatuh pada bahu Claudine dan Faraeza. Segala keputusan dibuat Adam melalui video conference. Khabarnya mereka kini di Bandar New York. Apabila di tanya kenapa, jawapannya…

“Singyong-kosho (jangan sibuk)” herdik Haikal Iskandar dalam bahasa Korea.

“Hai (baiklah). Mian-hae (minta maaf) Haikal-Shee (En. Haikal)” balas Faraeza sambil tersenyum sinis.

Jejaka dihadapannya itu diejek. Dia menjelir dan menari-nari monyet dihadapan

Haikal Iskandar. Haikal Iskandar seperti biasa control macho sebab dia tak boleh melihat.

Claudine meletakkan segelas coffee diatas meja Faraeza. Faraeza tersenyum manja. Claudine mengangguk. Sedang asyik mereka melakukan pekerjaan, seorang wanita cantik menghampiri meja Faraeza.

“Apa yang boleh saya bantu” kata Farazea dengan nada sopan.

Wanita ini seperti pernah dilihatnya. Memakai dress petang warna ungu lembut yang dipadankan dengan tas tangan Prada bewarna putih gading. Cermin mata guess dimata melengkapkan gaya. Wanita ini kelihatan sungguh menawan. Sekali pandang, wajahnya memang Metrophoenix asli. Mempunyai pengaruh tiga negara Asia, iaitu Jepun, Korea dan China. Begitu juga Faraeza.

“May I see Adam Soo” katanya lembut. Faraeza tersenyum mesra.

“En Adam tak ada. Dia ke New York. Dua hari lagi baru balik”

“I see. Minta maaf, susahkan awak” kata wanita ini mesra

“Ada apa-apa nak pesan. Saya boleh tolong sampaikan” kata Faraeza sopan. Buku catatan ditariknya keluar. Bersedia mengambil pesanan bagi Adam.

“Tak ada. Minta maaf susahkan kamu. Gamsa-hamnida (Terima kasih)”kata wanita itu sambil tunduk sopan.

Tanpa sempat dihalang, wanita itu berlalu pergi.

‘cantiknya macam baby. Siapa agaknya. Macam pernah tengok’ desis hatinya.

Hatinya terpesona memandang wanita yang begitu bergaya dan berwajah babyface itu. Sekali senyum bisa cair, beb!

‘Alamak, kenapalah aku tak tanya nama tadi’

Lantas, dia mengejar wanita itu.

“Sumimasen. Namaewa nangdesuka (apa nama awak)”

“Hongtoni sumimase (betul-betul minta maaf). Saya susahkan awak” kata wanita itu lagi sambil tunduk penuh sopan. Suaranya lebut bergemersik.

‘Lebih ramai orang aneh yang aku jumpa setakat ni’ hati Faraeza berbisik jahat

2 hari kemudian..

Faraeza melangkah longlai kepejabat. Ikutkan hati, mau saja dia tidur terbongkang dirumah. Namun, ada satu misi yang harus diselesaikan. Oleh sebab hari ini merupakan hari sabtu, semua orang cuti. Kesempatan ini diambil Faraeza untuk menyiasat kes yang ditugaskan padanya.

Bilik Haikal Iskandar dimasuki. Serentak itu, udara dingin menyapa. Faraeza berpakaian rasmi polis sewaktu sedang undercover. Berpakaian hitam dari atas ke bawah. Tugasan pertama, merosakkan litar. Satu playar dikeluarkan. Wayar merah CCTV itu dikeratnya. Rosak! One mission accomplish. Kedua, dia menghampiri cermin kaca yang dilekapkan kamera mini miliknya. Sungguh mini sehingga tidak ada yang perasan akan kewujudannya. Dia memasukkan camera mini itu ke dalam bag miliknya. Meja Haikal Iskandar didekatinya. Komputer itu dihidupkan. Password computer itu dimasukkan. Pastilah sama dengan password kondominium mereka iaitu…jangan bagitau orang lain tau. Ni rahsia kita aje..passwordnya ialah..

Password: *****(HADAM)= Gabungan nama Adam dan Haikal Iskandar. Biasalah ...

Profile computer berjaya dibukanya. Tertera gambar 2 jejaka aneh itu sedang berpelukan sambil lidah terjelir sebagai penghias komputer. Faraeza membuka sistem keseluruhan Eternity Airlines. Jawapan kepada penyiasatannya kini sudah sampai ke penghujung. Dan ternyata…

“Mr Wong, Eternity Airlines is surprisingly clean” bisiknya kepada anting-anting yang dilengkapi microphone.

“Good job. Mission accomplish” balas Mr Wong.

Walaupun kedengaran kurang jelas, namun Faraeza dapat menangkap kata-kata Mr Wong. Dia tersenyum. komputer ditutup. Dia bangun ingin keluar. Destinasi seterusnya, Taman Cendana impian (rumah faraeza). Misi seterusnya..balik tidurlah.

“Who are you, Puteri Faraeza” sapa seseorang. Faraeza mencari arah suara itu datang. Seseorang keluar dari balik pintu.

“Arienai-tsuno (tak mungkin)!!” jerit Faraeza lantang. Dia terduduk di lantai. Pandangannya jatuh pada pemilik suara itu. Dunianya berakhir hari ini. Semuanya sudah terbongkar!

……………………………………………………………………………………..

“Arienai-tsuno” jerit Faraeza lantang.

Dia terduduk di lantai. Pandangannya jatuh pada pemilik suara itu. Dunianya berakhir hari ini. Semuanya sudah terbongkar. Dan ternyata suara garau itu milik…

“Haikal Iskandar” kata Faraeza separuh berbisik. Haikal Iskandar masuk kebiliknya dan duduk di mejanya.

“Duduk” arah pemuda berambut merah itu.

Faraeza duduk terketar-ketar. Wajah Haikal Iskandar tidak berani dipandangnya. Tetapi, apabila diingat-ingat, Haikal Iskandarkan tidak boleh melihat. Lantas, Faraeza bangun perlahan-lahan menuju ke pintu. Dia menjelir dan menuju ke arah pintu.

“Saya cakap duduk, Puteri Faraeza”

Faraeza berhenti berjalan. Dia berpatah semula. Dia terasa aneh. Bagaimana Haikal Iskandar boleh tahu perlakuannya. Lantas, dia menjelir dan mengejek-ngejek Haikal Iskandar.

“Please, stop that. Bagayaro (bodoh)” marah Haikal Iskandar. Faraeza terdiam. Memang sah…

“Awak nampak ke”

“Tak sia-sia aku bahayakan nyawa aku demi pembedahan tu. Kalau tak sampai hari ni aku tak boleh tengok perangai jahat kau. Well, who are you Faraeza” soal Haikal Iskandar.

Nada suaranya ditinggikan. Faraeza tunduk. Mecari idea dan kata-kata. Tapi, semuanya bagaikan boikot. Tidak mahu keluar. Tiba-tiba dia tersenyum. Lantas dia bangun. Dia tahu dia mungkin mati dikerjakan Haikal Iskandar kerana perbuatannya selepas ini. Namun, dia hanya mampu redha kerana hanya ini idea yang terlintas dibenaknya.

“Nama saya Puteri Faraeza binti Megat Nordin. Ramai orang tanya, kenapa Puteri? Saya ni keturunan raja ke? Kadang-kadang saya iyakan aja. Sebenarnya, mama saya yang letak nama tu sebab mama saya ni peminat cerita dulu-dulu. Saya pula? Orang nak panggil Puteri ke, Eza ke? Saya tak kisah. Sebab saya nak jadi semua. Bukan apa, hidup ni bukannya lama, muda Cuma sekali. So, kita enjoy!” kata Faraeza bergaya gedik.

Postur badannya kini umpama mahu menari cha-cha. Haikal Iskandar terpaku sebentar. Hilang kata-kata dengan apa yang dilihatnya kini. Faraeza duduk kembali. Dia rasa ingin ketawa dengan muka Haikal Iskandar kini.

“Kau dari Inderawasih, kan” soal jejaka itu kembali. Kali ini dia benar-benar naik darah! Mana ada orang yang berani buat begitu padanya.

“Mana ada..”

“Baiklah…kita tengok siapa lebih bijak.” Kata Haikal Iskandar sinis.

Komputer dibukanya. Tertera laman web Polis pasukan Inderawasih di Komputer. Faraeza cemas. Profile pegawai wanita dibukanya. Tidak lama kemudian, Haikal Iskandar tersenyum panjang.

“Inspektor Puteri Faraeza. Bahagian Penyiasatan Dalaman, Inderawasih. Aku rasa aku tak salah orang. Muka sial macam kau ni jarang orang ada” jerkah Haikal Iskandar.

Faraeza bangun menghempas meja dengan pekakas penyiasatannya tadi. Sepucuk pistol g-5 yang berada ditangannya diletakkan diatas meja.

“Ya, aku polis kenapa? Kau ada masalah? Aku dilindungi sepenuhnya kerajaan!”

“Aku rasa kerajaan takkan mahu bayar saman kau kalau jumlah berbillion metro”

“Kau berani cabar kerajaan”

“Kenapa? Kau ingat aku takut dengan polis pangkat rendah macam kau ni. Boleh jalan la. Telahan aku memang betul sejak mula lagi. Aku memang tak percayakan kau. Sebab tu aku suruh kau uruskan perkara bodoh macam tu. Kau ingat muka rosak macam kau ni, aku percaya ke? Spy konon”

“Yang kau sibuk pasal muka aku kenapa. Aku cuma menjalankan tugas demi Negara. Kau ingat aku tak bosan jaga orang bu…” jerit Faraeza. Hampir sahaja dia menghina Haikal Iskandar.

“Kenapa diam. Sambunglah. Aku memang buta dulu, tapi tak sekarang. Dulu mungkin aku tak nampak apa yang kau buat dengan syarikat aku tapi sekarang aku akan awasi semuanya”

Faraeza terdiam. Tiba-tiba pintu diketuk. Claudine menjenguk masuk

“Wau Eza, seksi hari ni. Carl, ada orang nak jumpa you. She’s waiting for you”

Faraeza bingung. Bukankah hari ini sabtu. Kenapa, semua datang bekerja.

“Kenapa orang kerja hari ni”

“Kau tak dapat e-mel aku ke? Hari ni semua orang kerja. Dah keluarlah. Kita bincang lain kali” arah Haikal Iskandar.

Sebaik sahaja mereka keluar, seseorang menyapa.

“Carl” panggil seseorang. Faraeza berpaling.

‘Wanita ini yang datang hari itu.’ Hatinya mendesis. Haikal Iskandar ternganga.

“Ju..Juliana Soo” kata Haikal Iskandar tersekat-sekat.

Serentak itu, hatinya sakit. Juliana Soo, kembar kepada Adam Soo. Wanita ini takkan pernah dilupakan. Wanita yang lari sewaktu dia sangat memerlukan. Wanita yang lari darinya disaat dia lemah. Wanita yang banyak melukakannya. Tetapi, wanita ini juga yang dikenangnya.

“Carl..Ju datang nak sambung balik semuanya yang pernah kita putuskan” kata Juliana lembut.

Suaranya bergemersik. Air mata mula tumpah. Haikal Iskandar menyeka air matanya kasar. Tanpa berlengah, Faraeza ditariknya.

“Sorry, tapi aku dah ada orang lain. Perkenalkan, Eza, ‘kekasih’ aku” kata Haikal Iskandar tegas. Perkataan kekasih itu sengaja ditekankan.

“Wanita yang selalu disisi aku. Wanita yang tak tinggalkan aku sewaktu aku sedang merana”

“Carl…” panggil Juliana. Air mata turun semakin galak.

“Mana boleh macam ni, Carl. Tak adil. Carl tak adil dengan Ju. Carl tak adil” marah wanita itu sambil menangis.

Dada Haikal Iskandar ditumbuk-tumbuk. Faraeza yang masih dipegang Haikal Iskandar lantas meleraikan pegangan kemas lelaki itu. Dia masih bingung dengan apa yang berlaku. Faraeza baru ingat. Wanita inilah yang gambarnya ditemui di kondominium milik Haikal Iskandar hari itu. Gambar yang sudah hancur dikoyak.

‘Apa yang terjadi sebenarnya’ hati Faraeza mula menyoal

“Jom, sayang” kata Haikal Iskandar.

Faraeza diheretnya senang. Selepas didorong masuk ke Alfa Romeo, Haikal Iskandar memecut laju. Meninggalkan Juliana Soo yang menangis dibelakang.

‘Aku takkan maafkan kau, Ju. Pintu hati aku takkan terbuka untuk perempuan lain sebab kau’ bentak hati Haikal Iskandar.

Farazea cemas. Haikal Iskandar memandu laju. Hadlaju kini 180 KM/J.

“Slow sikit. Aku takut”

Akhirnya Faraeza bersuara. Tanpa amaran, kereta itu membelok ke kiri. Dan terus ke Pantai Sri Damai. Faraeza terjerit kecil. Dia yang masih memakai pakaian serba hitam unit penyamarn Inderawasih berasa tidak selesa. Serba hitam dan panas. Juga ketat. Seluar jenis tight yang melekat dibadan pasti merimaskan pemakainya. Haikal Iskandar menjeling ke arah Faraeza. Badan Faraeza begitu terdedah dengan baju sebegini. Dia menelan air liur.

‘Cantik jugak minah polis ni. Body meletop’ bisik hatinya nakal.

Faraeza memandang Haikal Iskandar yang menjeling tajam padanya. Lantas bahagian hadapan tubuhnya ditutup dengan tangan. Haikal Iskandar tersenyum sinis

“Aku tengok kau pun tak ada selera” kata Haikal Iskandar nakal. Mereka tiba dipantai Sri Damai. Rambut merah Haikal Iskandar terbuai-buai ditiup angin.

“Kenapa buat saya macam tu tadi?” soal Faraeza marah.

“Aku tak ada pilihan. Kau ingat aku sengaja ke?” jerit Haikal Iskandar marah.

Wajahnya yang putih itu merah membahang. Rahangnya bergerak-gerak. Faraeza mengeluh.

‘Dasar lelaki tak berperikemanusiaan. Tapi, kalau Juliana bekas kekasih Haikal Iskandar ini bermakna Adam dan Haikal Iskandar bukanlah gay seperti yang aku sangkakan’

“Kenapa kau buat Ju macam tu?” soal Faraeza sambil mendengus. Haikal Iskandar meraup rambutnya berkali-kali.

“Kau tak perlu tahu. Bukan urusan kau”

“Ianya urusan aku! Mana hati perut kau? Mana boleh kau buat seorang perempuan macam tu! Kau memang tak ada hati perut. Kau kejam!” jerkah Faraeza.

Rambut coklat gelap pendek paras telinga yang dipotong ‘bob cut’ miliknya terbuai-buai ditiup angin. Haikal Iskandar menjerit marah. Faraeza terdiam. Terkejut.

Kedengaran satu esakan. Haikal Iskandar yang membelakangnya ditarik. Kini, mereka berhadapan. Air mata Haikal Iskandar diseka lembut. Perasaan simpati terbit untuk jejaka ini. Sewaktu tangannya mengenai kulit Haikal Iskandar, hatinya rasa lain. Lain benar. Ada rasa hangat. Seperti dia pernah alami sebelum ini. Hatinya jadi kembang. Gembira. Sama seperti waktu dia dengan Iman.

“Dia patut terima semua ni. Aku yang dianiaya. Bukan aku yang menganiaya. Aku cintakan dia sepenuh hati aku. Tapi, balasan yang dia bagi..dia tinggalkan aku waktu aku perlukan dia sangat-sangat”

“Aku minta maaf. Aku tak berhak cakap semua tu”

“Bukan salah kau. Aku nak kau tolong aku. Tolong jadi kekasih aku”

“Eiyh……”

“Suara kau macam bom. Memang sesuai jadi polis. “

“Apa yang buat kau fikir aku akan tolong kau”

“Aku akan rahsiakan siapa kau sebenarnya. Kalau tak, aku saman kau 50 juta metro. Kau ingat kerajaan sanggup bayar untuk kau. Jangan harap”. Faraeza mendengus.

‘Lelaki ni memang kurang ajar’. Faraeza menimbang-nimbang cadangan Haikal Iskandar.

“Baiklah. Tapi, aku kena janji yang kau takkan sentuh aku walaupun seinci. Kau rahsiakan identiti aku”

“Kita buat perjanjian” Cadang Haikal Iskandar.

Horizontal Scroll: Fasal-fasal perjanjian… 1) Faraeza tak boleh marah Carl begitu juga sebaliknya 2) Fareza tak boleh tanya Carl banyak soalan begitu juga sebaliknya 3) Faraeza tidak boleh menyentuh Carl begitu juga sebaliknya 4) Siapa bongkar rahsia harus bayar satu juta  metro. P/S: siapa langgar fasal perjanjian, berdosa. Yg handsome,                                                                            Yg Cantik, Carl                                                                                                   Eza Dia meluru ke keretanya. Tidak lama kemudian, kembali bersama kotak tissue yang sudah dibuka. Satu pen hitam dihulurkan.

30 minit kemudian..

Kedua-dua mereka tersenyum puas. Rahsia mereka tidak akan terbongkar seperti kata pepatah ‘Biar pecah dimulut, jangan pecah kepala’. Begitulah lebih kurangnya.

“Mulai hari ini kau ‘kekasih’ aku. Jangan melenting kalau aku terpaksa peluk kau. Aku harap kau faham konteks ‘terpaksa’ tu. Aku akan panggil kau sayang depan orang lain kecuali Adam. Adam akan aku beritahu segala-galanya. Kau tak boleh beritahu sesiapa”

“Ok. Tapi kenapa semua fasal tu nama aku mendahului

“Aku yang tulis, ikut suka hati akulah. Dah, jom balik. Ada kerja yang harus diselesaikan”

Sesampainya di Eternity Airlines Corporation, Haikal Iskandar dan Faraeza masuk sambil berpegangan tangan umpama pasangan pengantin. Mereka akhirnya berhenti ditengah-tengah kesibukan pekerja yang lalu-lalang.

“Mulai hari ni, saya dan Eza rasmi sebagai pasangan ‘kekasih’ ” umun Haikal Iskandar.

“Eiyh……………”

Haikal Iskandar tersenyum sumbing sambil tangan Faraeza digenggamnya kuat. Sengaja buat begitu.

“Sakitlah ‘sayang’ “ bisik Faraeza dekat dengan telinga Haikal Iskandar. Haikal Iskandar hanya buat bodoh.

‘Tak guna punya lelaki’ hatinya membentak.

“Appo yo (sakit) !!” jerit Faraeza.

Terlupa terus dengan situasi mereka. Semua mata memandang. Faraeza melemparkan senyuman plastik.

“Konnichiwa (selamat tengah hari)” ucapnya walaupun jam sudah pukul 4 petang. Tangannya dilambai-lambai.

0 comments: